Anda di halaman 1dari 9

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TEKNOPEN

PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


TAHUN 2007/2008
TEMPAT : SM DATUK ABDUL RAZAK
TARIKH : 24 JULAI 2008 (KHAMIS)
1.

MENGUMUMKAN KETIBAAN

Yang Berhormat Tn Shamsulkahar b Mohd Deli ,


Pengerusi JK Bertindak Pelajaran NSDK mewakili Menteri Besar
NSDK
2.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Hadirin yang dihormati,


Marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Negaraku.
3.

BACAAN DOA

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Dengan Limpah Kurnianya
Marilah sama-sama kita mohon taufik serta hidayah
Sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri
Sembilan tahun 2007/2008
Majlis mempersilakan En.Mohd Aris B Yusof, Pegawai Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NS untuk membacakan doa.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada .En.Mohd Aris b. Yusof.atas bacaan doa
sebentar tadi.

UCAPAN PROTOKOL
Yang Berhormat Tn Shamsulkahar b Mohd Deli ,
Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus mewakili
Menteri Besar NSDK
Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Adenan b Deraman,
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Yang Dihormati Tn Hj Jamali b Hj Salam,
Timbalan Pengarah Pelajaran NSDK
Yang Berusaha Tn Mohd Noh B Abadan,
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan
Tahun 2007/2008
Tn Hj Azam b Md.Atan,
Pengetua Kanan SM Datuk Abdul Razak
Merangkap Pengerusi Majlis Pengetua Malaysia
Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah
Ketua-ketua Jabatan Bahagian Teknologi Pendidikan ,JPNS
dan Jemaah Nazir Negeri Sembilan
Tn Hj Isa
Pengetua
Merangkap Pengerusi Majlis Pengetua NSDK
Tn Kamarolzaman b Othman
Guru Besar SK Batu Kikir
Merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar NSDK
Pengetua-pengetua kanan , para pengetua
Guru-guru Besar cemerlang, para guru besar,
Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan
Para jemputan, Tuan-tuan dan Puan-puan
Asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

4.

UCAPAN ALUAN
Sirih pinang di dalam puan
Buat santapan putera idaman
Sebagai hidangan puteri rupawan
Buat cicipan dagang nan maulan
Selamat datang kami ucapkan
Buat tuan puan budiman
Ke sidang majlis penuh taakulan
Bersama merapat ukhwah dan taulan

Hadirin yang dihormati,


Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya
dapat kita mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN
peringkat NSDK .
Saya bagi pihak JK Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat serta
para jemputan ke Majlis ini.
Untuk makluman semua majlis ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan
para pendidik menghasilkan serta menggunakan BBM Perisian Multimedia
interaktif merentasi KBKK secara bersepadu serta menggalakkan guru-guru
membina laman web yang berinformatif sesuai dengan matlamat dan halatuju
pendidikan ke arah pembentukan dan juga perluasan pembestarian sekolah,
selaras dengan saranan Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu meningkatkan
kualiti infrastruktur sokongan pengajaran dan pembelajaran yang berkarisma.
4.1.

TAYANGAN KLIP VIDEO

Hadirin yang dihormati,


BTPN merupakan jaringan peringkat negeri yang melaksanakn dasar dan
aplikasi teknologi pendidikan. Ia merupakan pusat professional pendidikan
untuk membantu guru-guru meningkatkan kualiti pendidikan dalam bilik
darjah.
Hal ini dilaksanakan melalui konsep perkongsian, permuafakatan dan
penglibatan kumpulan guru di semua peringkat seluruh Negara.
Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan, program peningkatan
profesinalisme guru dan penyebaran inovasi pendidikan dilaksanakan melalui
perkhidmatan sokongan serta penyebaran budaya teknologi pendidikan.
Dengan ini dipersembahkan tayangan klip video korporat Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri, NSDK.
Terimaka kasih diucapkan kepada krew penggambaran atas penghasilan klip
video korporat BTPN, NSDK

4.1

UCAPAN KPP

Tuan-tuan dan puan-puan,


Majlis pada petang ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Mohd Noh
b Abadan, Ketua Penolong Pengarah Bhg Tekn Pend Negeri NSDK. Majlis
dengan hormatnya mempersilakan
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan KPP BTPNNS
atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
4.2 UCAPAN PENGARAH BTP
Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya mempersilakan Tn Hj
Adenan bin Deraman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM
menyampaikan ucapan. Dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah BTP, KPM
4.3 UCAPAN PERASMIAN
Hadirin yang dihormati,
Kini tibalah masanya yang kita tunggu dan nantikan iaitu Perasmian Majlis
Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat negeri Sembilan Tahun
2007/2008.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berhormat Tn Shamsulkahar b Mohd Deli ,
Pengerusi JK Bertindak Pelajaran NSDK mewakili Menteri Besar NSDK
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis pada petang ini.
Dipersilakan
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan
oleh Yang Berhormat.

4.4 TAYANGAN MULTIMEDIA


Hadirin yang dihormati,
Penghasilan BBM Perisian Multimedia Interaktif merentasi KBKK berasaskan
MS Powerpoint merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam
Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN pada setiap tahun. Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri melalui rangkaiannya iaitu Pusat Kegiatan Guru
sentiasa memberikan bimbingan kepada guru-guru setempat dalam meng
hasilkan bahan sumber pendidikan yang dapat meningkatkan potensi minda
pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan En Noor Haslin.. dari
SMK Jelai Felda mempersembahkan BBM Perisian Multimedia Interaktif
merentasi KBKK berasaskan MS Powerpoint yang telah dihasilkan.
Terima kasih diucapkan kepada En Noor Haslin
5 PENYAMPAIAN SIJIL/ANUGERAH
Hadirin yang dihormati,
5.1
Acara seterusnya adalah penyampaian sijil dan watikah MS ISO
9001/2000.
Untuk penyempurnaan acara dijemput En Kamaruzzaman b Hj Ayub, wakil
Pengurusan BTPNNS mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Adenan b.
Deraman, Pengarah Bahagian Tekologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia naik ke pentas.
Dipersilakan Tn Mohd Noh b Abadan menerima Sijil MS ISO 9001/2000.
Tahniah diucapkan.
Seterusnya dipersilakan En Mat Azalan b. Budin, Penolong Pengarah
BTPNNS menerima watikah perlantikan pasukan petugas Kualiti BTPNNS
Tahun 2008.
Penyampaian sijil penghargaan diteruskan dengan mempersilakan wakil PKG
Tampin bagi menerima sijil penghargaan penyediaan dokumen ISO.
Dipersilakan juga wakil PKG
penyediaan dokumen ISO.

Rembau

menerima

sijil

penghargaan

Di kesempatan ini juga disampaikan anugerah pendokumentasian Terbaik


PKG Negeri Sembilan.
Bagi Kategori PKG Berbangunan anugerah ini diberikan kepada PKG
Rompin. Dipersilakan wakil PKG Rompin..

Bagi Kategori PKG Berbangunan khas anugerah ini diberikan kepada PKG
Kota. Dipersilakan wakil PKG Kota.. Tahniah diucapkan..
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan
Pengarah BTP, KPM atas penyempurnaan acara itu tadi.
5.2

Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis pada petang ini kita teruskan dengan acara penyampaian hadiah bagi
pertandingan-pertandingan yang diadakan dan anugerah-anugerah
kecemerlangan TEKNOPEN.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn Mohd Noh b Abadan,
Ketua Penolong Pengarah BTPNNS mengiringi Yang Berhormat Tn Shamsul
Kahar b Mohd Deli , Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan
mewakili Menteri Besar NS menyempurnakan acara.
5.2.1 Bagi Pertandingan Penghasilan BBM Perisian Multimedia
Interaktif Berasaskan MS Powerpoint Kategori Sekolah Menengah
Tempat Ketiga dimenangi ......................................
Tempat Kedua dimenangi ..
Tempat Ketiga disandang
Bagi Pertandingan Penghasilan BBM Perisian Multimedia Interaktif
Berasaskan MS Powerpoint Kategori Sekolah Rendah
Tempat Ketiga dimenangi ......................................
Tempat Kedua dimenangi ..
Tempat Ketiga disandang
Bagi Pertandingan Penghasilan BBM Perisian Multimedia Interaktif
Berasaskan MS Powerpoint Kategori Pra - Sekolah
Tempat Ketiga dimenangi ......................................
Tempat Kedua dimenangi ..
Tempat Ketiga disandang

5.2.2 Seterusnya Anugerah Pertandingan Laman Web Sekolah


Tempat Ketiga dimenangi
Tempat Kedua dimenangi
Tempat Ketiga disandang
5.2.3 Anugerah seterusnya adalah Anugerah Pusat Sumber Sekolah
Cemerlang.
Bagi Kategori Sekolah Menengah Bandar, dipersilakan ..............
Bagi Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar, dipersilakan ......
Bagi Kategori Sekolah Rendah Bandar, dipersilakan ..............
Bagi Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar, dipersilakan ..........
Sekolah-sekolah yang disebutkan tadi mewakili Negeri Sembilan ke
peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2008.
5.2.4 Anugerah seterusnya adalah Anugerah Tokoh Nilam Negeri
Bagi Kategori Sekolah Menengah Bandar, dipersilakan ..............
..
Bagi Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar, dipersilakan ......

Bagi Kategori Sekolah Rendah Bandar, dipersilakan ..............

Bagi Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar, dipersilakan ..........


..
Pelajar-pelajar yang disebutkan tadi mewakili Negeri Sembilan ke
peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung pada awal tahun ini.
5.2.5 Seterusnya disampaikan juga anugerah Guru Inovatif Negeri
Sembilan. Dipersilakan
5.2.6 Seterusnya bagi anugerah Pemimpin ICT Negeri Sembilan.
Dipersilakan

5.2.7 Seterusnya bagi anugerah Guru ICT Negeri Sembilan.


Dipersilakan
5.2.8 Anugerah seterusnya adalah Anugerah Pengguna Tertinggi dan
Aktif Think.com. Bagi kategori sekolah menengah dimenangi
oleh .. Bagi kategori sekolah
rendah dipersilakan ..
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat atas
kesudian menyampaikan hadiah dan sijil-sijil penghargaan.

5.1 PENYAMPAIAN CENDERAMATA


Sebagai tanda penghargaan & terima kasih kami, pihak majlis menjemput Tn
Mohd Noh B Abadan, Ketua Penolong Pengarah BTPNNS untuk
menyampaikan cenderamata kepada
Yang Berhormat Tn Shamsul Kahar b Mohd Deli , Pengerusi JK Bertindak
Pelajaran Negeri Sembilan. Tk Tuan
Seterusnya dijemput Yang Berbahagia Tuan Hj Mohd Adenan B Deraman
Pengarah Bahagian Tekologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
TK tuan
Dijemput juga Yang Dihormati Tn Hj Jamali b Hj Salam,
Timbalan Pengarah Pelajaran NSDK. TK tuan
Dijemput juga Tn Hj Azam b Md.Atan,
Pengetua Kanan SM Datuk Abdul Razak
Merangkap Pengerusi Majlis Pengetua Malaysia. TK tuan
Terima kasih diucapkan kepada Tn KPP BTPNNS

5.2 UCAPAN PENUTUP & JAMUAN


Tuan-tuan dan puan-puan,
Maka sempurnalah sudah Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN .
Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan program ini
amat dihargai dan kami berasa begitu terharu dengan sokongan yang tidak
berbelah bagi daripada semua pihak.
Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung
Semoga kecemerlangan teknologi pendidikan mewarnai kegemilangan
pelajar, guru, institusi pendidikan dan negara.
Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan di setiap kesilapan dari
tuturkata mahupun lakucara, jumpa lagi pada lain ketika. Sebelum bersurai,
sudilah apa kiranya menjamu selera hidangan yang tersedia. Pihak majlis
menjemput Tn Mohd Noh B Abadan mengiringi Yang Berhormat serta para
tetamu ke tempat jamuan. Sekian, wbt.

Anda mungkin juga menyukai