Anda di halaman 1dari 14

HBML4103

Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu

1.0

PENGENALAN
Setiap bangsa di dunia ini memiliki bahasa pertuturan tersendiri yang

merangkumi kosa katanya sendiri, cara penyampaian, istilah dan nahu. Bahasa
merupakan perantara maklumat dan komunikasi antara bangsa itu sendiri. Tanpa bahasa,
setiap maklumat yang hendak disampaikan tidak tercapai dan komunikasi yang
diharapkan hanya menjadi sia-sia. Bahasa boleh dikategorikan seperti bahasa lisan,
bahasa tulisan dan bahasa isyarat.
Bahasa Melayu memiliki sejarah yang tersendiri. Sebelum bahasa Melayu
berkembang seperti yang kita lihat pada masa kini, bahasa Melayu merupakan bahasa
perantaraan yang dituturkan oleh masyarakat di seluruh kawasan Nusantara. Jika diteliti
secara mendalam, bahasa Melayu boleh didefinisikan sebagai bahasa milik bangsa
Melayu. Oleh itu secara asasnya, kata Melayu yang perlu kita lihat dari segi
etimologi.
Asal-usul perkataan Melayu belum dapat disahkan sehingga kini oleh pakarpakar sejarah. Banyak pendapat dan kajian yang dilakukan oleh beberapa pihak bagi
mendapatkan kesahihan kewujudan perkataan Melayu. Melalui catatan orang Cina,
terdapat sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja
Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada pendapat menyatakan bahawa kerajaan tersebut
berpusat di daerah Jambi, Sumatera dan perkataan ini wujud daripada nama sebatang
sungai iaitu Sungai Melayu.
Asmah (1985) berpendapat, istilah Melayu dapat dinyatakan dari dua sudut
pengertian iaitu sempit dan luas. Istilah ini juga merujuk kepada bangsa-bangsa
Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan tradisional yang
disebut gugusan pulau-pulau Melayu. Menurut pengkaji J.H.C. Kem dari Belanda,
bangsa Melayu berasal dari Asia Tenggara berdasarkan persamaan beberapa perkataan.
Beliau turut menyatakan, terdapat beberapa perkataan yang ada di kepulauan Nusantara
turut terdapat di Madagaskar, Taiwan dan beberapa pulau di Kepulauan Pasifik dan di
Filipina.

Idham Khalil B Abdul Muluk


820425085139001

HBML4103
Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu

Seorang ahli prasejarah, R.H. Gerdeln telah menemukan dua teori yang
menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah atau Nusantara
(kepulauan Melayu). Teori yang dinyatakan adalah:
i.

bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan kajian yang


dilakukan terhadap penemuan kapak tua (beliung batu) yang dijumpai di
sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan
Yangtze yang didapati sama dengan kapak tua di kawasan Nusantara;

ii.

dan
masyarakat dari Asia Tengah telah membawa kapak tua ke Nusantara
bersama bahasanya sekali.

Istilah Austronesia diperkenalkan oleh P.W. Schmidt, manakala istilah MalayoPolenesia digunakan oleh seorang ahli bahasa yang mengkaji aspek keserumpunan
bahasa antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa di daerah Polinesia, Wilhem von
Humboldt. Kedua-dua pengkaji berpendapat bahawa bahasa Austronesia ialah satu
rumpun bahasa yang tergolong dalam satu filum bahasa Austris bersama-sama dengan
rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China. Rajah 1.1 menunjukkan pecahan rumpun
bahasa Austronesia.

Rajah 1: Pecahan rumpun bahasa Austronesia

Idham Khalil B Abdul Muluk


820425085139001

HBML4103
Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu

2.0

BAHAGIAN 1

Dalam bab ini, penulis akan membincangkan tentang era perkembangan bahasa Melayu,
perkaitan antara dua era tentang perkembangan bahasa Melayu, perkembangan dan
kedudukan bahasa Melayu serta badan-badan yang terlibat dalam perkembangan bahasa
Melayu. Penulis akan menelusuri perbincangan melalui perkembangan bahasa Melayu
yang telah dikaji oleh pengkaji-pengkaji sejarah dan bahasa. Bahasa Melayu memiliki
jumlah penutur yang besar jika dibandingkan dengan bahasa lain seperti bahasa Jawa
atau Tagalog. Inilah keistimewaan yang ada pada bahasa Melayu.
2.1

Era Perkembangan Bahasa Melayu

Ismail Hussein (1948) menyatakan bahawa bahasa Melayu merupakan satu


daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu. Bahasa Melayu
telah berkembang dan membentuk bahasa daerah masing-masing akibat
daipada penyebaan bahasa ini di Kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik. Bahasa
Melayu menjadi sebagai satu bahasa yang terpenting dalam sejarah bahasabahasa di kepulauan Melayu adalah disebabkan bentuk bahasa yang amat
sederhana dan kemungkinan menerima unsur asing dan sifat bahasa yang
mudah dilentur bagi memenuhi keperluan semasa.
Pada zaman kedatangan Islam, bahasa Melayu telah berkembang
dalam pelbagai bidang walaupun ditulis dalam bahasa Jawa sebelum ini.
banyak

istilah

bidang

teologi,

falsafah

dan

tasawuf

dikembangkan

menggunakan bahasa Melayu melalui peminjaman daripada bahasa Arab.


Perkembangan ini telah menyebabkan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi
kerajaan di alam Melayu. Selain itu, banyak hasil kesusasteraan turut ditulis
dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan tangan huuf Jawi. Sebagai contoh,
Hikayat Raja-Raja Pasai merupakan salah satu hasil kesusasteraan Melayu.
Semasa kedatangan Islam, terdapat tiga buah kerajaan yang penting
pada zaman peralihan ini iaitu kerajaan Samudera-Pasai, kerajaan kesultanan
Idham Khalil B Abdul Muluk
820425085139001

HBML4103
Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu

Melayu Melaka dan kerajaan Islam Acheh. Kedatangan Islam pada akhir abad
ke-13 telah mempengaruhi keseluruhan cara hidup masyarakat di alam Melayu.
Kehadiran orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melayu
Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 masih tidak dapat menjatuhkan
keteguhan bahasa Melayu. Hal ini dibuktikan oleh Pigafetta yang telah
menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun
1521M. Kamus tersebut merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan
oleh orang-orang di pelabuhan. Lebih 400 patah perkataan yang didaftarkan dan
merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua.
Zaman kedatangan Portugis merupakan detik bermulanya pengaruh
bangsa Eropah kepada kebudayaan dan bahasa Melayu. Selain daripada
Portugis, pengaruh bahasa Belanda turut kelihatan dalam bahasa Melayu
terutamanya perkembangan di Indonesia.
Pada awal abad ke-19, pengaruh Inggeris pula mula mempengaruhi
bahasa Melayu terutamanya dalam perkembangan ilmu bahasa dan peristilahan
dalam pelbagai bidang. Pada ketika itu, bahasa Melayu merupakan bahasa
perantaaan dalam pentadbiran, perniagaan dan institusi pendidikan agama.
Sebelum disahkan penjawatan, semua pegawai Inggeris yang bertugas di negeri
Melayu perlu mempelajari bahasa Melayu dan lulus dalam peperiksaan bahasa
Melayu. Sebahagian pegawai-pegawai yang datang ke Tanah Melayu terus
menaruh minat yang tinggi terhadap bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai
sarjana bahasa Melayu. Antara pegawai-pegawai tersebut ialah R.O.Winstedt,
J.R. Wilikinson, C.C.Brown, W. Marsdan dan J.Crawford.
Pada era kedatangan Inggeris ini juga, lahir beberapa orang tokoh besar
dunia Melayu antaranya ialah Abdullah Munsyi dan Zainal Abidin Ahmad
(Zaba). Abdullah Munsyi atau nama sebenar beliau Abdullah bin Abdul Kadir
Munsyi merupakan pelopor permulaan zaman bahasa Melayu Model pada abad
ke-19. Abdullah Munsyi bukan sahaja memperlihatkan keunggulan bahasa
Melayu melalui karya kesusasteraan, malahan menyedarkan masyarakat betapa
pentingnya nahu bahasa Melayu.

Idham Khalil B Abdul Muluk


820425085139001

HBML4103
Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu

Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Zaba merupakan


tokoh yang banyak menghabiskan masa hayatnya dalam bidang kebahasaan.
Beliau telah menghasilkan Pelita Bahasa Melayu yang bertujuan menyusun
kaedah buku nahu (tatabahasa) bahasa Melayu dengan lebih lengkap daripada
buku-buku nahu bahasa Melayu sebelumnya.
2.2

Perkaitan Antara Dua Era

2.2.1

Era Sebelum Merdeka

Bahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka dikenali bahasa Melayu


pramerdeka yang bermaksud zaman yang memperjuangkan taraf atau status
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Era bahasa Melayu pramerdeka
bermula dengan penubuhan ASAS 50 yang ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 dan
kekal penubuhan tersebut sehingga era kemerdekaan. ASAS 50 atau Angkatan
Sasterawan 50 merupakan persatuan penulis yang bercita-cita memajukan
bahasa dan sastera Melayu sebagai alat untuk menuju ke arah kemerdekaan,
keadilan sosial dan kemajuan fikiran melalui penulisan cerpen dan sajak.
Ringkasnya, ASAS 50 merupakan pelopor pembaharuan kepada dunia
kesusasteraan Melayu moden selepas Perang Dunia Kedua.
Kewujudan ASAS 50 telah menyebabkan banyak lagi persatuan yang
memperjuangkan bahasa Melayu muncul. Antaranya ialah Lembaga Bahasa
Melayu (LBM) yang diasaskan oleh guru-guru Melayu pada tahun 1951.
Penubuhan LBM telah mengukuhkan lagi perjuangan untuk mempertahankan
kedudukan bahasa Melayu pada ketika itu.
Seterusnya, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang
diadakan pada 12 dan 13 April 1952 di Singapura telah memutuskan bahawa
asas perjuangan perwakilan adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Selain itu, konges juga memutuskan tulisan Rumi dan Jawi
hendaklah digunakan dalam persuratan Melayu pada masa tersebut sehingga
lain-lain keputusan dibuat kemudian kelak.

Idham Khalil B Abdul Muluk


820425085139001

HBML4103
Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu

Kedudukan bahasa Melayu pada era sebelum merdeka terus hangat


diperjuangkan. ASAS 50 telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan
mengenai tulisan Rumi untuk bahasa Melayu. ASAS 50 terus-menerus
memperjuangkan bahasa Melayu apabila mereka mengemukakan memorandum
kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang menyentuh soal kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar umum dan bahasa pengantar di sekolahsekolah rendah sehingga ke peringkat universiti.
Tanggal 22 Jun 1956, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah
ditubuhkan dan ditempatkan di sebuah bangunan kerajaan di Bukit Timbalan,
Johor Bahru, Johor. Langkah pertama DBP adalah mengembangkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara merdeka.
Pada bulan September 1956 ketika Persekituan Tanah Melayu
diberikan taraf pemerintahan sendiri, sebuah jawatankuasa ditubuhkan yang
dinamai sebagai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau lebih dikenali
sebagai Penyata Razak 1956. Jawatankuasa ini jelas memperakukan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
2.2.2

Era Selepas Merdeka (bermula selepas 31 Ogos 1957 1967)

Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu


melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152
Perlembagaan Malaysia. Dalam perkara tersebut menyebut bahasa Kebangsaan
negara ini adalah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis alam apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen . Antara faktor
yang menyebabkan pemilihan bahasa Melayu adalah:

i.

bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di

ii.

Persekutuan Tanah Melayu;


bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi

iii.

negara ini;
penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah
sekian lama berjalan dan tidak menimbulkan masalah bagi

iv.

komunikasi umum; dan


bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di
negeri Melayu.

Idham Khalil B Abdul Muluk


820425085139001

HBML4103
Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu

Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang dimainkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pada tahun 1959, DBP beubah
tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Palimen
meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pada 1 September 1967, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong telah mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Perisytiharan ini adalah ekoran daripada tindakan Parlimen yang telah
meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidang yang
berlangsung pada bulan Mac 1967.
2.3

Perkembangan, Kemajuan dan Kedudukan Bahasa Melayu

Banyak kemajuan yang dapat disaksikan pada dewasa ini dalam meningkatkan
penggunaan bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu di Malaysia telah
melalui beberapa peringkat perkembangan yang sering sahaja diperdebatkan
dan dikemas kini demi memartabatkan kedaulatan bahasa melayu selaras dalam
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Kedudukan bahasa Melayu telah menjadi status yang disegani sejak
penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). DBP telah mengorak langkah
dengan menerbitkan Kamus Dewan sebagai sumber rujukan masyarakat
Malaysia demi memperluas kosa kata. Selain itu, DBP juga bertanggungjawab
mengemas kini istilah-istilah dalam bahasa Melayu demi memastikan
penggunaan bahasa Melayu adalah mengikut istilah yang diwartakan.
Bidang penterjemahan juga merupakan kemajuan yang dapat dilihat
dalam perkembangan bahasa Melayu. Penterjemahan merupakan proses
pemindahan sesuatu bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Ian F.Finlay (1971)
mentakifkan terjemahan sebagai satu persembahan teks dalam bahasa berlainan
daripada tulisan asalnya.
Kemajuan lain yang dapat dilihat ialah sistem ejaan Jawi bahasa
Idham Khalil B Abdul Muluk
820425085139001

HBML4103
Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu

Melayu. Tulisan Jawi telah digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu
memeluk Islam. Kini ejaan Jawi bukanlah merupakan tulisan rasmi tetapi diajar
sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah demi memastikan sistem
tulisan ini tidak luput ditelan zaman.
Kemajuan yang paling ketara ialah sistem tulisan Rumi. Sejak
diperjuangkan semasa era sebelum merdeka, penggunaan tulisan Rumi dalam
bahasa Melayu semakin berkembang. Tulisan Rumi diyakini bersesuaian
dengan bahasa Melayu kerana penggunaan suku kata yang mudah dipelajari,
difahami dan relevan dengan masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia.
2.4

Badan-badan yang Terlibat Dalam Perkembangan dan Kemajuan


Bahasa Melayu

Dalam usaha meninggikan taraf dan memartabatkan bahasa Melayu, banyak


pihak yang terlibat dalam merealisasikan usaha murni ini. Antara badan-badan
yang terlibat dalam usaha pekembangan dan kemajuan bahasa Melayu sebelum
dan selepas merdeka ialah:
1. Angkatan Sasterawan 50 ( ASAS 50 ) ditubuhkan di Singapura. Antara
pengasas pertubuhan ini ialah Kamaluddin Muhammad, Usman Awang,
Masuri S.N, Mohd. Arif Ahmad, Hamzah Hussein dan Jimmy Asmara.
Pertubuhan ini berjuang dalam bidang kesusteraan dengan konsep Seni
untuk Masyarakat bertujuan untuk:
a. memperluaskan dan mempertinggikan bahasa, kebudayaan dan
b.
c.

kesusasteraan Melayu;
melindungi hak dan kepentingan para penulis dan pengarang; dan
mengadakan pembaharuan dalam sastera.

2. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (KBPM) yang menyokong


penggunaan tulisan Rumi sebagai tulisan bahasa Melayu moden dalam
usaha memperkembangkan kesusasteraan Melayu.
3. Lembaga Bahasa Melayu (LBM) yang ditubuhkan hasil pertemuan
Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura yang diketuai oleh Cikgu Mahmud
Ahmad. Tujuan LBM ditubuhkan adalah untuk:
a. mengawal , memperbaiki, memperluaskan bahasa Melayu;
Idham Khalil B Abdul Muluk
820425085139001

HBML4103
Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu

b. membincangkan

hal-hal

kesulitan

bahasa

Melayu

dan

menghebahkan kepada orang ramai yang difikirkan munasabah;


dan
c. menerbitkn risalah , buku, kitab , majalah dan lain-lain.
4. Pejabat Karang-Mengarang (1924) yang ditubuhkan di Maktab
Sultan Idris. Penubuhan pertubuhan dipelopori O.T.Dussek (Pengetua
MPSI) dan Zainal Abidin Ahmad (Zaba) bertujuan menerbitkan dan
menterjemah buku sekolah Melayu dan buku umum.
5. Persaudaraan Sahabat Pena (Paspam) ditubuhkan pada tahun 1934.
Paspam berkembang di seluruh Tanah Melayu, Sarawak dan Brunei.
Jumlah ahli Paspam mencecah sehingga 12,000 orang dan Zaba
meupakan penasihat Paspam. Tujuan penubuhan Paspam adalah untuk
menerbitkan kamus, mengarang buku dalam bahasa Melayu serta
memperluas pengetahuan sejarah, adat resam dan bahasa Melayu.
6. Dewan Bahas Dan Pustaka ( DBP ) bertanggungjawab menyusun dan
menerbitkan pelbagai jenis sumber seperti Tatabahasa Dewan, Kamus
Dewan, kamus dwibahasa seperti Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus
Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris-Bahasa Cina sebagai sumber rujukan dan
pegangan masyarakat di Malaysia. Selain itu, DBP juga berperanan:
a.
mengembang, memajukan dan memperkayakan bahasa
b.

kebangsaan;
memajukan bakat

c.

kebangsaan;
mencetak dan menerbitkan buku-buku,risalah dan lain-lain

d.

dalam bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan; dan


menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan mengubal istilah-

kesusteraan

terutama

dalam

bahasa

istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan .

3.0

BAHAGIAN 2

3.1

Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

Idham Khalil B Abdul Muluk


820425085139001

HBML4103
Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu

Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam kronologi perkembangan bahasa
Melayu dalam menggantikan bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik wujud pada
zaman kerajaan Islam mula berkembang iaitu pada zaman kerajaan Samudera-Pasai
sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19. Menurut Asmah Hj Omar ( 1993 ) bahasa Melayu
klasik ialah bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa
Melayu.
Bemulanya era bahasa Melayu Klasik semasa zaman pemerintahan kerajaan
Melayu Melaka, Acheh, dan kerajan Johor-Riau. Hal ini belaku setelah pemimpin
kerajaan Melayu memeluk Islam dan mempelajari bahasa Arab daripada pedagang Arab
dan India. Pengaruh ini menyebabkan wujudnya penggunaan tulisan jawi dalam bahasa
Melayu. Penyerapan unsur bahasa Arab dan Parsi dalam bahasa Melayu telah banyak
mengubah penggunaan bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, pebendaharaan
kata, struktur ayat dan sistem tulisan. Bahasa Melayu Klasik muncul hasil daripada
kewujudan tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu.
Bahasa Melayu Klasik telah digunakan sebagai lingua-franca dalam urusan
pentadbiran, perdagangan, penyebaran agama Islam, perubatan, falsafah dan
pengembaraan. Hal ini telah dibuktikan hasil daripada penemuan beberapa buah
prasanti tentang penyebaran agama Islam yang menggunakan bahasa Melayu Klasik
dalam penghasilan kitab-kitab agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-quran dan
tasawuf. Kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan dalam penulisan kitab
tulisan jawi seperti FuruAl-Masail (Syed Muhammad Daud Al-Fatani) serta karya
penulisan seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Amir
Hamzah, Hikayat Hang Tuah dan lain-lain.
Kemunculan bahasa Melayu Klasik turut dapat dibuktikan apabila terdapat kirakira 10 000 naskah manuskrip telah ditemui dalam manuskrip Melayu Lama yang
tersimpan di beberapa buah negara Barat. Antara Manuskrip Melayu Lama yang tertua
ialah surat kiriman Sultan Ternate dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis
bertarikh 1521, kitab Aqaid al Nasafi 1590, manuskrip Hikayat Seri Rama 1633 dan
Surat Raja Aceh kepada Harry Middleton 1602.
3.2

Bukti Bahasa Melayu Sebagai Medium Bahasa Terbesar di Dunia

Idham Khalil B Abdul Muluk


820425085139001

HBML4103
Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu

Dalam membuktikan bahasa Melayu merupakan medium terbesar di dunia adalah


melalui penemuan sumber-sumber yang diyakini kesahihannya seperti batu bersurat,
catatan pengembara, buku-buku karya agung dan dokumen-dokumen yang masih
tersimpan di perpustakaan barat.
3.2.1

Batu Bersurat

Pengkaji sejarah telah menemukan beberapa batu bersurat yang telah membuktikan
bahawa bahasa Melayu medium bahasa terbesar pada zaman tersebut. Penemuan batu
bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh di Aceh (1390) dengan penggunaan kata-kata
Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat, batu bersurat di Pagar Ruyung,
Minangkabau (1356) dan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) telah
menjadi asas dan pegangan dalam penyelidikan dan pengembangan bahasa Melayu.
Bahasa diketengahkan pula adalah berdasarkan bahasa asal penduduk pribumi yang
menutur dan menggunakan bahasa tersebut dalam lingkungan rantau Nusantara.

Rajah 2: Contoh Batu Bersurat

3.2.2

Buku-buku Karya Agung

Bukti lain yang menyokong bahasa Melayu sebagai medium bahasa terbesar di dunia
adalah melalui penghasilan buku-buku karya agung seperti Hikayat Raja-Raja Pasai,
Idham Khalil B Abdul Muluk
820425085139001

10

HBML4103
Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu

Tuffat an Nafis, Hikayat Merong Mahawangsa, Sejarah Melayu, Syair-syair Hamzah


Fansuri dan Nuruddin Al Raniri. Karya-karya ini merupkan bahan-bahan karya
penulisan yang dijadikan sandaran serta menjadi bahan kajian oleh pengkaji-pengkaji
sejarah sehingga ke hari ini.
3.2.3

Dokumen

Terdapat dokumen-dokumen perjanjian lama atau surat-surat yang dimeterai semasa


kesultanan Melayu Melaka iaitu Sultan Mansur Shah kepada Maharaja Jepun
merupakan bukti penting kerana dokumen tersebut ditulis dalam bahasa Melayu.
Menjadi urusan Arkib Negara yang masih lagi berusaha mencari dokumen-dokumen
atau surat-surat yang dapat membuktikan lagi bahawa bahasa Melayu merupakan
bahasa yang sangat terkenal pada abad ke-13 dan 14.

4.0

RUMUSAN

Bahasa Melayu telah berkembang dengan pesat sejak awal kemunculan di Nusantara.
Jika diselusuri perkembangan bahasa Melayu, banyak cabaran dan dugaan yang
Idham Khalil B Abdul Muluk
820425085139001

11

HBML4103
Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu

ditempuh oleh pejuang-pejuang bahasa Melayu. Perkembangan bahasa Melayu terhasil


dengan berpaksikan kedegilan orang Melayu yang tetap berterusan memperjuangkan
dan mempertahankan bahasa Melayu sehingga ke hari ini.
Meskipun sejarah bahasa Melayu masih lagi menjadi misteri, kita sebagai
pemilik bahasa Melayu harus yakin bahawa bahasa Melayu lahir di bumi kita yang
bertuah ini. Orang Melayu sepatutnya berasa bangga kerana bahasa Melayu telah
dipelajari oleh bangsa asing sejak zaman Melayu Melaka lagi. Apatah lagi jika melihat
zaman penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, kesemua penjajah berusaha
mempelajari bahasa Melayu demi memenangi hati rakyat tempatan.
Ramai pengkaji bahasa di luar negara meyakini bahawa bahasa Melayu
sememangnya mudah dipelajari. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa kedua yang
menjadi pilihan oleh bangsa asing untuk dipelajari. Jangan sesekali kita rapuhkan
pegangan kita terhadap bahasa Melayu.
...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih daripada 70 juta manusia.
Bahasa kamu merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia.
Jangan lupakan kenyataan itu.(O. T. Dusseck)
Sumber: Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaysia

2,811 patah perkataan

5.0

BIBLIOGRAFI

Asmah Hj Omar. (2006). Bahasa melayu di samudera benih yang baik menjadi pulau.
Idham Khalil B Abdul Muluk
820425085139001

12

HBML4103
Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu

Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.


Awang Sariyan. (1996). Warna dan suasana perancangan bahasa melayu di Malaysia.
Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Dr Puteri Roslina Abdul Wahid. (2011). Hbml4103: Sejarah perkembangan bahasa
melayu. Open University Malaysia: Selangor Darul Ehsan.
Jeniri Amir. (2009). Bahasa negara dan bangsa. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala
Lumpur.
Muhammad Aliatan. (2010). Perkembangan bahasa nelayu. Penerbit Sinar Cemerlang:
Kuala Lumpur.
Sumber Internet
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/sejarah-perkembangan-bahasamelayu.html
http://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/09/sejarah-perkembangan-bahasamelayu.html
https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yangberdaulat/sejarah-perkembangan-dan-asal-usul-bahasa-melayu/

Idham Khalil B Abdul Muluk


820425085139001

13