Anda di halaman 1dari 4

Pengurusan latihan dan program perkembangan staf

Abstrak
Dari masa ke semasa guru-guru di sekolah memerlukan latihan
khusus untuk me- ningkatkan kemahiran dan ketrampilan dalam bidangbidang tertentu. Kemahiran dan ketrampilan guru-guru perlu terus
diperbaharui seiring dengan perubahan yang berlaku sama ada kepada
kandungan (content) atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
Bagaimana pun, perlu disedari bahawa latihan bukan penyelesaian
kepada semua masalah yang wujud di sekolah. Oleh yang demikian,
latihan yang dirancang seharusnya benar -benar memenuhi keperluan.
Pengurusan latihan dalaman yang sistematik bermula dengan mengenal
pasti keperluan, diikuti dengan merekabentuk, pelaksanaan serta
penilaian secara berkesan dapat membendung pendekatan simplistik ini.
Latihan merupakan pelaburan jangka masa panjang yang memerlukan
pengorbanan daripada pelbagai pihak. Di negara-negara maju keperluan
menghadiri latihan adalah menjadi syarat untuk memperbaharui lesen
mengajar. Dalam konteks ini, perkembangan terbaru dalam Sistem Saraan
Malaysia (SSM) yang mewajibkan kakitangan menghadiri latihan pada
peringkat tertentu adalah satu perkembangan yang menggalakkan
(Kerajaan Malaysia, 2002).

Tajuk
1. Apakah maksud latihan dan program perkembangan guru?
2. Huraikan proses pengurusan latihan dan program perkembangan guru.
3. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menguruskan sebuah
program latihan?
4. Terangkan kesan-kesan yang wujud hasil daripada pogram perkembangan staf.

Rangka perbincangan kami akan berfokus pada:

Maksud latihan dan program perkembangan guru


Proses pengurusan latihan dan program perkembangan guru
Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menguruskan sebuah program latihan
Kesan-kesan yang wujud hasil daripada program perkembangan staf

Pendahuluan
Mengagihkan tugas dan tanggungjawab kepada pekerja belum
boleh memastikan ianya dilaksanakan dengan lebih baik. Kehendak
dan keperluan tugas perlu diseimbangkan dengan kebolehan
seseorang. Kedua-duanya adalah sama
penting. Setelah seseorang itu mahir dalam sesuatu bidang kerja
potensinya masih boleh dibangunkan dan kemahirannya
diperkembangkan bagi menghadapi tanggungjawab yang lebih besar
dan lebih mencabar lagi. Latihan diberikan kepada pekerja bagi
membolehkannya memikul sesuatu tugas dan tanggungjawab
dengan lebih berkesan. Namun begitu, manafaatnya boleh dirasai
seterusnya apabila pekerja tersebut mampu membangunkan atau
memperkembangkan potensi dirinya untuk memikul lain-lain
tanggungjawab yang lebih mencabar pada masa
hadapan. Bagi tujuan ini, program-program perkembangan staf
adalah perlu dilaksanakan.
Sikula (1976) mendefinisikan latihan sebagai satu proses pendidikan
jangka pendek yang menggunakan kaedah sistematik untuk menambah
pengetahuan dan kemahiran para peserta. Manakala,Goldstein (1980)
telah mendefinisikan latihan sebagai suatu proses pemerolehan
kemahiran,konsep atau sikap yang akan menghasilkan prestasi kerja
yang lebih baik. Menurut Kamus Dewan (2002) pula, latihan ialah
pelajaran atau didikan untuk memahirkan (membiasakan) sesuatu ajaran
yang diterima. Umumnya,latihan ialah segala usaha yang dilakukan oleh
organisasi untuk meningkatkan kemampuan seseorang untuk
melaksanakan tugasnya atau memainkan peranan yang telah ditetapkan
oleh organisasi.

Perkembangan mengikut Kamus Dewan (2002) pula bermaksud


perihal atau proses menjadi maju atau tersebar,membiak atau meluas.
Staf ditakrifkan sebagai kumpulan pekerja yang berkerja bersama-sama
iaitu di bawah ketua yang sama . Manakala,James A.F.Stoner Charles
Wankel (1989) menyatakan bahawa staf merupakan individu atau
kumpulan yang menyediakan nasihat dan perkhidmatan untuk pengurus
lain. Mengikut penyelidikan Richard,Mathew dan Robert (1992) dalam
buku Personal Administrator ,
Konsep
perkembangan
staf
banyak
dikaitkan
dengan
perkembangan personel ,latihan dan kursus dalam perkhidmatan. Dalam
aspek
Perkembangan
Personel
,beliau
mengaitkan
dengan

perkembangan individu,kumpulan dan kemajuan dalam sistem


pengurusan.Secara keseluruhan program latihan dan perkembangan staf
ialah satu set aktiviti yang dirancang oleh organisasi untuk memberi
peluang kakitangan memperoleh pengetahuan,kemahiran dan kompetensi
bagi memenuhi tuntutan kerja masa kini dan masa depan. Bertujuan
membolehkan semua pekerja dalam organisasi seperti sekolah,
memperbaiki atau menambah pengetahuan dalam bidang akademik serta
tahap profesionalnya dalam penyelesaian masalah dan membuat
keputusan serta menstruktur suasana pembelajaran yang menggalakkan
pembelajaran secara kooperatif atau kolaboratif.

Sikula (1976)

Goldstein

(1980)

Proses pendidikan
jangka pendek

pemerolehan
Pelajaran atau
kemahiran,konsep atau didikan
sikap

kaedah sistematik

Kamus Dewan (2002),

Memahirkan

Umumnya
usaha yang dilakukan

meningkatkan
kemampuan seseorang

prestasi kerja yang lebih


baik.
pengetahuan dan
kemahiran

sesuatu ajaran yang


diterima

melaksanakan tugasnya

Rajah 1 menunjukkan kesimpulan ringkas mengenai maksud latihan


seperti yang dijelaskan di atas.
Walaupun program latihan dan perkembangan staf bukan
merupakan jawapan kepada kesemua masalah, ianya berupaya
memberi sumbangan dalam menguruskan sesebuah organisasi.
Program latihan dan perkembangan staf yang dirancang dan
dilaksanakan dengan baik akan menguntungkan kedua-dua pihak;
pekerja dan
organisasi.
Program-program latihan dan perkembangan staf boleh
dilaksanakan
dalam pelbagai bentuk seperti:
ceramah dan aktiviti dalam bilik darjah
simulasi tentang sesuatu situasi
bimbingan kerja atau latihan semasa kerja
pengagihan tugas secara putaran atau giliran yang berubah-ubah
permainan menguji akal (management games)
sesi perbincangan atau mesyuarat pembangunan staf
Melalui latihan, pekerja-pekerja berpeluang meningkatkan ilmu
dan kemahiran diri. Contohnya, sewaktu Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah dan Menengah (KBSR dan KBSM) diperkenalkan


pada akhir tahun 80an dahulu, ramai
guru-guru di sekolah telah dihantar berkursus. Hasilnya ialah guruguru tersebut telah mendapat pengetahuan tentang kandungan
KBSR dan KBSM serta
bagaimana melaksanakannya selaras dengan apa yang dihasratkan
oleh Kementerian Pendidikan. Sesetengah sekolah turut menjalankan
program-program latihan secara dalaman yang dikendalikan samada
oleh guru sumber mahupun Pengetua sekolah sendiri.

Rujukan :
Abdul Rafie Mahat (2001, Oktober 30-November 1).Ucap utama
KetuaPengarah
Pendidikan Malaysia.Seminar Nasional Pengurusan dan Kepemimpinan
Pendidikan
Ke-lO, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang.
Abdul Rahim Tahir (2001). Ke arah pembangunan profesionalisme
keguruan. Kertas
Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan 2001 di
Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan.
Ball, D. L., & McDiarmid, G. (1990). The subject matter preparation of
teachers. Dalam
W. Houston., M. Huberman., & J. Sikula. (Eds.). Handbook of Research
onTeacher Education, hlm. 437-449, New York: MacMillan.
Cochran, S.M. (2000). Teacher education at the turn of the century (Ed.).
Journal of Teacher Education, 51(3), hlm. 163-165.
Cullingford, C. (1995). The effective teacher. London: Cassell.
Davis, C., Haggarty, Y. L., Parkes.,& Stratton, J. (1990). Learning to teach:
Designing and running two curriculum programmes. Dalam P. Benton.
(Ed.), The oxford internship scheme: Integration and partnership in initial
teacher education.London: Calouste Gulbenkian Foundation.
Dessler, G. (1997).Human resource management (Cet. 7). Upper Saddle
River, NJ: Pren- tice.