Anda di halaman 1dari 13

KONSEP KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL,KEPIMPINAN DAN

TRANSFORMASI SEKOLAH KEPADA KOMUNITI PEMBELAJARAN


PROFESIONAL
Oleh
Mohd Faiz Bin Mohd Yaakob a
Jamal@Nordin Bin Yunus, Phd b
a
b

Dasar dan Perancangan Pendidikan,Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjong Malim


Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
Abstrak

Komuniti Pembelajaran Profesional merupakan komuniti di sekolah bersama-sama berusaha


secara profesional dalam melakukan aktiviti penambahbaikan pembelajaran dan prestasi
sekolah. Pemilihan KPP sebagai salah satu inisiatif dalam meningkatkan kualiti guru adalah
berdasarkan trend dan perkembangan pendidikan di negara-negara maju iaitu pemantapan
komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik dlihat sebagai usaha yang
dapat meningkatkan profesionalisme guru. Konsep komuniti pembelajaran profesional di
negara-negara tersebut merangkumi aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan
pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari
luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian
kurikulum, serta aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah
untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar.
Berdasarkan senario tersebut, kertas konsep ini akan membincangkan (i) kerangka konsep
untuk membina komuniti pembelajaran profesional, (ii) komuniti pembelajaran professional
dari segi kepimpinan sekolah, dan (iii). Akhir sekali, transformasi sekolah kepada komuniti
pembelajaran profesional
Kata kunci: Komuniti pembelajaran profesional, kepimpinan

1.0 Pengenalan

Menerusi Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan, 2014 (PPPB), Kementerian


Pendidikan Malaysia secara jelas mencadangkan aktiviti yang sepatutnya dijalankan untuk
meningkat profesionalisme di sekolah adalah melalui Komuniti Pembelajaran Berterusan
(KPP) . Komuniti pembelajaran profesional merujuk kepada amalan kolaboratif dalam
kalangan pendidik dan pemimpin sekolah yang komited secara bersama-sama menetapkan
matlamat dan membina wawasan secara kolektif untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
1

Kerjasama ini menggalakkan rasa kesepunyaaan nilai, matlamat, visi dan misi, kejelekitan
dan memberikan peluang kepada guru dan pemimpin sekolah untuk melibatkan diri dalam
meningkatkan pembelajaran mereka sendiri. Hasilnya pembagunan profesionalisme dapat
ditingkatkan secara berterusan sepanjang kerjaya. (KPM, 2014) .

Keadaan pendidikan pada hari ini menghadapi tranformasi pembelajaran yang menuntut
kearah pembentukan sebuah komuniti sekolah yang berkesan dan berani melakukan
perubahan bagi memantapkan sistem pendidikan negara. Kerancakan perubahan yang berlaku
ini kesan daripada tuntutan dan cabaran globalisasi, liberalisasi. perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasl. Menurut Fechter dan Horowitz (1991) mengatakan bahawa
perubahan tetap akan berlaku, walau bagaimana keadaan sekalipun. Justeru, komuniti sekolah
sentiasa berusaha secara berterusan untuk melakukan pelbagai pendekatan baru dari segi
governance yang berasaskan birokratik iaitu 'top-down' kepada perkongsian bersama ke arah
inovasi pendidikan secara menyeluruh (Huffman & Hipp, 2003).

Bagi memastikan usaha ini berlaku dengan jayanya persediaan pemimpin sekolah dan guru
untuk menghadapi perubahan amat diperlukan melalui amalan komuniti pembelajaran
profesional. Pelbagai kajian telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi sekolah dan
antaranya kajian untuk meningkatkan prestasi sekolah berfokus kepada kepentingan
kepimpinan pengajaran di sekolah ( Purkey & Smith, 1983; Sergiovanni, 1992).

Kerangka model ini adalah hasil cetusan idea Senge (1990) yang berpendapatpembentukan
organisasi pembelajaran yang telah memberi kesan positif terhadap dunia korporat dan
komuniti pendidikan. Menurut beliau organisasi pembelajaran yang terbentuk di sekolah telah
dapat memudahkan pembelajaran setiap ahlinya dan mengubah diri individu itu secara
berterusan. Oleh itu, ahli-ahli organisasinya mempunyai kapasiti yang tinggi untuk belajar.
Mereka dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku sama ada di dalam atau di
luar organisasi untuk terus belajar di samping bekerja Peter Senge dalam bukunya The Fifth
Dicipline menggambarkan komuniti pembelajaran di sekolah digunakan untuk meningkatkan
prestasi sekolah dan profesionalisme pemimpin sekolah dan guru. Senge (1990) memberi
fokus kepada kerjasama organisasi pembelajaran di sekolah untuk meningkatkan prestasi
sekolah. Beliau menerangkan lima disiplin pembelajaran yang sepatutnya diikuti secara
2

berkesan untuk membina kejayaan organisasi. (1) Penguasaan Kendiri (2) Model pemikiran
(3) Pembelajaran berpasukan (4) Membina visi bersama dan (5) sistem. Dalam
mengimplementasikan setiap prinsip ini, komuniti dalam organisasi tersebut perlu belajar
antara satu sama lain untuk pembangunan yang lebih berkesan.

2.0 Komuniti pembelajaran profesional

Istilah komuniti pembelajaran memberikan pelbagai makna. Roland Barth (1990)


menerangkan komuniti pembelajaran adalah tempat antara murid dan guru bersama-sama
mempelajari secara aktif tentang kepentingan bersama dan setiap antara mereka sentiasa
belajar. Myers dan Simpson (1998) menerangkan komuniti pembelajaran sebagai budaya
setiap individu sentiasa belajar dan responsif antara satu sama lain. Speck (1999) pula
menerangkan sekolah sebagai komuniti pembelajaran adalah sesuatu yang mempromosikan
nilai pembelajaran berterusan, kolaborasi aktif menerusi dialog antara pemimpin sekolah,
guru, murid, kakitangan, ibu bapa dan keseluruhan komuniti sekolah untuk meningkatkan
kualiti pembelajaran di sekolah. Pada pendapat Zuraidah (2010), KPP ditakrifkan sebagai
melahirkan budaya belajar untuk belajar. Guru belajar, murid-murid juga belajar. Seluruh
komuniti di sekolah sama-sama belajar. Bagi (Carpenter, Peter & Sundin, 2009) pula, mereka
memberi maksud profesional sebagai seseorang yang sentiasa berterusan belajar agar dapat
mengadaptasi kepada perubahan yang sentiasa berlak. Waters pula (2009) mendapati guruguru di sekolah yang mengamalkan KPP dapat membantu mengubah amalan pengajaran dan
memberi fokus kepada keperluan pembelajaran murid dan pengajaran yang berkesan.

Smith, Wilson & Corbett (2009), pula menyatakan bahawa KPP merupakan platform untuk
berforum yang bertujuan untuk perkembangan pembelajaran guru, iaitu apabila guru
berpeluang berkongsi idea dan membuat refleksi amalan pengajaran mereka secara jelekit, ia
akan menjadikan komuniti pembelajaran lebih menarik. Perkara ini bertepatan dengan apa
yang dikatakan oleh seorang lagi sarjana iaitu Sergiovanni, (2001). Kejelekitan ini diertikan
sebagai individu tidak mementingkan diri, memberi lebih perhatian terhadap norma dan nilai
yang menyatukan guru sebagai sebuah komuniti pembelajaran yang mempunyai komitmen
yang sama Secara kesimpulan komuniti pembelajaran professional merujuk kepada usaha
para pemimpin sekolah dan pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta
3

berterusan untuk membuat usaha sama dengan komuniti bagi mencapai prestasi yang lebih
baik untuk murid-murid mereka (DuFour, Eaker, & Many, 2006).
.

2.1 Kerangka konsep komuniti pembelajaran profesional

Kerangka konsep komuniti pembelajaran profesioanal boleh dibahagikan kepada tiga iaitu;
(1) Asas yang kukuh meliputi kolaborasi yang dibina dengan berkongsi misi, visi, nilai dan
matlamat (2) Sebuah pasukan yang berkolaborasi yang bekerja saling bergantung
(Interdependently) untuk mencapai matlamat dan (3) fokus kepada hasil sebagai bukti
komitmen untuk meneruskan peningkatan berterusan. (Eaker dan Dufour: 2002)

2.2 Model komuniti pembelajaran profesional

Hord (2003) telah memperkenalkan Model KPP. Terdapat lima dimensi yang membentuk
amalan KPP iaitu (i) kepimpinan berkongsi dan menyokong, (ii) perkongsian nilai, matlamat,
misi dan visi, (iii) pembelajaran secara kolektif dan pengaplikasian, (iv) perkongsian amalan
personal dan (v) keadaan yang menyokong

2.3 Dimensi komuniti pembelajaran profesional

i. Dimensi kepimpinan berkongsi dan menyokong.


Hord (1997) berpendapat adalah sangat jelas bagi sebuah organisasi sekolah membuat satu
perubahan kepada komuniti pembelajaran yang hanya dapat dilakukan oleh pemimpin yang
membuat keputusan untuk berubah dan yang bersedia memupuk pembangunan kakitangan.
Banyak kajian mula memberikan perhatian kepada kepemimpinan yang menyokong dan
meluaskan penyertaan dalam membuat keputusan secara kolaboratif yang memberi fokus
kepada pencapaian murid. Sehubungan dengan itu, faktor kepemimpinan dilihat satu perkara
penting dalam usaha penambahbaikan sekolah berasaskan KPP di Malaysia. Dalam hal ini,
Hord & Sommers (2008) berpendapat bahawa pengetua bertanggungjawab dan menghadapi
cabaran yang besar untuk menerima, menghargai dan memupuk sebarang perubahan yang
4

berlaku di sekolah. Oleh yang demikian salah satu ciri KPP iaitu kepemimpinan berkongsi
dan menyokong. Kepimpinan berkongsi dan menyokong merujuk kepada pengetua bersedia
untuk berkongsi kuasa, autoriti dan membuat keputusan bersama-sama dengan kalangan
guru-guru di sekolah. Sudah jelas apa yang diperkatakan oleh Hord & Sommers (2008),
semua perubahan di sekolah mesti diterima, dihargai dan dibangunkan oleh pengetua sekolah.
Dalam KPP, menerima, menghargai dan membangunkan perubahan menjadi agak sukar
kerana memerlukan persefahaman, kesepunyaan dan sokongan dalam menggunakan kuasa,
autoriti dan membuat keputusan oleh semua guru. Hal ini berlaku kerana struktur di sekolah
adalah pembelajaran dewasa, justeru, kolaborasi yang erat, penyertaan secara demokrasi dan
kata sepakat dalam membangunkan persekitaran kondusif dan budaya sekolah secara
berterusan sukar dicapai. Dalam amalan sebelum ini, perkongsian kuasa dan autoriti ini akan
menjadi sukar kepada pengetua dan guru. Begitu juga penerimaan selama ini bahawa
pengetua mempunyai kuasa penuh, penuh kebijaksanaan dan penuh kompeten.

ii. Dimensi perkongsian nilai, matlamat, misi dan visi.


Sergiovanni (2001) memberi penekanan kepada perkongsian nilai, matlamat, misi dan visi
akan menjadi pelekat bagi menghubungkan individu dengan cara yang lebih bermakna.
Untuk itu, apabila matlamat telah ditetapkan dan perkongsian nilai ditanam ke dalam diri, ini
akan mengembangkan idea yang menggalakkan guru untuk bertindak balas terhadap perasaan
bertanggungjawab yang kemudiannya diterjemahkan oleh tingkah laku. Norhayati Ab Wahab
(2009) berpendapat bahawa nilai dan kepercayaan menjadi panduan kepada tingkahlaku
individu tidak kira dalam apa-apa bidang kerja dan apa-apa yang diusahakan. Hal ini
merupakan perkara asas utama yang menyumbang kepada KPP dan perkongsian misi dan
matlamat yang dilihat oleh staf sebagai milik bersama. Selain itu, ia juga berkaitan dengan
cara mereka menyepadukan matlamat, bagaimana mereka menerangkan peranan masingmasing dalam menyempurnakan matlamat. Menentukan mereka akan mengkonstruk visi
mereka seperti yang diharapkan dan menentukan mereka bekerja bersama-sama. Di samping
itu juga, komuniti akan mengkonstruk matlamat sepunya untuk penambahbaikan, dan mereka
akan bekerja bersama-sama ke arah meningkatkan pembelajaran murid. Justeru, kesepunyaan
matlamat adalah imej pemikiran yang penting kepada individu dan organisasi (Norhayati Ab
Wahab, 2009).

iii. Dimensi pembelajaran secara kolektif dan pengaplikasian.


Amalan KPP di sekolah dan organisasi akan mempamerkan semua guru merentasi semua
tugas sama ada pentadbir atau guru, dari tahap jabatan dan bahagian. Berkumpul bersama
untuk belajar bekerja secara jelekit dan kolaboratif. Keadaan ini akan membolehkan mereka
berterusan belajar bersama-sama dan mengaplikasikan dalam kerja seharian. Penekanan
pembelajaran secara kolektif ini menunjukkan bahawa guru akan mendapat lebih manfaat
berbanding dengan belajar secara sendirian (Norhayati Ab Wahab, 2009). Apabila
memperkatakan tentang KPP bukan hanya setakat kolaborasi, tetapi ia merupakan
pembelajaran secara kolaborasi tentang perkara yang dilihat sangat penting dalam komuniti.
Semua guru terlibat dengan KPP akan memberi fokus utama kepada pengajaran yang
berkesan dan meningkatkan pembelajaran murid. KPP yang berjaya di mana-mana jenis
sekolah sekalipun lebih mementingkan kepada membangunkan perkongsian berasaskan
pengetahuan yang akan menyumbang kepada peningkatan keupayaan ke arah pencapaian
matlamat. Ini merangkumi mencapai matlamat pencapaian pengajaran dan pembelajaran
murid-murid ke tahap cemerlang.

iv. Dimensi perkongsian amalan personal.


Amalan ini lebih memberi perhatian terhadap proses yang menggalakkan guru-guru
berinteraksi, menyediakan maklum balas, berkongsi keputusan dan pengalaman pembelajaran
murid. (Zuraidah, 2010). Antara ciri yang termasuk dalam amalan perkongsian personal
seperti memberi perhatian dan galakan, berkongsi amalan-amalan baru dan menyediakan
maklum balas serta menganalisisi tugas atau kerja murid. Amalan ini memberi peluang
kepada guru mempelajari kemahiran dan pengetahuan yang baru daripada rakan sekerja.
Guru sama-sama membimbing dan membuat keputusan dan mencari alternatif menyelesaikan
masalah. Perkongsian amalan personal ini merupakan kemuncak kepada pelaksanaan KPP.
Ini kerana asas kepada dimensi ini mempunyai ciri-ciri kritikal yang berasaskan keterbukaan,
sikap yang positif, saling menghormati dan mengambil berat serta perasaan ingin berkongsi
amalan terbaik untuk membantu rakan mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang baru.
(Norhayati Ab Wahab, 2009). Amalan perkongsian personal ini bertujuan bagi
menambahbaik pembelajaran murid. Guru akan diberikan peluang untuk membina kapasiti
6

kepemimpinan diri dengan cara bersama-sama membimbing rakan membuat keputusan.


Bersama-sama mencari jalan penyelesaian untuk mencari alternatif kepada permasalahan
yang dihadapi.

v. Dimensi keadaan yang menyokong.


Kajian tentang KPP menunjukkan bahawa apa, bila, di mana dan bagaimana guru boleh
sering dan sentiasa berada bersama sebagai satu kumpulan untuk membuat refleksi, bersoal
jawab dan belajar, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan mengenai ciri-ciri
matlamat bersama. Bagi sekolah yang jumlah gurunya ramai, guru dipecahkan kepada
kumpulan yang kecil. (Norhayati Ab wahab, 2009). Amalan ini terbahagi kepada dua iaitu
dari segi perhubungan manusia dan struktur kejelekitan sesebuah organisasi sekolah. Jalinan
perhubungan dan kejelekitan ini merujuk lima ciri iaitu, penyayang, percaya mempercayai,
hormat menghormati, pengiktirafan dan meraikan kejayaan, berani mengambil risiko dan
melakukan perubahan secara usaha bersama yang tertanam dalam organisasi (Zuraidah
Abdullah, 2010). Guru harus saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain. Ini
akan memperlicinkan KPP dengan berkesan. Di samping itu, kepercayaan menjadi perkara
penting yang membolehkan guru saling memberi dan menerima maklum balas dalam usaha
penambahbaikan sekolah Pengetua turut menyumbang kepada pembentukan hubungan dan
sikap jelekit dengan memupuk kapasiti hubungan manusia yang diperlukan oleh KPP dalam
budaya kerja. Pengetua berperanan membina jati diri dalam kalangan guru. Memupuk dan
mengeratkan perpaduan dalam organisasi demi mencapai matlamat utama organisasi.
3.0 Komuniti pembelajaran profesional melalui kepimpinan

3.1 Kepimpinan dalam komuniti pembelajaran

Menurut S.M Robert & Eunice Z. Pruitt (2003) dalam bukunya Schools as Professional
Learning Comunnities mencadangkan beberapa model yang menerangkan tingkahlaku
kepimpinan dalam komuniti pembelajaran seperti Kepemimpinan Fasilitatif ( Facilitative
Leadership) dan kepemimpinan konstruktif ( Constructive Leadership).
7

3.1.1 Kepemimpinan Fasilitatif ( Fasilitative Leadership)

Kepemimpinan Fasilitatif ialah bagaimana pemimpin sekolah memimpin tanpa menguasai.


Kepemimpinan Fasilitatif dibuktikan dengan tingkah laku pemimpin sekolah itu sendiri.
Tingkah laku pemimpin sekolah yang sentiasa mempromosikan pembangunan misi bersama
guru dan memelihara guru yang mempunyai kepimpinan di sekolah. Keberkesanan
Kepemimpinan Fasilitatif menyediakan peluang kepada kakitangan sekolah untuk berkongsi
maklumat dan perhubungan (networking) antara sekolah mereka yang diluar sekolah.
Pemimpin sekolah ini bekerja untuk menyediakan guru untuk berubah menerusi aktiviti
seperti perbincangan idea, lawatan dan aktiviti profesional bersama komuniti. Pemimpin
sekolah berkolaborasi bersama guru dalam membuat keputusan dan mencari jalan terbaik
untuk menggunakan sumber yang sedia ada untuk meningkatkan kualiti dan prestasi sekolah.

3.1.2 Kepemimpinan Konstruktif ( Constructivist Leadership)

Kepemimpinan Konstruktif merupakan pemimpin yang belajar bersama dan membina


pengetahuan secara kolektif dan berkolaborasi. Menurut Barths (1990) semua guru boleh
memimpin dan pemimpin sekolah perlu mengetahui peranannya sebagai ketua pemimpin
dalam komuniti pembelajaran.

3.2 Cara-cara untuk meningkatkan kepimpinan dalam komuniti pembelajaran


profesional

Jadual 1. Cara-cara meningkatkan kepimpinan dalam komuniti pembelajaran profesional

Membina bersama visi, misi dan nilai bersama

Berbincang mengenai visi

Membina kepercayaan

Melakukan kemahiran berkomunikasi yang melibatkan kolaborasi dan komitmen


8

Merancang dan bersedia untuk perubahan

Mempromosikan pembangunan guru secara kolaboraif menerusi pembelajaran antara


pemimpin dan guru

Memastikan peningkatan akademik dapat dikekalkan

3.2 Strategi untuk meningkatkan kepimpinan dalam komuniti pembelajaran

Jadual 2. Strategi meningkatkan kepimpinan dalam komuniti pembelajaran


Pemimpin sekolah

Memilih jawatankuasa melibatkan guru, ibu


bapa, murid dan keahlian daripada komuniti
dari

luar

membina

sekolah
visi.

untuk

Pemimpin

bersama-sama
sekolah

juga

bersama-sama dalam jawatankuasa


Jawatankuasa

Menyediakan cadangan dan maklumbalas


dari setiap ahli jawatankuasa yang boleh
digunakan

untuk

apakah

sekolah

yang

mereka impikan pada masa akan datang.


Ahli jawatankuasa

Bertindak

daripada

dibincangkan

perbincangan

sebelum

ini

yang

berdasarkan

visi,dan indikator yang ingin dicapai.

3.3 Aktiviti yang dicadangkan untuk pembangunan komuniti pembelajaran menerusi


kepimpinan

Jadual 3. Cadangan Aktiviti


1. Membina soal selidik berbentuk tinjauan untuk mendapatkan maklumat dan
9

menggunakan hasil soal selidik untuk meningkatkan kolaborasi guru di sekolah


2. Melawat sekolah yang telah menjalankan Komuniti Pembelajaran Profesional dan
menjalankan temubual kepada guru mengenai tingkah laku kepimpinan.
3. Berbincang dengan beberapa guru untuk mengenal pasti model pemikiran kepimpinan
yang mampu diaplikasikan di sekolah
4. Temubual dengan guru di sekolah mengenai transformasi di sekolah dengan
mengumpul maklumat seperti:
a) Bagaimanakah cara sekolah ini boleh ditransformasikan?
b) Apakah yang menghalang transformasi ini?
c) Siapakah yang patut terlibat dalam transformasi ini dan apakah yang patut
dilakukan kepada mereka yang terlibat dalam tranformasi ini.
d) Adakah terdapat percanggahan idea diatara guru dan pemimpin sekolah dan
apakah implikasi daripada percanggahan ini?

4.0 Transformasi sekolah kepada komuniti pembelajaran profesional

Komuniti pembelajaran profesional adalah harapan untuk mentransformasikan

budaya

sekolah. Transformasi ini berlaku bermula dari pemimpin sekolah dan seterusnya kepada
beberapa peringkat yang telah dicadangkan sebelum ini. Elemen yang penting dalam
transformasikan budaya sekolah yang tradisi kepada komuniti pembelajaran profesional
ialah: a)Kolaborasi, b) Membina misi, visi, nilai dan matlamat, c) Fokus kepada
pembelajaran, d) Kepemimpinan. e)Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi sekolah
f) Penghargaan g) Tabah dan Tekun (Eaker & duFour 2003)
Jadual 4: Elemen Transformasi Komuniti Pembelajaran Profesional
Tradisi Sekolah

Komuniti Pembelajaran Profesional


Kolaborasi

Pengasingan guru

Bersama berkolaborasi
Membina misi, visi, nilai dan matlamat

Kenyataan seperti kita percaya semua Kenyataan seperti Bagaimana kita tahu
10

murid boleh belajar

murid boleh memahami pelajaran?


Fokus kepada pembelajaran

Fokus kepada mengajar

Fokus kepada pembelajaran


Kepemimpinan

Pemimpin sekolah melihat guru sebagai Pemimpin sekolah dilihat sebagai ketua
pengikut

pemimpin

dan

guru

dilihat

sebagai

kepemimpinan transformasional
Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi sekolah
Perancangan berjalan seperti yang dirancang Peracangan
dan melupakan perancangan tersebut

sekolah

sebagai

alat

yang

memacu kepada peningkatan prestasi sekolah


dan refleksi secara berterusan
Penghargaan

Kejayaan dilihat dengan pencapaian murid Sekolah membina kejuaraan dan menghargai
semata-mata. Hari anugerah hanya kepada kejayaan yang dicapai tersebut.Hari anugerah
murid

kepada murid dan guru


Tabah dan Tekun

Usaha

berlaku

mengikut trend

secara

bermusim

atau Berlaku

secara

konsisten

dan

semua

memahami tanggungjawab masing-masing

5.0 Kesimpulan
Negara dan masyarakat kita memerlukan pendidikan yang berkualiti untuk bersaing dengan
cabaran globalisasi. Pemimpin sekolah, guru perlu berubah. Perubahan berlaku secara
kendiri, secara diri sendiri mahu berubah setelah pelbagai cadangan diterima. Pemimpin
sekolah perlu melakukan sesuatu untuk kejayaan sekolah yang bermula dari jiwanya sendiri.
Begitu juga guru, guru perlu melihat pelbagai dasar dan perancangan pendidikan yang
diterjemahkan melalui PPPM 2013-2015, PPB 2014 dan banyak lagi hanyalah cadangan
kepada guru. Pemimpin sekolah dan guru perlu bertindak dengan inisiatif sendiri untuk
melaksanakan semua cadangan tersebut. Jiwa pemimpin sekolah dan guru perlu menjiwai
dasar dan perancangan pendidikan. Pemimpin sekolah dan Guru hendaklah bersama-sama
melakukan cadangan tersebut bukan kerana diarah, tetapi secara sukarela dan inisiatif sendiri.
11

Justeru, amalan-amalan KPP untuk pemimpin sekolah boleh difikirkan bersama dan
dilaksanakan dari hati sanubari pemimpin sekolah.

12

Rujukan

13

Anda mungkin juga menyukai