Anda di halaman 1dari 23

3.

2 PERANAN SISTEM SARAF DALAM


MANUSIA

sistem saraf terdiri daripada sistem saraf pusat dan


sistem saraf periferi .

STRUKTUR DAN FUNGSI SISTEM SARAF


Otak
Otak manusia berfungsi sebagai pusat koordinasi dan integrasi utuk
tujuan
Menerima maklumat dalam bentuk impuls saraf daripada reseptor
Menganalisis maklumat
Mengintegrasi maklumat
Menyimpan maklumat
Memberi arahan dalam bentuk impuls saraf kepada reseptor
Otak terbina daripada sel sel saraf yang dinama kan neuron
Bahagian luar otak terdiri daripada jirim kelabu ( yang mengandungi
badan sel neuron ) dan bahgian dalamnya terdiri daripada jirim
putih ( yang mengandungi gentian neuron )

Otak terdiri daripada :


a) Serebrum
b) Serebelum
c) Medula oblongata
Di bawah bahagian tengah serebrum, terdapat bahagian
talamus dan hipotalamus

Serebrum
Merupakan bahagian otak yang terbesar
Dibahagikan kepada hemisfera kanan dan kkiri
Permurkaan yang berlipat lipat untuk
meningkatkan luas permukaan, maka meningkatkan
bilangan sel saraf dalam serebrum
Fungsi serebrum
Mengawal semua aktiviiti mental seperti belajar,
berfikir,kepintaran,ingatan, pertimbangan, dan
menyelesaikan masalah
Mengawal tindakan otot rangka dalam aktiviti
terkawal badan
Mengesan deria seperti sakit, sentuhan,panas,
sejuk, pendengaran, rasa, dan bau

Serebelum
Terletak dibahgian belakang serebelum
Mempunyai dua hemisfera
Permukaan berlipat lipat untuk memuatkan lebih
banyak sel saraf
Fungsi serebelum
Mengkoordinasikan pengecutan otot
Mengawal keseimbangan badan

Medula oblongata
Terletak di hadapan serebelum
Menghubungkan otak dengan saraf tunjang
Fungsi
Mengawal tindakan luar kawal seperti denyutan jantung,
pernafasan,peristalsis
Mengawal sesetengah tindakan refleks seperti batuk dan
bersin

Hipotalamus
Terletak di bahagian ventral serebrum
Kelenjar pituitari terletak di hujung hipotalamus
Ia mengesan perubahan dalam suhu darah dan
tekanan osmosis
Mengawal koordinasi saraf dan sistem endokrin
Talamus
terletak di atas hipotalamus
Pusat kawalan bagi impuls saraf.

STRUKTUR DAN FUNGSI SARAF


TUNJANG
Saraf tunjang menghubungkan otak dan sistem saraf periferi
Ia adalah sambungan daripada medula oblongata
Terdiri daripada jirim kelabu di tengah dan jirim putih di sekelilingnya
Saraf spina muncul dari saraf tunjang. Setiap saraf spina bercabang
kepada akar dorsal dan akar ventral.
Fungsi saraf tunjang adalah mengawal tindakan refleks .

STRUKTUR DAN FUNGSI NEURON


Sistem saraf terdiri daripada sel saraf yang dipanggil neuron.
Neuron membawa maklumat dalam bentuk isyarat elektrik
yang dipanggil impuls saraf.
Struktur neuron terdiri daripada
o Badan sel yang mengandungi nukleus.
o Dendrit yang merupakan unjuran seperti bebenang dari
badan sel. Dendrit atau dendron membawa impuls saraf ke
badan sel.
o Akson adalah gentian panjang dari badan sel yang
membawa impuls saraf menjauhi daban sel. Akson
bercabang untuk membentuk terminal akson dengan
bonggol sinaps pada hujungnya.

o Salut mielin adalah membran penebat yang diperbuat


daripada lemak. Ia terletak di sekeliling akson atau
dendron.
Fungsi Salut Mielin:
i. Untuk melindungi gentian saraf
ii. Untuk membekalkan nutrien kepada akson
iii. Sebagai penebat kepada impuls saraf
o.Nodus ranvier adalah ruang di sepanjang salut mielin. Ia
berfungsi untuk mempercepatkan penghantaran impuls
saraf di sepanjang akson.

JENIS JENIS NEURON


Neuron Aferen
Menghantar impuls saraf dari reseptor ke sistem saraf pusat ( otak &
saraf tunjang )
Terdapat dalam akar dorsal pada saraf spina
Interneuron
Menghantar impuls saraf dari neuron aferen ke sistem saaraf pusat
dan dari sistem saraf pusat ke neuron eferen.
Terdapat dalam sistem saraf pusat.
Mungkin juga menyambungkan neuron aferen ke neuron eferen.
Neuron Eferen
Menghantar impuls saraf dari sistem saraf pusat ke efektor untuk
menghasilkan gerak balas.
Terletak dalam akar ventral pada saraf spina.

CARA PENGHATARAN MAKLUMAT DI


SEPANJANG NEURON
Penghantaran maklumat di sepanjang neuron adalah dalam bentuk
isyarat elektrik yang dinamakan impuls saraf.
Pengaliran impuls saraf berlaku dalam satu hala.
Apabila suatu neuron dirangsang oleh neuron lain atau dirangsang oleh
perubahan pada persekitaran, impuls saraf dicetuskan pada dendrit
neuron.
Impuls saraf dihantar dengan cepat ke badan sel dan dibawa oleh
akson sehingga terminal akson yanf terakhir pada efektor.

LALUAN PENGHANTARAN
MAKLUMAT DARI RESEPTOR KE
EFEKTOR

SINAPSIS DAN PENGHANTARAN


MAKLUMAT
Sinapsis ialah satu ruang sempit diantara terminal akson neuron
penghantar dengan dendrit neuron penerima.
Impuls saraf daripada neuron penghantar dihantar merentasi sinaps
secara kimia.
Terminal akson neuron penghantar berakhir dengan bonggol sinaps yang
mengandungi bahan kimia disebut neurotransmitter ( bahan pemancar ).
Apabila impuls saraf sampai ke bonggol sinaps pada terminal akson,
vesikel sinaps dirangsang untuk membebaskan neutrotransmitter ke
dalam sinaps.
Neutrotransmitter meresap merentasi sinaps ke dendrit neuron
penerima.
Dendrit dirangsang untuk mencetus impls saraf yang dibawah oleh
neuron penerima ke neuron lain atau efektor.
Mitokondrion bekal tenaga supaya impuls saraf merentas sinaps.
Sinaps memastikan impuls saraf bergerak dalam satu arah saja.

TINDAKAN TERKAWAL DAN


TINDAKAN LUAR KAWAL
Terdapat dua jenis gerak balas yang dikoordinasi
Tindakan terkawal
Tindakan luar kawal
Tindakan Terkawal
Tindakan terkawal dikawal oleh serebrum otak
Ia berlaku berdasarkan kemahuan seseorang individu
Ia melibatkan integrasi dan pentafsiran maklumat di serebrum
untuk menghasilkan gerak balas.
Contohnya menyepak bola, membaca dan berjalan.
Ia melibatkan otot rangka .

Tindakan Luar Kawal

Tndakan luar kawal tidak dikawal oleh kemahuan


seseorang
Ia adalah tindakan automatik tanpa kawalan secara sedar
Ia dikawal oleh medula oblongata otak
Contohnya pernafasan, denyutan jantung, perembesan
hormon dan pengecutan salur darah
Ia melibatkan otot licin, otot kardium dan kelenjar.

Tindakan Refleks
Adalah gerak balas automatik yang berlaku dengan pantas dan
spontan tanpa kawalan secara sedar terhadap suatu rangsangan.
Ia dikawal oleh saraf tunjang
Bertindak sebagai perlindungan terhadap kecederaan dan bahaya
serta sebagai penyesuaian terhadap perubahan dalam persekitaran.
Contohnya adalah
Sentakan lutut
Penarikan tangan daripada objek panas
Kerdipan mata
Perubahan saiz anak mata
Keseimbangan badan untuk mengelakkan daripada terjatuh
Ia merupakan tindakan luar kawal yang melibatkan otot rangka

Arka Refleks
Adalah laluan yang dilalui oleh impuls saraf dari reseptor ke efektor
dalam tindakan refleks
Contohnya sentakan lutut yang melibatkan dua neuron iaitu neuron
aferen dan neuron eferen, dan penarikan tangan dari objek panas, yang
melibatkan tiga neuron iaitu, neuron aferen, neuron eferen, dan
interneuron.

PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN


SISTEM SARAF

Terdapat dua jenis penyakit yang berkait dengan sistem saraf:


o Penyakit Alzheimer
o Penyakit Parkinson

Penyakit Alzheimer
Merupakan penyakit neurologi yang dicirikan dengan peningkatan
kehilangan ingatan dan kebolehan intelektual.
Ia dikaitkan dengan pengecutan tisu otak dan kekurangan
neufotransmiter(cari maksud) seperti asetilkolina(cari maksud) dalam
otak
Ia menjejaskan warga tua dan boleh diwarisi.
Simptom penyakit Alzheimer adalah
Kehilangan ingatan atau nyanyuk
Hilang kepintaran

Kekeliruan dan lemah tumpuan


Mudah terganggu dan sensetif
Menjejaskan pertimbangan
Hilang keupayaan untuk bercakap, membaca, menulis, makan dan
berjalan.
Penyakit Parkinson
Suatu penyakit sistem saraf yang menjejaskan bahagian otak yang
mengawal tindakan otot.
Ia menyebabkan ketaran dan kelemahan otot
Ia desebabkan oleh pengurangan aras neutrotransmitter ( dopamin
) di dalam otak. Ia juga boleh disebabkan oleh pengerasan arteri
serebrum.
Simpton penyakit Parkinson
Pergerakan yang perlahan dan berketar- ketar
Sentakan dalam pergelakan
Lemah otot, otot kaku dan kejang
Keseimbangan dan koordinasi terganggu

Anda mungkin juga menyukai