Anda di halaman 1dari 1

PENGETAHUAN BARU PEMERHATIAN

Setelah menjalani praktikum selama beberapa minggu di SJK (C) Chung Hwa
Damansara, saya telah membuat sedikit pemerhatian mengenai tingkah laku dan emosi
murid-murid pendidikan khas ini. Saya mendapati bahawa setiap murid mempunyai ciriciri tingkah laku yang berbeza.
Menerusi pemerhatian saya, murid-murid pendidikan khas mudah penat semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, murid-murid pendidikan khas kurang
memberi respons semasa proses pengajaran dan pembelajran dilaksanakan. Selain itu,
murid murid pendidikan khas tidak berminat dan suka untuk menyiapkan lembaran
kerja yang diberikan oleh guru. Maka,dengan itu saya membuat sedikit pembacaan
mengenai kesihatan dan kognitif kanak-kanak pendidikan khas. Sememangnya, daya
tumpuan untuk belajar lemah berbanding dengan murid-murid normal di arus perdana.
Menerusi pemerhatian saya, murid-murid pendidikan khas yang mudah penat
akan mengganggu murid yang lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan
ini, keadaan kelas menjadi tidak terkawal dan bising, Hal ini telah mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru dan murid yang ingin belajar.
Oleh itu, penyelesaian yang dicadangkan adalah merancang proses pengajaran
dan pembelajaran dalam bentuk belajar sambil bermain atau bentuk permainan. Hal ini,
murid berminat untuk mengikut aktiviti pengajaran guru dan tidak mudah berasa penat.
Manakala, lembaran kerja yang dibina untuk murid-murid haruslah mudah difahami dan
tidak membebankan murid.

Anda mungkin juga menyukai