Anda di halaman 1dari 17

ISI KANDUNGAN

BIL.

1.
2.
3.
4.
5.
6.

PERKARA

MUKA SURAT

PENGENALAN
KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN
MANUSIA
EMPAT CIRI KEISTIMEWAAN SYARIAH ISLAM
EMPAT KEBERKESANAN PEMANTAPAN SYARIAH
DI MALAYSIA
KESIMPULAN
RUJUKAN

1.

2
3
8
11
16
17

PENGENALAN

Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk mengeluarkan manusia dari
kegelapan kepada nur. Manusia dilantik menjadi khalifah dan tanggungjawab melaksanakan
segala perintah Allah adalah merupakan satu perjanjian yang telah dimeterai diantara manusia
dan Allah s.w.t. seperti mana dalam firmanNya:

... ...
1

Maksudnya: ... "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah
Tuhan kami), Kami menjadi saksi"...
[Al-A'raf: 172]

Maka Dengan itu, kita selaku umat Islam yang sebenar, kita dituntut untuk
mempelajari Fardhu Ain iaitu panduan dalam membantu kita mempraktikkan ibadah teras
asas yang telah diwajibkan ke atas diri seorang muslim.Ini adalah syariat Islam yang telah
ditetapkan oleh panduan wahyu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Apa Itu Syariah? Syariah itu
adalah hukum Allah yang telah disampaikan oleh nabi muhammad keatas manusia s.a.w
melalui kitab Al-quran dan As-Sunnah.
1)

Takrif syariah:


Segala perkara yang Allah syariatkan kepada hambaNya, daripada hukum hakam.
Ada di antaranya suruhan dan ada pula larangan. Ada di antaranya yang berkaitan
dengan ( ) cara beramal dan dinamakan sebagai ( ) cabang dan
amalan. Ilmu yang berkaitan dengannya dinamakan sebagai ilmu fiqh, syariah dan hukum.
Dan ada pula yang berkaitan dengan ( ) dasar amalan dan dinamakan sebagai (
) usul dan pegangan. Ilmu yang berkiatan dengannya dinamakan sebagai ilmu
kalam, tauhid atau aqidah
2)

Syariah dan agama:

Jika berdasarkan takrif di atas, syariah itu sendiri adalah agama. Namun sebahagian ulama
membezakan antara penggunaan kalimah syariah kepada maksud yang lebih khusus, iaitulah
hukum hakam fiqh.Sebagaimana di al-Azhar dinamakan kuliah yang menumpukan pengajian
fiqh sebagai kuliah syariah, dan kuliah yang mengaji akidah dinamakan kuliah usuluddin.
Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikuhul Azhar pernah mengarang sebuah kitab bertajuk Islam itu
Aqidah dan Syariah.

2.

KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Firman Allah taala:



Allah taala maha kaya daripada hambaNya, Dia tidak berhajat kepada sesuatu daripada
hambaNya. Di dalam ayat pertama disebut: Agar manusia menegakkan keadilan, ayat
kedua Mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya.

Secara ringkasnya, syariah adalah:



Setiap perkara yang menyusun kehidupan dan memandu kepada jalan yang lurus dan
sistematik, itulah tugasan syariah, agar mereka mendapat kebaikan di dunia, dan di akhirat.

Pada dasarnya syariat Islam dilaksanakan hanya untuk membawa kebaikan kepada
manusia daripada sebarang keburukan atau malapetaka, pada masa sekarang atau akan
datang, di dunia mahupun di akhirat. Islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf oleh
Allah dan diturunkan kepada manusia bagi mengatur kehidupan mereka. Al-Quran
merupakan sumber hukum Islam yang utama, asli dan abadi. Ia merupakan sebuah kitab yang
lengkap, yang menjadi panduan kepada semua umat manusia. Kandungannya merangkumi
pelbagai hukum dan peraturan hidup untuk manusia dalam segala aspek kehidupan Setiap
perundangan hukum dalam syariah Islamiyah adalah bertujuan untuk melindungi atau
memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia.
Islam adalah agama yang syumul ( sempurna), setiap garis panduan yang telah ditetapkan
dalam Islam adalah bersesuaian mengikut tempat, bangsa dan zaman. Sebagaimana firman
Allah s.w.t dalam surah Al-Jathiah ayat 18 yang bermaksud :

Pada kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w dan utuskan engkau)
menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dan hukum-hukum agama ; Maka turutlah akan
jalan itu dan jangan engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara
yang benar.)

Bagi ummat Islam, Syariat Islam adalah merupakan panduan hidup yang
integral/menyeluruh dan sempurna bagi seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan
dunia ini. Setiap permasalahan yang melibatkan agama harus dirujuk kembali kepada syariah
Islam agar setiap apa pun yang dilakukan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Berikut
adalah kepentingan syariah dalam kehidupan manusia:

1.

Untuk mendidik manusia- Hakikatnya kehidupan manusia tidak terlepas dari ujian dan

dugaan sebagaimana dalam firman Allah dalam surah Surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang
bermaksud:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami telah
beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang
yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Setiap ujian dan dugaan yang menimpa manusia adalah datang daripada Allah dan
tujuannya adalah untuk mendidik manusia agar lebih kuat dan menjadi insan yang lebih
bertakwa. Syariat diturunkan bagi mendidik manusia menghadapi segala ujian dan cubaan
tersebut. Syariah menanamkan keimanan dan nilai-nilai amanah dan kebenaran dalam jiwa
seseorang itu. Sebahagaian dari program pendidikan dalam Islam ialah melalui ibadah.
Amalan ibadah yang disyariatkan oleh Allah ini memainkan peranan mendidik manusia
supaya menjadi ahli masyarakat yang berguna dan memberi manfaat kepada yang lain.
Sebagaimana firman Allah yang mensyariatkan hambanya agar menunaikan solat didalam
Al-quran yang bermaksud:

Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan
bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah. Sesungguhnya Alah Maha
Melihat apa-apa yang kamu kerjakan
(Surah Al Baqoroh : 110)

Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu ,
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar (Surah Al Baqoroh : 153)

Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari
perbuatan yang keji dan mungkar. (Al-Ankabut: 45)

2.

Syariah sebagai perisian Problem Solving ( Penyelesaian Masalah) dalam kehidupan-

Syariat Islam merupakan satu peraturan yang bersifat universal dan global (Syumuliyyah). la
merangkumi seluruh bidang keperluan manusia yang meliputi aspek hubungan antara
manusia dengan tuhan, hubungan sesama manusia dan alam sekitar. Syariah memelihara
lima tunjang yang menjadi pokok dan asas utama dalam memelihara keamanan dan
kesejahteraan seluruh umat manusia iaitu menjaga agama, nyawa, akal, maruah dan harta.
Lima perkara tersebut dipanggil sebagai maqasid Syariah. Setiap permasalahan yang
melibatkan kelima perkara ini akan diselesaikan berdasarkan syariat Islam dengan
menjadikan wahyu Illahi, hadis dan sunnah sebagai sumber rujukan utama. Syariat Islam
digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu perkara itu wajib, harus, sunat, makruh atau
pun haram dilakukan. Tujuannya adalah untuk menjernihkan kekeliruan yang melibatkan
bab-bab agama agar setiap perkara yang dilakukan mendapat keredhaan Allah dan demi
kemaslahatan manusia.

Penghayatan yang kedua ini juga amat berkaitan dengan perhubungan masyarakat
terutamanya dalam hubungan menjaga hak asasi manusia dan tidak mencerobohinya. Jika
berlaku pencerobohan maka hukuman tertentu menantinya.Hukuman yang ditetapkan oleh
syarak bukan semata-mata bertujuan untuk menghukum si penjenayah tetapi membendung
masyarakat dari melakukan jenayah tersebut. Bagi mencapai matlamat inilah disyariatkan
5

agar melaksanakan undang-undang jenayah Islam seperti hudud,qisas dan takzir.


Sebagaimana firman Allah dalam Al-quran yang bermaksud:

Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan
sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim
(Surah al-Baqarah:229)

Garis panduan yang telah ditetapkan dalam syariat Islam adalah untuk membawa
kepada kebaikan sebanyak yang mampu kepada manusia dan bukannya kemudharatan,
membuka jalan ke arah yang lebih jernih agar manusia tidak terus berada dalam kejahilan.

3.

Sebagai Penegak Keadilan- Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul

Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah
menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca
keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi
dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi
manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan
faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan
Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan
mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya
tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa (Surah Alhadid : 25).

Berdasarkan daripada ayat diatas, jelas menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang adil
dan seimbang. Tidak terlalu memberatkan malah memudahkan. Sepertimana dalam firman
Allah yang bermaksud :
Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Al-Hajj:78)

Syariat islam adalah untuk memperjelaskan lagi segala garis panduan yang telah
termaktub didalam kitab suci Al-quran. Tujuannya adalah bagi memudahkan ummat manusia
untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai hukum-hukum syara berdasarkan dalil
dan hujah yang terdapat didalam Al-quran , hadis dan sunnah Rasullullah s.aw. Keadilan
dalam Islam adalah bermaksud mengambil hak dari orang zalim dan meletakkannya kepada
orang yang dizalimi dan tertindas. Hal ini dijelaskan sebagaimana firman Allah yang
bermaksud:

Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu
kepada tidak berlaku adil (kepada sesiapajua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada
taqwa. (Al-Ma'idah: 8)

Al-Quran mewajibkan setiap manusia berlaku adil di dalam segala urusannya,


terutama daripada kalangan pemerintah yang berkuasa. Hal ini dijelaskan Allah s.w.t yang
bermaksud:

Jika kamu menghukum manusia hendaklah kamu menghukum seadil-adilnya (Al-Nisa' : 58)

Keadilan syariah dapat dilihat dengan wujudnya kesamarataan di dalam mentaklifkan


segala fardu ain. Setiap manusia diwajibkan melaksanakan syariat Allah dan meninggalkan
segala laranganNya tanpa ada kekecualian kepada individu-individu tertentu. Keadilan akan
menghasilkan pelaksanaan segala

perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala

laranganNya. Sedangkan kezaliman pula ialah meninggalkan segala suruhanNya dan


mengerjakan segala larangan Allah s.w.t

3.

EMPAT CIRI KEISTIMEWAAN SYARIAH ISLAM

Ciri-ciri keistimewaan Syariah Islamiyyah

3.1

Rabbaniyyah

Ianya membawa erti bahawa hukum dan peraturan Syariah ini dari Allah swt dan bukan
ciptaan manusia. Beerti sumber Syariah Islamiyyah ialah Allah swt yakni wahyuNya kepada
Nabi Muhammad saw dengan lafaz dan makna, iaitu al-Quran, atau dengan makna tidak
lafaz iaitu as-Sunnah. Ciri ini membezakannya sama sekali dari semua perundangan duniawi
kerana ia bersumberkan dari manusia sedangkan Syariah Islamiyah sumbernya pencipta
manusia
3.1.1

itu

sendiri.

Natijah Syariah Islamiyyah:

i)-Prinsip-prinsip Syariah dan hokum-hakamnya bersih dari sebarang rupa bentuk kezaliman,
kelemahan dan menurut hawa nafsu kerana penciptanya ialah Allah yang mempunyai
ksempurnaan mutlaq. Undang-undang duniawi pula mempunyai kelemahan kerana ia lahir
dari manusia yang memiliki kelemahan seperti kejahilan, penyelewengan, kezaliman,
kelemahan, kekurangan, terpengaruh dengan hawa nafsu, alam persekitaran, kaum atau
bangsa, dan sebagainya.
ii)-Hukum-hukum Syara mempunyai kehebatan dan kehormatan dalam jiwa orang-orang
yang beriman dengannya ama ada pemerintah mahupun yang diperintah, justeru kerana ianya
dari Allah dan pasti memiliki sifat Ad-Din. Atas dasar inilah ia tetap dihormati dan dipatuhi
dengan rela hati yang didorongi oleh jiwa yang bersih dan keimanan yang mendalam tanpa
ada

unsur

paksaan.

3.1.2 Balasan Duniawi dan Ukhrawi


Balasan duniawi ini ada yang bersifat kanun jenayah dan ada yang dikatakan kanun sivil
sepertimana juga dengan undang-undang buatan manusia tetapi skopnya lebih luas dari
balasan yang terdapat dalam undang-undang buatan manusia, justeru undang-undang Islam
itu mencakupi seluruh urusan individu termasuklah soal-soal keagamaan dan akhlak, tidak
sepertimana undang-undang buatan manusia. Balasan ukhrawi adalah dikenakan ke atas
setiap perlanggaran hokum syara sama ada ia amalan had mahupun amalan anggota lahir,
yang berkaitan dengan muamalat maliyyah (sivil) mahupun jenayah dan sama ada yang
8

bersalah itu dikenakan hukuman keseksaan atau tidak, selagi tidak bertaubat nasuha dan
mendapat penghalalan hak dari orang tertentu.
2.

Alamiyyah dan Umumiyyah

Syariat Islam menjadi keistimewaan dengan ciri ini, ia menjadi rahmat untuk sekalian alam,
menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia dan merupakan peraturan untuk manusia
sejagat pada semua masa dan tempat. Ia bukan perundangan untuk satu jenis manusia,
Negara, bangsa dan kabilah tertentu sahaja, bahkan ia untuk manusia di mana jua mereka
berada. Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti:
a)

Dharuriyyat : iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya.

Perkaraperkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga akal, agama, jiwa, keturunan dan harta.
b)

Hajiyyat : perkara yang diperlukan manusia untuk hidup. Namun manusia hidup tanpa
kewujudannya.

c)

Tahsiniyyat : iaitu perkara yang diperlukan manusia untuk hidup lebih mulia.

Contohnya
Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupan mengikut tempat dan suasana.
Ia lebih mirip kepada unsure kesempurnaan kemewahan.
3.

Kekal.

Syariat islam kekal sepanjang zaman tanpa dinasakh dan tiada perubahan. Ia merupakan
Syariat Islam terakhir dan penutup syariat-syariat samawi. Nabi Muhammad saw adalah rasul
terakhir, tiada Nabi lagi selepas baginda. Kesejagatan Syariat Islam, umum untuk seluruh
manusia dan tidak menerima sebarang pembatalan dan tukar ganti, sudah pasti segala
peraturan dan hokum-hakamnya itu dapat mencapai kepentingan manusia sepanjang zaman
dan disemua tempat dan mampu memenuhi segala keperluan yang dihajati oleh manusia
setiap masa, dijadikannya sebagai penutup semua syariat, peraturan, prinsip dan hokumhukumnya sesuai dilaksanakan untuk semua masa dan tempat.
4.

Syumul

Syariat Islam itu suatu system yang syumul mencakupi semua urusan hidup yang
menggariskan manusia jalan iman, menerangkan dasar-dasar aqidah, menyusun hubungan
manusia dengan Tuhannya, memerintah bersihkan jiwa, dan mengatur hubungan manusia
sesama manusia. Kesyumulan Islam ini dapat dilihat pada 3 kelompok:i)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan aqidah seperti beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Perbahasan hukum-hukum aqidah ini dan kajiannya terdapat dalam ilmu kalam atau
Tawhud.
ii)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib bercakap benar, amanah,
menyempurnakan janji, haram berdusta, khianat, mungkir janji. Hokum-hukum akhlak ini
kajiannya adalah dalam ilmu akhlak atau Tasawwuf.
iii)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia dalam hubungan
mereka dengan yang lain. Hokum amali ini dinamakan dengan al-fiqh, perbincangannya
dalam ilmu al-Fiqh.
Ia terbahagi kepada 2 bahagian yang besar iaitu:
a)-Ibadat seperti solat, puasa, zakat yang mana ia bertujuan mengatur hubungan di antara
individu dengan Tuhannya.
b)-Adat dan muamalat yang bertujuan untuk mengatur hubungan di antara sesama manusia.

Kemanusiaan
Syariat Islam bersifat kemanusiaan sejagat kerana ianya diturunkan oleh Allah swt untuk
seluruh manusia dan rahmat Allah kepada mereka sepanjang zaman dan di semua tempat.

Keadilan mutlak
Keadilan bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya menurut hitungan sebenarnya
daripada Allah. Adalah menjadi tujuan Islam itu menegakkan keadilan mutlak dikalangan
manusia seluruhnya dengan menegakkan persaudaraan dikalangan mereka, memelihara
10

kehormatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta benda dengan bermatlamat
dunia dan akhirat.

4.

EMPAT KEBERKESANAN PEMANTAPAN SYARIAH DI MALAYSIA


Umat Islam hari ini berhadapan dengan perkembangan baru dan cabaran moden.

Cabaran mereka datang dari berbagai sudut seperti pemikiran, hiburan, permainan, fesyen,
media massa, harta benda, populariti dan berbagai lagi. Mereka seolah-olah hilang arah dan
tuntunan selepas kebanyakan mereka tidak lagi mengikut Al-Quran dan As-Sunnah sebagai
panduan. Maka dengan itu, keberkesanan pamantapan syriah yang diamalkan di Malaysia
dicadangkan untuk menjurus kea rah ini.
Sejarah perundangan dengan jelas membuktikan bahawa undang-undang Islam telah
mantap dan dilaksanakan dalam pemerintahan Kerajaan Melayu sebelum kedatangan
Inggeris. Terdapat bukti yang jelas menunjukkan undang-undang telah dikanunkan dengan
cara teratur bagi pemakaian dan panduan kerajaan Melayu ketika itu seperti Hukum Kanun
Melaka, Undang-Undang Pahang dan Undang-Undang Kedah. Beberapa bahagian kanun
tersebut adalah petikan daripada hukum fiqh Mazhab Syafie.
Selepas kedatangan Inggeris khususnya dengan penerimaan Sistem Residen, secara
beransur-ansur dan sedikit demi sedikit prinsip undang-undang Inggeris dimasukkan ke
dalam sistem pentadbiran, perundangan dan kehakiman. Akhirnya beberapa undang-undang
seperti Kanun Keseksaan, Enakmen Keterangan dan Kanun Acara Jenayah telah
diperundangkan di mana Undang-Undang Islam dalam bidang berkenaan tidak lagi berkuasa.
Berikutan dengan itu, perundangan Islam pun mula diperbuat dalam bentuk Enakmen dan
Ordinan bagi mendapatkan penguatkuasaan undang-undang. Keadaan ini meletakkan
kedudukan undang-undang Islam sama dengan bahagian undang-undang lain yang perlu
dikanunkan. Cara ini telah diikuti hingga ke hari ini sepertimana yang diperjelaskan dalam
Perlembagaan Negara. Ini didapati dalam Jadual Ke-Sembilan Senarai Negeri.

11

4.1

Penyelarasan Undang-Undang Islam


Memandangkan Islam di bawah bidang kuasa negeri dan Sultan sebagai Ketua Agama

Islam (bagi negeri-negeri yang beraja) maka tidak dapat dielakkan berlakunya
ketidakseragaman

undang-undang

Islam

antara

negeri-negeri.

Usaha-usaha

untuk

mengadakan undang-undang Islam yang selaras dan seragam di seluruh Malaysia telah
bermula sejak sekian lama dan beberapa usaha telah diambil bagi maksud tersebut. JAKIM
melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil telah banyak membantu
menggubal undang-undang Islam yang disediakan sebagai model untuk diterima pakai oleh
negeri-negeri. Pemurnian Akidah
Sebagaimana yang telah diakui bahawa kesucian akidah umat Islam di Malaysia
terpelihara di bawah Perlembagaan Persekutuan iaitu di bawah Perkara 11(4) yang melarang
sebarang dakyah agama lain kepada umat Islam. Menyedari bahawa banyak faktor-faktor lain
yang boleh menggugat kesucian akidah orang-orang Islam maka kerajaan telah menyusun
pelbagai program yang berupa penjelasan, penerangan, kursus dan perbincangan khusus
berkenaan perkara-perkara yang dapat memantapkan iman dan menguatkan keyakinan umat
Islam.
Mereka yang baru memeluk Islam diberi kursus-kursus kefahaman dan penghayatan
secara bersiri dan berjadual. Demikian juga kerajaan telah mengujudkan melalui JAKIM satu
Unit Khas berkenaan ajaran sesat bagi menangani gejala penyelewengan akidah menerusi
ajaran-ajaran salah dan sesat. Penubuhan Panel Kajian Akidah di JAKIM yang dianggotai
oleh pakar akademik dan tokoh Islam banyak membantu JAKIM menangani masalah ini.
Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri-negeri juga mewajibkan kepada mana-mana individu
yang ingin mengajar atau berceramah berkenaan agama Islam mendapatkan Sijil Tauliah
Mengajar Agama dari pihak Jabatan/Majlis. Ini adalah langkah bijak bagi mengawal sebarang
anasir-anasir atau pengaruh ajaran sesat daripada merebak. Mengajar agama tanpa tauliah
adalah satu kesalahan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.
Dalam pada itu, Jawatankausa Fatwa Kebangsaan tidak pernah teragak-agak
mengeluarkan fatwa tentang penyelewengan satu-satu ajaran sesat sebaik sahaja dikenalpasti.
Sehingga kini, JAKIM sentiasa menganjurkan kursus-kursus pemurnian akidah kepada
bekas-bekas kumpulan ajaran sesat bagi tujuan memulihkan mereka kembali ke ajaran Islam
yang sebenar. Kemuncaknya kerajaan telah membina Pusat Pemulihan Akidah di Jelebu,
Negeri Sembilan yang menelan belanja RM5 juta. Ia berperanan menyusun program-program
12

yang dapat menjelaskan segala kekeliruan dan salah faham di kalangan pengamal dan
penganut ajaran sesat agar kembali ke ajaran Islam yang suci dan lurus.
Pada masa yang sama juga, JAKIM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) selama
ini telah bekerjasama dalam menapis dan mengharamkan buku-buku yang mengandungi
unsur-unsur penghinaan dan penyelewengan akidah umat Islam. Kini JAKIM sedang
menyiapkan peringkat akhir draf Undang-Undang Pemulihan Akidah iaitu undang-undang
khusus bagi membendung masalah pertukaran agama di kalangan masyarakat Islam.
Apa yang penting, kerajaan tidak pernah bersikap sambil lewa dalam hal-hal yang
berkaitan dengan akidah umat Islam. Segala pendekatan dan saluran digunakan secara
bersepadu dan terancang bermula dari pendidikan hinggalah ke penguatkuasaan undangundang semata-mata untuk melihat akidah umat Islam terpelihara di bumi Malaysia.

4.2

Sistem Perbankan Islam


Bagi membuka jalan untuk penubuhan bank Islam di Malaysia, kerajaan telah

meluluskan Akta Bank Islam 1983 yang menggariskan peraturan-peraturan yang perlu
dipatuhi oleh bank Islam dalam operasinya di Malaysia dan kuasa-kuasa Bank Negara
Malaysia dalam menyelia dan mengawal bank Islam. Dalam tahun yang sama juga kerajaan
telah meluluskan Akta Pelaburan Kerajaan 1983 yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk
mengeluarkan sijil pelaburan berdasarkan prinsip syariah.
Bank Islam pertama beroperasi di Malaysia ialah Bank Islam Malaysia Berhad pada 1
Mac, 1983 yang menawarkan perkhidmatan sama seperti bank-bank konvensional cuma ia
berdasarkan prinsip-prinsip syariah. Selain itu, ia juga mempunyai anak-anak syarikat yang
menjalankan operasi berdasarkan prinsip syariah iaitu Syarikat Al-Ijarah Sdn. Bhd. yang
menjalankan pemajakan harta tetap, Syarikat Nominees Sdn. Bhd. yang memberi
perkhidmatan nomini dan Syarikat Takaful Malaysia Sdn. Bhd. yang memberi perlindungan
insurans am dan insurans keluarga.
Kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia juga mempunyai objektif jangka panjang
iaitu ingin mewujudkan Sistem Perbankan Islam seiring dengan sistem bank konvensional.
Ini dapat dicapai dengan tiga adunan utama iaitu pertama, sistem ini mempunyai ahli yang
cukup, kedua, perkhidmatan dan produknya merangkumi keseluruhan sistem bank dan ketiga,
perlu diwujudkan pasaran antara-bank yang operasinya mengikut prinsip syariah.
13

Sejajar dengan objektif itu, pada awal tahun 1993 sebanyak 21 produk bank Islam
telah berjaya diwujudkan antaranya al-Wadiah, al-Mudharabah, al-Musyarakah, alMurabahah, al-Bai bithaman ajil, Baiul-salam, al-Ijarah, al-Bai al-tajiri, al-Wakalah, alRahn, al-Qardhul hassan dan al-Kafalah.Pada 4 Mac, 1994 Bank Negara Malaysia telah
melancarkan Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) di mana institusi kewangan yang ada
dibenarkan dan digalakkan untuk menawarkan perkhidmatan berasaskan prinsip syariah.
Lantas pada penghujung tahun 1993, Sistem Perbankan Islam di Malaysia telah mengandungi
sebuah bank Islam dan 20 buah institusi kewangan konvensional terdiri dari 10 buah bank
perdagangan, 8 buah syarikat kewangan dan 2 buah bank saudagar yang menawarkan
perkhidmatan dan produk berdasarkan prinsip Islam. Selain itu, pada 3 Januari, 1994 pasaran
wang antara-bank secara Islam telah dilaksanakan. Sesungguhnya tanpa kesungguhan dan
sokongan yang padu dari pihak kerajaan, Sistem Perbankan Islam di Malaysia tidak akan
maju sejauh ini.

4.3

Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam


Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran yang diperkenalkan pada tahun

1985 adalah sebahagian daripada pelbagai usaha kerajaan untuk memasukkan unsur-unsur
Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Dasar ini bermaksud membimbing
dan membentuk akhlak yang berfaedah dalam kehidupan setiap rakyat ke arah ketinggian
maruah di samping menanam nilai-nilai murni ke dalam sistem pentadbiran negara.
Rasional pentadbiran dipilih sebagai komponen utama dasar ini ialah bagi melicinkan
pelaksanaan sesuatu dasar dan atas kesedaran bahawa kejayaan rancangan-rancangan
kerajaan banyak bergantung kepada penjawat-penjawat perkhidmatan awam. Penghayatan
kepada nilai-nilai Islam akan dapat menjamin kelancaran dan kecekapan jentera kerajaan
serta menghindar perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Nilai-nilai
tersebut iaitu amanah, bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih,
berdisiplin, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur yang berjumlah sebelas kesemuanya
adalah nilai-nilai Islam yang dipilih memandangkan ia merupakan kunci kejayaan
pentadbiran sesebuah negara.
Penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mula beroperasi pada 1 Oktober,
1967 mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memelihara dan mengawasi sistem nilai
masyarakat. Institusi yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan khusus untuk mencegah
14

perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa diberi kuasa utama di bawah undang-undang
iaitu Akta Pencegahan Rasuah 1997, Akta Pencegah Rasuah 1961 (Disemak 1971), Ordinan
No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat 1970, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982, Kanun
Keseksaan (F.M.S. Cap 45), Kanun Prosedur Jenayah (F.M.S. Cap 6), Akta Polis 1967 dan
Akta Kastam 1967. Besarnya peranan BPR yang diberi mandat oleh kerajaan dalam
memastikan kepentingan awam agar tetap terpelihara, dikuatkan lagi dengan Ketua
Pengarahnya adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

4.4

Penyelarasan Penyeragaman Undang-undang Islam Negeri


Usaha terbaru ialah JAKIM telah mengemukakan suatu cadangan supaya

penyelarasan dan penyeragaman undang-undang Islam negeri-negeri dibuat melalui


Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Cadangan atas nama Kerajaan Pusat tersebut telah dipersetujui
oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-176 pada 1 Ogos, 1997 yang lalu. Ekoran
persetujuan itu, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara telah membuat kajian
terperinci ke atas enam undang-undang utama negeri-negeri iaitu Undang-Undang
Pentadbiran Agama Islam, Undang-Undang Keluarga Islam, Undang-Undang Kesalahan
Syariah, Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah, Undang-Undang Tatacara Jenayah
Syariah dan Undang-Undang Tatacara Mahkamah Syariah.
Beberapa siri pertemuan telah diadakan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Peguam Negara, Ketua Pengarah JAKIM dan Pengarah Bahagian Undang-Undang JAKIM
dengan D.Y.M.M. Sultan Azlan Shah (selaku Penasihat Undang-Undang Majlis Raja-Raja)
bagi membincangkan cadangan penyelarasan dan penyeragaman undang-undang tersebut.
Kini cadangan rang undang-undang tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri
untuk kelulusan sebelum dikemukakan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

15

5.

KESIMPULAN
Sememangnya kita melihat bahawa telah banyak program-program yang dijalankan

untuk memantapkan nilai-nilai akidah dalam kalangan masyarakat hari ini. Walau
bagaimanapun, kebanyakan program yang dijalankan tidak menyeluruh dan ada antaranya
yang terhad untuk kawasan-kawasan tertentu juga. Oleh itu dalam hal ini, semua pihak
perlulah bermuhasabah dan mengkaji sejauh mana keberkesanan program yang mereka
jalankan, adakah ianya hanya sekadar melepaskan batuk ditangga, ataupun tidak mencapai
objektif yang ditetapkan.
Pendapat dan kajian semua pihak haruslah diterima dengan hati yang terbuka oleh pihak yang
berkenaan. Seperti Firman Allah s.w.t. :

()



Maksudnya : Yang berusaha mendengar segala perkara yang disampaikan dan mengikut apa
yang terbaik, itulah orang-orang yang sempurna pemikirannya. ( Az-Zumar, 38 :18 )
Sebagai konklusinya, amalan pemantapan nilai-nilai akidah di Malaysia perlulah
ditambah dan diperkemaskan agar tujuannya tercapai. Manakala pemantapan akidah anakanak merupakan suatu perkara yang perlu dititik beratkan oleh ibubapa melebihi perkara yang
lain lebih-lebih lagi

pada zaman yang sangat mencabar ini. Ibu bapa memainkan peranan

penting dalam pembentukan akidah anak-anak kerana anak-anak ini berada dalam kawalan
mereka dan ia menjadi tanggungjawab mereka. Selain itu, system pendidikan kita pada hari
ini di peringkat sekolah perlulah diintegrasikan dengan Islam kerana agama Islam itu
merupakan rahmat bagi sekalian alam dan tidak pernah bercanggah dengan fakta semasa.
Integrasi ilmu ini bermaksud semua ilmu dibahas mengikut cara pemikiran Islam yang
berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Maka dengan itu, pemantapan akidah yang bermula
di kalangan anak-anak kita akan dapat dikukuhkan dan disuburkan sehingga ia dewasa kelak
seterusnya mencegah dan mengurangkan gejala-gejala sosial yang semakin membimbangan
dewasa ini.

16

6.

RUJUKAN

Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zin (1998). Pengantar Ilmu Tauhid.Kuala
Lumpur : Pustaka Salam

Auni Haji Abdullah (2010),Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Alam
Raya Enterprise Sdn. Bhd

http://pmram.org/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2007:syariah-maknadan-dasarnya&catid=67:manhal. DILAYARI PADA 08 NOVEMBER 2013.

http://mujahidsyafiq.wordpress.com/category/1-prinsip-asas-islamsyariah/.
Dilayari pada 08 November 2013.

http://seharumanginsyurga.blogspot.com/2011/05/pengenalan-kepada-syariah-dan.html.
Dilayari pada 08 November 2013
http://nuribtis.blogspot.com/2013/03/kepentingan-syariah-dalam-kehidupan.html.
pada 08 November 2013.

17

Dilayari

Anda mungkin juga menyukai