Anda di halaman 1dari 41

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BAHASA MELAYU


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK

TAJUK PROGRAM:

NAMA GURU PELATIH:

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

SHARIFAH NUR RASYIDAH BINTI


SYED MOHD ZAINAL AL-BIDIN

PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


(MAJOR BAHASA MELAYU)

TAJUK KURSUS: SEMANTIK DAN


PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

(920124-03-5080)

SEMESTER: 6
AMBILAN JANUARI 2012

KOD KURSUS : BMM3112

KUMPULAN:

PENSYARAH PEMBIMBING:

PISMP SEMESTER 6A AMBILAN


JANUARI 2012

EN. LOKMAN ABD WAHID

TARIKH MULA

TARIKH HANTAR

21 JULAI 2014

30 OGOS 2014

PENGHARGAAN
Assalamualaikum. Saya sangat bersyukur kepada Allah S.W.T oleh sebab limpah dan kurnia-Nya,
akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Projek Semantik dan Peristilahan yang
diberikan oleh pensyarah pembimbing kursus ini, iaitu En. Lokman Abd Wahid mengikut jangka masa
yang diperuntukkan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung penghargaan kepada
pensyarah pembimbing yang banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat, ilmu dan panduan sepanjang
proses menyiapkan tugasan ini. Beliaulah yang banyak membantu saya sepanjang proses penghasilan
tugasan ini. Tanpa beliau, tugasan ini tidak dapat disiapkan seperti mana yang dikehendaki.
Sesungguhnya, saya berasa cukup bertuah kerana mempunyai seorang pensyarah yang banyak
membantu sepertinya.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada rakan sekelas yang sudi memberikan tunjuk ajar
yang cukup baik dalam bersama-sama membantu memberikan galakan dan panduan sepanjang
menyiapkan tugasan ini. Saya ingin juga meminta maaf kepada pensyarah pembimbing sekiranya
terdapat sebarang kelemahan dalam tugasan yang telah saya siapkan ini. Apa yang pasti, saya sudah
mencuba berusaha melakukan yang terbaik seperti mana yang dikehendaki. Namun demikian, segala
kelemahan yang mungkin ada merupakan kesilapan saya sendiri dan segala yang baik itu adalah hasil
tunjuk ajar dan panduan yang jitu daripada pensyarah pembimbing.
Sekian, terima kasih.

(i)

KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

SENARAI KANDUNGAN

Bil.

Perkara

Pengenalan

Konsep Perubahan Semantik dan Proses yang Terlibat .


Pengembangan
Penyempitan
Anjakan makna
3

Teori Perubahan Semantik


Proses perubahan semantik bahasa Melayu
Teori Bloomfield (1933) terhadap skema perubahan semantik

Penggunaan Kata Berdasarkan Teori Perubahan Semantik dalam


Lima lagu yang dipilih

Halaman
1
2 - 4

5 - 13

13 - 30

Rumusan

31

6.0

Penulisan Refleksi

32 - 37

Bibliografi

38 40

Lampiran

1.0 PENGENALAN
Semantik merupakan satu daripada struktur linguistik bahasa Melayu yang dapat dikaji secara
emprikal, iaitu melalui kajian saintifik yang membolehkan sebarang pertelingkahan pendapat dapat
diselesaikan menerusi penyelidikan. Seperti mana yang dikatakan oleh Nor Hashimah Jalaluddin
dalam GEMA Online Journal of Language Studies, Volume 6 (2) Order 2006: Research and
Publications culture Barbarians: A Synergistic (2006) yang mengatakan sokongan beliau bahawa
penyelidikan inilah yang dapat memperlihatkan satu fenomena bahasa dengan lebih jelas. Sebelum
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

kita menelusuri lebih luas mengenai kajian semantik, kita haruslah memahami terlebih dahulu tentang
istilah semantik.
Menurut Nik Safiah Karim (2001), semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti
bahasa. Menurut beliau, semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi struktur
dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Dalam erti kata
lain, semantik dapatlah dikatakan sebagai sebahagian daripada cabang linguistik yang mengkaji
bidang makna dalam bahasa. Kajian bidang makna dalam bahasa ini pula mempunyai perkaitan
dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki seseorang dalam mempelajari ilmu semantik. Perkara ini
diperincikan oleh Leonard Bloomfield, (1992), yang mengatakan pengetahuan saintifik seseorang itu
boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat. Hal inilah yang dikatakan ilmu
semantik apabila berlakunya pemahaman terhadap makna dalam bahasa, iaitu makna kata, frasa dan
ayat. Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari (2009), sesuatu kata, frasa
dan ayat dengan sendirinya mempunyai ciri semantik tersendiri dan makna yang berbeza-beza.
Makna dalam semantik biasanya dibezakan dengan dua aspek lain dari simbol yang lebih
sederhana, serta pragmatik, penggunaan praktis simbol oleh agen atau komuniti pada suatu keadaan
atau konteks tertentu (Nor Hashimah Jalaluddin, 1992). Namun demikian, makna kata boleh
mengalami proses perubahan semantik, iaitu melibatkan pengembangan, penyempitan dan anjakan
makna. Tujuan perubahan ini adalah untuk menjadikan sesuatu interaksi menjadi bertambah berkesan
dan menarik. Proses perubahan ini pula didukung oleh teori perubahan semantik yang dapat
menjelaskan proses perubahan yang berlaku. Dalam tugasan ini, akan dihuraikan lebih lanjut tentang
konsep perubahan semantik dengan teori yang mendukung serta aplikasi penggunaan kata
berdasarkan teori dalam lima lagu terpilih.

2.0

KONSEP PERUBAHAN SEMANTIK DAN PROSES YANG TERLIBAT .


Pengembangan
Penyempitan
Anjakan makna

Semantik atau makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa
unsur ini, setiap perkara yang diujarkan dan yang ditulis tidak akan memberikan sebarang kefahaman
kepada pendengar atau pembaca. Walaupun pelbagai jenis bahasa sekalipun digunakan semuanya
bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Hal ini demikian kerana bidang makna atau
semantik yang menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik adalah menjadi suatu hal yang amat
penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Malahan,

KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

R. H.Robbins (1951) turut menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang
penting dalam linguistik am.
Walau bagaimanapun, makna tidak selalunya kekal dalam satu pengertian sahaja. Hal ini
demikian kerana makna boleh mengalami perubahan disebabkan bahasa itu bersifat dinamik yang
sentiasa mengalami perubahan. Hal ini sudah sejak dahulu lagi diamati oleh pengkaji bahasa yang
mengatakan terdapat banyak faktor yang merangsangkan perubahan makna sesuatu kata. Misalnya
Ullmann (1962) yang memberikan enam sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa.
Antaranya adalah seperti sebab-sebab sejarah, sosial, teknologi, psikologi, pengaruh luar, dan
keperluan untuk kata baharu. Perubahan ini jelas disebabkan berlakunya perkembangan dalam
bahasa itu sendiri. Proses perubahan ini dikenali sebagai proses perubahan semantik yang melibatkan
beberapa proses perubahan. Proses-proses perubahan tersebut termasuklah proses pengembangan,
penyempitan dan anjakan makna.
2.1 Pengembangan Makna
Menurut Chaer dan Abdul (2009), proses perubahan makna yang melibatkan proses pengembangan
makna ialah satu proses perubahan makna daripada makna yang khusus kepada makna yang lebih
umum. Proses perubahan ini membawa maksud gejala yang terjadi pada sebuah kata atau leksem
yang pada mulanya hanya memiliki sebuah makna, tapi kemudian berkembang dan meluas menjadi
pelbagai makna lain disebabkan faktor-faktor tertentu.
Definisi perluasan makna turut dikemukakan oleh

Mohd Rain Shaari dan Abdullah Yusof

(2008:240), yang mengatakan proses pengembangan makna sebagai proses meluaskan atau
memperbesar komponen makna suatu perkataan. Misalnya, contoh bagi perluasan makna kata
taman, pada suatu masa dahulu hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga atau taman
bunga sahaja, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan
seperti kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan kawasan alam semula jadi seperti Taman
Kinabalu.
Peluasan makna yang berlaku adalah meliputi bidang sintaksis dan pragmatik. Hal in demikian
kerana pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati oleh
penutur (Nor Hashimah Jalaluddin, 1992:1 yang memetik pendapat Sperber dan Wilson, 1980). Hal ini
demikian kerana proses pengembangan makna dapat dilihat dengan jelas sekali apabila diperlihatkan
dalam bentuk sintaksis, iaitu ayat yang lengkap dengan maksud pragmatik sesuatu ayat tersebut.
Berdasarkan ayat yang lengkap itu juga, kita mampu membezakan golongan kata dengan tepat, iaitu
merujuk kepada situasi ayat tersebut.
Menurut Tarigan dan Henry Guntur (2009), cakupan makna sekarang lebih luas daripada
makna yang lama. Sebagai contohnya, dahulu kata bapa hanya dipakai dalam hubungan biologis,
namun sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut bapa sedangkan
segala orang yang dianggap sama darjatnya disebut saudara. Demikian juga kata datuk, kini bukan
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

sahaja digunakan untuk merujuk bapa kepada ayah atau ibu seseorang, malah sebagai gelaran
kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa -jasa yang telah mereka taburkan. Begitu
juga kata berlayar yang membawa pengertian bergerak di laut dengan menggunakan layar pada
kapal, tetapi sekarang semua tindakan mengharungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut
berlayar .
Selain itu, contoh kata lain yang diberikan makna yang diperluaskan daripada makna asal ialah
kata tangan. Kata tangan pada asalnya merujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makna
kata ini diubah untuk mencakup makna lain yang lebih meluas penggunaannya seperti mengurus dan
mengendalikan, dalam ayat seperti, Kita perlu berhati -hati ketika menangani kes ini.
2.2 Penyempitan Makna
Menurut Chaer (1995) dan Pateda (1986) yang mengatakan penyempitan makna ialah gejala yang
terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas dan kemudian menjadi makna
yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Pateda dan Mansoer (2001) juga memberikan
pengertian menjurus kepada makna yang sama terhadap proses penyempitan makna yang
menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada
makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik. Pandangan ini jelas membawa
maksud yang sama, iaitu proses penyempitan makna ialah proses perubahan makna daripada makna
yang umum kepada makna yang lebih khusus (Abdul Chaer, 2009).
Sebagai contohnya, kata ahli membawa makna yang lebih luas, iaitu keluarga, sanak-saudara
atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ahli dapat juga
disempitkan kepada makna yang khusus, iaitu orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau
disebut juga pakar dalam sesuatu bidang. Selain itu, kata sarjana yang pada mulanya membawa
makna orang yang pandai atau cendekiawan, yang kini membawa makna orang yang lulus pengajian
dari institut tinggi.
Demikian juga bagi kata daging yang turut mengalami penyempitan makna yang dahulunya
digunakan untuk merujuk kepada daging lembu sahaja, tetapi bagi daging lain pula, disebut daging
kambing, daging ayam, atau daging arnab (S. Nathesan, 2001). Sedangkan, makna sebenar dalam
kamus bagi istilah daging adalah isi pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang (Kamus
Dewan, 1994). Hal ini menunjukkan wujudnya penyempitan makna pada istilah daging dalam
komunikasi sehari-harian masyarakat Melayu.
Begitu juga kata khalwat yang dahulunya merujuk kepada seseorang yang mengasingkan diri
kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah tetapi sekarang telah disempitkan maknanya yang merujuk
kepada perbuatan sumbang antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2005).

KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan di atas, jelas menunjukkan bahawa makna kata
yang pada mulanya diberikan makna yang umum dan meluas dapat disempitkan maknanya kepada
makna yang sempit, iaitu terbatas kepada makna yang khusus. Hal ini berlaku disebabkan timbulnya
kepentingan untuk membataskan maksud bagi sesuatu perkataan yang pada mulanya membawa
makna yang umum. Satu daripada kepentingannya adalah untuk menentukan istilah supaya
penggunaannya khusus kepada bidang-bidang yang tertentu. Sebagai contohnya perkataan sendi
yang asalnya bermaksud tempat ruas tulang berhubung sementara dalam ilmu bahasa pula,
perkataan sendi ditujukan khusus kepada kata penghubung dalam bahasa Melayu.
2.3 Anjakan makna
Menurut Aminuddin (2011), proses perubahan anjakan makna bermaksud makna yang mengalami
proses perubahan berdasarkan situasi atau keadaan. Yang dimaksudkan dengan anjakan makna
adalah perubahan makna daripada makna asalnya. Menurut Abdul Chaer ( 2009:130-145),
sememangnya ada kemungkinan makna yang dimiliki sekarang masih ada perkaitan dengan makna
asal, tetapi perkaitan yang jauh sekali.
Misalnya, kata ceramah pada mulanya bermakna cerewet atau banyak cakap tetapi kini
membawa makna pidato atau huraian mengenai sesuatu hal yang disampaikan di hadapan khalayak
ramai. Begitu juga dengan kata seni yang pada mulanya bermakna air seni atau kencing yang
sekarang digunakan sebagai istilah untuk sebuah karya atau ciptaan yang bernilai halus seperti seni
lukis, seni tari, seni suara dan pelbagai jenis seni yang ada.
Demikianlah proses perubahan makna yang berlaku dalam bidang ilmu semantik yang
melibatkan tiga proses, iaitu proses pengembangan, penyempitan dan anjakan makna. Proses
perubahan ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk menjadikan sesuatu interaksi menjadi
bertambah berkesan dan menarik.

3.0 TEORI PERUBAHAN SEMANTIK


Proses perubahan semantik bahasa Melayu
Teori Bloomfield (1933) terhadap skema perubahan semantik
Seperti yang telah dikatakan pada awal penulisan, bidang makna atau semantik ialah sebahagian
daripada ilmu linguistik yang menjadi suatu hal yang amat penting sehinggakan hal kajian bahasa tidak
akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Makna sesuatu perkataan atau ungkapan pula boleh
berubah daripada makna yang asal kepada makna yang baharu. Hal ini demikian kerana bahasa itu
sendiri bersifat dinamik dan sentiasa berkembang seiring pemikiran pengguna bahasa. Perkara ini
sendiri telah dikemukakan oleh Siti Fatimah dan Tanti Zulhijah (2009) yang mengatakan bahasa
berkembang terus seiring berkembangnya pemikiran pemakaian bahasa.
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Oleh sebab pemikiran bahasa sentiasa mengalami perkembangan, maka penggunaan kata
dan kalimat juga turut berkembang. Menurut Chaer (2002: 132), apabila kata dan kalimat itu sendiri
mengalami perkembangan, maka dengan sendirinya perubahan maknanya pun berubah. Namun
demikian, antara unsur-unsur bahasa, maknalah yang paling kuat bertahan terhadap gejala perubahan
(Hashim Musa, 1994:77).
Menurut Stern (1965:163), perubahan makna bagi sesuatu kata ialah apabila sesuatu kata
digunakan untuk menyatakan suatu makna yang belum pernah dinyatakan lagi. Seperti mana yang
telah diterangkan dalam huraian sebelum ini mengenai proses perubahan semantik, maka adalah
dirumuskan bahawa proses perubahan semantik melibatkan tiga proses utama, iaitu pengembangan,
penyempitan, dan anjakan makna. Dalam setiap proses ini memperlihatkan dengan jelas berlaku
perubahan makna baharu daripada makna yang asal. Makna baharu yang digunakan pula adalah
sesuatu kata yang belum pernah digunakan sebelum itu.
Seperti mana bahasa-bahasa lain di dunia, bahasa Melayu

juga turut mengalami proses

perubahan semantik yang melibatkan perubahan makna asal kepada makna yang baharu. Menurut S.
Nathesan (2001) yang mengatakan salah satu aspek yang amat diminati dalam kajian makna ialah
perubahan makna dalam bahasa. Oleh sebab bahasa bersifat dinamik, maka perkataan yang menjadi
unit asas kepada bahasa akan sentiasa mengalami perubahan. Sehubungan dengan itu menurut S.
Nathesan lagi, didapati sejak zaman dahulu lagi bahasa Melayu sebagai bahasa dinamik telah
mengalami perubahan dari segi struktur dan kosa katanya. Perubahan ini turut melibatkan perubahan
makna dalam bahasa Melayu.
Secara umumnya, faktor-faktor perubahan makna adalah disebabkan perkara yang berikut:

Perubahan makna kerana perkembangan bahasa itu sendiri.


Perubahan makna kerana perubahan tanggapan penutur.
Perubahan makna kerana perluasan maksud.
Perubahan makna kerana pembatasan maksud.
Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik.
Selain faktor umum yang dinyatakan di atas dan faktor yang dikemukakan oleh Ullman (1962)

seperti yang telah dinyatakan dalam huraian sebelum ini, seorang lagi pengkaji bahasa turut
menyenaraikan faktor perubahan makna, iaitu Bloomfield. Menurut Bloomfield dalam bukunya Bahasa
(1933) ada menyenaraikan teorinya terhadap skema perubahan semantik yang berlaku dalam bahasa.
Terdapat sembilan jenis perubahan yang dikemukakan oleh beliau. Antara sembilan jenis perubahan
tersebut adalah seperti yang berikut:
i. Penyempitan
ii. Perluasan
iii. Metafora
iv. Metonimi
v. Sinekdoke
vi. Hiperbola
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

vii. Litotes
viii. Pejorasi
ix. Ameliorasi
Kesembilan perubahan yang dikemukakan dalam teori Bloomfield ini menandakan perubahanperubahan makna yang berlaku dalam sesuatu bahasa. Menurut Ahmad Mahmood Musanif (2008),
teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Ia
merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan. Dalam pengkajian ilmu
semantik, pendekatan teori digunakan untuk meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang
berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa.
Yang berikut ialah sedikit banyak huraian beserta contoh umum bagi setiap skema perubahan
yang dinyatakan oleh Bloomfield.
i. Penyempitan
Skema perubahan makna yang melibatkan penyempitan bermaksud proses perubahan makna
kata dari makna yang baik (tinggi) menjadi makna yang khusus (sempit) (Sudaryat, 2009:52). Secara
umumnya, skema perubahan ini menjadikan sesuatu kata menjadi terbatas kepada makna yang
dikhususkan kepada sesuatu yang berlainan daripada makna asalnya.
Sebagai contohnya, dalam bahasa Melayu terdapat penggunaan perkataan kitab yang berasal
dari bahasa arab. Pada masa dahulu, kata kitab merujuk kepada semua jenis buku. Namun sekarang,
kata kitab hanya digunakan untuk merujuk kepada buku-buku suci atau buku-buku yang berunsurkan
keagamaan.
Begitu juga dengan kata bau yang dahulunya membawa makna yang lebih luas yang merujuk
kepada semua jenis bauan yang dapat dihidu oleh indera ciuman. Namun kini, kata bau sering
merujuk kepada makna sesuatu yang busuk. Perkara ini menunjukkan berlakunya perubahan makna
sesuatu kata disebabkan skema penyempitan yang dari makna asal yang meluas kepada makna yang
sempit.
ii. Perluasan
Menurut Sudaryat (2009:51), generalisasi atau perluasan makna adalah proses perubahan
makna kata dari makna yang khusus (sempit) menjadi makna yang luas (umum). Menurut beliau,
meluasnya komponen makna sesebuah kata juga disebabkan rendahnya frekuensi penggunaan
sebuah kata. Hal ini demikian kerana sesuatu kata itu jarang digunakan lalu dipindahkan kepada
bentuk imbangannya yang frekuensi penggunaannya lebih tinggi dan meluas.
Misalnya, kata mahasiswa dan kata siswa dalam bahasa Melayu. Sekarang, kata tersebut
tidak hanya merujuk kepada pelajar atau penuntut universiti yang berjantina lelaki sahaja, tetapi juga
pelajar yang berjantina wanita. Kata mahasiswi atau siswi memang terdapat maknanya dalam
kamus, namun jarang digunakan. Malahan, apabila membuat pencarian bagi makna kata mahasiswi
atau siswi dalam kamus, jawapan yang ditemukan seperti berikut:
Mahasiswi= Mahasiswa perempuan
Siswi

= Siswa perempuan

KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

(Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2007)


Hal inilah yang dikatakan disebabkan rendahnya frekuensi penggunaan sesuatu kata, maka
penggunaan kata yang lebih tinggi digunakan untuk mendapatkan makna yang lebih meluas.
Contoh lain kata yang mengalami perluasan makna adalah kakak, ibu, dan adik. Kata Kakak
yang sebenarnya bermakna saudara sekandung yang lebih tua. Namun, penggunaannya kini telah
meluas maknanya menjadi sesiapa sahaja yang dipanggil sebagai saudara perempuan yang lebih tua.
Begitu juga kata adik yang asalnya membawa makna saudara sekandung sama ada lelaki atau
perempuan yang lebih muda yang kemudiannya meluas maknanya sebagai sesiapa sahaja saudara
yang lebih muda.
iii. Metafora
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), metafora ialah pemakaian katakata yang
menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar
perkataan yang berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan. Metafora merupakan fenomena
terbesar dan terpenting dalam penjelasan tentang perubahan makna (J.D Parera, 2005). Gabungan
unsur abstrak dan konkrit menjadikan skema ini berfungsi dalam perubahan makna yang berlaku
dalam sesuatu bahasa.
Metafora juga disebutkan oleh Keraf (1992:139) merupakan analogi yang membandingkan dua
hal secara langsung, tetapi dalam bentuk singkat seperti bunga bangsa, buaya darat, buah hati,
jantung

kota,

dan

sebagainya.

Sebagai

bentuk

perbandingan

langsung,

metafora

tidak

mempergunakan kata simile, iaitu seperti, bak, bagai, bagaikan, dan sebagainya.
Contoh umum bagi penggunaan kata yang mengandungi skema perubahan metafora ialah:
Sungai kehidupan.
Berdasarkan contoh tersebut, setiap kata tersebut mempunyai maknanya sendiri jika
diasingkan. Misalnya, sungai membawa makna tali air yang semula jadi atau batang air sementara
kata kehidupan membawa makna keadaan atau hal hidup (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).
Masing-masing membawa maknanya sendiri. Namun demikian, apabila digabungkan dalam satu ayat,
ianya telah berubah menjadi satu pengertian atau makna yang baharu, iaitu membawa makna liku-liku
kehidupan yang diibaratkan seperti sungai yang sentiasa terus mengalir meskipun pelbagai halangan
ditempuhi. Kata sungai merupakan unsur konkrit yang dapat dilihat dan disentuh sementara kata
kehidupan ialah unsur abstrak yang hanya dapat dirasai dalam diri sendiri. Berdasarkan contoh ini,
jelas menunjukkan bahawa berlaku perubahan makna apabila metafora menjadi salah satu daripada
skema perubahan makna dalam bahasa.
iv. Metonimi
Kata metonimia berasal dari kata Yunani, iaitu meta yang bermaksud perubahan dan onoma
yang bermaksud nama. Oleh demikian, metonimia didefinisikan Parera.J.D (2004), sebagai suatu
proses perubahan makna yang berlaku disebabkan adanya perkaitan yang erat antara kata-kata yang
terlibat dalam satu lingkungan makna yang sama. Parera menyifatkan metonimi sebagai suatu
hubungan kemaknaan yang berbeza daripada metafora apabila metonimi muncul dengan kata-kata
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

10

yang telah diketahui dan saling berhubungan. Metonimi merupakan sebutan pengganti untuk sebuah
objek atau perbuatan dengan atribut yang melekat pada objek atau perbuatan yang bersangkutan.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) turut memberikan definisi yang hampir sama yang
memberikan pengertian metonimi sebagai penggunaan nama sesuatu benda untuk merujuk benda lain
yang sifatnya ada hubungan logiknya. Begitu juga Maniyamin Ibrahim

(2006) yang memberikan

pengertian yang sama dengan mengatakan metonimi ialah perubahan nama sesuatu yang
diperkatakan dengan merujuk kepada nama lain yang erat hubungannya dengan sesuatu yang
diperkatakan itu. Misalnya kata mahkota boleh bermaksud raja atau kerajaan yang memerintah dan
kata bulan sabit yang merujuk kepada Islam. Perhatikan contoh ayat yang berikut:
Saya akan pergi ke rumah kamu selepas maghrib.
Kata maghrib dalam ayat di atas membawa makna waktu yang bermula sejurus selepas
matahari terbenam sehingga hilang cahaya merah di kaki langit, iaitu dari pukul 7.15 hingga pukul 8.15
malam. Kata maghrib digunakan dalam ayat ini bagi menggantikan waktu tepat yang dimaksudkan
kerana kata maghrib sendiri telah difahami umum mempunyai kaitan dengan waktu yang dihajatkan
sebenarnya.
Begitu juga dengan kata yang sering digunakan dalam puisi bagi menggantikan sesuatu yang
bersifat serupa. Contohnya, sebaris ayat dalam sajak Qalbu Tidak Menjadi Lidah ciptaan A. Samad
Said seperti yang berikut:
Lima dekad kau leka enak berkuasa
Menurut Sharbini Shaari (2012) menerusi pengertian yang diberikan oleh penulis puisi ini
sendiri, yang dimaksudkan dengan lima dekad dalam puisi ini menggambarkan tempoh pemerintahan
sebuah parti politik yang menjadi pemerintah di Malaysia. Penggunaan lima dekat menggantikan nama
sebuah parti bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini oleh penulis. Penggunaan ini dipanggil juga
sebagai bahasa kiasan.

v. Sinekdoke
Sinekdoke berasal daripada bahasa Yunani, synekdechesthai, yang bererti menerima bersamasama. Sinekdoke memberi tumpuan kepada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Bahagian yang
disebut itu dianggap penting dan dapat mewakili keseluruhan sifat atau perbuatan objek yang hendak
disampaikan. Bahagian penting itu berhubung langsung dengan mesej. Menurut Maniyamin Ibrahim
(2006), sinekdoke terbahagi kepada dua. Pertama, pars pro toto, iaitu menyebut sebahagian sahaja
untuk menggambarkan keseluruhan. Kedua, totum pro parte, iaitu menyebut keseluruhan untuk
menggambarkan sebahagian sahaja. Contoh penggunaan sinekdoke pars pro toto adalah seperti yang
berikut:
i.

Korban gelombang Tsunami pada 26 Desember 2004 mencapai 100 jiwa lebih.
Berdasarkan ayat di atas, kata korban merujuk kepada mangsa yang terkorban dalam

peristiwa Tsunami pada 26 Disember 2014. Dalam ayat ini, kata korban digunakan untuk

KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

11

menggambarkan keseluruhan mangsa yang terlibat. Manakala, contoh penggunaan sinekdoke totum
pro parte adalah seperti dalam ayat di bawah:
i.
Malaysia telah menang ke atas Indonesia dengan kiraan mata akhir 21-17 dalam
kejohanan All England semalam.
Berdasarkan ayat di atas, kata Malaysia digunakan untuk merujuk kepada pemain badminton
negara yang berjaya menewaskan lawannya, iaitu pemain dari Indonesia dalam kejohanan badminton.
Dalam hal ini, kata Malaysia disebut secara keseluruhan untuk menggambarkan sebahagian sahaja,
iaitu merujuk kepada pemain atau pasukan badminton negara Malaysia yang menewaskan pasukan
dari negara Indonesia.
vi. Hiperbola
Mengikut takrifan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), hiperbola membawa maksud
ungkapan atau penyataan kiasan yang berlebih-lebihan atau dibesar-besarkan untuk memperoleh
kesan tertentu dan tidak bertujuan ditafsirkan secara harfiah.
Sebagai contohnya, Askar raja itu berlaksa-laksa banyaknya. Kata bilangan berlaksa-laksa
jelas menunjukkan bilangan yang banyak yang merujuk kepada bilangan askar raja.
Menurut Maniyamin Ibrahim (2006), hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan untuk
menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya. Menurut beliau, jenis
gaya bahasa ini sering digunakan untuk meluahkan perasaan mahupun tanggapan secara melampau.
Hal ini demikian kerana penggunaan hiperbola mampu menekankan sesebuah penerangan dengan
lebih mendalam. Perkara inilah yang menjadikan hiperbola sebagai satu daripada skema perubahan
makna dalam bahasa kerana dapat mengubah makna secara langsung dengan makna yang
mendalam dan sarat mesej.
Contoh ayat yang mengandungi skema perubahan makna disebabkan hiperbola adalah seperti
yang berikut:
Ayat 1: Seribu tahun sanggup kutunggu.
Kita sedia maklum bahawa tiada manusia pada zaman sekarang yang boleh hidup sehingga
seribu tahun atau beribu-ribu tahun. Bahkan untuk menemui manusia yang berumur seratus tahun juga
adalah sukar dan jarang, apatah lagi manusia dengan umur mencecah ribuan tahun. Namun, inilah
yang dikatakan bahasa kiasan yang digunakan untuk membuat perbandingan secara berlebih-lebih
demi sebaris ayat yang cukup meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca atau pendengar
tentang sebuah kesetiaan. Perhatikan ayat di bawah yang juga mengandungi skema hiperbola.
Ayat 2: Hatiku bagaikan dikunyah-kunyah sehingga lumat.
Ayat di atas jelas menerangkan bahawa hatinya sakit dengan melampau sehingga
gambarannya seumpama hati dikunyah sehingga lumat. Dalam dunia nyata, kata dikunyah hanya
digunakan untuk mengunyah makanan sebelum ditelan. Namun, kata ini digunakan sebagai bahasa
kiasan untuk menggambarkan betapa sakit hatinya bagaikan dikunyah-kunyah sehingga lumat.
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk menyatakan perasaan, pemikiran dan pandangannya
terhadap sesuatu yang hendak disampaikan.

KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

12

vii. Litotes
Menurut Ariff Mohamad (2009 :163), litotes adalah gaya bahasa yang dipakai untuk
menyatakan sesuatu dengan merendahkan diri atau sesuatu fikiran yang dinyatakan dengan
menyangkal kata lawannya. Ada juga pendapat menyatakan litotes sebagai penggunaan dengan
cermat kenyataan yang tidak lengkap bukan untuk menipu sesiapa tetapi untuk meninggikan
kehebatan tentang apa yang diperkatakan (Corbett dan Connors, 1999: 404). Walau bagaimanapun,
takrifan yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) dilihat lebih jelas yang
mengatakan litotes membawa makna pernyataan yang diungkapkan dalam bentuk negatif untuk
menyatakan keadaan yang sebaliknya. Misalnya, kata tidak sombong yang bermaksud ramah.
Berdasarkan definisi yang dinyatakan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa litotes adalah
majaz atau kiasan yang menyatakan sesuatu yang hebat ataupun dengan kata lain yang lebih
daripada sesuatu perbandingan dengan cara merendahkan martabat sesuatu yang diungkapkan.
Contohnya seperti dalam ayat yang berikut:
Ayat 1: Jemputlah naik teratak usang saya ini.
Struktur ayat tersebut jika kita baca memberi makna seseorang yang menjemput tetamunya
masuk ke dalam rumah kepunyaannya yang buruk. Namun, sekiranya seseorang yang kaya, iaitu
mempunyai rumah yang mewah menjemput tetamunya masuk ke rumah dengan mengungkapkan
jemputlah naik teratak usang saya ini, maka ini dinamakan litotes. Hal ini demikian kerana, tuan
rumah tersebut merendahkan tarafnya dari tutur katanya dengan mengemukakan pernyataan yang
sebaliknya.
Saya menyokong pandangan yang dikemukakan oleh Souib Hamat (2004) yang mengatakan
penggunaan litotes ini sememangnya bagus kerana merendahkan sesuatu yang disampaikan dengan
kata lain merendah diri. Namun, sekiranya majaz litotes ini digunakan pada tempat yang tidak sesuai,
ia akan menimbulkan persepsi negatif kepada penerima, iaitu membawa makna meninggi diri dan
mampu memberikan situasi kurang selesa kepada penerima.
Melihat daripada contoh yang diberikan, saya berpandangan majaz litotes ini perlu digunakan
pada sesuatu keadaan yang sesuai sahaja. Namun persepsi orang yang menerimanya mungkin
berbeza dengan apa yang hendak disampaikan. Kadang-kala wujud persepsi iaitu penggunaan majaz
litotes ini menunjukkan seseorang itu merendah diri dan kadang-kala penggunaan majaz ini boleh
mengubah persepsi seseorang kepada pengguna, iaitu riak. Berikut ialah contoh perubahan makna
yang berlaku apabila terdapat dua takrifan yang berbeza terhadap ungkapan yang menggunakan
litotes:
Ayat 2: Mengapa kamu harus bertanya pada orang yang tidak pandai seperti saya ini?
Berdasarkan struktur ayat di atas, kita dapat mentakrifkan dua makna. Pertama seseorang
yang sememangnya tidak pandai berasa hairan apabila dirinya sebagai tempat rujukan untuk bertanya.
Kedua, seseorang yang sedia kala pandai menggungkapkan ayat tersebut sekadar mahu merendah
diri. Namun, sekiranya seseorang yang pandai menggunakan litotes tersebut kepada orang yang tidak
pandai ia menunjukkan kiasan

kepada orang yang bertanya kepadanya. Sekiranya pengungkap

KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

13

menggunakan struktur ayat yang sama, iaitu penyampai dan penerima sama-sama pandai dan
penyampai hanya mahukan penjelasan lebih lanjut. Maka maknanya akan menjadi merendah diri.
viii. Pejorasi
Pejorasi adalah satu daripada skema perubahan makna dalam bahasa Melayu seperti yang
disenaraikan oleh Bloomfield (1933). Kata pejorasi berasal dari bahasa Latin pejoe yang bererti buruk.
Pejorasi adalah suatu proses perubahan makna kata menjadi lebih buruk atau lebih rendah daripada
makna asal (Tarigan, 2009: 85). Penggunaan pejorasi dapat mengubah makna sesuatu kata dan ayat
dalam bahasa dengan makna baharu yang lebih rendah nilainya. Hal ini bertepatan dengan takrifan
yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) yang menyatakan pejorasi sebagai
perubahan (peluasan) makna sesuatu kata daripada makna yang baik kepada yang kurang elok.
Sebagai contohnya, kata khalwat yang asalnya membawa makna yang baik, iaitu menyendiri
untuk beribadah kepada Allah yang kemudiannya disebabkan pejorasi, maknanya berubah kepada
sesuatu yang tidak elok, iaitu berdua-duaan antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram di tempat
yang terpencil atau tersembunyi.
Seperti mana takrifan yang diberikan oleh Abdullah Yusof (2009:78) yang mendefinisikan
pejorasi sebagai proses perubahan makna sesuatu kata daripada yang asal kepada yang mempunyai
nilai makna yang lebih rendah seperti dalam ayat yang berikut:
Ayat 1: Agaknya bininya belum pulang-pulang dari subuh tadi
Ayat 2: Perut perempuan yang berkulit cerah itu membuncit .
Berdasarkan ayat 1, perkataan bininya yang ditebal hitamkan menunjukkan berlakunya
perubahan makna dari segi perubahan nilai yang lebih rendah. Hal ini demikian kerana, perkataan
bininya adalah lebih rendah nilai maknanya berbanding dengan perkataan isterinya. Apabila perkataan
tersebut digunakan, pelbagai takrifan boleh diberikan sama ada merujuk kepada isteri yang keluar
lewat malam, isteri yang ligat di luar rumah, atau mungkin isteri yang masih belum pulang kerana
ditimpa sesesuatu halangan. Apabila perkataan bininya ditekankan, pelbagai takrifan akan diberikan
dan akan berlakulah perubahan makna terhadap kata itu sendiri oleh penerima.
Begitu juga, perkataan membuncit yang digunakan dalam ayat 2 dilihat menggunakan
perkataan yang agak keras, kurang sedap didengar dan rendah nilai maknanya. Perkataan membuncit
dalam ayat tersebut telah digunakan untuk menggambarkan bahawa perempuan yang berkulit cerah
itu sebenarnya hamil. Namun, takrifan yang berbeza akan diberikan oleh penerima apabila mendengar
atau membaca ayat tersebut. Takrifan pertama ialah perempuan berkulit cerah itu telah mengandung
(pandangan positif). Sementara takrifan kedua, perempuan berkulit cerah itu telah menjadi buncit
disebabkan banyak minum atau makan (pandangan positif). Takrifan ketiga, perempuan berkulit cerah
itu telah mengandung anak luar nikah (pandangan negatif). Hal ini disebabkan penggunaan kata
membuncit yang dapat diberikan pelbagai pengertian yang berbeza oleh penerima.
ix. Ameliorasi

KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

14

Ameliorasi adalah satu daripada sembilan skema perubahan makna dalam bahasa Melayu
yang sifatnya berbeza daripada pejorasi. Jika pejorasi seperti yang diterangkan sebelum ini ialah
perubahan makna sesuatu kata daripada makna yang baik kepada yang kurang elok, sementara
ameliorasi pula ialah perubahan makna sesuatu kata daripada makna yang kurang elok kepada makna
yang lebih baik (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2007). Kata ameliorasi berasal dari bahasa latin melior
yang bermaksud lebih baik atau menjadi lebih baik, lebih tinggi, lebih anggun, lebih halus. Dengan kata
lain ameliorasi merujuk kepada peningkatan makna kata; makna baru dianggap lebih baik atau lebih
tinggi nilainya dibanding makna asal (Tarigan, 2009:83).
Ameliorasi adalah bertujuan meningkatkan nilai makna sesuatu kata kepada yang lebih baik,
lebih tinggi atau yang lebih halus. Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim, Mohd Rain Shaari
(2009 : 77), skema perubahan ini melihat kepada perubahan makna kata yang nilai rasanya lebih
tinggi daripada yang asalnya bagi tujuan membentuk kesantunan berbahasa. Ameliorasi juga
digambarkan sebagai peningkatan makna daripada kurang baik kepada makna yang lebih baik.
Sebagai contohnya, penggunaan kata bilik air yang membawa makna yang lebih halus berbanding
dengan penggunaan kata jamban atau tandas. Malahan, terdapat juga penggunaan kata bilik selesa
bagi menggambarkan nilai makna yang lebih elok.
Selain itu, kata canggih dalam bahasa Melayu yang dahulunya membawa makna terlalu
banyak bercakap, kini berubah maknanya kepada sesuatu yang moden dan hebat kesan daripada
ameliorasi. Begitu juga dengan penggunaan kata-kata dalam contoh ayat-ayat yang berikut:
Ayat 1: Tubuhnya gempal, berkaca mata, kulitnya hitam manis.
Ayat 2: Memanglah orang kata kita tidak elok membuat persiapan untuk ibu sebelum betulbetul ibu menutup mata akhir dan ayat tetapi saya ingin menghembuskan nafas
saya di sini juga.
Berdasarkan ayat 1, penggunaan kata gempal digunakan untuk menggantikan kata yang sama
makna dengannya seperti gemuk kerana kata gempal lebih halus berbanding kata gemuk. Begitu
juga, kata menutup mata dan menghembuskan nafas dalam ayat 2 yang digunakan untuk
menggantikan kata mati kerana kata mati memberikan nilai yang kurang halus berbanding perkataan
menutup mata dan menghembuskan nafas (Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim, Mohd Rain Shaari,
2009 : 77).
Berdasarkan penerangan yang diberikan, demikianlah proses perubahan makna yang berlaku
dalam bahasa Melayu yang melibatkan proses pengembangan, penyempitan dan anjakan makna.
Sememangnya, perubahan makna akan sentiasa berlaku dalam mana-mana bahasa di dunia
sekalipun kerana hal tentang bahasa tidak pernah berhenti berkembang selagi mana bahasa itu
digunakan oleh penuturnya (Abdullah Hassan, Ainon Mohd,1994). Sifat bahasa itu sendiri adalah
dinamis, iaitu sentiasa mengalami perubahan disebabkan pelbagai faktor seperti yang telah dinyatakan
dalam huraian sebelum ini. Salah satunya seperti yang dikemukakan oleh Bloomfield berdasarkan
teorinya terhadap skema perubahan makna yang mencakup sembilan skema perubahan, iaitu
penyempitan, perluasan, metafora, metonimi, sinekdoke, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi.
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

15

4.0 PENGGUNAAN KATA BERDASARKAN TEORI PERUBAHAN SEMANTIK DALAM LIMA LAGU
YANG DIPILIH.
Setelah huraian tentang proses perubahan makna berserta dengan penjelasan tentang skema
perubahan semantik berdasarkan teori Bloomfield (1933), maka huraian seterusnya ialah berkaitan
pengaplikasian skema perubahan semantik

yang terdapat dalam teori perubahan semantik yang

dikemukakan oleh Bloomfield. Huraian seterusnya ini akan melihat sejauh mana pemahaman tentang
skema perubahan semantik oleh Bloomfield untuk diaplikasikan dalam lima lagu yang sesuai. Huraian
ini akan memperlihatkan penggunaan kata yang terdapat dalam lagu-lagu yang dipilih berdasarkan
skema perubahan semantik Bloomfield. Selain melihat penggunaan katanya, kita juga akan melihat
bagaimana bagaimana perubahan semantik yang berlaku dalam lagu-lagu yang dipilih itu berupaya
menjadikan mesej yang hendak disampaikan menjadi lebih berkesan.
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Lagu-lagu yang telah dipilih adalah seperti yang berikut:


Nyalakan Tekad
Pada Syurga di Wajahmu (Nash)
Seribu Tahun (Imran Ajmain)
Untukmu Ibu (Exist)
Seribu Tahun Takkan Mungkin (BumiPutra Rockers / BPR)

i. Lirik Lagu : Nyalakan Tekad


Nyalakan azam membumbung

Nyalakan tekad di hujung cita

Padukan tekad dan waja

Sama muafakat ke puncak jaya

Songsongi ombak bergulung

Sembah setia sepenuh jiwa

Menuju ke pulau cita

Untuk nusa dan negara

Setitis jadikan laut

Kan megah langit dijunjung

Sekepal jadikan gunung

Rela bumi nan dipijak

Namamu kelak disebut

Kan megah ibu mengandung

Jasamu kelak disanjung

Putera puterinya berjasa

Lagu pertama yang saya pilih untuk diaplikasikan penggunaan katanya berdasarkan teori
perubahan semantik Bloomfield ialah lagu Nyalakan Tekad. Berdasarkan pemahaman saya terhadap
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

16

teori perubahan makna Bloomfield, saya telah temukan penggunaan kata yang terdapat dalam lirik
lagu ini berdasarkan skema perubahan makna Bloomfield.
Skema perubahan semantik yang pertama ditemukan dalam lirik lagu ini ialah skema
perubahan metafora, iaitu gaya bahasa bentuk perbandingan atau analogi, dengan membandingkan
dua hal secara langsung, tetapi dengan cara yang singkat. Walau bagaimanapun, skema perubahan
jenis ini tidak menggunakan kata-kata perbandingan seperti mana simile (Pradopo, 1994). Dalam lagu
yang dipilih, terdapat penggunaan kata yang mengandungi skema perubahan metafora, iaitu pada
baris keempat dalam rangkap pertama lagu. Liriknya adalah seperti berikut:
Menuju ke pulau cita
Dalam baris lagu ini, ungkapan pulau cita merupakan skema perubahan metafora yang
mengandungi perbandingan secara langsung yang mempunyai gabungan unsur abstrak dan konkrit.
Jika diasingkan, kata pulau membawa makna tanah atau daratan yang dikelilingi oleh air sementara
kata cita membawa makna perasaan hati, rasa dan keinginan yang selalu ada dalam fikiran (Kamus
Dewan Edisi Keempat, 2005). Yang menjadi unsur abstrak ialah kata cita yang tidak dapat dilihat atau
tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada dalam fikiran. Manakala, kata pulau menjadi
unsur konkrit yang dapat dilihat dan dirasa dengan pancaindera.
Masing-masing terdiri daripada kata yang mempunyai makna yang berbeza sama sekali.
Namun, kata-kata ini digabungkan menjadi satu ungkapan yang dikenali sebagai metafora dan
kemudiannya membawa perubahan makna yang baharu. Makna bagi ungkapan metafora pulau cita
ialah suatu keinginan yang mahu dicapai. Jika difahami baris-baris sebelumnya, keinginan untuk
mencapai sesuatu yang dihajati dalam fikiran ini perlu menempuhi cabaran terlebih dahulu seperti yang
terdapat dalam baris kata, Songsongi ombak bergulung. Ombak bergulung itu diibaratkan cabaran
yang perlu ditempuhi untuk menuju ke pulau cita, iaitu keinginan, impian atau kejayaan yang
dihajatkan.
Selain penggunaan kata pulau cita, terdapat satu lagi penggunaan kata metafora dalam lirik
lagu ini. Penggunaan katanya terdapat dalam baris kedua pada rangkap ketiga lagu. Liriknya adalah
seperti berikut:

Sama muafakat ke puncak jaya


Dalam baris lagu ini, ungkapan puncak jaya merupakan penggunaan kata yang mengandungi

skema perubahan metafora seperti mana yang disenaraikan oleh Bloomfield. Ungkapan ini bermaksud
tahap pencapaian atau kemenangan yang tertinggi. Jika diasingkan, kata puncak membawa bahagian
yang tertinggi pada sesuatu sementara kata jaya membawa makna kemenangan (Kamus Dewan
Edisi Keempat, 2005). Yang menjadi unsur abstrak ialah kata jaya yang tidak dapat dilihat atau tidak
dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada dalam fikiran. Manakala, kata puncak menjadi
unsur konkrit yang dapat dilihat dan dirasa dengan pancaindera.
Apabila digabungkan kedua-dua kata ini yang asalnya membawa maknanya masing-masing,
maka berlakulah perubahan makna kepada makna yang baharu, iaitu tahap pencapaian atau
kemenangan yang tertinggi. Perubahan makna yang berlaku ini telah menjadikan mesej yang hendak
disampaikan menjadi lebih berkesan. Hal ini demikian kerana, ungkapan yang asalnya daripada dua
kata yang mempunyai maknanya sendiri pada hakikatnya kedengaran biasa sahaja. Misalnya, kita
biasa mendengarkan perkataan puncak dan jaya yang disebut berasingan atau salah satunya sahaja
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

17

dalam satu-satu masa. Hal ini berbeza apabila kata ini digabungkan menjadi satu ungkapan yang lebih
bermakna, iaitu puncak jaya yang pastinya akan melalui fikiran penerima terlebih dahulu sebelum
dicerap masuk akan mesejnya. Cuba perhatikan baris lagu ini dengan ubahsuai kata-katanya.
i.
Nyalakan tekad di hujung cita
Sama muafakat ke puncak
ii.

Nyalakan tekad di hujung cita


Sama muafakat kejayaan

Apabila liriknya diubah, kedengarannya biasa sahaja. Penerimaannya juga sepintas lalu tanpa
perlu melalui pemikiran penerima selaku pendengar. Hal ini ternyata berbeza sekali apabila
terdapatnya skema perubahan metafora yang telah mengubah semantiknya ke arah pengertian yang
lebih berkesan dan melekat dalam hati dan fikiran penerima.
Seterusnya, skema perubahan semantik Bloomfield yang terdapat dalam lirik lagu ini ialah
skema perubahan metonimi, iaitu perubahan nama sesuatu yang diperkatakan dengan merujuk
kepada nama lain yang erat hubungannya dengan sesuatu yang diperkatakan itu (Maniyamin Ibrahim,
2006). Oleh demikian, penggunaan kata yang mengandungi skema perubahan ini ialah seperti yang
dicetak tebal dalam lirik lagu di bawah:
Songsongi ombak bergulung
Ungkapan ombak bergulung dalam baris ketiga bertujuan menggantikan sesuatu yang bersifat
serupa dengannya, iaitu cabaran atau kegetiran. Baris kata ini membawa makna bahawa cabaran atau
kegetiran yang perlu ditempuhi sebelum mencapai keinginan atau impian yang dinyatakan dalam baris
seterusnya. Sebelum menerima unsur metonimi, ungkapan ini terdiri daripada dua kata yang
membawa maknanya masing-masing, iaitu ombak merujuk kepada gerakan air yang turun naik
sementara bergulung merujuk kepada keadaan yang bergulung (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2007).
Apabila disatukan, ianya membawa perubahan makna yang lebih berkesan dalam menyampaikan
mesej. Mesejnya lebih terarah, iaitu cabaran dan kegetiran perlu ditempuhi terlebih dahulu seperti
mana baris lagu, songsongi ombak bergulung demi mencapai kejayaan yang dinyatakan dalam baris
seterusnya, iaitu menuju ke pulau cita. Perkataan cabaran tidak digunakan secara langsung tetapi
digantikan dengan kata yang dari lingkungan makna yang sama, iaitu ombak bergulung. Perkaitannya
sangat erat dan mudah ditafsir perkaitannya oleh penerima.
Jelas di sini bahawa skema perubahan metonimi yang ada telah membawa perubahan makna
baharu yang lebih berkesan dengan mesej yang lebih dekat kepada penerima. Penggunaan katanya
menjadikan baris kata dalam lagu ini lebih bermakna dengan makna yang perlu melepasi fikiran
penerima terlebih dahulu. Mesejnya jelas mengajak semua supaya padukan tekad dan waja untuk
mengharungi sebarang cabaran demi mencapai kejayaan yang diimpikan.
Selain rangkap tersebut, rangkap terakhir dalam lagu ini turut memperlihatkan penggunaan kata
yang mengandungi skema perubahan metonimi. Penggunaannya adalah seperti di bawah:
Kan megah ibu mengandung
Putera puterinya berjasa
Baris terakhir dalam rangkap ini yang mengandungi ungkapan putera puterinya ialah merujuk
kepada anak lelaki dan anak perempuan yang berjasa. Kata putera pada asalnya ialah merujuk
kepada anak raja yang berjantina lelaki sementara kata puteri ialah anak raja yang berjantina
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

18

perempuan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Kedua-dua kata ini hanya merujuk kepada anakanak raja. Namun, kata-kata ini telah digunakan dalam lirik lagu yang dipilih. Akan tetapi, ia bukanlah
merujuk kepada anak raja semata-mata. Sebaliknya, untuk menggantikan perkataan anak lelaki dan
anak perempuan yang mempunyai perkaitan yang erat dengan makna kata putera dan kata puteri.
Perkataan anak lelaki dan anak perempuan digantikan dengan ungkapan putera puteri untuk
menggambarkan anak-anak sama ada lelaki atau perempuan yang disamakan dengan keistimewaan
anak-anak raja yang pastinya banyak berjasa atau memberikan sumbangan sehinggakan ibu yang
mengandung berasa megah melahirkan anak-anak yang mampu memberikan jasa. Perkara ini
dinyatakan dalam baris sebelumnya, iaitu kan megah ibu mengandung.
Sememangnya skema perubahan metonimi yang ada telah berupaya menjadikan mesej yang
hendak disampaikan lebih berkesan menerusi perubahan makna yang dibawa. Fikirkan makna baris
kata lagu ini jika diubahsuai liriknya menggunakan perkataan yang sinonim dengannya.
Kan megah ibu mengandung
Anak-anaknya berjasa
Atau
Kan megah ibu mengandung
Anak lelaki dan perempuannya berjasa
Bukankah janggal dan biasa sahaja bunyinya pada pendengaran? Bahkan, maknanya juga
melepasi pendengaran semata-mata. Perkara ini berbeza apabila katanya digantikan dengan
perkataan yang sama maknanya tetapi berupaya meninggalkan kesan terhadap pendengar. Apabila
ungkapan putera dan puterinya digunakan, ianya seolah-olah satu pengiktirafan terhadap anak itu
sendiri yang diangkat gelarannya kepada lebih istimewa yang sebelumnya hanya merujuk kepada
anak-anak raja sahaja. Mesej yang hendak disampaikan juga lebih berkesan dengan penggantian kata
itu sendiri yang meninggalkan makna yang lebih memberikan kesan. Cuba bertanyakan diri sendiri,
apakah perasaan kita apabila dipanggil sebagai putera atau puteri? Bukankah timbul suatu rasa
kemegahan, kebanggaan dan penghargaan dalam diri sendiri? Apabila pendengar berasa tersentuh
dengan gelaran yang diterima, maka penyampaian mesej akan lebih diterima kerana penerima akan
berusaha memikirkan makna di sebalik kata-kata tersebut. Malahan, pemilihan penggunaan kata
putera puterinya juga menambahkan keindahan dalam lagu berbanding kata lain walaupun
mempunyai perkaitan makna yang sama. Perkara inilah yang akan menjadi tarikan kepada sesebuah
lagu yang bukan sekadar untuk mendapatkan hiburan semata-mata.
Skema perubahan makna Bloomfield yang turut ada dalam lirik lagu ini ialah skema perubahan
sinekdoke yang mewakili keseluruhan sifat atau perbuatan objek yang hendak disampaikan. Dalam
lagu yang dipilih, terdapat penggunaan kata yang mengandungi skema perubahan makna sinekdoke.
Penggunaan kata tersebut terdapat dalam baris ketiga pada rangkap kedua lagu seperti di bawah:
Namamu kelak disebut
Jasamu kelak disanjung
Penulis lagu ini menggunakan kata ganti diri kedua, iaitu mu sebagai singkatan kepada kamu
sebagai gambaran kepada semua orang. Walaupun pemilihan kata tersebut dianggap tidak tepat
kerana penggunaan mu menggambarkan seorang sedangkan sasaran penulis adalah melibatkan
semua orang, iaitu pendengar dan penerima lagu tersebut. Walau bagaimanapun, inilah yang
dikatakan skema perubahan makna sinekdoke yang pertama, iaitu pars pro toto, iaitu penulis
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

19

menyebut sebahagian sahaja untuk menggambarkan keseluruhan. Hal ini bermaksud penulis
menggunakan sinekdoke jenis pars pro toto sebagai gambaran kepada semua pendengar dan
penerima lagu tersebut. Penggunaan sinekdoke ini dilihat berkesan kerana digunakan dengan
bijaksana. Hal ini demikian kerana penulis berusaha menyampaikan mesej secara terus kepada
sasaran dengan menggunakan kata mu yang lebih cepat sampai kepada penerima tanpa perlu
bertanyakan siapa sasarannya. Hal ini sama sekali berbeza sekiranya penulis menggunakan kata yang
lain walaupun merujuk kepada sasaran yang sama. Contohnya seperti berikut:
Nama semua kelak disebut
Jasa semua kelak disanjung
Jika ditelitinya, maknanya tetap sama, iaitu merujuk kepada semua orang seperti mana
penggunaan kata mu. Namun demikian, perubahan makna tetap berlaku. Hal ini demikian kerana
tafsiran yang diterima oleh pendengar adalah berbeza. Perkataan semua dilihat kurang jelas dan
kurang dekat dengan penerima, sebaliknya kata mu dilihat lebih sampai secara terus kepada
penerima tanpa perlu ditafsir lebih lanjut. Kesannya, mesej yang hendak disampaikan lebih bermakna
dan berkesan.
Skema perubahan makna yang berikutnya yang terdapat dalam lagu yang dipilih ialah skema
perubahan jenis hiperbola, iaitu ungkapan atau penyataan kiasan yang berlebih-lebihan atau
dibesar-besarkan untuk memperoleh kesan tertentu. Penggunaan kata yang mengandungi skema
perubahan ini terdapat dalam baris pertama dan baris ketiga dalam rangkap yang pertama seperti
yang berikut:
Nyalakan azam membumbung
Padukan tekad dan waja
Songsongi ombak bergulung
Menuju ke pulau cita
Berdasarkan rangkap ini, terdapat dua baris lagu yang jelas mengandungi skema perubahan
makna hiperbola. Yang pertama, baris nyalakan azam membumbung.

Dalam dunia nyata, kata

nyalakan hanya merujuk kepada perbuatan membakar sesuatu sehingga keluar apinya sementara
azam ialah tujuan yang hendak dicapai dan kata membumbung merujuk kepada naik ke atas (Kamus
Dewan Edisi Keempat, 2005). Oleh itu, adalah mustahil keinginan yang hendak dicapai perlu
dinyalakan sehingga keluar apinya naik ke atas sedangkan keinginan adalah sesuatu yang abstrak.
Perkara inilah yang dikatakan hiperbola, iaitu penulis lirik menggunakan ungkapan yang kelihatan
berlebih-lebihan yang tidak dapat dilakukan dalam dunia nyata dengan makna asalnya.
Begitu juga dengan baris lagu, songsongi ombak bergulung yang membawa makna yang
mendalam dengan pemilihan tiga kata yang tepat. Kata songsongi merujuk kepada perbuatan
menentang arus berlawanan, kata ombak merujuk kepada gerakan air sementara kata bergulung
yang merujuk kepada perkaitan ombak yang bergulung di lautan. Ungkapan dalam baris ini jelas untuk
menunjukkan betapa kepayahan dalam kesungguhan walaupun terpaksa berdepan dengan cabaran
yang tidak pasti hujungnya demi mencapai impian yang diinginkan. Dalam dunia nyata, adalah
mustahil seseorang berani menentang arus ombak di lautan demi menuju ke pulau. Ungkapan ini jelas
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

20

menunjukkan unsur hiperbola dengan menggunakan ungkapan yang kelihatan berlebih-lebihan demi
memperlihatkan mesej yang ingin disampaikan.
Namun, penggunaan kata inilah yang menjadikan baris lagu ini lebih berkesan kerana liriknya
disusun dengan diksi kata yang bukan sahaja menimbulkan kesan kepada penghayatan mesejnya
bahkan menjadikan bait kata lebih indah dengan pemilihan kata kiasan yang berani.

ii. Lirik Lagu : Pada Syurga di Wajahmu (Nash)

Tuhan sengaja menduga kita


Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia
Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara
Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa
Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia
Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa


Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar
Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa
Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus
dosa
Di laut ribut melanda
Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Skema perubahan semantik yang pertama ditemukan dalam lirik lagu ini ialah skema
perubahan ameliorasi, iaitu perubahan makna sesuatu kata daripada makna yang kurang elok
kepada makna yang lebih baik (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2007). Tujuan adalah untuk meningkatkan
nilai makna sesuatu kata kepada yang lebih baik, lebih tinggi atau yang lebih halus dengan perubahan
makna kata yang nilai rasanya lebih tinggi daripada yang asalnya bagi tujuan membentuk kesantunan
berbahasa (Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim, Mohd Rain Shaari, 2009 : 77). Contoh penggunaan
kata yang mengandungi ameliorasi dalam lirik lagu ini adalah seperti yang berikut:
Engkau isteri yang kusanjungi
Pada baris ketiga dalam rangkap pertama lagu ini terdapat penggunaan kata isteri yang
membawa makna perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada seseorang lelaki (Kamus Pelajar
Edisi Kedua, 2007). Penggunaan kata isteri ialah penggunaan kata yang menerima skema perubahan
makna ameliorasi kerana penulis lirik meningkatkan nilai seorang wanita yang bergelar isteri dengan
gelaran yang sopan berbanding gelaran kata bini yang jelas agak kasar dan lebih rendah nilai makna
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

21

berbanding kata isteri. Apatah lagi bait kata seterusnya dalam baris kata tersebut yang mengukuhkan
martabat seseorang wanita yang bergelar isteri dengan ungkapan yang kusanjungi.
Seterusnya, skema perubahan semantik Bloomfield yang terdapat dalam lirik lagu ini ialah
skema perubahan metonimi. Berdasarkan pemahaman terhadap skema perubahan ini, maka
penggunaan kata yang mengandungi skema perubahan ini telah dikenal pasti ada pada baris pertama
dalam rangkap pertama lagu seperti di bawah:
Tuhan sengaja menduga kita
Kata Tuhan dalam baris pertama bertujuan menggantikan nama sesuatu yang bersifat serupa
dengannya, iaitu Allah sebagai pemilik alam semesta. Penulis, pencipta lagu malahan penyanyi lagu ini
sendiri merupakan seorang yang beragama Islam dan pastinya bertuhankan Allah Yang Esa. Walau
bagaimanapun, kata Allah tidak digunakan dalam lirik ini sebaliknya digantikan dengan nama Tuhan
yang membawa makna yang sama. Tujuan penulis ini jelas untuk membuka ruang kepada sesiapa
tanpa mengira agama agar dapat menyanyikan lagu ini tanpa perlu rasa bersalah atau ragu-ragu
kerana adanya kata Allah yang dikhususkan penggunaannya kepada seseorang yang beragama
Islam sahaja. Oleh sebab inilah, penulis menggantikannya dengan kata Tuhan untuk mengelakkan
sensitiviti dan menggalakkan sesiapa sahaja yang bukan beragama Islam dapat menyanyikan dan
menghayati lagu ini tanpa sebarang masalah. Perkara ini juga menunjukkan kepekaan penulis
terhadap masyarakat sekeliling.
Selain itu, skema perubahan metafora turut dikenal pasti dalam lagu yang dipilih ini.
Penggunaan kata yang mengandungi skema perubahan metafora dalam lagu ini terdapat pada baris
keempat dalam rangkap kedua lagu. Liriknya adalah seperti berikut:
Pada onak dan duri asmara
Dalam baris keempat, ungkapan duri asmara merupakan skema perubahan metafora yang
mengandungi perbandingan secara langsung yang mempunyai gabungan unsur abstrak dan konkrit.
Jika diasingkan, kata duri membawa makna bahagian yang tajam yang terdapat pada tumbuhtumbuhan atau pada binatang sementara kata asmara membawa makna cinta, kasih dan berahi
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Yang menjadi unsur abstrak ialah kata asmara yang tidak
dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera. Manakala, kata duri menjadi unsur konkrit
yang dapat dilihat dan dirasa dengan pancaindera.
Masing-masing terdiri daripada kata yang mempunyai makna yang berbeza sama sekali.
Namun, apabila kata-kata ini digabungkan menjadi satu ungkapan yang dikenali sebagai metafora,
maka berlakulah perubahan makna yang baharu. Makna bagi ungkapan metafora duri asmara ialah
cabaran dan halangan yang dalam berkasih sayang. Kata duri di sini digambarkan sebagai cabaran
dan halangan sementara kata asmara digambarkan sebagai hubungan kasih sayang. Jelas di sini
apabila ungkapan tersebut menerima skema perubahan makna metafora, maka akan berlakulah
perubahan makna asal kepada makna baharu.
Skema perubahan semantik yang seterusnya yang ditemukan dalam lirik lagu ini ialah skema
perubahan makna perluasan. Skema perubahan ini melibatkan proses perubahan makna daripada
makna yang khusus kepada makna yang lebih umum (Abdul Chaer, 2009). Skema perubahan ini telah
ditemukan pada baris kata seperti di bawah:

KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

22

Ku yang hanyut di arus dosa


Kata hanyut pada asalnya membawa makna dibawa mengalir oleh air atau dibawa oleh aliran.
Namun demikian, kata ini dapat diperluaskan kepada kata yang membawa makna yang berlainan.
Dalam konteks lirik ini, penulis menggambarkan seseorang yang hanyut tetapi bukan di arus lautan
sebaliknya di arus dosa yang jika difikirnya logiknya, kita tidak dapat melihat malah mengira dosa yang
dilakukan. Walau bagaimanapun, penulis menggambarkan keadaan watak yang bernama Ku yang
berasakan dirinya telah hanyut, iaitu diibaratkan dibawa mengalir oleh arus dosanya sendiri. Apabila
kata ini menerima skema perubahan makna perluasan, maka berlaku perubahan makna daripada yang
asal kepada makna baharu yang dapat ditafsir oleh pemikiran penerima.
Pada baris Ku yang hanyut di arus dosa, terdapat juga penerimaan skema perubahan
makna hiperbola. Hal ini demikian kerana penggunaan kata yang terdapat dalam baris ini menjurus
jelas ke arah ungkapan atau bahasa kiasan yang disampaikan secara berlebih-lebihan. Ungkapan
dalam baris ini dikatakan berlebih-lebihan kerana tiada manusia yang dapat melihat dosa yang
dilakukannya apatah lagi hanyut dalam arusnya. Kita sendiri tidak mengetahui bentuk dosa, sifatnya
atau segala hal yang konkrit mengenainya sebaliknya kita hanya dapat berasakannya apabila kita
melakukan sesuatu yang tidak baik. Jika dilihat dari makna asalnya sendiri sudah jauh menjangkaui
pemikiran normal dan batas kehidupan. Namun, penulis memilih diksi bagi membentuk ungkapan yang
sedemikian adalah bertujuan memberikan penekanan terhadap mesej yang ingin disampaikan melalui
penggunaan skema perubahan makna hiperbola. Skema ini jelas telah mengubah makna asal
ungkapan ini kepada makna yang memerlukan pengertian yang lebih mendalam dan membuatkan si
penerima turut melihat ke dasar dirinya.
Secara keseluruhannya, perubahan semantik yang berlaku dalam lagu yang dipilih ini telah
membawa perubahan makna yang lebih jelas. Malahan, perubahannya juga telah menjadikan mesej
yang hendak disampaikan menjadi lebih berkesan. Hal ini demikian kerana penggunaan kata yang
menerima skema perubahan semantik Bloomfield memberikan manfaat yang banyak terhadap
kefahaman mengenai mesej yang hendak disampaikan. Mesejnya disampaikan dalam penyusunan
dan pemilihan diksi yang indah dengan maknanya. Hal ini merupakan kelebihan bagi sebuah lagu yang
sarat pemilihan kata yang mendalam kerana berjaya membuatkan pendengar berfikir dan tertarik akan
penggunaan katanya. Berdasarkan pengalaman sendiri, penggunaan kata yang bermakna dalam
sesebuah lagu berupaya menarik pendengar untuk terus menghayati lagu yang didengar, malahan
teruja untuk mendengarkan untuk beberapa ulangan seterusnya. Bahkan, kata-kata yang bermakna
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
hidupku kan selama
ini dan ingatan. Apatah lagi, sekiranya kata-kata tersebut
itulah Tapi
yangbenarkah
akan tergiang-giang
di bibir
Biar berputar utara selatan
mempunyai hubung kaitnya dengan pengalaman dalam kehidupan.
Ku tak putus harapan
Sedia setia.

iii.

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi


Tapi benarkah kakiku kan tahan
Lirik lagu: Seribu Tahun (Imran Ajmain)
sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
Tenanglah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau yakin ini cinta


Adakah engkau pasti
Ini untuk selama- lama nya
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benar kah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

23

Antara skema perubahan semantik Bloomfield yang terdapat dalam lagu ketiga yang dipilih ini
termasuklah skema perubahan makna hiperbola. Salah satu contoh penggunaan kata yang
mengandungi skema perubahan makna hiperbola ialah pada baris pertama dalam rangkap yang
pertama lagu yang berbunyi begini:

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi


Ungkapan dalam baris ini dikatakan berlebih-lebihan kerana mustahil seseorang boleh hidup
sehingga seribu tahun sedangkan seseorang yang berumur seratus tahun pun sukar ditemui. Apatah
lagi digunakan untuk menunggu kekasih hati dalam tempoh yang begitu lama. Walau bagaimanapun,
penulis memilih menggunakan ungkapan ini untuk memikat pendengar menghayati mesejnya yang
tersirat, iaitu betapa setianya seorang kekasih yang sanggup menunggu idaman hatinya dalam tempoh
yang begitu lama. Sebenarnya, penulis sengaja menggunakan kata dengan gaya bahasa hiperbola
kerana mementingkan nilai estetika sebagai daya tarikan lagu ini sendiri. Begitu juga dengan baris
pertama dalam rangkap kedua lagu yang berbunyi begini:

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi


Ungkapan dalam baris ini juga mengandungi skema perubahan makna hiperbola kerana
menggunakan kata-kata yang berlebih-lebihan dalam menyampaikan mesejnya. Makna ungkapan
dalam baris ini merujuk kepada kesanggupan seorang kekasih untuk mendapatkan kekasihnya
walaupun terpaksa mengejarnya seribu batu jauhnya lagi. Ungkapan ini jelas sarat dengan mesejnya
yang ingin menunjukkan kesungguhan seorang kekasih untuk mendapatkan cinta daripada kekasihnya
walaupun terpaksa melakukan pergorbanan. Perubahan makna yang berlaku kesan daripada
pengaruh hiperbola yang digunakan telah menjadikan mesej yang hendak disampaikan menjadi lebih
berkesan menerusi penggunaan kata di luar batas norma dan keupayaan manusia.
Selain skema perubahan makna hiperbola, baris-baris yang dinyatakan juga mengandungi
skema perubahan makna metonimi. Perhatikan contoh penggunaan kata di bawah:

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi


Dalam baris di atas, ungkapan seribu tahun merupakan metonimi yang merujuk kepada
tempoh masa yang panjang dan lama. Ungkapan ini digunakan untuk menggantikan kiraan tempoh
masa yang sebenar bagi jangka masa seribu tahun. Kata alaf dan milenium merupakan istilah
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

24

tempoh masa sebenar bagi seribu tahun. Namun demikian, penulis lebih selesa menggunakan
ungkapan seribu tahun dalam lirik lagu ini bagi menggantikan penggunaan kata yang lebih tepat.
Kemungkinan penulis menggunakan ungkapan ini termasuklah untuk meninggalkan kesan yang lebih
dekat terhadap perasaan pendengar kerana pendengar jarang menggunakan kata alaf atau
milenium, apatah lagi pendengar daripada golongan kanak-kanak yang tidak terbiasa dengan istilahistilah ini. Jadi, penulis menggunakan kata seribu tahun untuk memperlihatkan lebih jelas fahaman
mesejnya kepada penerima. Lagipun, ungkapan yang digunakan ini berkait rapat dengan makna yang
cuba disampaikan oleh penulis lirik lagu ini. Begitu juga ungkapan seribu batu yang terdapat dalam
baris pertama pada rangkap kedua lagu, iaitu:
Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Dalam baris di atas, ungkapan seribu batu juga merupakan metonimi yang merujuk kepada
jarak perjalanan yang jauh. Ungkapan ini digunakan untuk menggantikan kiraan sebenar jarak yang
diambil untuk mencukupkan kiraan seribu batu.

Namun demikian, penulis sekali lebih selesa

menggunakan ungkapan seribu batu dalam lirik lagu ini bagi menggantikan penggunaan kata yang
lebih tepat. Ungkapan seribu batu sendiri sudah cukup mengatakan betapa jauhnya watak Ku rela
mengejar kekasihnya. Ungkapan ini sendiri memperlihatkan mesej yang jelas, iaitu untuk menunjukkan
kesungguhan, kesanggupan dan pengorbanan yang rela dilakukan demi kekasih yang dicintai. Penulis
ternyata

berusaha

menyampaikan

mesej

menerusi

pemahaman

terhadap

ungkapan

yang

mengandungi unsur yang berlebih-lebihan dalam penggunaan katanya.


Selain itu, skema perubahan makna litotes turut dikenal pasti ada dalam lirik lagu yang dipilih
ini. Seperti yang telah dinyatakan dalam huraian sebelum ini, litotes ialah pernyataan yang
diungkapkan dalam bentuk negatif untuk menyatakan keadaan yang sebaliknya. Penggunaan kata
yang mengandungi skema perubahan ini telah ditemukan dalam baris keempat dalam rangkap lagu di
bawah:

Ku tak putus harapan


Kata tak putus dalam baris tersebut membawa makna harapan watak Ku untuk menunggu
kekasihnya tidak pernah putus malahan sedia setia menantinya. Kata putus dalam baris ini membawa
makna terpotong, terkerat, terlerai dan tercerai sementara kata nafi takmerujuk kepada penafian
terhadap putusnya harapan untuk menunggu kekasih hatinya. Berdasarkan penggunaan kata ini,
penulis lirik cuba mengungkapkan satu pernyataan dalam bentuk negatif, iaitu yang mengandungi kata
nafi tak untuk menyatakan keadaan yang sebaliknya. Kata putus berantonim dengan kata
bersambung, tetap dan bercantum. Oleh demikian, penulis cuba mengungkapkan pernyataan bahawa
harapan watak Ku untuk berjumpa dan menunggu kekasihnya tetap sama, bersambung dan
bercantum harap. Sekali lagi, penulis berusaha menyampaikan mesej lagu ini dengan lebih berkesan
menerusi penggunaan kata yang mengandungi skema perubahan makna litotes.
Secara keseluruhannya, skema perubahan semantik yang diaplikasikan dalam penggunaan
kata dalam lirik lagu ini berupaya menjadikan mesej yang hendak disampaikan menjadi lebih berkesan.
Hal ini demikian kerana penggunaan kata-katanya telah diperhalusi oleh penulis demi mendapatkan
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

25

lirik yang berkesan di minda pendengar dan menjadi siulan di bibir seterusnya melekat di hati. Mesej
keseluruhan lagu ini adalah berkaitan kesanggupan dan kesetiaan seorang lelaki yang sanggup
menunggu kekasihnya meskipun untuk tempoh masa yang lama, iaitu seribu tahun. Penulis ternyata
mengangkap tajuk lagu ini sendiri sebagai mesej utama yang ingin disampaikan kepada pendengar.
Paling penting, perubahan makna yang berlaku telah menganjakkan makna baharu yang lebih dekat
dan berkesan di hati penerima.
Iv: Lirik Lagu: Untukmu Ibu-Exist
Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat kulayarkan

Tuhan Yang Esa


Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasih-Mu
Ampunilah dosaku
Sejakku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang kucurahkan rasa hati

Saat ini kuteruskan hidup


Tanpa bersamamu Oh ibu...
Kini aku hilang tempat mengadu

Kutatapi potretmu berulang kali


Kurenungkan kalimah yang diberi

Oh! Ibu damailah engkau disana


Kutaburi doa mewangi
Hadiah dari anakmu.

Antara skema perubahan semantik Bloomfield yang terdapat dalam lagu yang dipilih ini
termasuklah skema perubahan makna hiperbola. Hal ini demikian kerana adanya penggunaan kata
dalam lirik lagu ini yang diberikan gambaran yang berlebih-lebihan terhadap sesuatu yang
diperkatakan. Salah satu contoh penggunaan kata yang mengandungi skema perubahan makna
hiperbola ialah pada baris kedua dalam rangkap yang pertama lagu yang berbunyi begini:
Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Ungkapan dalam baris yang dicetak tebal di atas dikatakan berlebih-lebihan kerana perbuatan
menyiram adalah mencurahkan air pada sesuatu seperti bunga sedangkan kata Kau di sini merujuk
kepada si ibu sementara kata bayu membawa makna udara dan angin yang perlahan. Oleh sebab
itu, adalah mustahil seorang ibu disirami dengan bayu pagi seolah-olah bayu itu dapat disentuh dan
dilihat secara fizikal untuk disiramkan kepada di si ibu. Padahal, bayu itu sendiri bersifat abstrak yang
dapat dirasakan kehadirannya. Di sinilah, terletaknya kebijaksanaan penulis lirik dalam memilih diksi
yang dapat meninggalkan kesan penghayatan melalui analogi yang disampaikan kepada penerima.
Walaupun ungkapan dilihat tidak logik dan sengaja dibesar-besarkan, namun penggunaan kata yang
menerima skema perubahan makna hiperbola ini menambahkan lagi nilai estetika pada lagu ini.
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

26

Malahan, maknanya juga lebih mendalam jika difahami dan dihayati susunan katanya. Mesejnya juga
lebih jelas untuk menggambarkan betapa si ibu ialah seorang yang begitu istimewa sehinggakan si
anak menyatakan ibunya yang telah tiada ibarat disirami dengan nyaman dan sejuknya bayu pagi.
Selain itu, penggunaan kata yang mengandungi skema perubahan makna sinekdoke turut
dikenal pasti dalam lagu yang dipilih ini. Skema perubahan makna ini dinyatakan dengan menyebut
nama sebagai pengganti nama sama ada secara sebahagian atau keseluruhan. Dalam lagu yang
dipilih, penggunaan kata yang mengandungi skema perubahan makna sinekdoke terdapat dalam baris
ketiga pada rangkap kelima lagu seperti di bawah:
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasih-Mu
Kata ganti nama orang ketiga mereka ialah sinekdoke yang digunakan sebagai gambaran
kepada semua ibu secara keseluruhannya. Penulis telah menggunakan skema perubahan makna
sinekdoke yang pertama, iaitu pars pro toto, iaitu menyebut sebahagian sahaja untuk menggambarkan
keseluruhan. Hal ini bermaksud penulis menggunakan sinekdoke jenis pars pro toto menerusi kata
mereka sebagai gambaran kepada semua ibu secara keseluruhannya. Penggunaan sinekdoke ini
dilihat berkesan kerana digunakan dengan bijaksana. Hal ini demikian kerana penulis berusaha
menyampaikan mesej secara terus kepada sasaran tanpa mengehadkan ibunya sahaja sebaliknya
disasarkan juga kepada semua ibu yang ada di dunia. Mesejnya jelas di sini penulis menggambarkan
seorang anak yang berdoa agar diampuni dosa semua ibu dan berharapkan Tuhan menempatkan
mereka dalam kalangan orang-orang beriman dengan lambang kata kekasih-kekasih-Mu.
Seterusnya, skema perubahan semantik Bloomfield yang terdapat dalam lirik lagu ini ialah
skema perubahan metonimi, iaitu perubahan nama yang digantikan dengan nama sesuatu yang
bersifat serupa. Berdasarkan pemahaman terhadap skema perubahan ini, maka penggunaan kata
yang mengandungi skema perubahan ini telah dikenal pasti ada pada baris pertama dalam rangkap
kelima lagu seperti di bawah:
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasih-Mu
Kata Tuhan dalam baris pertama bertujuan menggantikan nama sesuatu yang bersifat serupa
dengannya, iaitu Allah sebagai pemilik alam semesta. Penulis, pencipta lagu malahan penyanyi lagu ini
sendiri merupakan seorang yang beragama Islam dan pastinya bertuhankan Allah Yang Esa. Walau
bagaimanapun, kata Allah tidak digunakan dalam lirik ini sebaliknya digantikan dengan nama Tuhan
yang membawa makna yang sama. Tujuan penulis ini jelas untuk membuka ruang kepada sesiapa
tanpa mengira agama agar dapat menyanyikan lagu ini tanpa perlu rasa bersalah atau ragu-ragu
kerana adanya kata Allah yang dikhususkan penggunaannya kepada seseorang yang beragama
Islam sahaja. Oleh sebab inilah, penulis menggantikannya dengan kata Tuhan untuk mengelakkan
sensitiviti dan menggalakkan sesiapa sahaja yang bukan beragama Islam dapat menyanyikan dan
menghayati lagu ini tanpa sebarang masalah. Perkara ini juga menunjukkan kepekaan penulis
terhadap masyarakat sekeliling.
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

27

Selain itu, perkataan kekasih yang terdapat dalam baris keempat ini juga turut menerima
skema perubahan makna metonimi. Perkataan kekasih tersebut merupakan metonimi yang merujuk
kepada gelaran kepada seseorang yang dikasihi. Ungkapan ini digunakan untuk menggantikan kata
yang bersinonim dengannya seperti yang dimaksudkan dalam keseluruhannya baris seperti kata
orang beriman. Namun demikian, penulis memilih menggunakan ungkapan kekasih-kekasih dalam
lirik lagu ini untuk meninggalkan kesan yang lebih dekat terhadap perasaan pendengar kerana
pendengar sudah biasa mendengarkan kata orang beriman dalam doa. Tujuannya tidak lain dan tidak
bukan untuk mengangkat martabat orang didoakan tersebut agar ditempatkan dalam kalangan
kekasih-kekasih Allah, iaitu orang yang disayangi dan berada dekat di sisi Allah.
Di samping itu, penggunaan kata yang mengandungi skema perubahan semantik ameliorasi
yang bertujuan untuk meningkatkan nilai makna sesuatu kata kepada yang lebih baik, lebih tinggi atau
yang lebih halus turut dikenal pasti dalam lirik lagu ini. Contoh penggunaan kata yang mengandungi
ameliorasi dalam lirik lagu ini adalah seperti yang berikut:
Di antara kekasih kekasih-Mu
Pada baris keempat dalam rangkap lagu ini terdapat penggunaan kata kekasih-kekasih-Mu
yang merujuk kepada orang-orang yang dekat di samping Allah, iaitu orang-orang yang diangkat darjat
dan kedudukannya tinggi di sisi Allah. Penggunaan kata -Mu ialah merujuk kepada kata ganti diri Allah
sementara kata kekasih-kekasih ialah orang-orang yang disayangi Allah dan

ditempatkan dalam

kalangan orang yang beriman yang dekat di sisi Allah. Berdasarkan ungkapan ini, penulis
menggunakan ungkapan kekasih-kekasih-Mu untuk mengangkat nilai makna yang lebih tinggi, lebih
halus, lebih sopan dengan menyamakannya dengan kekasih-kekasih Allah, iaitu orang-orang yang
disayangi Allah dan pastinya lebih dekat di sisi-Nya.
Sekiranya penulis berkehendak, perkataan lain yang membawa makna yang sama boleh
digunakan. Sebagai contohnya, perkataan yang sering digunakan banyak orang seperti orang-orang
beriman. Namun, penulis dilihat berusaha menunjukkan kesungguhan dalam harapan dan doanya
agar ibu-ibu yang telah pergi menghadap Tuhan ditempatkan dalam di antara kekasih-kekasih Allah,
iaitu nilai makna yang lebih dekat di sisi Allah. Mesej di sini juga cukup jelas dan berkesan kerana
penerima dapat memahami terus maksud yang cuba disampaikan oleh penulis dalam pengharapan
dan doa tulus ikhlas seorang anak terhadap ibunya.
Selain itu, ungkapan kekasih-kekasih-Mu dalam rangkap kelima ini juga menerima skema
perubahan makna perluasan, iaitu perubahan makna kata dari makna yang khusus (sempit)
menjadi makna yang luas ( Sudaryat, 2009:51). Hal ini demikian kerana perkataan ini asalnya
membawa makna yang khusus, iaitu merujuk kepada orang yang dikasihi, orang yang dicintai dan
merangkap buah hati (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2007). Namun, dalam konteks makna lagu ini,
penulis membuat perubahan makna dengan meluaskan makna asalnya daripada yang khusus
kepada yang umum dengan memberikan makna yang berbeza daripada makna asalnya. Makna
baharu yang dihasilkan adalah merujuk kepada orang-orang yang dikasihi Allah, iaitu orang yang
beriman dan patuh kepada Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Penulis telah meluaskan
penggunaan katanya untuk mendapatkan makna yang lebih meluas, iaitu keluar daripada skop yang
khusus. Penulis juga cuba menyampaikan bahawa cinta tidak terhad setakat cinta sesama manusia
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

28

tetapi turut melibatkan cinta kepada pencipta yang dilambangkan dengan kata kekasih. Paling
penting, mesej yang hendak disampaikan tetap sampai dan difahami secara berkesan oleh penerima.
Secara keseluruhannya, skema perubahan semantik yang terdapat dalam penggunaan kata
dalam lagu ini telah berupaya menjadikan mesej yang hendak disampaikan menjadi lebih berkesan
dan meninggalkan bekas kepada penerima. Hal ini demikian kerana penggunaan kata dalam lagu
yang menerima skema perubahan makna seperti hiperbola, sinekdoke, ameliorasi dan metonimi telah
meninggalkan fungsi makna yang lebih maksima, iaitu lebih jelas dengan gambaran mengenai suatu
hal atau perasaan yang lebih hidup serta menimbulkan suasana dan kesan tertentu dalam hati
pendengar. Perkara inilah seterusnya yang berupaya membantu penerima memperoleh efek
keindahan dalam sesebuah lagu seperti mana yang dikatakan oleh Ratna (2009: 190) dalam jurnal
Supriyadi Wibowo (2013) yang bertajuk, Analisis Gaya Bahasa Pada Lirik Lagu Grup Musik Wali
dan Manfaatnya Sebagai Bahan Pembelajaran Apresiasi Puisi Di SMA.

iv.

Lirik lagu: Seribu Tahun Takkan Mungkin (BumiPutra Rockers / BPR)


Di matamu mencerminkan rindu
Di matamu adalah kenyataan
Aku tenggelam dalam lautan kasih sayangmu
Tak mungkin akanku lepaskan ikatan ini
Mendung hitam adalah semalam
Silau mata dari kilauan cinta
Hatiku ini sayang tak mungkin berubah
Selagi kau berpegang teguh pada janji
Antara skema perubahan semantik Bloomfield

Setiap kata yang terucap


Setiap nada yang tercipta
Hanyalah untukmu
Satu tak terpisah
Seribu tahun takkan mungkin
Bisa menghuraikan sebuah
Cinta yang kau beri
Untuk diriku yang rindu
yang terdapat dalam lagu yang dipilih ini

termasuklah skema perubahan makna hiperbola. Contoh penggunaan kata yang mengandungi
skema perubahan makna hiperbola ialah pada baris ketiga dalam rangkap yang pertama lagu yang
berbunyi begini:
Di matamu mencerminkan rindu
Di matamu adalah kenyataan
Aku tenggelam dalam lautan kasih sayangmu
Tak mungkin akanku lepaskan ikatan ini
Ungkapan dalam baris yang dicetak tebal di atas dikatakan menerima skema perubahan
makna hiperbola kerana penulis menggambarkan watak aku yang tenggelam dalam lautan kasih
sayang dan bukannya lautan yang membawa makna laut yang besar. Di sini, penulis
menggambarkan betapa watak aku begitu mencintai kekasihnya sehinggakan menyamakan kasih
sayang antara mereka sebagai lautan kerana luas dan besarnya kasih sayang yang dibina. Walaupun
ungkapan ini dilihat sengaja dilebih-lebihkan menerusi perumpamaan yang melampau, namun inilah
dikatakan penggunaan gaya bahasa jenis hiperbola yang mampu menghidupkan dan memperjelas
gambaran mengenai hal atau perasaan yang ingin disampaikan. Penggunaan kata ini juga telah
mengubah makna yang lebih meninggalkan suasana dan kesan tertentu kepada pendengar.
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

29

Malahan, penggunaan gaya bahasa sebegini juga membantu memperindahkan lagi unsur keindahan
dalam lagu seiring mesej yang dibawa.
Selain itu, skema perubahan makna litotes turut dikenal pasti ada dalam lirik lagu yang dipilih
ini. Penggunaan kata yang mengandungi skema perubahan ini telah ditemukan dalam baris keempat
dalam rangkap lagu di bawah:
Setiap kata yang terucap
Setiap nada yang tercipta
Hanyalah untukmu
Satu tak terpisah
Kata tak terpisah dalam baris keempat tersebut membawa makna segala yang dilakukan demi
kekasih yang dicintai tidak ada satu pun yang putus, terlerai, dan terpotong. Kata tak terpisah ini
bermaksud kekal. Hal ini menunjukkan bahawa penulis menggunakan kata yang mempunyai skema
perubahan makna litotes dengan mengungkapkan pernyataan dalam bentuk negatif melalui kata nafi
tak untuk menyatakan keadaan yang sebaliknya. Sekali lagi, penulis berusaha menyampaikan mesej
lagu ini dengan lebih berkesan menerusi penggunaan kata yang mengandungi skema perubahan
makna litotes dengan penggunaan kata yang negatif untuk menyatakan keadaan sebaliknya.
Tujuannya supaya bunyinya lebih indah, maknanya lebih dihayati dengan suasana yang diberikan
gambaran yang hidup. Bayangkan sekiranya baris keempat lagu ini ditukar kepada kata-kata di bawah:
Satu kekal.
Bunyinya bukan sekadar janggal malahan maknanya juga kurang sentimental kerana tiada
permainan bahasa dalam lagu seperti mana yang dinyatakan Supyadi Wibowo (2013) dalam jurnalnya.
Selain skema-skema perubahan makna yang telah dihuraikan dalam halaman sebelum ini,
terdapat juga penggunaan kata yang mengandungi skema perubahan makna metonimi. Contoh
penggunaan kata yang mengandungi skema perubahan makna metonimi ialah pada baris pertama
dalam rangkap terakhir lagu seperti yang berikut:

Seribu tahun takkan mungkin


Dalam baris di atas, ungkapan seribu tahun merupakan metonimi yang merujuk kepada
tempoh masa yang panjang dan lama. Ungkapan ini digunakan untuk menggantikan kiraan tempoh
masa yang sebenar bagi jangka masa seribu tahun. Kata alaf dan milenium merupakan istilah
tempoh masa sebenar bagi seribu tahun. Namun demikian, penulis lebih selesa menggunakan
ungkapan seribu tahun dalam lirik lagu ini bagi menggantikan penggunaan kata yang lebih tepat.
Kemungkinan penulis menggunakan ungkapan ini adalah untuk meninggalkan kesan yang lebih dekat
terhadap perasaan pendengar kerana pendengar jarang menggunakan kata alaf atau milenium,
apatah lagi pendengar daripada golongan kanak-kanak yang tidak terbiasa dengan istilah-istilah ini.
Jadi, penulis menggunakan kata seribu tahun untuk menggambarkan tempoh masa yang begitu lama
dan mudah ditafsir pemahamannya oleh pendengar daripada semua peringkat umur. Makna
keseluruhan baris ini ialah betapa lama sekali pun tempoh masa yang diberikan tetap mustahil untuk
mentafsirkan cinta kekasihnya. Mesej lirik ini disampaikan dalam pemahaman yang cukup mudah
namun meninggalkan efek perasaan dengan nilai makna yang tinggi.

KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

30

Selain contoh baris tersebut, terdapat satu lagu baris kata yang mengandungi penggunaan kata
metonimi seperti yang dicetak tebal dalam rangkap lagu di bawah:
Mendung hitam adalah semalam
Silau mata dari kilauan cinta
Hatiku ini sayang tak mungkin berubah
Selagi kau berpegang teguh pada janji
Ungkapan mendung hitam berasal daripada dua kata dengan makna asal yang berbeza
sebelum diberikan skema perubahan makna metonimi. Kata mendung asalnya membawa makna
suasana redup awan yang membawa air hujan sementara kata hitam membawa makna keadaan
yang gelap dan legam (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Apabila disatukan dalam ungkapan,
maknanya telah berubah dengan sentuhan skema perubahan makna metonimi yang merujuk kepada
peristiwa lampau yang meninggalkan kenangan yang gelap atau ujian kegetiran dalam perhubungan
yang berlaku sebelum ini yang digambarkan dalam kata semalam. Ungkapan mendung hitam itu
sendiri menunjukkan keadaan yang tidak baik yang diibaratkan ujian dan peristiwa lampau dalam
sesuatu hubungan. Dalam hal ini, penulis tidak menggunakan perkataan yang terus menjelaskan
makna dengan penggunaan kata yang lebih tepat sebaliknya menggunakan kata kiasan sebagai
pengganti kata sebenar yang perkaitan maknanya adalah sama. Namun, inilah yang dikatakan seni
dalam lagu yang membenarkan pendengar mentafsir sendiri makna di sebalik mesej yang cuba
disampaikan oleh penulis. Penggunaan kata-kata sebeginilah yang membantu pendengar lebih
menghayati lagu untuk mendapatkan makna dengan lebih berkesan.
Berikutnya, skema perubahan metafora turut dikenal pasti dalam lagu yang dipilih ini.
Perhatian penggunaan kata dalam baris lagu di bawah:
Aku tenggelam dalam lautan kasih sayangmu
Dalam baris kata di atas terdapat ungkapan lautan kasih yang merupakan skema perubahan
metafora yang mengandungi perbandingan secara langsung hasil gabungan unsur abstrak dan konkrit.
Jika diasingkan, kata lautan membawa makna laut yang besar sementara kata kasih membawa
makna perasaan sayang. Yang menjadi unsur abstrak ialah kata kasih yang tidak dapat dilihat atau
tidak dapat dirasa dengan pancaindera. Manakala, kata lautan menjadi unsur konkrit yang dapat
dilihat dan dirasa dengan pancaindera.
Apabila kata-kata ini digabungkan menjadi satu ungkapan yang dikenali sebagai metafora,
maka berlakulah perubahan makna yang baharu. Makna bagi ungkapan metafora lautan kasih ialah
perasaan kasih sayang yang melimpah ibarat selautan. Jelas di sini apabila ungkapan tersebut
menerima skema perubahan makna metafora, maka akan berlakulah perubahan makna asal kepada
makna baharu. Makna baharu itu pula lebih meninggalkan suasana yang menggambarkan efek
perasaan yang lebih hidup secara berkesan dengan mesej kasih sayang yang tidak bertepi umpama
lautan.
Selain itu, penggunaan kata dalam lirik lagu yang mengandungi skema perubahan makna
perluasan turut terdapat dalam contoh lirik lagu seperti berikut:
Di matamu mencerminkan rindu
Kata mencerminkan adalah kata lain yang diberikan makna yang diperluaskan daripada makna
asalnya, iaitu kata cermin. Kata cermin pada asalnya merujuk kepada bahan lut sinar atau lut cahaya
yang keras dan rapuh. Tetapi, makna kata ini diubah untuk mencakup makna lain yang lebih meluas
penggunaannya dalam kata mencerminkan yang membawa makna baharu, iaitu membayangkan atau
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

31

menggambarkan sesuatu keadaan. Seperti mana penggunaannya dalam baris kata di atas yang
membawa maksud mata kekasih yang ditatap menggambarkan perasaan rindu di hati. Ternyata makna
baharu yang diperluaskan mengubah makna dengan mesejnya yang lebih berkesan.
5.0
Rumusan
Secara rumusnya, manusia berbicara dengan menggunakan bahasa. Tanpa bahasa yang jelas dan
bermakna, komunikasi yang berkesan tidak akan berlaku. Hal ini demikian kerana jalinan bahasa yang
terjadi antara setiap penuturnya memerlukan persefahaman dalam mengungkapkan makna. semantik
atau makna merupakan unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, setiap
perkara yang diujarkan dan yang ditulis tidak akan memberikan sebarang kefahaman kepada
pendengar atau pembaca. Mana-mana bahasa sekalipun di dunia ini tetap bermatlamat ke arah sama,
iaitu untuk mencapai keberkesanan sama ada semasa lisan mahupun lisan. Oleh sebab inilah, R.
H.Robbins (1951) ada mengatakan bahawa pengkajian tentang makna menjadi suatu hal yang amat
penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna.
Walau bagaimanapun, perubahan dalam makna sentiasa berlaku kerana sifat sesuatu bahasa
yang sentiasa berubah. Apabila bahasa berubah, maka maknanya juga turut berubah. Hal ini
menunjukkan makna tidak selalunya kekal dalam satu pengertian sahaja (Abdullah Hassan, 2007) .
Hal ini sudah sejak dahulu lagi diamati oleh pengkaji bahasa yang mengatakan terdapat banyak faktor
yang merangsangkan perubahan makna sesuatu kata dalam bahasa. Makna yang berubah itu juga
melalui proses perubahan yang melibatkan proses pengembangan, penyempitan dan anjakan makna.
Proses perubahan ini dikenali sebagai proses perubahan semantik yang disebabkan berlakunya
perkembangan dalam sesuatu bahasa. Walau bagamanapun, proses perubahan semantik yang
berlaku berupaya menjadikan sesuatu interaksi menjadi bertambah berkesan dan menarik.
Berdasarkan aplikasi skema perubahan makna Bloomfield (1993) terhadap lima lagu yang
dipilih, kesemua lagu tersebut telah menerima skema perubahan makna Bloomfield yang membawa
kepada perubahan makna baharu yang lebih berupaya meninggalkan kesan kepada pendengar atau
penerima. Penggunaan kata yang menerima sentuhan skema perubahan makna bukan sahaja
membantu memperindahkan bunyi lagu, bahkan berupaya menghidupkan dan memperjelaskan
gambaran dengan membangkitkan suasana dan kesan tertentu. Malahan, penggunaan kata
sedemikian juga menjadikan mesej yang hendak disampaikan dalam lagu lebih berkesan kerana
adanya penyusunan dan pemilihan kata berpuitis dengan sentuhan skema perubahan makna
Bloomfield. Penciptaan lagu ialah satu daripada hasil karya seni yang melambangkan pemikiran,
perasaan, idea dan segala hal yang dilahirkan oleh penulisnya. Pemilihan dan penggunaan kata dalam
karya lagu juga melambangkan sejauh mana kehebatan penulis dalam menghasilkan karya.
Benarlah pandangan yang dikemukakan oleh Ahmad Fachruddin Imam ( 2012) dalam jurnalnya
yang bertajuk, Analisis Wacana Van Dijk Pada Lirik Lagu Irgaa Tani (My Heart Will Go On) bahawa
lirik dalam lagu dapat dipandang sebagai salah satu karya seni yang mengandungi bahasa yang indah,
diberikan irama dengan bunyi yang padu dan pemilihan kata-kata kiasan dan imaginasi yang indah.
Malahan, menurut beliau, lagu yang dihasilkan juga kadang-kadang merupakan gambaran hidup
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

32

penulis dengan mewakilkan pengalaman hidup dalam lirik lagu yang dicipta. Sekiranya indah
ciptaannya, maka indahlah seluruh gambaran pendengar terhadap penulis itu sendiri.
6.0

Penulisan Refleksi
Pada 21 Julai 2014 yang lalu, soalan tugasan kerja kursus bagi kursus BMM 3112, iaitu

Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu telah diberikan oleh pensyarah pembimbing kami, iaitu
Encik Lokman b. Abd. Wahid. Tugasan ini merupakan satu daripada tugasan yang wajib dilaksanakan
untuk melengkapkan keperluan dalam semester ini. Sewaktu mula mendapat soalan tugasan yang
diberikan di dalam bilik kuliah pada tarikh tersebut, saya bersama rakan-rakan sekuliah

telah

bersama-sama berbincang mengenai kehendak tugasan ini. Pada awalnya saya berasa keliru dengan
beberapa skop tugasan kerana tidak mendapat perincian lanjut oleh pensyarah seperti mana semester
sebelum ini. Hal ini demikian kerana pada hari serahan tugasan ini, adalah hari terakhir kami pelajar
semester 6 berada di institut sebelum keluar berpraktikum. Maka, perbincangan lanjut bersama
pensyarah tidak dapat dijalankan secara empat muka.
Persepsi atau tanggapan awal saya terhadap tajuk tugasan yang diberikan tidaklah sampai
membuatkan fikiran ligat berfikir. Hal ini demikian kerana tajuk yang diberikan telah pun dipelajari
dalam kuliah dengan bimbingan pensyarah sebelum ini. Ilmu pelajaran yang telah diperoleh semasa
dalam kuliah sangat membantu saya untuk memahami cara penghasilan tugasan ini kerana pensyarah
sendiri banyak memberikan penerangan yang bagi saya cukup membantu. Apatah lagi, dengan
tugasan amali kumpulan yang banyak berkaitan dengan kehendak tugasan ini seperti pengaplikasian
skema perubahan makna dalam lagu. Malahan, saya berasa teruja untuk menyiapkan tugasan ini. Hal
ini demikian kerana kursus ini sendiri adalah salah satu kursus kegemaran saya walaupun kandungan
kursus sedikit sukar untuk difahami secara keseluruhan. Namun demikian, saya mengambilnya
sebagai satu cabaran yang pastinya dapat memberikan saya banyak pengalaman dan pengetahuan
baharu apabila melaksanakan tugasan ini nanti.
Berdasarkan pemahaman terhadap tugasan, terdapat tiga perkara utama dalam skop
tugasan yang perlu kami laksanakan ini. Skop pertama ialah dengan membuat huraian mengenai
konsep perubahan semantik dan proses yang terlibat dengannya. Seterusnya, skop tugasan kedua
ialah huraian tentang teori perubahan semantik Bloomfield yang menjelaskan perubahan semantik
yang berlaku. Manakala, skop tugasan ketiga berkehendakkan pengaplikasian terhadap lima lagu
dengan huraian

penggunaan kata

berdasarkan teori

perubahan

semantik Bloomfield dan

bagaimanakah perubahan semantik yang berlaku dalam lagu-lagu yang dipilih itu berupaya
menjadikan mesej yang hendak disampaikan menjadi lebih berkesan.
Oleh itu, setelah memahami kehendak tugasan, maka saya terus memulakan langkah awal
dalam pelaksanaan tugasan ini. Salah satunya, saya mula mendapatkan bahan-bahan rujukan seperti
buku-buku yang berkaitan tugasan. Selain itu, saya mula membuat carian internet berdasarkan skop
dalam kehendak soalan tugasan. Saya berusaha terlebih dahulu membaca dan memahami buku-buku
yang berkaitan untuk memudahkan pelaksanaan tugasan berikutnya. Berdasarkan kefahaman dengan
merujuk buku-buku berkenaan, saya menjadi lebih memahami kandungan kursus ini seperti yang
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

33

terkandung dalam kehendak tugasan ini sendiri. Sebagai contohnya, saya lebih jelas mengenai
perubahan semantik dari segi proses yang terlibat dan teori perubahannya dengan skema perubahan
makna bahasa Melayu berdasarkan banyak maklumat yang diberikan oleh tokoh-tokoh dan pengkaji
berkaitan dalam bahan rujukan yang diperoleh. Dengan ini, saya menjadi lebih bersedia untuk
melaksanakan tugasan ini seperti mana yang diberi dalam skop tugasan yang ditetapkan.
Malahan, pengetahuan saya berkaitan ilmu kajian semantik atau makna bahasa Melayu juga
semakin bertambah. Hal ini kerana menerusi pembacaan awal yang dibuat sebelum memulakan
tugasan, pemahaman saya semakin jelas tentang perubahan makna yang berlaku dalam bahasa
Melayu dengan proses yang terlibat dan juga perkaitan teori perubahan semantik oleh Bloomfield yang
mengandungi sembilan skema perubahan makna. Jika sebelum ini, saya sering kali terkeliru dengan
beberapa perkara berkaitan bidang ini, namun menerusi pelaksanaan tugasan ini cukup banyak
membantu saya untuk lebih memahami sedikit banyak mengenai bidang ini sekali gus membantu saya
meningkatkan kefahaman dalam kursus ini. Di sinilah, saya dapat melihat kewajaran pelaksanaan
sesuatu tugasan kerja kursus dalam membantu meningkatkan kefahaman para pelajar selain
memenuhi keperluan kursus ini sendiri. Apa yang pasti, pada awal pelaksanaan tugasan ini, saya
berpeluang meneroka bidang ini dengan lebih baik menerusi kefahaman yang lebih mendalam.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya tidak mengalami banyak kesukaran kerana bahanbahan rujukan banyak membantu dan mudah diperoleh. Antara bahan yang menjadi sumber rujukan
saya ialah buku-buku, bahan internet, dan jurnal. Kesemua bahan dari pelbagai sumber ini banyak
membantu saya dalam menyiapkan tugasan. Oleh itu, kesukaran untuk mendapatkan bahan rujukan
tidaklah menjadi masalah. Namun, mungkin sedikit kesukaran apabila saya perlu membuat pilihan
terhadap bahan rujukan yang ada supaya perkaitan atau kohensi antara kesemuanya dapat
menghasilkan huraian yang kemas. Bagi menyelesaikan sedikit kesukaran ini, maka saya perlu bijak
memilih dan menyusun maklumat dengan telitinya menerusi perincian yang perlu sahaja. Semasa
melaksanakan tugasan ini, saya menghadapi sedikit masalah semasa pemilihan lagu-lagu yang sesuai
untuk diaplikasikan skema perubahan makna Bloomfield berdasarkan penggunaan kata dalam setiap
lirik lagu yang dipilih. Hal ini demikian kerana pilihan lagu sangat banyak, namun hendak memilih lagu
yang berkualiti agak memakan masa. Namun demikian, masalah ini tidaklah menjadi penghalang untuk
saya menyiapkan tugasan kerana pengetahuan sedia ada mengenai lagu-lagu yang bersesuaian
sangat membantu ditambah dengan carian internet yang memudahkan pemilihan lagu-lagu yang
sesuai.
Paling penting, banyak pengalaman dan pengetahuan baharu yang saya peroleh semasa
melaksanakan tugasan ini. Antara pengalaman yang diperoleh adalah pengalaman semasa
mendapatkan maklumat yang berkaitan dan kemudian difahami sedalamnya dan seterusnya disusun
dalam huraian yang padu, ringkas tetapi cuba dipadatkan sebaik mungkin. Pengalaman memilih
maklumat yang benar-benar sesuai dan bertepatan adalah satu pengalaman bermakna buat saya. Hal
ini kerana, banyak maklumat yang saya peroleh berkaitan kehendak tugasan. Namun, saya perlu bijak
menyusun dan memilih maklumat tersebut agar dalam huraian nanti, tidak terlalu sarat dengan
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

34

pelbagai maklumat picisan sebaliknya maklumat yang benar-benar utama untuk diketengahkan dalam
huraian.
Pengalaman yang dialami inilah yang turut membantu saya memperoleh pengetahuan
baharu dan saya sendiri mendapat banyak pengetahuan baharu semasa melaksanakan tugasan ini.
Antaranya sudah tentunya pengetahuan berkaitan pengkajian ilmu semantik. Walaupun, saya telah
mempelajari bidang ini dalam kursus pada semester-semester sebelum ini, namun perkara yang
dipelajari hanyalah asas dan pengenalan semata-mata tanpa berpeluang lanjut mengaplikasikan
pengetahuan yang diperoleh. Namun, menerusi pelaksanaan tugasan ini, saya mendapat peluang dan
ruang untuk mengaplikasikan pengetahuan mengenai skema perubahan semantik oleh Bloomfield
dalam lima lagu yang dipilih sendiri. Saya akui berasa seronok melaksanakan tugasan ini kerana
berpeluang melakukan perkara yang diminati, iaitu menganalis lagu-lagu. Tugasan ini sendiri
bertepatan dengan jiwa insan yang sukakan hiburan halwa telinga seperti saya. Apatah lagi, saya
sememangnya gemar menganalisis bait-bait kata dalam sesebuah lagu apabila menemukan sesuatu
keindahan dalam lagu tersebut. Dalam erti kata yang mudah, pengalaman saya dapat, pengetahuan
saya dapat dan keseronokan juga saya dapat sepanjang melaksanakan tugasan ini.
Sememangnya banyak faedah yang saya peroleh semasa melaksanakan tugasan ini.
Faedah yang paling utama ialah saya berpeluang menambahkan pengetahuan saya mengenai bidang
kajian semantik sebagai satu daripada kajian ilmu linguistik. Menerusi pembacaan dan pencarian
maklumat daripada pelbagai bahan, saya sendiri sebagai seorang guru pelatih dan bakal guru
berpeluang mempelajari sendiri satu daripada ilmu linguistik ini. Ilmu yang diperoleh ini bukan sekadar
untuk memenuhi sukatan kursus, tetapi lebih kepada penghayatannya sendiri terhadap kehidupan
seharian. Hal ini demikian kerana seluruh kehidupan kita tidak dapat lari daripada makna. Maknalah
yang menentukan berkesan atau tidak sesuatu matlamat komunikasi sama ada secara lisan mahupun
tulisan. Setiap orang di dunia boleh berbahasa dan dalam bahasa adanya makna. Lihatlah betapa
pentingnya makna dalam bahasa sehinggakan seorang pengkaji bahasa, iaitu R. H.Robbins (1951)
mengatakan bahawa kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna.
Malahan, saya sebagai bakal guru yang pastinya akan berdepan dengan dunia yang
memerlukan komunikasi berkesan baik lisan mahupun tulisan amat memerlukan pemahaman terhadap
bidang semantik ini sendiri. Cuba bayangkan, bagaimana mungkin saya makan nasi tanpa mengetahui
dari mana asalnya nasi yang dimakan. Begitu juga, dalam ilmu semantik. Saya sendiri berkepentingan
untuk mempelajari ilmu ini sekurang-kurangnya sehingga saya tahu berbahasa dengan cekap agar
matlamat sesuatu komunikasi atau interaksi dapat dicapai dengan berkesan. Apatah lagi saya bakal
guru bahasa Melayu yang sudah pasti memerlukan ilmu mengenai makna agar proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa dalam bilik darjah tercapai dengan baik. Bagaimana mungkin murid akan
memahami perkara yang saya katakan sekiranya makna yang saya katakan tidak sampai ke
pemahaman mereka?

KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

35

Saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Seman Salleh dalam Jurnalnya
yang bertajuk, Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Kajian Kes Di Sebuah
Sekolah Rendah Di Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur yang mengatakan

bahasa yang

digunakan menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan menentukan
keberkesanan interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini demikian kerana dalam bahasa adanya
makna dan makna yang sampai kepada pemahaman muridlah yang menentukan berkesan atau tidak
sesuatu proses penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Oleh itu, dengan
mempelajari ilmu semantik, saya sebagai bakal pendidik dapat menggunakan pengetahuan yang ada
bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan memilih dan menggunakan kata yang
mempunyai makna yang tepat dalam menyampaikan maklumat kepada murid. Malahan, Seman Salleh
sendiri mengatakan bahawa perlunya seorang guru bahasa dalam mempelajari ilmu semantik agar
memiliki pengetahuan dan ketrampilan dalam berbahasa dengan adanya pengetahuan tentang teori
semantik.
Faedah lain yang saya peroleh semasa melaksanakan tugasan ini ialah saya berpeluang
mempelajari bagaimana orang menggunakan bahasa dengan kata-kata yang mengandungi makna
yang saling berhubungan. Peluang ini saya peroleh semasa melaksanakan pengaplikasian skema
perubahan makna Bloomfield dalam lagu-lagu yang dipilih. Di sini, saya belajar menganalisis
penggunaan kata-kata dalam lagu dengan membuat hubung kaitnya dengan skema perubahan yang
berkaitan. Ternyata banyak perkara yang saya pelajari terutamanya pengaruh skema perubahan
makna terhadap penggunaan kata dalam lagu yang berupaya menjadikan mesej sesebuah lagu lebih
berkesan.
Saya juga mempelajari bagaimana penggunaan kata dapat melahirkan makna malahan
dapat mengubah makna asal kepada makna yang baharu. Untuk ini, saya menyokong pandangan
yang dikemukakan oleh Abdullah Hassan (1980) yang mengatakan setiap kata mengandungi makna
dan bagaimana kata-kata itu berhubungan sebenarnya bergantung kepada bagaimana pengguna
sesuatu bahasa tersebut menyusun segala pengalamannya dalam ungkapan yang berbentuk katakata. Tambah beliau, dengan mengetahui makna perkataan, komunikasi yang terjalin akan dapat
membantu menambahkan keberkesanan bahasa dan kegramatisan kata atau ayat yang digunakan.
Lihatlah betapa pentingan pengetahuan tentang ilmu makna yang dapat menentukan keberkesanan
dalam sebarang jenis komunikasi.
Perkara inilah yang dikatakan mendatangkan banyak faedah kepada bakal guru dalam
membantu pemahaman terhadap bahasa dengan lebih baik menerusi pengetahuan tentang teori
semantik. Apabila seseorang guru itu sendiri mempunyai ilmu tentang bahasa, maka ilmu inilah yang
akan mendatangkan manfaat kepadanya dalam memudahkan pengajaran bahasa kepada muridmurid. Perkara ini juga yang dikatakan oleh seorang pengkaji bahasa, iaitu Robert Lado (1980: 12),
yang menegaskan bahawa, "kalau hendak menjadi guru bahasa, maka kebolehan bercakap dalam
bahasa itu sahaja tidak mencukupi. Penutur bahasa itu sekalipun tidak dapat memandu pelajar
melainkan dia dapat mengasing-asingkan dan menunjukkan pelbagai-bagai unsur dalam bahasa
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

36

tersebut dengan mengetahui deskripsi dan fakta-fakta linguistik tentang bahasa tersebut. Tujuannya
supaya dia mengetahui masalah mereka dalam mempelajari bahasa untuk mencapai matlamat
mereka." Pandangan ini cukup jelas menekankan kepentingan bakal guru dalam mempelajari ilmu
linguistik yang salah satu daripadanya ilmu semantik. Sememangnya benar dan diakui bahawa tanpa
pengetahuan yang mantap tentang ilmu yang akan diajarkan, bagaimanakah guru-guru bahasa dapat
mengajarkan sesuatu bahasa dengan berkesan?
Persoalan ini terjawab dengan cukup baik menerusi dapatan jurnal yang dikaji oleh Loeb, S.,
Miller, L., dan Strunk, K. (2009) yang mengatakan bahawa seorang guru yang profesional ialah guru
yang mengetahui segala perkara yang diajarnya. Tambah mereka, keupayaan guru mempengaruhi
keupayaan murid. Hal ini demikian kerana perlunya penguasaan guru dalam sesuatu ilmu
pengetahuan bukan sekadar belajar untuk peperiksaan tetapi kefahaman terhadap bagaimana sesuatu
bahasa terbentuk dan digunakan dalam kehidupan seharian. Hal ini penting bagi membentuk
pengguna bahasa Melayu yang cekap berbahasa menggunakan kata dengan makna yang berkesan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran sendiri, apabila guru cukup terlatih dengan ilmu yang
diajarkannya, maka proses pembelajaran dan pembelajaran akan menjadi lancar. Sebagai contohnya,
pengetahuan dalam ilmu semantik dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih
berkesan menerusi komunikasi yang mengandungi makna sampai kepada pemahaman murid. Inilah
antara faedahnya mempelajari ilmu semantik dan saya sendiri memperoleh faedah ini semasa
melaksanakan tugasan kerja kursus ini.
Faedah lain yang saya peroleh menerusi pelaksanaan tugasan ini ialah membentuk saya ke
arah kemenjadian bakal guru bahasa yang lebih baik dengan adanya ilmu sedikit banyak semasa
melaksanakan tugasan ini. Benar seperti apa yang dikatakan oleh Abdullah Hassan (1980) yang
mengatakan pengetahuan dalam struktur linguistik dapat membentuk guru bahasa yang lebih baik
kerana manfaat yang mereka peroleh daripada ilmu linguistik. Malahan, D.A. Wilkins (1972) juga
mengatakan bahawa guru bahasa sememangnya memerlukan ilmu linguistik dan salah satu ilmunya
ialah semantik. Hal ini demikian kerana apa-apa sahaja ilmu linguistik adalah berhubungan dengan
pengajaran bahasa kerana linguistik dan pengajaran bahasa berkait rapat antara satu sama lain .
Menyedari akan kepentingan inilah, maka saya berasa bertuah kerana berpeluang mempelajari
mempelajari ilmu semantik sebagai salah satu daripada ilmu linguistik yang sangat berfungsi kepada
bakal guru bahasa seperti saya. Inilah antara faedah yang diperoleh semasa melaksanakan tugasan
yang lebih terarah kepada matlamat pengetahuan tentang ilmu semantik itu sendiri.
Sebagai penutup refleksi sekali gus menjadi rumusan keseluruhan tugasan kerja kursus ini,
saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kerana banyak membantu saya
dan rakan-rakan yang lain dalam melaksanakan tugasan ini. Tanpa penerangan dan tunjuk ajar
daripada pensyarah semasa dalam kuliah, rasanya tentu banyak kesulitan yang akan saya hadapi.
Akhirnya, setelah berusaha menyiapkan tugasan ini, maka tugasan ini siap mengikut peruntukan masa
yang ditetapkan. Paling penting, saya bukan sekadar gembira kerana berjaya menyiapkan tugasan ini,
bahkan saya memperoleh kejayaan yang lebih besar dan bermakna daripada itu, iaitu pengalaman dan
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

37

pengetahuan baharu. Bagi saya, sepanjang proses dalam menyiapkan tugasan ini cukup membantu
memberikan saya satu pengalaman yang cukup bermakna. Pengalaman dari segi mendapatkan
bahan-bahan rujukan dari pelbagai sumber, pengalaman menghasilkan penulisan ilmiah dalam huraian
sendiri berpandukan bahan- bahan rujukan, pengalaman menghadapi kesukaran dan cabaran serta
pengalaman berusaha menyelesaikan kesukaran yang dihadapi. Ini semua adalah suatu pengalaman
yang bukan sahaja memberikan saya input pembelajaran yang baik, malahan pengalaman yang
mematangkan lagi corak saya berfikir.
Pengalaman-pengalaman ini pula disokong oleh pengetahuan yang lebih baik dan
berharga berbanding sebelumnya. Sebagai contohnya, pengetahuan dari tiada kepada ada, dari lupa
kepada ingat kembali, dari goyang kepada kukuh, dan dari salah kepada betul. Selain mengaktifkan
kembali pengetahuan sedia ada sebelum ini, saya juga banyak memperoleh pengetahuan baharu
sepanjang melaksanakan tugasan ini. Antaranya, seperti yang diterangkan sebelum ini, saya
mendapat pengetahuan tentang konsep perubahan makna dan prosesya, teori perubahan semantik
Bloomfield serta berpeluang mengaplikasikan pemahaman tentang skema perubahan makna dalam
lima lagu yang dipilih sendiri. Sekali lagi, semua pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh
sepanjang menyiapkan tugasan ini, benar-benar membantu dalam proses pembelajaran saya untuk
lebih memahami kursus ini. Mengakhiri refleksi ini, semoga semua ilmu yang diperoleh ini akan saya
manfaatkan sebaik mungkin apabila bergelar pendidik kelak.

KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

38

Bibliografi
Abdullah Hassan. (1980). Seminar on The Teaching of English in Upper Secondary Schools and
Tertiary Institutions in Malaysia. Universiti Malaya.
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1994). Bahasa Melayu untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdullah Yusof, Alias Mond Yatim & Mohd Rain Shaari. (2009), Semantik dan Pragmantik Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd
Ahmad Fachruddin Imam. ( 2012). Analisis Wacana Van Dijk Pada Lirik Lagu Irgaa Tani (My Heart Will
Go On). Jurnal of Arabic Learning and Teaching. LAA 1 (1) (2012).
Ariff Mohamad. (2009). Kesusasteraan dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Pustaka Salam
Ahmad Mahmood Musanif. (2005). Modul Pembelajaran :BBM3206 Semantik. Pusat Pendidikan Luar
UPM : Pro-office shoppe Sdn. Bhd.
Ahmad Mahmood Musanif. (15 Oktober 2008). Semantik. Dimuat turun pada 25 Julai 2014. Daripada:
http://www.scribd.com/doc/6753187/Semantik
Aminuddin. (2011). Semantik Pengantar Studi Tentang Makna. Bandung. Sinar Baru Algesindo.
Bloomfield, Leonard., Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin & Noor Ein Mohd. Noor. (1992).
Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chaer, Abdul.( 2002). Pengantar Semantik Bahasa Indonesia. Jakarta: Rineka Cipta.
Chaer, Abdul. (2009). Pengantar Semantik Bahasa Indonesia. Jakarta. Rineka Cipta.
Corbett, Edward P.J. dan Connors, Robert, J. (1999). Classical Rhetoric for the Moder nStudent, 4 th
edition. New York: Oxford University Press, Inc
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). ). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Keraf. (1994). Diksi dan Gaya Bahasa. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.
Lirik Lagu Malaysia. (2008-2014). Lirik Lagu Seribu Tahun. Dimuat turun pada: 12 Ogos 2014.
Daripada: http://liriklagu.me/lirik-lagu-seribu-tahun-imran-ajmain/
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

39

Lado, Robert. (1980). Mengajar Bahasa Suatu Pendekatan Saintifik. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Loeb, S., Miller, L., & Strunk, K. (2009). The State Role in Teacher Professional Development and
Education throughout Teachers. Education Finance and Policy, 4(2), 212-228.
Maniyamin Ibrahim. (2006). Gaya Bahasa Kiasan: Penggunaan dan Keberkesanannya dalam Sajak.
Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Modul Bahasa Melayu: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu. Dimuat turun pada: 25 Julai 2014.
Daripada: http://issuu.com/bm1ipip/docs/bmm3111
Mohd Rain Shaari dan Abdullah Yusof. (2008). Penyelidikan Bahasa dan Linguistik. Kuala Lumpur :
Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. (2006). Teks bahasa Melayu STPM. Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Nor Hashimah Jalaluddin. (1992). Semantik dan Pragmatik: Satu Analisis Pengenalan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2006). Research and Publications Culture Barbarians: A Synergistic. GEMA
Online Journal of Language Studies, Volume 6 (2), 1675-8021.
Pateda, Mansoer. (2001). Semantik Leksikal. Jakarta : Rineka Cipta.
Ratna, Nyoman Kutha. (2009). Stilistika: Kajian Puitika Bahasa, Sastra, dan Budaya. Yogyakarta:
Pustaka Pelajar.
Robins, R.H.(1951). Ancient Mediaeval Grammatical Theory in Europe with Particular Reference to
Modern Linguistic Doctrine. London: Bell.
Seman Salleh. (2005). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Kajian Kes Di
Sebuah Sekolah Rendah Di Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Jurnal IPBA/ Jilid 3: Bilangan
2, 27- 44.
Sharbini Shaari. (2 April 2012). Metonimi. Dimuat turun pada 20 Julai 2014. Daripada:
http://sharbinishaari.wordpress.com/2012/04/02/3-6-metonimi/
Siti Fatimah dan Tanti Zulhijah. ( 1 Mei 2009). Semantik-Perubahan Makna. Dimuat turun pada: 28
Julai 2014. Daripada: https://www.academia.edu/4409861/SEMANTIK
Souib Hamat. (2004). Teman Bahasa Kita- Kata Banyak Makna. Johor Darul Takzim; Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Sudaryat. (2009). Makna dalam Wacana. Bandung: CV Yrama Widya
KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

40

Supriyadi Wibowo. ( 2013 ). Analisis Gaya Bahasa Pada Lirik Lagu Grup Musik Wali Dan Manfaatnya
Sebagai Bahan Pembelajaran Apresiasi Puisi Di SMA: Ejournal of Universitas Muhammadiyah
Purworejo, Volume 1(1), 931-889.
Nathesan. S. (2001). Semantik dalam Bahasa Melayu: Satu Pandangan Komprehensif. dalam Dewan
Bahasa, 1(9), 21-28
Nathesan. S. (2001). Makna dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
(Bab2: Kepelbagaian Makna bagi perkataan, hlm 19-26).
Parera. J.D. (2004). Teori Semantik Edisi Kedua. Penerbit Erlangga: Jakarta.
Pradopo, Rahmat Djoko. (1994). Stilistika dalam Buletin Humaniora No.1 tahun 1994.Yogyakarta:
Fakultas Sastra UGM.
Stern, G. (1965). Meaning and Change of Meaning : With Special References to the English
Languange. Bloomington : Indiana University Press.
Tarigan, Henry Guntur. (2009). Pengajaran Semantik. Bandung. Angkasa.
Ullman, S. (1957). The Prinsiples of Semantics. Oxford : Basil Blackwell.

Lampiran

KERJA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

41