Anda di halaman 1dari 8

Hadis Pelepah Tamar Tidak Ada Kena Mengena Dengan Konsep

Menghadiahkan Pahala Kepada Si Mati

Muhammad Hanief Awang Yahaya

Dipetik dari web: www.darulkautsar.net

Sesetengah ulama berhujah bahawa bacaan al-Qur`an dan pahalanya sampai kepada
si mati berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan
lain-lain. Iaitu hadis baginda memacakkan pelepah tamar di atas dua buah kubur.

‫ة‬
ِ َ ‫دين‬ ِ ‫م‬َ ْ ‫ن ال‬ ِ ‫طا‬َ ‫حي‬ ِ ‫ن‬ ْ ‫م‬ ِ ‫ط‬ ٍ ِ ‫حائ‬ َ ِ‫م ب‬ َ ّ ‫سل‬ َ َ‫ه عَل َي ْهِ و‬ُ ّ ‫صّلى الل‬ َ ‫ي‬ ّ ِ ‫مّر الن ّب‬ َ ‫ل‬ َ ‫س َقا‬ ٍ ‫ن عَّبا‬ ِ ْ ‫ن اب‬ ْ َ‫ع‬
َ
ِ ْ ‫ه عَل َي‬
‫ه‬ ُ ّ ‫صّلى الل‬ َ ‫ي‬ ّ ِ ‫ل الن ّب‬ َ ‫قا‬ َ َ‫ما ف‬ َ ِ‫ن ِفي قُُبورِه‬ ِ ‫ن ي ُعَذ َّبا‬ ِ ْ ‫سان َي‬ َ ْ ‫ت إ ِن‬ َ ْ‫صو‬
َ َ ‫مع‬ ِ ‫س‬َ َ‫ة ف‬ َ ّ ‫مك‬َ ْ‫أو‬
َ ‫كا‬
ِ‫ن ب َوْل ِه‬ ْ ‫م‬ ِ ‫ست َت ُِر‬ْ َ ‫ما َل ي‬ َ ُ‫حد ُه‬ َ ‫نأ‬ َ َ ‫ل ب ََلى‬ َ ‫م َقا‬ ّ ُ ‫ن ِفي ك َِبيرٍ ث‬ ِ ‫ما ي ُعَذ َّبا‬َ َ‫ن و‬ ِ ‫م ي ُعَذ َّبا‬ َ ّ ‫سل‬
َ َ‫و‬
‫ل‬ّ ُ ‫ضعَ عََلى ك‬ َ َ‫ن فَو‬ ِ ْ ‫سَرت َي‬ْ ِ ‫ها ك‬ َ ‫سَر‬ َ َ ‫ريد َةٍ فَك‬ ِ ‫ج‬ َ ِ ‫عا ب‬ َ َ‫م د‬ ّ ُ ‫مة ِ ث‬ َ ‫مي‬ ِ ّ ‫شي ِبالن‬ ِ ‫م‬ ْ َ ‫خُر ي‬ َ ‫ن اْل‬ َ ‫كا‬ َ َ‫و‬
َ ّ ‫ل ل َعل‬
‫ف‬َ ‫ف‬ ّ ‫خ‬ َ ُ‫ن ي‬ ْ ‫هأ‬ ُ َ َ ‫ذا َقا‬ َ َ‫ت ه‬ َ ْ ‫م فَعَل‬ َ ِ ‫ل الل ّهِ ل‬ َ ‫سو‬ ُ ‫ه َيا َر‬ ُ َ‫ل ل‬ َ ‫قي‬ ِ َ‫سَرةً ف‬ ْ ِ ‫ما ك‬ ِ ٍ‫قَب ْر‬
َ ُ‫من ْه‬
َ َ
‫سا‬َ َ ‫ن ي َي ْب‬ ْ ‫سا أوْ إ َِلى أ‬ َ َ ‫م ت َي ْب‬ْ َ ‫ما ل‬ َ ‫ما‬ َ ُ‫عَن ْه‬

“Daripada Ibn Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. melalui dekat salah sebuah kebun di
Madinah atau Mekah lalu baginda terdengar suara dua orang yang diseksa di dalam
kubur mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda: “mereka berdua itu diseksa. Tidaklah
mereka berdua itu diseksa kerana perkara yang besar. Kemudian baginda bersabda:
“benar sekali, salah seorang daripada mereka tidak menjaga kebersihan daripada air
kencingnya dan seorang lagi sering mengacum.” Kemudian Rasulullah s.a.w.
meminta supaya dibawakan pelepah tamar kemudian baginda membelahnya kepada
dua lalu meletakkannya pada setiap kubur itu. Baginda ditanya; Wahai Rasulullah!
Mengapa tuan berbuat demikian? Baginda menjawab: “Semoga itu akan
meringankan daripada mereka berdua selagi ia tidak kering atau sehinggalah ia
kering.”
Hadis ini menerangkan Rasulullah s.a.w. bersama para sahabat melalui dekat dua
kuburan lalu Allah s.w.t. mewahyukan kepada baginda tentang keadaan kedua-
duanya yang sedang diazab. Satunya, kerana tidak menjaga kebersihan semasa
buang air dan satu lagi kerana mengadu domba dan mencetuskan permusuhan.
Baginda memberitahu kepada umatnya sebagai membari amaran dan peringatan
tentang kedua-dua bentuk kesalahan ini. Dengan rasa belas kasihan, baginda
menyuruh sahabat mengambil pelepah tamar kemudian dipacakkan di atas dua
kuburan itu sebagai syafaat baginda untuk umatnya.

Di dalam satu hadis yang panjang yang diriwayatkan oleh Jabir, Imam Muslim
meriwayatkan:

َ َ
‫م‬
َ ‫دا‬
َ ‫ما‬
َ ‫ما‬ َ ّ‫ن ي َُرف‬
َ ُ‫ه عَن ْه‬ ْ ‫فاعَِتي أ‬
َ ‫ش‬َ ِ‫ت ب‬ ْ ‫ن فَأ‬
ُ ْ ‫حب َب‬ ِ ‫ن ي ُعَذ َّبا‬
ِ ْ ‫قب َْري‬
َ ِ‫ت ب‬
ُ ‫مَرْر‬ َ ‫َقا‬
َ ‫ل إ ِّني‬
‫ن‬ ْ ْ ُ‫ال ْغ‬
ِ ْ ‫ن َرطب َي‬ ِ ‫صَنا‬

Rasulullah s.a.w. bersabda” “Sesungguhnya aku lalu dekat dua buah kubur yang
diseksa maka aku mahu ia diberikankan syafaatku agar dihindarkan daripada
kedua-duanya selagi dua ranting itu tidak kering.” (Muslim, no: 3013)

Hadis ini jelas menunjukkan sebab Rasulullah s.a.w. meletakkan ranting di atas kubur
iaitu sebagai syafaat dan doanya bukan menghadiahkan pahala kepada mayat di
dalamnya. Apa yang jelas ialah baginda memohon ampun bagi pihak penghuninya.
Sama ada peristiwa ini adalah sama dengan peristiwa hadis Ibn Abbas atau tidak,
kedua-duanya mempunyai ‘illah hukum atau sebab hukum yang sama.

Peristiwa ini adalah peristiwa khusus yang tidak boleh hendak diqiyaskan kerana
hikmatnya dan sebabnya tidak dapat difikirkan kerana berkait dengan doa Rasulullah
s.a.w. dan tambahan pula ia adalah perkara ghaib, yakni kedua-duanya itu sedang
diazab dalam kubur. Oleh kerana itu, baginda tidak melakukannya kecuali untuk dua
kubur ini sahaja. Perbuatan sahabat bertanya menunjukkan bahawa ini tidak pernah
dilakukan sebelum ini dan tidak pula diperintahkan supaya diikuti oleh para sahabat.
Ini menunjukkan bahawa perbuatan ini khusus kepada baginda sebagai doa dan
syafaat nabi untuk umatnya.

Al-Khattabi, seorang ulama hadis yang terkenal ketika menghuraikan hadis ini di
dalam kitabnya Ma’alim al-Sunan Syarh Sunan Abi Daud menyebutkan: “Kata-kata
Rasulullah s.a.w. “semoga ia meringankan untuk mereka berdua” itu adalah dari
sudut memperolehi keberkatan daripada kesan Rasulullah s.a.w. dan doa baginda
supaya diringankan azab daripada mereka berdua. Seolah-olah baginda menjadikan
tempoh lembabnya pelepah itu sebagai had kepada doa keringanan azab itu
daripada mereka berdua bukan kerana pelepah yang basah itu mempunyai makna
yang tidak terdapat pada pelepah yang kering. Orang ramai di kebanyakan negeri
menghamparkan daun tamar di atas kubur-kubur dan saya berpendapat bahawa
perbuatan mereka itu tidak mempunyai satu dalilpun. Wa Allah A’lam.”

Nukilan daripada al-Khattabi menegaskan bahawa dalam masalah ini tidak boleh
dilakukan sebarang qiyas. Untuk mengatakan kelembapan atau segarnya dahan atau
pelapah tamar itu sebagai sebab ringan azab, adalah sesuatu yang tidak jelas dan
tidak konsisten. Dengan itu, ia tidak memenuhi syarat ‘illah hukum. Sekiranya
perkara ini dapat dijadikan ‘illah pasti semua mayat yang dikebumikan di bawan
rimbunan pokok atau dipenuhi dengan batu-batu akan memperolehi faedah yang
besar kerana semua itu tetap terus berzikir untuknya walaupun dia tidak beriman
dan tidak pernah beramal soleh. Tentu sekali tidak ada yang berpendapat demikian.

Oleh kerana itu, menjadikan pelepah tamar basah yang bertasbih sebagai asas qiyas
untuk memacak ranting pokok, menabur bunga dan meletakkan batu-batu di atas
kubur adalah kesimpulan hukum yang tidak menepati prinsipnya kerana tidak
memenuhi syarat ‘illah dan berlaku qiyas ma’a al-Fariq (qiyas dua perkara yang tidak
serupa). Mereka yang mengqiyaskan bacaan al-Qur`an dapat memberikan pahala ke
si mati menggunakan qiyas ini dengan alasan bacaan al-Qur`an itu lebih mulia dari
tasbih daripada pelapah tamar itu. Sedangkan pelepah yang tamar yang diletakkan
oleh Rasulullah s.a.w. merupakan doa dan syafa’at baginda bukan kerana sifat
lembab dan basah yang ada padanya. Jauh sekali untuk dikatakan sebagai
menyampaikan pahala kepada si mati.

Menyalahgunakan kaedah qiyas dan meluaskan pemakaiannya dalam masalah ini


tidak akan memberikan apa-apa manfaat melainkan hanya menimbulkan pelbagai
jenis bid’ah dan khurafat dalam masyarakat. Atas alasan qiyas, orang ramai
meletakkan bunga-bunga di atas kubur serta menyirami dengan air mawar. Apabila
mereka merasakan kesegaran pelepah tamar dan bunga itu tidak berpanjangan lalu
mereka menanam pokok bunga di atas kubur serta menghias pula dengan anak-anak
batu. Tujuannya tidak lain kerana menyangka semuanya itu akan memberi manfaat
kepada si mati. Padahal hanya iman dan amal sahaja yang berguna. Disedari
ataupun tidak, mereka telah menyerupai amalan Kristian dalam upacara kematian
mereka!

Selain itu, mengkhususkan benda hidup sahaja bertasbih adalah tidak tepat kerana
segala yang ada di langit dan di bumi, semuanya bertasbih dan menyebut-nyebut
nama Allah sama ada ianya lembab atau kering.

َ
‫ه‬
ِ ِ‫مد‬
ْ ‫ح‬
َ ِ‫ح ب‬ َ ُ ‫يٍء إ ِّل ي‬
ُ ّ ‫سب‬ ْ ‫ش‬ َ ‫ن‬ْ ‫م‬ِ ‫ن‬ْ ِ ‫ن وَإ‬
ّ ِ‫ن ِفيه‬ ْ ‫م‬ ُ ‫سب ْعُ َواْلْر‬
َ َ‫ض و‬ ّ ‫ت ال‬ ُ ‫وا‬ َ ‫م‬
َ ‫س‬ ُ َ‫ح ل‬
ّ ‫ه ال‬ ُ ّ ‫سب‬
َ ُ‫ت‬
‫فوًرا‬ ُ َ‫ما غ‬
ً ‫حِلي‬
َ ‫ن‬ َ ‫كا‬َ ‫ه‬ُ ّ ‫م إ ِن‬
ْ ُ ‫حه‬
َ ‫سِبي‬
ْ َ‫ن ت‬
َ ‫قُهو‬ ْ َ ‫ن َل ت‬
َ ‫ف‬ ْ ِ ‫وَل َك‬

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa
mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih Dengan
memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia
adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (al-Isra`: 44)

Ayat ini menunjukkan bahawa segala sesuatu itu bertasbih, dan semuanya itu
bertasbih bagi Allah dan memuji-muji kebesaran-Nya bukannya mengucapkan tasbih
untuk orang yang meninggal dunia. Ini bermakna, segala makhluk yang bertasbih
tidak ada kaitan dengan manusia yang telah meninggal dunia.
Mengapa Rasulullah s.a.w. memacak pelepah tamar di dua buah kubur itu sedangkan
batu-batu, tanah dan pasir yang ada di situ juga bertasbih kepada Allah. Jawabnya ini
adalah syafa’at dan doa baginda. Inilah sebabnya mengapa tidak memacakkan
kepada kubur-kubur yang lain.

Jesteru, kita mengatakan, sebagai umat Rasulullah s.a.w., kita hanya perlu meminta
ampun dan berdoa untuk mayat sebagimana yang diajarkan oleh baginda dalam
hadis-hadis yang lain tanpa perlu melampaui petunjuk baginda. Bahaya paling besar
apabila meninggalkan sunnah ialah terjerumusnya kita dalam bid’ah. Ini kerana tidak
ada satupun riwayat yang sahih menyuruh kita menghadiahkan pahala kepada orang
yang meninggal dunia dan tidak dilakukan oleh generasi sahabat dan tabi’in.

Kesimpulannya, hukum ini tidak umum dan tidak boleh diqiyaskan kepada kes orang
lain. Begitu juga tidak ada riwayat yang menunjukkan bahawa sahabat-sahabat lain
ada melakukannya kecuali yang apa diriwayatkan daripada Buraidah bin al-Husaib
bahawa beliau mewasiatkan supaya meletakkan dua pelepah tamar di atas
kuburnya.

Perbuatan Buraidah ini tidak boleh dijadikan hujah kerana alasan-alasan berikut.
Pertama, ini adalah pendapat peribadi beliau dalam keadaan sahabat-sahabat yang
utama tidak melakukannya dan hanya beliau sahaja.

Kedua, beliau melakukan ini hanya semata-mata untuk mengikut sunnah Rasulullah
s.a.w. yang pernah melakukan begitu. Ikutan ini dinamakan sebagai ittiba’ suri iaitu
mengikuti sunnah secara zahir bukan sunnah yang disyariatkan.
Sheikh Muhammad Tahir berkata: “Adapun perkara yang berlaku berhubung seorang
sahabat secara jarang-jarang atau tidak biasa dan tidak diketahui oleh kebanyakan
mereka, maka perbuatan itu sama ada berdasarkan kepada ijtihad peribadi atau
hadis yang didengarinya (dan diketahuinya) itu kemudian telah mansukh dalam
keadaan dia tidak mengetahuinya. Sesungguhnya ittiba’ atau ikutan yang
diperintahkan ialah sahabat dengan lafaz jamak iaitu ashab yang disandarkan
kepada kata nama khas yag menunjukkan keumuman yang sebenar, yakni semua
sekali atau keumuman menurut adat iaitu kebanyakan sahabat mana kala yang lain
berdiam diri. Begitu juga lafaz qarni (kurunku) bermaksud perkara yang tersebar di
kurun tersebut.”

Ketiga, Buraidah tidak pernah berniat berbuat demikian untuk melepaskan diri dari
azab kubur, kerana sebagai sahabat yang pernah menyertai Bai’ah Ridwan, beliau
meyakini hanya iman dan amalan soleh sahaja yang dapat menolong seseorang
menyelamatkan diri dari azab Allah.

Keempat, Imam al-Bukhari yang menukilkan athar Buraidah menyebutkannya di


dalam tajuk hadis kemudian mengemukakan athar daripada Ibn ‘Umar bahawa
beliau melihat sebuah khemah di atas kubur ‘Abdul Rahman bin Abu Bakar al-Siddiq
lalu memerintahkan supaya ianya dicabut dan berkata: “Sebenarnya yang
melindunginya adalah amalannya.” Dengan ini difahami bahawa al-Bukhari
berpendapat tindakan Buraidah itu tidak boleh dijadikan hujah kerana Ibn ‘Umar
tidak sependapat dengannya dan beliau seorang sahabat yang cukup mendalam
ilmunya tentang sunnah Rasulullah s.a.w.. Oleh itu, pendapat sahabat yang lebih
berilmu dan paling beriltizam dengan sunnah harus diutamakan daripada yang lain.
Al-‘Aini menyatakan bahawa tujuan Imam al-Bukhari mengemukakan athar daripada
Ibn ‘Umar untuk menyatakan perbuatan Rasulullah s.a.w. memacakkan pelapah
tamar adalah khusus dengan kedua-dua kubur itu tidak yang lain.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. kepada dua kubur merupakan isyarat dan
alamat kepada doa dan syafa’at baginda sebagaimana berlaku doa baginda kepada
Abu Hurairah supaya mempunyai ingatan yang kuat dengan selendang yang dilipat
kemudian diletakkan di dadanya.

َ َ َ ‫ن أ َِبي هَُري َْرةَ َقا‬


َ ‫ساهُ َقا‬
‫ل‬ َ ْ ‫ديًثا ك َِثيًرا أن‬ِ ‫ح‬
َ ‫ك‬ َ ْ ‫من‬
ِ ُ ‫مع‬َ ‫س‬ْ ‫ل الل ّهِ إ ِّني أ‬ َ ‫سو‬ُ ‫ت َيا َر‬ُ ْ ‫ل قُل‬ ْ َ‫ع‬
‫ت‬
ُ ‫سي‬ ِ َ ‫ما ن‬َ َ‫ه ف‬
ُ ُ ‫مت‬
ْ ‫م‬
َ ‫ض‬َ َ‫ه ف‬ُ ‫م‬ّ ‫ض‬ُ ‫ل‬ َ ‫م َقا‬ َ ‫ل فَغََر‬
ّ ُ ‫ف ب ِي َد َي ْهِ ث‬ َ ‫ه َقا‬ُ ُ ‫سط ْت‬ َ ‫داَء‬
َ َ ‫ك فَب‬ ْ ‫س‬
َ ِ‫ط ر‬ ُ ْ ‫اب‬
ُ‫شي ًْئا ب َعْد َه‬
َ

Daripada Abu Hurairah katanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya banyak


mendengar hadis daripada tuan tetapi saya terlupa. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Bentangkanlah selendangmu. Lalu saya membentangkannya kemudian baginda
mencebok dengan tangannya pada selendang itu kemudian bersabda:
“Dakapkanlah. Lalu saya mendakapkannya dan selepas itu saya telah melupakan
satu hadis pun.”

Begitu juga baginda berdoa untuk Mahmud bin al-Rubayyi’ dengan cara berkumur
kemudian menghembuskan kumuran itu sebagai keberkatan daripada baginda.

‫جَها‬
ّ ‫م‬
َ ‫ة‬
ً ‫ج‬
ّ ‫م‬ َ ّ ‫سل‬
َ ‫م‬ َ َ‫ه عَل َي ْهِ و‬ُ ّ ‫صّلى الل‬َ ‫ي‬ّ ِ ‫ن الن ّب‬
ْ ‫م‬ ِ ‫ت‬ُ ْ ‫قل‬ َ ‫ن الّرِبيِع َقا‬
َ َ‫ل ع‬ ِ ْ ‫مودِ ب‬
ُ ‫ح‬
ْ ‫م‬
َ ‫ن‬
ْ َ‫ع‬
َ
ٍ ْ ‫ن د َل‬
‫و‬ ْ ‫م‬ ِ ‫ن‬ َ ‫سِني‬
ِ ‫س‬ِ ‫م‬ ْ ‫خ‬ َ ‫ن‬ ُ ْ ‫جِهي وَأَنا اب‬ ْ َ‫ِفي و‬

Daripada Mahmud bin al-Rubayyi` katanya: “Saya masih lagi ingat semburan
Rasulullah s.a.w. ke muka saya dari bekas air ketika saya berumur lima tahun.”

Doa yang disertakan ‘sentuhan’ tangan Rasulullah s.a.w. mempunyai kesan yang
sangat mendalam kepada para sahabat dan ini tidak lain menunjukkan perkara ini
khusus dengan baginda. Jika diteliti dalam kitab-kitab hadis tentu banyak lagi
peristiwa yang sama ditemui.

Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu` Bab Min al-Kabair An La Yastatir Min Baulih, Muslim, Kitab al-Taharah,
Bab al-Dalil ‘Ala Najasah al-Baul, Abu Daud, Kitab al-Taharah, Bab al-Istibra` Min al-Baul.

Muslim, Kitab al-Zuhd Wa al-Riqaq, Bab Hadith Jabir al-Tawil Wa Qissah Abi al-Yasar.

Al-Qurtubi, al-Mufhim Li Asykala Min Talkhis Sahih Muslim, jil. 1 hal. 553

Sila rujuk al-Kasymiri, Faidh al-Bari ‘Ala Sahih al-Bukhari, jil. 1, hal. 311, Taqi Uthmani, Takmilah Fath al-
Mulhim Bi Syarh Muslim, jil. 6, hal. 525.

Syabbir Ahmad ‘Uthmani, Fath al-Mulhim Bi Syarh Muslim, jil. 3, hal. 93.

Muhammad bin ‘Ali, Zakhirah al-‘Uqba Fi Syarh al-Mujtaba, jil. 1, hal. 515

Ma’alim al-Sunan, jil. 1, hal. 18

Taqi Uthmani, Takmilah Fath al-Mulhim Bi Syarh Muslim, jil. 6, hal. 525., Abdullah Al Bassam, Taysir
al-‘Allam Syarh ‘Umdah al-Ahkam, jil. 1, hal. 60

Usul al-Sunnah Li Radd al-Bid`ah, hal.64

Al-Bukhari, Kitab al-Jana`iz, Bab al-Jarid ‘Ala al-Qabr.

Lihat Ibn Hajar, Fath al-Bari Bi Syarh Sahih al-Bukhari, jil. 3, hal. 588.

Al-‘Aini, ‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari, juz. 8, 264

Al-Bukhari, Kitab al-‘Ilm, Bab Hifz al-‘Ilm.