Anda di halaman 1dari 9

Memacak Pelepah Tamar Di Atas Kubur: Daripada Khilafiah Kepada

Bid’ah

Oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya

Dipetik dari web: www.darulkautsar.net

Penulisan artikel bertajuk ‘Tiada Kaitan Antara Hadis Pelepah Tamar Dan Konsep
Menghadiahkan Pahala Kepada Si Mati’ yang disiarkan laman al-ahkam.net pada
tarikh 7 September 2007 bukan sekali-kali untuk berkeras dalam perkara khilafiah
yang tidak mendatangkan faedah atau kes yang perlu ditutup failnya. Inilah yang
didakwa oleh al-Fadhil al-Bakistani dalam responnya terhadap artikel penulis dengan
tajuk ‘Pelepah Tamar Dan Baca Al Quran: Imam Al-Qurtubi Kata Ada Kaitan’.

Sesiapa yang mengikuti dengan serius displin pengajian Islam terutamanya hadis
atau fiqh perbandingan, persoalan khilafiah masih perlu dibahaskan secara ilmiah
dan adil dengan berasaskan kepada dalil-dalil yang sabit dan pendalilan yang kemas.
Apa gunanya kita menutup perbahasan khilaf sedangkan para ulama terus
membincangkannya dengan mengemukakan dalil dan pendekatan masing-masing.
Perbincangan sebegini sebenarnya satu perkembangan positif di mana kita dapat
mengesan kaedah-kaedah yang digunakan oleh para ulama sekali gus melatih orang-
orang kemudian bagaimana berbicara tentang hukum. Di situlah terserlah kehebatan
ilmu-ilmu Islam yang tiada tolak bandingnya terutamanya usul hadis, Usul fiqh dan
Qawa’id Fiqhiyyah. Oleh itu, menutup pintu perbahasan khilafiah adalah satu
pendekatan yang tidak akedemik. Ulama yang menulis kitab-kitab ensklopedia tafsir,
hadis, fiqh terus mengemukakan persoalan khilaf kerana itu merupakan sendi dan
teras kepada pengajian Hadis dan Fiqh.

Sebelum pergi lebih jauh perlu sekali kita mengingatkan usul yang dikemukakan oleh
al-Qur`an dalam masalah khilafiah. Allah s.w.t.:
ْ ّ ْ ُ ‫ن ك ُن ْت‬
ِ ْ‫م ت ُؤ‬ ُ ‫دوهُ إ َِلى الل ّهِ َوالّر‬ ّ ‫يءٍ فَُر‬ َ ‫م ِفي‬ ْ ِ ‫فَإ‬
ِ ‫ن ِباللهِ َوالي َوْم‬
َ ‫مُنو‬ ْ ِ‫ل إ‬ ِ ‫سو‬ ْ ‫ش‬ ْ ُ ‫ن ت ََناَزعْت‬
‫ن ت َأ ِْويًل‬ُ ‫س‬
َ ‫ح‬
َ
ْ ‫خي ٌْر وَأ‬
َ ‫ك‬ ِ َ ‫اْل‬
َ ِ ‫خرِ ذ َل‬

Jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu
kembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman dengan
Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya. (al-
Nisa’: 59)

Dalam ayat ini, Allah s.w.t. memberi kebenaran untuk membicarakan persoalan
khilafiah tetapi dengan syarat mengembalikan pokok persoalan kepada rujukan yang
ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w., iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Jika terdapat
perkara yang menjadi perselisihan pendapat dalam masyarakat, maka satu-satunya
jalan untuk menyelesaikannya ialah dengan berpandukan kepada kedua-dua smuber
tersebut.

Persoalan khilaf itu sendiri terlalu umum. Sekiranya khilaf dalam masalah fiqh
iftiradhi (fiqh andaian tentang sesuatu yang belum muncul) maka itu sememangnya
tidak perlu disentuh kerana ianya belum berlaku. Begitu juga khilaf antara dua
perkara yang sunat dan manakah antara kedua-duanya itu yang lebih afdhal maka
itu perlu dibincangkan mengikut keperluan dan dalam suasana yang tidak tegang.
Umpamanya di manakah tangan perlu diletakkan semasa qiyam. Bagaimanapun
perbahasan secara ilmiah dan bermetodologi dalam perkara seperti ini amat dialu-
alukan kerana ia merupakan asas kepada pembinaan bakat dalam membicarakan
hukum-hukum (malakah fiqhiyyah ijtihadiyyah).

Sewajarnya disedari bahawa khilaf di kalangan ulama fiqh itu sendiri ada dua, khilaf
tanawwu’ (khilaf kepelbagaian)dan khilaf tanaqudh (saling bercanggah). Jenis yang
pertama merujuk kepada keluasan seseorang itu memilih di antara pelbagai
pendapat kerana kesemuanya itu harus baginya seperti dalam kes kedudukan
tangan semasa qiyam. Dalam hal ini, Imam al-Tirmizi memilih untuk mengatakan ada
pilihan untuk mengikuti mana-mana pendapat. Jenis yang kedua pula merujuk
kepada dua pendapat yang memberikan hukum yang saling bertentangan, antara
sah dan batal.

Pada pandangan penulis, khilafiyyah yang dikatakan wujud dalam masalah


meletakkan pelapah tamar di atas kubur lalu dikaitkan faedahnya kepada si mati
adalah termasuk dalam jenis yang kedua, iaitu khilaf tanaqudh. Ini bererti seseorang
itu mestilah memilih salah satu sahaja daripada pandangan ulama yang lebih hampir
dengan nas, kaedah usul fiqh dan usul hadis serta maqasid Syariah iaitu matlamat
Syariah dalam hukum-hukumnya kepada manusia. Berasaskan kepada ini, penulis
merasa amat keberatan untuk menerima pandangan Imam al-Qurtubi yang
menggunakan qiyas dalam masalah tasbih pelepah tamar dengan membaca al-
Qur`an kepada mayat. Ini kerana sekian ramai ulama yang tidak bersetuju dengan
pandangannya. Amat tidak wajar kita mengenepikan pandangan tokoh-tokoh lain
seperti al-Maziri, Qadhi Iyadh, al-Khattabi, al-Tartusyi, Yusuf al-Binori, Taqi Uthmani
dan lain-lain yang mengatakan bahawa perbuatan Rasulullah s.a.w. dalam hadis
tersebut adalah keistimewaan baginda dan tidak boleh diqiyaskan kepada orang lain.
(al-Mu’lim Bi Fawa`id Muslim, jil. 1, hal. 244, Ma’arif al-Sunan Syarh Jami’ al-Tirmizi,
jil. 1, hal. 265, Dars Tirmizi, jil. 1, hal. 285, Hasyiah al-Badr al-Sari Ila Faid al-Bari, jil.
1, hal. 311)

Ini tidak bererti seseorang itu menganggap penulis memperkecilkan Imam al-Qurtubi,
seorang tokoh utama dalam tafsir dan hadis. Kewibawaan beliau dalam bidang tafsir
tidak boleh dipertikaikan sama sekali. Jauh sekali untuk menuduhnya dengan
tomohan karut. Daripada ulama terdahululah kita mendapat ilmu dan pemahaman.
Tetapi ini tidak bermakna apabila pendapat itu datang dari seorang tokoh kita mesti
terikat dengannya sehingga tidak boleh menerima pandangan yang lain. Sikap
sebegini tentu sekali tidak akan membina keperibadian berilmu.

Faktor lain mendorong penulis membahas masalah ini ialah sejarah khilaf itu sendiri.
Sesuatu perkara yang dikatakan khilaf itu sewajarnya diketahui sejarah khilafnya di
kalangan ulama. Sebagai contoh masalah batal wuduk kerana menyentuh kemaluan
merupakan perkara khilaf yang berlaku sejak dari zaman sahabat dan tabi’in lagi dan
tentunya berlanjutan hingga ke zaman imam-imam mujtahidin seterus hingga ke hari
ini. Satu jenis khilaf lagi, perkara yang menjadi khilaf hanya di kalangan ulama
kemudian dan tidak dibahaspun oleh sahabat dan tabi’in. Termasuk dalam kategori
ini qiyas masalah tasbih pelepah tamar dengan membaca al-Qur`an kepada mayat.
Menurut Mufti Taqi ‘Uthmani, pengarang Takmilah Fath al-Mulhim Bi Syarh Sahih
Muslim, tidak pernah dinukilkan daripada Ibn ‘Abbas dan Jabir (dalam Sahih Muslim)
yang merupakan perawi hadis ini bahawa mereka mengatakan memacakkan pelepah
tamar itu dapat meringankan azab kubur. (Dars Tirmizi, jil. 1, hal. 286). Penulis telah
menegaskan dalam artikel ‘Tiada Kaitan Antara Hadis Pelepah Tamar Dan Konsep
Menghadiahkan Pahala Kepada Si Mati’ bahawa wasiat Buraidah itu, bukan untuk
meringankan azab kubur tetapi kerana semata-mata mengikuti sunnah Rasulullah
s.a.w. kerana baginda pernah meletakkan belahan pelapah tamar di atas kubur.
Bagaimanapun timbul juga kemusykilan, kalau benar kerana mengikut sunnah
mengapa beliau tidak memacak sendiri tetapi mewasiatkan kepada orang lain? Oleh
itu, kita mengatakan kecenderungan Buraidah itu tidak boleh dijadikan hujjah. Sebab
itulah, Ibn ‘Umar menegaskan hanya amalan yang dapat melindungi seseorang.
(Sahih Al-Bukhari, Kitab al-Jana`iz, Bab al-Jarid ‘Ala al-Qabr.)

Berdasarkan kepada ini tidak timbul khilaf di kalangan sahabat kerana mereka
sendiri mengakui bahawa Rasulullah s.a.w. hanya memacak dua kuburan itu atau
satu lagi kubur seperti yang disebutkan dalam hadis Jabir yang panjang yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim. Ini bagi ulama yang mengatakan itu dua peristiwa
yang berlainan. Tetapi bagi ulama yang mengatakan itu adalah peristiwa yang sama,
bermakna hanya dua kubur itu sahaja baginda memacak belahan pelepah tamar.

Pada pandangan penulis, pendapat yang mengatakan boleh diqiyas masalah tasbih
pelepah tamar dengan membaca al-Qur`an kepada mayat bermula di zaman selepas
imam-imam mujtahidin. Berdasarkan kepada tahun kewafatan, penulis cenderung
berpendapat bahawa al-Qurtubi (wafat 671H) dan Ibn Daqiq al-‘Iid (wafat 702H)
adalah ulama yang mula-mula mempopularkan pandangan ini. Tambahan pula
mereka berdua adalah sezaman. Pandangan al-Qurtubi ini boleh disemak dalam al-
Tazkirah Fi Ahwal al-Mauta dan tafsirnya, al-Jami’ Li Ahkam al-Qur`an. Manakala
pandangan Ibn Daqiq al-‘Iid dapat dirujuk dalam Ihkam al-Ahkam Syarh ‘Umdah al-
Ahkam.

Seperkara lagi, Imam al-Bukhari yang mengemukakan athar Buraidah dan Ibn ‘Umar
cuba mengisyaratkan bahawa hadis pelepah tamar hendaklah difahami sebagai
khususiyat Rasulullah s.a.w. di mana cara penafsiran Ibn ‘Umar itu menunjukkan
tiada usaha yang dapat menolong si mati melainkan iman dan amalan yang
diusahakannya semasa hidup. Seolah-olah Imam Bukhari cuba menyekat
penggunaan qiyas dalam masalah ini dengan hujah khusisiyyat Rasulullah s.a.w.. Jika
diperhatikan, Imam al-Bukhari lahir pada tahun 194H dan meninggal pada 256H.
Satu jarak masa yang amat jauh dengan al-Qurtubi dan Ibn Daqiq al-‘Iid.

Selain itu, tajuk bab yang dibuat oleh Bukhari itu perlu difahami dengan kesemua
juzuk-juzuk. Tidak boleh hanya melihat juzuk Bab al-Jarid ‘Ala al-Qabr (Bab
Meletakkan Pelepah Di Atas Kubur) lalu menyimpulkan Imam Bukhari mengatakan
harus atau sunnat berbuat demikian. Al-Bukhari mempunyai maksudnya apabila
menjadikan athar Buraidah dan Ibn ‘Umar itu sebahagian daripada tajuk bab ini. Oleh
kerana itu, al-‘Aini mengatakan tujuan Imam al-Bukhari mengemukakan athar
daripada Ibn ‘Umar untuk menyatakan perbuatan Rasulullah s.a.w. memacakkan
pelapah tamar adalah khusus dengan kedua-dua kubur itu tidak yang lain. (‘Umdah
al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari, juz. 8, hal. 264) Oleh itu, kitab Sahih al-Bukhari tidak
hanya dilihat pada hadis-hadisnya sahaja tetapi hendaklah diberi perhatian kepada
tarjamatul bab (tajuk-tajuk bab) kerana di situ terserlah ketokohan Imam al-Bukhari
dalam bidang hadis dan seterusnya melatih para pelajar Sahih al-Bukhari
menyimpulkan hukum daripada hadis. Hafiz Ibn Hajar menyebutkan, kefaqihan al-
Bukhari pada tarjamutul bab sahihnya.

Faktor ketiga kepada dibangkitkan persoalan hadis pelepah tamar ialah melihat
kepada kesan yang amat negatif yang timbul kerana memahami hadis ini dengan
tidak mengikut kaedah sahabat dan tokoh-tokoh hadis yang terdahulu. Kesan negatif
itu ialah bercambahnya perkara bid’ah dalam masyarakat. Hal ini sebenarnya telah
dibangkit oleh al-Khattabi di dalam kitabnya Ma’alim al-Sunan Syarh Abi Daud. (jil. 1,
hal. 18) Kalau dapat dijadikan satu kronologi secara umum bagi pendapat-pendapat
yang timbul kerana pemakaian qiyas dalam perkara ini:

1. Menafikan khususiyat Rasulullah s.a.w. dalam perkara ini kerana pelepah


tamar dapat bertasbih bagi orang mati.

2. Sesiapa sahaja boleh bertasbih dan membaca al-Qur`an untuk mereka yang
berada di dalam kubur ya’ni dengan membaca di atas kubur kerana alasan
manusia yang membaca al-Qur`an lebih mulia daripada pelepah tamar.

3. Timbulnya amalan menunggu kubur dengan tujuan membaca untuk si mati.

4. Dibolehkan membaca al-Qur`an kepada si mati di mana sahaja dengan


syarat meniatkan kepada si mati.

5. Mengkhususkan tahlil dan bacaan al-Qur`an di rumah si mati dengan


bilangan malam tertentu untuk tujuan menghadiahkan pahala tahlil.

6. Mengharuskan menyampaikan pahala bacaan al-Qur`an kepada si mati


dengan syarat tanpa apa-apa bayaran.

7. Diharuskan menerima duit sebagai hadiah bukan upah.

8. Bayaran diterima sebagai hadiah tetapi hasil aqad ji’alah (janji pembayaran
kerana sesuatu perbuatan).

9. Menggantikan pelepah tamar dengan pelepah kelapa kerana dianggap


mempunyai sifat yang sama.

10. Menanam pokok bunga kerana sifat hidup yang ada padanya lebih daripada
pelepah yang akan kering. (mengaplikasi qiyas awlawi??)

11. Menabur bunga-bunga di atas kubur.

12. Bunga plastik sebagai ganti bunga asli kerana tidak tahan lama.

13. Meletakkan anak batu kerana sifatnya yang tidak akan mudah mati.
14. Memasang kelambu dan lampu, ini dapat dilihat dengan meluas di India dan
Pakistan yang merupakan amalan golongan Breluwi.

15. Mengadakan jamuan arwah untuk menghadiahkan pahala kepada si mati.

16. Penawaran pakej bacaan al-Qur`an kepada si mati dengan beberapa kali
khatam dengan bayaran tertentu.

17. Khatam al-Qur`an untuk beberapa orang meninggal dunia serentak dengan
satu niat.

18. Dan macam-macam lagi.

Perkembangan pendapat-pendapat di atas berpunca daripada qiyas yang tidak tepat.


Jika dibiarkan berlanjutan, tentu sekali rupa sebenarnya kita dan agama kita tidak
dapat dikenali. Apa yang disebutkan di atasa bukanlah rekaan tetapi itulah
sebenarnya realiti umat kita hari ini yang mendakwa mahu mendaulatkan Islam.
Lihat sahaja di Pakistan, bagaimana kubur-kubur dihiasi dengan bunga dan kelambu
oleh golongan Breluwi. Di Malaysia, tanahair kita sendiri, rata-rata tanah perkuburan
mengalahkan taman bunga. Pada hemah penulis, Imam al-Qurtubi sendiri tidak
memaksudkan supaya terjadi demikian. Bagaimana dapat dibayangkan sekiranya
beliau hidup pada zaman ini pasti beliau akan terkejut besar kerana betapa
kreatifnya umat akhir zaman mengaplikasikan qiyas!

Oleh kerana itu, Sheikh Yusuf al-Binori dalam kitabnya, Ma’arif al-Sunan Syarh Jami’
al-Tirmizi, jil. 1, hal. 265 menegaskan perbuatan mesti ditegah. Beliau menulis: “al-
Khattabi, Qadhi ‘Iyadh dan al-Tartusyi sepakat menegah perbuatan ini (meletakkan
pelepah di atas kubur), pendapat mereka itu lebih wajar diikuti di mana tolak ansur
dan alasan-alasan seperti itu telah menjadi pencetus kepada bid’ah-bid’ah munkar
dan fitnah-fitnah yang berleluasa. Anda dapati orang ramai meletakkan bunga di
atas kubur khususnya kubur orang-orang soleh dan wali-wali. Orang-orang jahil di
kalangan mereka terus menerus melakukannya dan bersikap melampau. Saya telah
menjelaskan bahawa itu adalah berpunca daripada kepercayaan-kepercayaan
mereka yang karut yang tidak bertentangan syariat yang suci. Mereka menyangka
untuk adalah sebab kepada pahala yang melimpah. Oleh itu, maslahah syariat
menghendaki perkara itu ditegah sama sekali dengan dicabut bid’ah itu sehingga
dari akar umbi dan dihapuskan perkara-perkara munkar yang direka-reka.”

Merujuk qiyas yang dikatakan sebagai qiyas awlawi adalah tidak tepat kerana
semata-mata munasabah (kesamaan dan relenvesi) antara sifat yang ada pada asal
dan furu’ tidak menjadikan sifat itu sah sebagai ‘illah. Bukan semudah itu sesuatu
sifat munasib boleh menjadi ‘illah kerana ia mempunyai beberapa syarat yang agak
ketat (takhrij al-manat, tanqih al-manat dan tahqiq al-manat). Penulis merasakan
tidak perlu diperpanjangkan tulisan ini dengan membincangkan kerana khuatir akan
menjadi agak teknikal. Ketepatan qiyas Imam al-Qurtubi sewajarnya dibandingkan
dengan syarat-syarat qiyas dan masalik al-‘Illah (pencarian ‘illah) yang dikemukakan
oleh Imam al-Ghazzali dalam al-Mustasfa dan Syifa` al-Ghalil, al-Syatibi dalam al-
Muwafaqat, al-Syaukani dalam Irsyad al-Fuhul dan kitab-kitab usul lain, di samping
kitab tokoh semasa yang agak mudah difahami seperti Abu Zahrah dan al-Zuhaili.

Dengan mengambil kira kesan negatif sesuatu pendapat, semestinya ahli ilmu
mengkaji sedalam-dalamnya kesan hukum sebelum mengenengahkan dalam
masyarakat. Sebagaimana keadaan semasa dan setempat mempengaruhi perubahan
pendapat hukum, demikian juga sesuatu pendapat hukum itu boleh mempengaruhi
perubahan masyarakat. Satu kekurangan di kalangan kita ahli agama kebelakangan
ini ialah tidak mengambil kira impiklasi sesuatu pendapat dalam masyarakat. Iaitu
apa yang boleh disebutkan sebagai sosiologi hukum, hubungan timbal balik antara
masyarakat dan pendapat hukum.

Ulama kita sebelum ini amat mencermati dalam mengaplikasi pendapat yang
tercatat dalam kitab-kitab. Contoh yang mudah ialah masalah batas aurat mahram
perempuan di hadapan saudara lelaki ialah pusat dan lutut. Tetapi tidak ada yang
mendedah bahagian dada kepada sesama perempuan apatah lagi kepada
mahramnya. Walaupun ianya disebutkan di dalam kitab-kitab fiqh, ulama tidak
menerima sebulat-bulatnya kerana melihat kesan yang buruk yang mungkin timbul.
Contoh yang sama juga dapat dilihat apabila ulama tidak memakai pendapat yang
mengatakan lelaki boleh melihat perempuan yang hendak dipinanginya sehingga ke
paras dada. Ini juga tersebut dalam kitab tetapi ulama lebih melihat kepada kesan
dan akibat pendapat hukum (ma`al) bukan hanya melihat ianya terdapat dalam kitab
sahaja.

Sebaliknya, apabila dipopular pendapat ‘kuasa wali boleh dipindahkan kepada hakim
kerana keluar sehingga jarak musafir’ maka timbul isu perkahwinan lari yang
memberi impak yang buruk kepada umat Islam di mata orang lain. Ini secara
khususnya mengugat keutuhan sistem wali dalam perkahwinan seterusnya
memperkecilkan kedudukan bapa yang menjadi ketua keluarga.

Dalam hal ini, sekiranya kita masih lagi mempopularkan pendapat yang mempunyai
kesan yang negatif dalam masyarakat, beberapa gejala songsang yang akan
menimpa masyarakat kita. Pertama, orang kaya akan bergantung kepada upah
bacaan al-Qur`an daripada hafiz-hafiz dan lebai-lebai. Dengan ini, agama hanya
menjadi monopoli dan milik orang kaya. Kedua, hafiz-hafiz akan mengambil
kesempatan daripada masyarakat untuk mendapat habuan dunia atas alasan khilaf
fiqhiy. Ketiga, umat tidak bersungguh-sungguh dalam amalan ketaatan kerana ada
jaminan pengiriman pahala untuknya selepas meninggal dunia.

Kesemua perkara di atas amat bertentangan dengan ruh al-Qur`an dan al-Sunnah
serta Maqasid Syariah. Malah tempat sunnah telah diambil alih oleh bid’ah. Apakah
Islam akan terdaulat dalam keadaan bid’ah tersebar luas di kalangan umatnya? Satu
persoalan besar yang tidak boleh dipinggirkan dalam agenda kita.

Semoga kita sentiasa mendapat hidayat dan taufiq daripada Allah s.w.t.