Anda di halaman 1dari 3

KONSEP, MATLAMAT, DAN OBJEKTIF PERMAINAN

KANAK-KANAK
KONSEP
Bertujuan untuk memberi keseronokan dan kepuasan disamping sebagai pengenalan kepada permainanpermainan utama.
MATLAMAT
Berperanan sebagai satu saluran untuk mempraktikkan integrasi dan toleransi bagi membina sifat-sifat kerjasama
dan semangat kesukanan disamping menggalakkan murid-murid berfikir, menyelesaikan masalah dan berkreatif.

OBJEKTIF
q Pengajaran bertujuan penguasaan kemahiran dan teknik bersukan yang akhirnya akan membentuk ke arah
penguasaan kemahiran sukan tertentu.
q Pengajaran kemahiran dan teknik merupakan faktor kedua penting dalam membentuk kesedaran terhadap taktik
melalui eksplorasi dalam prinsip permainan.
q Kesedaran bahawa majoriti murid-murid tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pemain berkemahiran tinggi,
tetapi mereka berkapasiti untuk menguasai sebahagian kemahiran untuk bermain pada tahap yang menyeronokkan.
q Keseronokan dalam bermain tertakluk kepada keputusan yang dibuat atas kesedaran terhadap taktik. ( Thorpe
and Bunker, 1882 )
( Much of the pleasure involved in games playing lies in making correct decisions in the light of tactical awareness
(Bunker and Thorpe , 1982 ).
q Tugas guru adalah untuk mencipta situasi supaya murid-murid dapat membina kemahiran yang diperlukan untuk
melakukannya dalam situasi permainan. Penguasaan kemahiran dapat dilihat pada konteks keupayaan murid dan
situasi permainan terserlah melalui permainan.
q Fokus utama dalam pendekatan mengajar permainan adalah kesedaran taktikal dan membuat keputusan selain
dari membina kemahiran dan teknik.
q Memberi peluang kepada semua murid selain dari mengukur keupayaan fizikal,
permainan, sayugia menjana jati diri

berperanan utama dalam

( self-esteem ) dan keperluan diri ( personal fulfillment ).


q Murid-murid digalakkan bermain pada tahap keupayaan taktikal masing-masing memastikan tahap kejayaan dan
keseronokkan untuk semua.

KEPENTINGAN PERMAINAN KANAK-KANAK


KEPENTINGAN
Permainan kanak-kanak merupakan permainan yang mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan
Jasmani bagi murid-murid di sekolah rendah. Walaupun objektif jangka pendek permainan kanak-kanak adalah untuk
menghiburkan murid-murid, tetapi permainan kanak-kanak memberi sumbangan yang baik dan berkesan terhadap
perkembangan kognitif, minda serta perkembangan diri murid-murid.

Permainan kanak-kanak di dalam pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah merupakan kegiatan yang
dipimpin dan diawasi oleh guru sentiasa dengan kawalan yang rapi. Menerusi permainan kanak-kanak, murid-murid
dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran
dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Ini dapat membantu murid dalam mengenal
pasti bakat dan kebolehan murid tersebut.
Permainan kanak-kanak digalakkan di dalam Pendidikan Jasmani kerana permainan kanak-kanak mempunyai ciriciri yang memudahkan guru menjalankan pengelolaannya. Selain itu, permainan tersebut berperanan mendedahkan
murid-murid kepada kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Di harap dengan pelaksanaan
permainan yang berkesan akan melahirkan murid yang cemerlang baik dari segi akademik serta sahsiah yang tinggi
dalam menempuh cabaran yang mendatang sebagai seorang murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Permainan adalah penting di sekolah rendah dan kanak-kanak berminat terhadapnya terutama aktiviti yang
melibatkan pergerakan.
Permainan membantu kanak-kanak dalam aspek berikut:

membantu kanak-kanak memahami aktiviti di sekitar mereka. Kanak-kanak belajar melalui penglibatan
secara terus dan pengalaman langsung.

membantu pembentukan personaliti melalui kerjasama, berkongsi, mengikut peraturan, inisiatif dan
kesedaran tentang kebersihan dan urutan.

meningkatkan keyakinan diri.

meningkatkan kebolehan fizikal dari aspek motor halus dan motor kasar.

memberi peluang mengenal persekitaran fizikal, seperti saiz, bentuk, warna, berat, tekstur dan jenis.

sebagai salah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaan gembira, marah dan geram.

mengembangkan kebolehan kreatif semasa menyelesaikan masalah dalam permainan.

sebagai latihan menyelesaikan masalah dengan pelbagai percubaan.

sebagai satu kaedah berkomunikasi dan berinteraksi.

meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata kanak-kanak.

Pembangunan Kemahiran Motor


q

membangunkan kemahiran lokomotor

membangunkan kemahiran bukan lokomotor

membangunkan kemahiran pengawalan bola

membangunkan kecergasan fizikal


Pembangunan Kognitif

meningkatkan keupayaan mematuhi arahan

menolong dalam pemahaman peraturan

menggalakkan kreativiti dan imaginasi

menambah perbendaharaan kata kanak-kanak

Pembangunan Afektif-sosial
q

mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi sosial

menggalakkan keadilan

menggalakkan mematuhi peraturan-peratuan

membangunkan semangat kesukanan yang baik

membangunkan kualiti kepimpinan

membangunkan semagat bekerjasama

CIRI-CIRI
q

Memberi Pembelajaran yang Lebih Sempurna

Mempraktikkan Ansur Maju

Menimba Pengalaman Bermain Secara Berpasukan

Pengalaman Bertanding

Sebahagaian daripada Kurikulum

Memupuk Kecergasan Fizikal

KEBAIKAN

Jenis permainan ini tidak kompleks

Strukturnya ringkas dan sedikit kemahiran diperlukan

Membawa keseronokan,memberi kejutan keputusan dibuat serta-merta

Bersifat hiburan dan membawa pelajar ke alam imaginasi

Boleh dimainkan dalam tempoh masa yang singkat

Memerlukan sedikit atau tanpa alatan

Senang ditadbir dan peraturannya sedikit

Anda mungkin juga menyukai