Anda di halaman 1dari 5

Kaedah untuk mengesan sama

ada pemilik produk affiliate itu


jujur atau tidak.

Pemasaran affiliate adalah kaedah pemasaran yang paling


mendapat perhatian di Internet. Model perniagaan ini di ikuti
hampir seluruh dunia. Pemilik produk hanya perlu menghantar
produk di mana mereka mempunyai ribuan pekerja yang hanya di
bayar jika mereka menghasilkan jualan. Di samping itu, newbie
affiliate juga semakin mencanak naik di sebabkan mereka terlalu
seronok dengan peluang perniagaan yang semakin luas.

Namun, di sebabkan keghairahan pemasaran melalui affiliate,


terdapat beberapa orang yang cuba mengaut keuntungan dengan
menipu dan kebanyakan yang menjadi mangsa penipuan adalah
para newbie iaitu mereka yang tiada pengalaman dalam bidang
afiliate. Untuk membantu mengenalpasti ciri-ciri program affiliate
yang palsu, saya senaraikan empat perkara berikut

Adakah program affiliate itu


berbayar?
Jika anda di minta untuk membayar

kepada pemilik program

affiliate sebelum boleh memulakan perniagaan affiliate anda,


kemungkinan besar program tersebut adalah program affiliate
yang palsu. Idea untuk perniagaan affiliate adalah ia adalah

percuma untuk kita sertai dan komisyen hanya di bayar jika


jualan berjaya di lakukan.

Jika mendapati program affiliate itu berbayar, cari sahaja program


yang lain kerana terdapat banyak lagi program yang percuma dan
boleh di percayai untuk anda sertai nanti.

Dapatkan review dari enjin carian.


Dapatkan review dari enjin carian seperti google dengan menaip
frasa berikut "[Nama program] affiliate program review",. Baca
dan nilai sendiri. Namun, ada juga di kalangan pesaing akan
memberi

tanggapan

negatif

sesama

mereka

untuk

menghapuskan pesaing mereka. Jadi, anda perlu pandai menilai.

Jika review positif, anda lihat bukti-buktinya. Begitu juga dengan


review negatif. Anda juga boleh bertanya pada mereka yang lebih
berpengalaman dan dapatkan review dari mereka. Jika anda aktif
di forum, anda boleh tanya pendapat dan pengalaman mereka
yang pernah menyertai program affiliate yang anda hendak sertai
itu.

Jika ia di penuhi dengan review yang negatif, saya nasihatkan


anda cari sahaja peluang lain di internet.

Adakah sistem track affiliate di


sediakan?
Anda perlu periksa sama ada sesuatu program affiliate itu
menggunakan sistem affiliate yang ada sistem tracking. Dengan
adanya sistem tracking, ia memudahkan anda untuk menilai
segala teknik pemasaran anda, iaitu sama ada ia berkesan atau
tidak.Antaranya maklumat yang perlu ada dalam sistem tracking
adalah

Berapa kali orang klik link anda


Berapa jualan yang anda hasilkan
Dari mana klik terhasil.

Jika tiada sistem tracking dalam sesuatu sistem affiliate, ia


bermakna pemilik program affiliate itu tidak serius dalam
perniagaannya dan kemungkinan anda juga akan tertipu nanti.

Siasat peraturan yang tersembunyi untuk pemilik program


affiliate melakukan pembayaran terhadap anda.

Antara perkara yang anda perlu teliti dalam peraturan program


affilate untuk mengelakkan diri anda dari tertipu adalah

Jumlah sebenar komisyen yang bakal anda terima


Adakah anda perlu mencapai komisyen tertentu sebelum
layak menerima bayaran dari pemilik program affiliate.
Bila pembayaran komisyen akan di lakukan.
Kaedah pembayaran komisyen

Anda perlu telilit perkara-perkara ini supaya anda boleh bersedia


dengan segala kemungkinan yang ada.

Anda mungkin juga menyukai