Anda di halaman 1dari 6

BAB 4: TELEKOMUNIKASI DAN RANGKAIAN

1. Pengenalan
Teknologi komunikasi diwujudkan bagi pelbagai tujuan dan aktiviti terutamanya bagi
memudahkan penyebaran maklumat
2. Penggunaan Komunikasi dan Perhubungan
Komunikasi
o pengaliran / pertukaran / penghantaran maklumat dari sumber pengirim kepada
sumber penerima
o proses interaksi dalam penyampaian maklumat dari seseorang kepada individu
yang lain melalui media-media tertentu
Telekomunikasi
o Pertukaran / penghantaran data atau maklumat dengan menggunakan media
elektronik, kebiasaannya melewati jarak dan masa
Komunikasi Data
o Pengumpulan, pemprosesan dan penghantaran data secara elektronik melalui
rangkaian-rangkaian computer
3. Komponen utama Sistem Telekomunikasi
Komputer untuk tujuan pemprosesan
Terminal atau lain-lain peranti input/output yang boleh digunakan untuk menghantar
dan menerima data (cth: PC, video, telefon dsbg)
Pemproses telekomunikasi sebagai sokongan dalam proses penghantaran dan
penerimaan data (cth: modem, multiplexer, dll)
Saluran telekomunikasi penghubung yang membolehkan data atau suara dihantar
dan diterima oleh sesuatu peranti dalam sesebuah rangkaian (cth: talian telefon, kabel
gentian optic dll)
Perisian telekomunikasi mengawal serta mengurus segala aktiviti-aktiviti dalam
rangkaian komunikasi
4. Jenis-jenis isyarat
Maklumat yang melalui system telekomunkasi adalah dipindah atau dihantar dalam
bentuk isyarat elektrik samada isyarat analog atau digital
Isyarat analog merupakan isyarat elektrik/ arus yang berterusan dan berubah
berdasarkan masa manakala isyarat digital berfungsi mewkili data dalam bentuk
nombor atau aksara lain
Isyarat analog dugunakan untuk penghantaran data/ maklumat berbentuk suara
Data/maklumat yangdihantar/diterima oleh komputer adalah dalam bentuk isyarat
digital manakala talian telefon yang menghubungkan komputer penghantar dan
penerima, hanya dapat membawa isyarat analog.
Oleh sebab itu proses permudulatan diperlukan bagi membolehkan telekomunikasi
dilaksanakan
Modem adalah alat yang digunakan untuk menukarkan isyarat analog kepada digital
(demodulator) dan sebaliknya digital kepada analog (modulator).
Sem II / Sesi 2005/2006

Analog

Digital
Komput
er

Modem

Digital

Modem

Komput
er

Rajah 1: Pertukaran isyarat Digital kepada Analog


5. Jenis-jenis Saluran Komunkasi
Menggunakan beberapa media penghantaran seperti kabel 2 wayar terpiuh, kabel
sepaksi, kabel gentian optik, gelombang mikro, satelit dan teknologi selular.
Kabel 2 wayar terpiuh dan kabel sepaksi menggunakan tembaga sebagai sumber
pengalir untuk menerima dan menghantar isyarat elektrik manakala kabel gentian
optik yang bersifat kaca atau plastik menerima dan menghantar isyarat-isyarat dalam
bentuk cahaya
Kabel 2 wayar terpiuh mengandungi beberapa wayar tembaga terpilin yang melilit
sesama sendiri bagi tujuan mengurangkan hingar/gangguan
Kabel sepaksi terdiri daripada wayar tembaga yang disaluti lapisan penebat serta
suatu anyaman dawai pengalir di bahagian luar yang kemudian disaluti perlindungan
bahan penebat yang lain. Ia boleh menghantar jumlah data yang lebih banyak
berbanding wayar terpiuh dengan lebih cepat serta tidak mudah mendapat gangguan
Kabel gentian optik terdiri daripada gentian halus, bahan daripada kaca atau plastik,
yang mampu membawa data yang banyak dengan pantas serta pada jarak yang lebih
jauh. Data yang dihantar akan diubah kepada bentuk denyutan cahaya, yang akan
dilalukan merusi kabel ini dengan menggunakan peranti laser
Gelombang mikro menerima atau menghantar data dalam bentuk gelombang
berfrekuensi tinggi melalui ruang udara. Isyarat yang dipancarkan adalah dalam garis
lurus tanpa halangan di antara dua stesen pemancar atau antena yang biasanya
ditempatkan pada kedudukan yang tinggi seperti di atas bumbung bangunan tinggi
atau di atas gunung
Satelit merupakan stesen gelombang mikro yang terdapat di luar angkasa. Satelit
menerima isyarat daripada stesen bumi, menguatkan isyarat sebelum disiarkan dalam
frekuensi yang lain
Teknologi selular menggunakan pemancar untuk menerima data daripada pengguna
dan menghantarnya kepada pengguna yang lain. Pemancar diletakkan di suatu tempat
bagi meliputi suatu kawasan tertentu yang dinamakan sel. Penghantaran dan
penerimaan maklumat boleh dilakukan oleh pengguna dalm keadaan bergerak
(mobile)
6. Ciri-ciri Saluran Komunikasi
Kelajuan penghantaran jumlah maklumat yang dapat dihantar oleh mana-mana
saluran komunikasi adalah diukur dalam bit sesaat (BPS)

Sem II / Sesi 2005/2006

Mod penghantaran perlu ada cara/ teknik penghantaran yang tertentu iaitu
penghantaran tak segerak (asynchronous) dan penghantaran segerak
(synchronous)
Penghantaran tak segerak penghantaran berkelajuan rendah di mana satu aksara
dihantar pada satu-satu masa
Penghantaran segerak menghantar sekumpulan aksara serentak pada kadar
kelajuan yang tinggi
Arah penghantaran terdapat tiga keadaan iaitu penghantaran simplex, duplex
setengah (half-duplex) dan duplex penuh (full-duplex)
Simplex penghantaran data hanya boleh dibuat pada satu arah sahaja pada setiap
masa (cth: televisyen)
Half-duplex penghantaran data boleh berlaku dalam dua arah tetapi satu arah pada
setiap masa (cth: walkie-talkie)
Full-duplex penghantaran data boleh berlaku dalam dua arah serentak (cth: telefon)
7. Pemproses Komunikasi
Pemproses bahagian depan (front-end processor) computer kecil yang digunakan
bagi tujuan memasukkan, menyemak menempatkan data sebelum dihantar untuk
diproses selanjutnya oleh computer kerangkan utama yang bertindak sebagai
pemproses pusat
Penumpu (concentrator) peranti yang berfungsi menyalurkan bahan atau peranti
dari pelbagai sumber ke sasaran tunggal
Pemultipleks (multiplexer) peranti elektronik yang berfungsi menyelang-nyelikan
penghantaran dan penerimaan lebih daripada dua bingkisan data melalui talian
penghantaran yang sama
8. Jenis-jenis Rangkaian Telekomunikasi
Rangkaian merujuk kepada sistem penyambungan antara peralatan perhubungan,
komputer dan peralatan persisian (peripheral)
Rangkaian boleh dikategorikan mengikut bentuk atau susunannya atau lebih biasa
dirujuk sebagai topologinya, disamping keluasan geografi yang diliputinya serta
perkhidmatan yang disediakan
Rangkaian bintang satu bentuk susunan sepusat di mana terdapat komputer hos di
tengah-tengah sistem dan setiap komputer dalam rangkaian ini perlu melalui komputer
hos untuk berhubung dengan komputer lain
Rangkaian cincin di mana setiap nod disambung pada jirannya secara berterusan
sehinggan membentuk satu cincin atau lingkaran bulat
Rangkaian berhierarki rangkaian komputer yang disusun secara berlapis-lapis
dengan nod yang berada di lapisan paling bawah dikawal oleh nod di lapisan yang
lebih tinggi, dan lapisan ini pula dikawal oleh lapisan tinggi yang seterusnya
Rangkaian kawasan luas (WAN) rangkaian komputer untuk menyambungkan
komputer dan peranti peripheral yang terletak jauh di antara satu sama lain
Rangkaian kawasan setempat (LAN) rangkaian komputer yang dihadkan untuk
menyambungkan komputer dan peranti peripheral yang berada dalam satu kawasan
kecil yang sama, seperti bilik, tapak, atau bangunan kecil
Sem II / Sesi 2005/2006

Rangakaian nilai tambahan (VAN) rangkaian komputer yang disewa oleh suatu
pihak daripada penyelia rangkaian yang kemudiannya disewakan kepada pihak ketiga
setelah rangkaian tersebut ditambah dengan beberapa ciri, kemampuan dan
perkhidmatan
9. Aplikasi Telekomunikasi

Perkhidmatan
Telefon

Komunkasi
video/suara

Perkhidmatan
maklumat
capaian
langsung

Pesanan fax

Sidang video

Mel suara

Telefon
bergambar

System papan
kenyataan
elektronik

Kajian &
berita, emel,
BBSs, Chat,
games, hiburan
dll

Large BBSs,
small BBSs

Internet

Emel, usenet
news groups,
mailing lists,
FTP, Telnet
WWW

Mel elektronik

Rajah 2: Aplikasi-aplikasi dalam telekomunikasi

Sem II / Sesi 2005/2006

TELEKOMUNIKASI DALAM PERNIAGAAN


1. Rangkakerja untuk pengguna akhir
Pengurus atau pekerja sebagai pengguna akhir tidaklah perlu untuk mengetahui teknologi
yang kompleks atau konsep-konsep yang rumit dalam sistem maklumat. Memadailah
sekiranya mereka berupaya melengkapkan diri mereka dengan 5 bidang di bawah
Konsep-konsep asas dalam sistem maklumat
Teknologi dalam sistem maklumat
Aplikasi sistem maklumat
Pembangunan sistem maklumat
Pengurusan sistem maklumat
2. Sistem Maklumat
Sekumpulan manusia, perkakasan, perisian, rangkaian komunikasi serta sumber data
yang mengumpul, mengubah, menyebarkan maklumat dan organisasi secara berterusan
3. Sistem Maklumat Berasaskan Komputer (Computer-based Information System
-CBIS)
Menggunakan perkakasan, perisian, rangkaian telekomunikasi, teknik pengurusan data
berasaskan komputer serta bentuk teknologi maklumat yang lain untuk mengubah data
menjadi maklumat
4. Jenis-jenis Sistem Maklumat
Manual kertas dan pensel
Tidak formal percakapan
Formal dokumen bertulis
Berasaskan komputer
Kenapa Perniagaan Memerlukan Teknologi Maklumat
5. Peranan utama sistem maklumat
Menyokong organisasi dari segi
Operasi perniagaan
Proses membuat keputusan
Kelebihan persaingan yang strategik
6. Rangkaian komputer
7. Internetworked Enterprise
8. Teknologi Maklumat dan Globalisasi
9. BPR Kejuruteraan Semula Perisian
10. Kelebihan Persaingan

Sem II / Sesi 2005/2006

Strategi untuk menangani pesaing


Kos
Pembezaan
Inovasi

Sem II / Sesi 2005/2006

Anda mungkin juga menyukai