Anda di halaman 1dari 53

EBB 220/3

ELASTOMER
DR AZURA A.RASHID
Room 2.19
School of Materials And Mineral Resources
Engineering,
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal,
P. Pinang
Malaysia

Pengenalan
Pengenalan

Sebutan getah berasal dari bahan yang


diperolehi dari pokok getah Havea
Brasiliensis

Perbezaan antara getah mentah dan getah


tervulkan atau elastomer:
1. Getah

mentah samada asli atau sintetik


adalah bahan bersifat plastik yang boleh
diubah bentuk pada suhu tinggi dan tidak
sesuai untuk kegunaan.

1. Elastomer

ialah sebutan yang digunakan


untuk getah tervulkan, vulkanisat atau getah
tersambung silang.

Getah
Getah mentah
mentah vs
vs Elastomer
Elastomer

Getah mentah tiada sambung silang

Elastomer Sambung silang

Awalnya, kesemua produk berasaskan getah


dibuat dari getah mentah asli yang diperolehi
dari pokok getah dipanggil latex.

Getah sintetik dicipta secara tindak balas


bahan-bahan yang mempunyai berat molekul
rendah yang dipanggil monomer untuk
membentuk molekul berantai panjang yang
dipanggil polimer.

Sifat-sifat elastik perlu diperolehi secara


penyebatian antara aditif tertentu di dalam
getah mentah.

Apabila getah dipanaskan- tindakbalas kimia


berlaku dipanggil pemvulkanan atau pematangan.

Proses dimana molekul-molekul getah akan diikat


bersama pada tempat-tempat tertentu secara
sambung-silang.

Sambung-silang ini akan menghalang gelinciran


rantai melepasi satu sama lain.

Elastomer adalah bahan elastik yang boleh berubah


bentuk apabila dikenakan sesuatu daya dan
kembali ke bentuk asal apabila daya tersebut
dibuang.

Sebutan elastomer berasal dari elastic polymer.

Function
Function of
of crosslinks
crosslinks

Stretch

Retract

Rubber
Rubber processing
processing
Getah mentah
Proses mastikasi
Penyebatian
Sebatian getah
Pembentukan
Pemvulkanan
Getah tervulkan/
produk akhir

Proses
Proses mastikasi
mastikasi

Mastikasi ialah proses ricihan mekanik


menggunakan penggiling bergulung dua (two
roll mill) atau pencampur dalaman (internal
mixer) untuk
menurunkan berat molekul,
Menurunkan kelikatan dan
melembutkan getah mentah.

Kesannya: pemprosesan lebih mudah dan


meningkatkan keberkesanan penyerakan
pengisi.

Getah asli (NR) ia perlu kerana berat


molekulnya adalah dalam julat 105-106 secara
semulajadi.

Proses
Proses penyebatiaon
penyebatiaon
Penyebatian

getah ialah proses


penghasilan produk daripada getah
mentah

Proses

melibatkan penambahan aditif


untuk menukarkan getah mentah
termastikasi kepada sebatian getah
sebelum dilakukan pembentukan.

Kaedah

yang sama digunakan seperti


proses mastikasi - menggunakan
penggiling bergulung dua
atau
pencampur dalaman.

Formula
Formulaumum
umumsebatian
sebatiangetah
getah

Elastomer/ Getah Mentah


Pengisi
Pelembut
Antioksidan
Asid Stearik
Zink Oksida
Pencepat
Sulfur

100
50
5
1
1
5
1
2

Jumlah

165

** Ramuan-ramuan

ini digunakan dlm sebutan bahagian


per berat getah iaitu berasaskan 100 bahagian getah
mentah (bsg) (part per hundred rubber pphr).

Setiap ramuan mempunyai fungsi khusus samada dalam


pemprosesan, pemvulkanan atau kegunaan produk akhir.

Ramuan-ramuan penyebatian dikelaskan berdasarkan


fungsi tertentu:

1.

Pengisi

hitam karbon & pengisi bukan hitam


Pemplastik /Pelembut

pembantu pemprosesan, pemplastik khusus


Penghalang penuaan/ anti perosotan
Antioksidan, antiozonan dan lilin
Ramuan pemvulkanan / pematangan
1.
agen pemvulkanan, pencepat dan pengaktif
Ramuan-ramuan khusus
1.
pigmen pewarna, agen peniupan, perencat api, perencat,
agen anti statik

2.
3.
4.

Ramuan-ramuan
Ramuan-ramuan pemvulkanan
pemvulkanan

Bahan-bahan
kimia
yang
ditambah
untuk
memasukkan sambung-silang di antara rantaian
polimer apabila stok getah yg tersebati dipanaskan
pada suhu tertentu.

Sulfur ialah agen pemvulkanan utama untuk


kebanyakan getah yang mengandungi ikatan dubel
dalam molekul makronya.

Untuk menambah kadar pemvulkanan, pencepat dan


pengaktif digunakan.

Kombinasi agen pemvulkanan, pencepat


pengaktif dipanggil sistem pemvulkanan.

dan

Pencepat ramuan penyebatian yang


ditambah dalam amaun yang kecil dengan
agen pematangan
untuk meningkatkan
kelajuan pemvulkanan. Tanpa pencepat,
pemvulkanan dengan sulfur memerlukan
beberapa jam.

Dengan kehadiran pencepat, pemvulkanan


dipendekkan menjadi beberapa minit dan sifatsifat fizikal vulkanisat juga ditingkatkan.

Pengaktif bahan yang ditambah dalam


amaun yang kecil untuk meningkatkan
keberkesanan pencepat. Pengaktif yang lazim
digunakan ialah zink oksida dan asid stearik.

Pemvulkanan
Pemvulkanan sulfur
sulfur

Sambung-silang terhasil boleh mempunyai


struktur monosulfida/ polisulfida atau
kedua-duanya bergantung kepada sistem
pemvulkanan yang digunakan

Sistem
pemvulkanan
sulfur
boleh
dibahagikan kepada 3 sistem bergantung
kepada amaun relatif sulfur, pengaktif dan
pencepat yang digunakan.

Network structure of sulphur vulcanizate

Sistem sistem ini ialah:1.

Pemvulkanan lazim (conventional


vulcanization CV )

2.

Pemvulkanan cekap (efficient


vulcanization EV)

3.

Pemvulkanan separa cekap (semiefficient vulcanization -semi- EV)

Ketiga sistem ini dibezakan melalui jenis


sambung-silang
yang
terbentuk
dan
pengubahsuaian kimia rantai utama yang
berlaku selepas pematangan.

Sulphur
Sulphur vulcanization
vulcanization systems
systems
System

Conventional
vulcanization (CV)

Sulphur content
(pphr)

Accelerator
contents (pphr)

2.0-3.5

1.0-0.5

Semi- Efficient
1.0-2.0
vulcanization (semi-EV) (or sulphur donor)

2.5-1.0

Efficient vulcanization
(EV)

6.0-2.0

0.-1.0
(or sulphur donor)

Sulphur donor sulphur vulcanization


systems without sulphur but gives a sulphur
during vulcanization

Efficient
vulcanization

Conventional
vulcanization

Sistem
Sistem pemvulkanan
pemvulkanan lazim
lazim (conventional
(conventional
vulcanization)
vulcanization) CV
CV

Menghasilkan
kebanyakan
sambung-silang
polisulfida melalui penggunaan sulfur yang tinggi
dan pencepat yang rendah.

Polisulfida yang tinggi menyebabkan sistem ini


tidak sesuai untuk aplikasi suhu tinggi kerana
cenderung untuk mengalami pengubahsuaian
rantai utama serta kurang ketahanan terhadap
penuaan.

Vulkanisat ini cenderung untuk mengeras pada


suhu tinggi kerana sulfur dibebaskan daripada
sambung-silang polisulfida untuk membentuk
sambung-silang tambahan.

Sistem
Sistem pemvulkanan
pemvulkanan cekap
cekap (efficient
(efficient
vulcanization)
vulcanization) -- EV
EV

Pada pematangan optimum- menghasilkan suatu


rangkaian yng mengandungi banyak sambung-silang
monosulfida (x=1) yang tahan kepada haba dan
darjah pengubahsuaian rantai utama yang rendah.

Vulkanisat yang terhasil mempunyai ketahanan


penuaan pada suhu tinggi dan lebih efektif
berbanding sistem pemvulkanan sulfur lazim.

Sistem EV lebih mahal daripada sistem CV dan


hanya digunakan apabila produk akhir yang
diperolehi memerlukan ketahanan haba yang
maksimum.

Pemvulkanan
Pemvulkanan separa
separa cekap
cekap (Semi
(Semi EV)
EV)

Sistem perantaraan di antara sistem EV dan CV.

Mengandungi kebanyakan sambung silang


monosulfida, disulfida dan sedikit polisulfida.

Vulkanizat yang terhasil mempamerkan sifat-sifat


mekanikal pertengahan antara sistem EV dan CV.

Sifat mekanikal yang lebih baik daripada sistem


EV atau CV boleh diperolehi sekiranya formulasi
yang sesuai digunakan.

Sistem
Sistem pemvulkanan
pemvulkanan tanpa
tanpa sulfur
sulfur

Getah tepu tidak boleh disambung-silang


dengan
sulfur
dan
pencepat
kerana
ketidakhadiran ikatan dubel dalam rantaian
polimer.

Ia boleh dimatangkan dengan peroksida organik


(dikumil peroksida DCP), TMTD (tetrametil
tiuram disulfida), resin fenol formaldehid, oksida
logam, diamina, bisfenol dan resin tertentu.
Kesemua agen pemvulkanan ini memasukkan
sambung-silang di antara rantaian polimer.

Ramuan
Ramuan penyebatian
penyebatian khusus
khusus

Ramuan khusus ditambah bagi tujuan tertentu


tetapi tidak diperlukan dalam kebanyakan
produk getah.

Contoh:- pigmen pewarna, agen peniupan,


perencat api, agen antistatik, perencat dan
peptizer.
Pigmen pewarna

bahan yang ditambah untuk mewarna produk


getah yang bukan bewarna hitam.

Pigmen pewarna
kumpulan:1.
2.

dibahagikan

Pigmen mineral / bukan organik


Pewarna organik

kepada

Proses
Proses percampuran
percampuran

Ramuan- ramuan penyebatian seperti


sulfur, pencepat, pengisi dan ramuan
penyebatian lain mesti dicampurkan ke
dalam getah.

Percampuran boleh dilakukan dengan


menggunakan alat-alat seperti:
1.

Penggiling bergulung dua (two roll mill)

2.

Pencampur dalaman (internal mixer)

PERALATAN
PENCAMPURAN

Penyebatian
dengan :1.
2.

dilakukan

penggiling bergulung dua


pencampur dalaman.

Penggiling
Penggiling bergulung
bergulung dua
dua

Proses pencampuran di atas penggiling bergulung


dua melibatkan mastikasi atau peruntuhan getah
mentah melalui tindakan ricihan yang diwujudkan
dalam ruangan di antara penggulung yang boleh
dikawal. sehingga jaluran getah yang licin
diperolehi.

Apabila getah mentah menjadi lembut dan


berplastik, pengisi dan ramuan lain ditambah
mengikut kitaran tertentu pada suhu dan masa
yang telah ditetapkan.

Sistem
pemvulkanan
dicampurkan
diakhir
pencampuran untuk mengelakkan pemvulkanan
berlaku yang akan menghalang pengaliran getah
untuk proses pembentukan.

Pencampur
Pencampur dalaman
dalaman

Pencampur dalaman digunakan dengan


meluas dalam proses penyebatian getah
dengan berbagai ramuan dimana
pencampuran dilakukan dalam alat tertutup

Kelebihannya ialah penyerakan ramuan getah


yang lebih baik dan pengurangkan masa
pencampuran tetapi suhu pencampuran
adalah tinggi dengan kitar pencampuran yang
ditentukan.

Untuk menggelakkan pemvulkanan yang tidak


dikehendaki sistem pemvulkanan biasanya
dicampurkan
menggunakan
penggulung
bergulung dua.

Operasi
Operasi pembentukan
pembentukan

Selepas kesemua ramuan dicampur &


disebatikan dengan sempurna, getah
yang tersebati adalah tacky dan
bersifat termoplastik.

Dalam keadaan berplastik ini, getah


tersebati (stok) boleh dibentuk dengan
menggunakan daya.

Proses untuk menukarkan sebatian


getah kepada saiz dan bentuk yang
dikehendaki dengan mengenakan daya
yang kuat.

Pelbagai kaedah boleh digunakan seperti:


1. Pengekstrudan
2. Penyebaran
3. Pengkalenderan
4. Pengacuanan

Contohnya ~ menghimpitkannya antara


penggulung
(pengkalenderan)
atau
menolaknya menerusi suatu orifis yang
mempunyai bentuk yang tertentu (tubing atau
extruding).

Getah tersebati yang telah dibentuk perlu


ditukarkan kepada bahan elastik dengan
melakukan proses pemvulkanan di bawah
tekanan pada suhu tinggi.

Pengekstrudan
Pengekstrudan

Proses untuk menghasilkan getah dalam bentuk


jalur yang panjang dengan suatu bentuk keratan
lintang yang seragam (rod, tiub).

Dilakukan dengan memaksa campuran getah


melalui suatu dai untuk memberikan bentuk yang
selanjar.

Jenis pengekstrud ialah:


1.
2.
3.
4.
5.

Pengekstrud ram
Pengekstrud skru
Pengekstrud suapan sejuk
Pengekstrud suapan panas
Pengekstrud suapan sejuk bolong

Pengekstrudan
Pengekstrudan skru
skru

Pengekstrudan yang amat banyak digunakan.

Proses:1.

Getah akan disuapkan melalui corong tuang


dan ditolak kedepan oleh skru yang berputar.

2.

Suapan bergerak kedepan dan dilembutkan


oleh haba geseran yang terhasil dan ditolak
kearah dai.

3.

Getah akan dipaksa keluar dari dai dgn bentuk


keratan lintang jalur getah sama seperti
keratan lintang dai.

Pengekstrud skru

Proses
Proses pemvulkanan
pemvulkanan
Proses
pemvulkanan
boleh
dilakukan
menggunakan berbagai teknik seperti pemvulkanan
mampatan, pemvulkanan terbuka dan pervulkanan
selanjar.
Ia melibatkan sambung-silang
secara kimia
diantara molekul makro polimer melalui tindakbalas
ramuan-ramuan penyebatian.
Tindakbalas sambung-silang getah juga dipanggil
pematangan kerana ia adalah suatu proses di mana
bahan mentah ditukar menjadi hasilan berguna.

Teknik-teknik
Teknik-teknik pemvulkanan
pemvulkanan

Selepas dibentuk kepada bentuk yang


dikehendaki, getah tersebati perlu diubah
menjadi produk akhir yang bersifat elastik.

Ini dilakukan melalui proses pemvulkanan


menggunakan tekanan dan suhu yang
tinggi ( antara 140C 200C).

Terdapat beberapa kaedah pemvulkanan:


a. Pemvulkanan tekan
b. Pemvulkanan terbuka
c. Pemvulkanan selanjar
d. Pemvulkanan sejuk

Proses
Proses pemvulkanan
pemvulkanan tekan
tekan

Pemvulkanan ini melibatkan haba & tekanan


yang tinggi.

Penekan/pres pemvulkanan mengandungi 2


@ > plat yang boleh digabungkan dan
dipisahkan oleh tekanan hidraulik dan
dipanaskan dengan stim & elektrik.

Getah divulkankan dalam acuan yang


diletakkan antara plat panas di bawah
tekanan.

Bentuk termudah acuan mengandungi dua


plat logam dengan kaviti yang mempunyai
bentuk produk getah akhir.

PRES UNTUK ACUAN MAMPATAN & PINDAHAN

Pengacuanan
Pengacuanan mampatan
mampatan

Kebanyakan hasil getah dibuat menggunakan


kaedah ini.

Sebatian getah diletakkan dalam rongga acuan


logam dan ditutup dengan penutup.

Acuan dikenakan tekanan hidraulik malar (4-6


MPa) dan suhu yang tinggi (140-200C) - masa
pemvulkanan diperolehi dari rheometer curve.

Selepas acuan ditutup - sebatian getah akan


memenuhi ruang mengikut bentuk acuan
logam.

Selepas pemvulkanan acuan akan dibuka


dan hasil getah dikeluarkan.

Getah teracuan mengandungi jumlah getah


yang lebih sedikit daripada apa yang
diperlukan oleh hasil iaitu flash dan ia perlu
dibuang.

Kaedah ini digunakan untuk menyediakan


sampel tervulkan bagi:

ujian tensil, kekuatan cabikan, modulus,


fatigue (kepingan 2-3 mm)
ujian rintangan lelasan dan kekerasan
(ketebalan 8 mm)

SEBELUM

SELEPAS

Operasi-operasi
Operasi-operasi akhir
akhir

Kebanyakkan produk getah memerlukan operasi


akhir selepas pemvulkanan.

Contohnya flash yang terdapat pada bahagian


teracu mesti dibuang.

Antara operasi akhir yang lain ialah proses


mengecat sesetengah bahagian getah untuk
menjadikan lebih menarik dan melindungi daripada
ozon, minyak, asid dan bahan kimia.

Perawatan permukaan dengan klorin, bromin atau


flourin di dalam air untuk produk-produk getah
seperti seal dan bilah untuk geseran yang lebih
baik.

Kawalan
Kawalan kualiti
kualiti

Kawalan kualiti perlu untuk menjaga kualiti produk


akhir.

Penyemakan dilakukan pada bahan baru masuk /


sampai, bahan yang akan digunakan dalam proses
& produk akhir.

Pengeluar getah menguji bahan mentah (getah


mentah & ramuan penyebatian) - memastikan ia
seragam dengan kualiti yang dikehendaki.

Ujian kawalan dilakukan pada berbagai peringkat


dalam proses pembuatan dan sensitif kepada
perubahan dalam sebatian getah akibat kesilapan.

Antara kesilapan yang wujud ialah:


1.
2.
3.
4.
5.

Ramuan penyebatian yang silap,


Kawalan suhu yang tidak baik,
Penyerakan yang buruk,
Kitaran pencampuran yang tidak betul
Kitaran pencampuran terlalu pendek/ terlalu
panjang.

Skema kawalan - ujian fizikal piawai ke atas


sebatian getah tervulkan & tidak tervulkan.
1.

Ujian sebatian tidak tervulkan - pengukuran


kelikatan, masa skorj dan kadar pematangan.

1.

Ujian getah tervulkan - ketumpatan, kekerasan,


tensil
modulus,
kekuatan
tensil
dan
pemanjangan pada pemutusan dll.

Sifat-sifat
Sifat-sifat tensil
tensil
Sifat-sifat tegasan-terikan tensil termasuklah
1. Kekuatan tensil,
2. Pemanjangan pada takat putus (EB)
3. Modulus tensil.
Kaedah piawai untuk menentukan sifat-sifat ini diberi
dalam ISO 37, ASTM D412, BS 903: Part A2 & DIN
53504
Ujian tensil melibatkan regangan spesimen ujian piawai
sehingga putus pada kelajuan mantap menggunakan
mesin ujian Instron. Spesimen ujian dipotong daripada
kepingan teracuan & bentuk lazim yang digunakan ialah
dumbell.

1. Kekuatan tensil (TS)


Kekua tan tensil

Daya pada takat putus


Luas ker a tan rentas

2. Modulus pada pemanjangan tertentu (Mx)

M 300

Daya pada pemanjanga n 300%


Luas ker a tan rentas

3. Pemanjangan pada takat putus (EB)


L L0
EB
100%
L0
Dengan: L0= Panjang diantara tanda pada sampel asal
L= Panjang di antara tanda pada sampel yang
telah diregangkan sehingga putus

Pengiraan stress-strain

2.0

4.0

6.0

8.0

Kepentigan
Kepentigan ujian
ujian tensil
tensil (regangan)
(regangan)
Untuk tujuan kualiti & menentukan rintangan
elastomer kepada perosotan oleh haba, cecair, gas,
bahan kimia, ozon, persekitaran (cuaca) dll.
Sifat-sifat tensil diukur sebelum & selepas
terdedah kepada agen-agen perosotan .
Jika terdapat sedikit perubahan produk getah
tersebut mempunyai servis hayat yang panjang
& sebaliknya.
Penggunaan sifat-sifat tensil terhad untuk jurutera
rekabentuk hubungan sifat-sifat tensil yang
sedikit dengan prestasi semasa servis &
kebanyakan produk elastomer jarang diregang
sewaktu dalam servis.

Sifat-sifat
Sifat-sifat elastomer
elastomer yang
yang unik
unik

Elastomer - bahan kompleks kerana


menunjukkan kombinasi sifat-sifat yang unik
yang amat berguna.

Sifat yang paling berguna ialah keelastikan

keupayaan elastomer untuk


tercangga
dengan banyak secara regangan, mampatan
@ torsion & memantul/ kembali kepada
bentuk
asalnya
apabila
daya
yang
menyebabkan cangaan tersebut dibuang.

Antara sifat-sifat berguna yang


lain:
1.

Keterlapan yang rendah kepada


udara, beberapa gas, air & stim

1.

Penebat haba & elektrik yang baik

1.

Sifat-sifat mekanik yang baik

1.

Keupayaan untuk melekat kepada


berbagai fiber, logam & plastik tegar

Kombinasi sifat-sifat yang berguna


faktor mengapa elastomer digunakan
dalam bidang kejuruteraan seperti
sealing, penyerapan gegaran, vibration
damping, penebatan elektrik & haba dll.

Ia juga digunakan dalam berbagai


bidang seperti tayar, tapak kasut, mats,
belts, barang permainan, belon,
barang-barang perubatan, barangan
rumah, baju hujan, hos dll.

Bahan-bahan

Fungsi

Elastomer/getah mentah

Komponen asas dalam sebatian getah

Pengisi

Digunakan untuk menguatkan /mengubahsuai sifat


mekanikal dan juga mengurangkan kos

Pemplastik

Membantu penyebatian , mengubahsuai sifatsifat tertentu serta sebagai extender

Agen penuaan

Melambatkan proses penuaan oleh agen-agen


penuaan terhadap produk akhir

Pencepat

Meningkatkan kelajuan dan mengurangkan masa


pemvulkanan

Pengaktif

Meningkatkan keberkesanan pencepat

Agen pemvulkanan

Diperlukan semasa pemvulkanan untuk


menghasilkan sambung-silang

Bahan-bahan lain

Digunakan untuk tujuan tertentu samada untuk


pewarnaan, prencatan, pembantu peniupan etc

Proses

Fungsi

Mastikasi

Proses ricihan mekanik untuk menurunkan


berat molekul, kelikatan dan melembutkan
getah.

Penyebatian

Proses penambahan aditif untuk menukarkan


getah mentah kepada sebatian getah.

Pembentukan

Proses untuk menukarkan sebatian getah


kepada saiz dan bentuk yang dikehendaki
dengan mengenakan daya yang kuat.

Pemvulkanan

Proses menukarkan getah tersebati yang telah


dibentuk kepada bahan elastik dengan
pembentukan sambung-silang dibawah suhu
dan tekanan

Operasi akhir

Operasi akhir selepas pemvulkanan seperti


trimming, cat atau perawatan permukaan

Kawalan kualiti

Menjaga kualiti produk akhir

Contoh
Contoh soalan
soalan peperiksaan
peperiksaan

Berikan carta alir pemprosesan getah


berserta definisi ringkas proses-proses
yang terlibat.

Berikan formulasi umum yang boleh


digunakan untuk menghasilkan produk
elastomer.

Jelaskan secara ringkas proses


pemvulkanan.

Anda mungkin juga menyukai