Cabaran!(sejarah )
(sejarah )
Cabaran
batuk di tangga' kerana walaupun banyak perubahan telah dibuat oleh British namun ianya langsung
tidak mendatangkan kebaikan kepada orang-orang di Tanah Malayu terutamanya orang melayu.
Manakala dari segi susunan sosial pula, sesungguhnya rancangan British ini telah berjaya dalam
mengekalkan orang Melayu dalam masyarakat tradisionalnya di mana menumpukan taat setianya
kepada Sultan serta tidak engkar atas segala kata putus yang dibuat oleh Sultan.
Dari segi kebudayaan pula, kedatangan British di Tanah Melayu telah menyebabkan wujudnya
masyarakat majmuk di tanah melayu dimana ianya dapat dilihat daripada beberapa tindakan
pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ianya
dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat yang majmuk
ditanah melayu. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi
merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial.
Manakala dari segi pendidikan pula, ianya lebih kepada pendidikan yang berteraskan negara ibunda,
Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di
Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan
pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan
yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum yang ada di Tanah
Melayu.
Dasar campur tangan Inggeris telah bermula di Perak pada tahun 1874 dengan
termenterinya Perjanjian Pangkor, diikuti oleh Selangor, Sungai Ujong dan Pahang.
Dengan ini bermulalah perluasan pengaruh lnggeris di Tanah Melayu sekaligus telah
menganggu gugat kepentingan tradisi masyarakat tempatan dan segi politik,
ekonomi, dan sosial.
Faktor Ekonomi
Menurut Profesor Khoo Kay Kim, walaupun terdapat pelbagai alasan yang digunakan
oleh pihak Inggeris untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu namum tujuan ingin
menguasai sumber ekonomi telah menjadi faktor utama Inggeris memulakan dasar
campur tangan secara rasminya.
Sebagai Gabenor baru Negeri-negeri Selat, Sir Andrew Clarke telah ditugaskan untuk
menyiasat masalah sebenar yang berlaku di Negeri-negeri Melayu pada November
1873.Beliau juga dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap tentang situasi
Negeri-negeri Melayu dan mencadangkan langkah-langkah yang seharusnya diambil
oleh Kerajaan Inggeris bagi memulihkan keamanan serta memelihara kepentingan
Inggeris di Negeri-negeri tersebut.
Faktor Kemanusiaan
Menjelang tahun 1860-an dan 1870-an, negeri-negeri seperti Perak, Selangor, dan
Negeri Sembilan berada dalam keadaan tidak stabil kerana berlakunya masalah anarki
atau huru hara seperti perebutan takhta kerajaan, pergaduhan Kongsi Gelap Cina,
masalah perlanunan dan perang saudara yang tidak terkawal.
Sebelum tahun 1871, Parti Liberal menguasai pemerintahan di England dan bersikap
anti imperialisme. Dasar ini penting bagi memelihara hubungan baik dengan