Anda di halaman 1dari 6

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA KEPADA SISTEM PENDIDIKAN DI

MALAYSIA
Kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia turut memberi kesan kepada sistem
pendidikan. Ini memberikan cabaran kepada guru dalam usaha untuk memberikan
pendidikan yang seimbang kepada murid tanpa mengira latar belakang dan kaum.
Selain itu, Implikasi ini turut memberi kesan kepada murid, sekolah malah kepada
kurikulum tersirat. Oleh itu, semua pihak harus mengetahui peranan mereka dalam
implikasi tersebut.

GURU
Kesan daripada kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia memberikan cabaran
kepada guru untuk memastikan kaedah PnP yang digunakannya dapat diterima oleh
semua murid. Ini dapat dijalankan sekiranya guru menjalankan tugas dengan penuh
dedikasi dan bersikap professional dalam pekerjaannya. Guru perlu sentiasa bertindak
dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar
belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing dengan cara tidak membezakan
mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru akan memastikan murid dari
pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa
melakukan aktiviti berkumpulan. Ini akan memberi peluang kepada murid untuk
berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang
tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Suasana pembelajaran
yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru untuk mengawal
persekitaran bilik darjah dengan berkesan.Selain daripada itu, guru juga perlu sentiasa
membantu murid untuk memahami diri sendiri dalam membentuk nilai, sikap dan
tingkah laku yang sesuai. Murid dibimbing untuk memahami kekuatan pada diri sendiri
yang boleh digunakan untuk membantu murid lain. Ini dapat membuatkan murid
tersebut rasa dihargai dan akan sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara

yang dilakukannya. Hubungan rapo dapat dijalinkan di antara guru dengan murid. Guru
juga perlu membantu murid membina konsep positif kendiri serta memberi tunjuk ajar
bagi meningkatkan prestasi murid samada dari segi akademik dan sebagainya. Guru
juga perlu menunjukkan teladan yang baik di hadapan murid-murid. Contohnya guru
datang awal ke bilik darjah, sentiasa bersikap adil dan sentiasa berdisiplin dalam apa
jua hal. Perkara ini akan meningkatkan rasa hormat murid terhadap guru dan
menjadikan guru sebagai idola mereka. Hubungan guru dengan murid akan erat dan ini
akan meningkatkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran mereka.Seterusnya,
guru bertanggungjawab untuk membina persefahaman di antara setiap murid yang
berlainan latar belakang. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan bagi
menghalang mana-mana aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum,
mengejek dan menghina di antara satu sama lain dan sebagainya. Guru perlu
menerangkan kepada murid mengenai perlunya menghormati kepercayaan setiap
kaum dan isu-isu sensitif yang tidak harus dipertikaikan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran
yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama perlu dirancang dengan teliti
bagi menaburkan persefahaman di antara setiap murid.Guru juga perlu memberi
peluang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran. Aktiviti PnP perlulah dipastikan tidak mempunyai unsur bias kepada
mana-mana murid bagi memberi peluang kepada setiap murid untuk menerokai aktiviti
pembelajaran. Guru perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh
diterima oleh semua lapisan murid dan bukannya menggunakan dialek bahasa yang
sedikit sebanyak memberikan impak terhadap pembelajaran. Penggunaan bahasa yang
standard memberi peluang kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam
PnP.Kemajuan dan kelemahan setiap murid perlu dicatat dan diambil tindakan dengan
cara membuat penambahbaikan terhadap mutu PnP selain daripada membimbing
murid untuk mempertingkatkan prestasi tanpa membezakan di antara satu sama lain.
Guru boleh meminta pandangan murid-murid mengenai masalah pembelajaran yang
mereka hadapi dan aktiviti-aktiviti yang ingin mereka lakukan secara bersama-sama.
Guru perlu sentiasa memikirkan kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan. Selain
daripada itu, guru juga perlu mengetahui dan memahami bidang kerjayanya dan bijak
dalam mengendalikan anak-anak muridnya. Dalam memastikan perancangan yang

dilakukan selaras dengan kepelbagaian sosiobudaya masyarakat, guru perlu sentiasa


meningkatkan kualiti, kemahiran, keupayaan diri dan sebagainya bagi memastikan
kejayaan tersebut.

MURID
Murid secara bersama-sama dalam satu kumpulan besar akan sentiasa
mengikut aktiviti PnP yang berlangsung dalam bilik darjah. Perbezaan di antara satu
sama lain seringkali mendesak guru untuk memastikan aktiviti PnP yang dirancang
dapat dilakukan dengan betul dan tepat. Mahu tidak mahu, murid perlu meneruskan
pembelajaran mereka bersama-sama selaras dengan kepelbagaian sosio-budaya
masyarakat.Murid harus bersosial di antara satu sama lain dalam melakukan aktiviti
bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. Ini dapat direalisasikan sekiranya
murid dapat membuang sikap prejudis terhadap latar belakang murid lain dan
berinteraksi di antara satu sama lain. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti
oleh setiap murid perlu dihormati bagi memastikan proses pembentukan kendiri murid
dapat dilaksanakan. Sikap hormat menghormati di antara satu sama lain berupaya
untuk menyemai semangat saling percaya mempercayai di dalam jiwa murid dan
secara tidak langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan seterusnya membentuk
individu yang toleran ke arah pemacu pembangunan negara.Murid juga perlu
mengamalkan penggunaan bahasa yang standard dan mengelakkan unsur-unsur dialek
mengikut kaum. Murid perlu berusaha untuk menggunakan bahasa yang betul dalam
interaksi dengan individu lain. Penggunaan dan pengamalan bahasa standard akan
menambahkan tahap penguasaan bahasa murid selain daripada mencapai kematangan
sosial yang sepatutnya. Guru juga perlu bertanggungjawab dalam mengingatkan murid
dan memperbetulkan bahasa murid agar tidak melarat hingga ke dewasaKemahiran
berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang
di kalangan murid. Interaksi yang berterusan di antara murid akan menimbulkan rasa
sayang, hormat dan sebagainya di antara satu sama lain. Guru juga boleh
menggunakan pendekatan penyayang dalam komunikasi, bercakap dengan lembut dan

sopan, menegur kesilapan murid dengan cara yang berhemah dan sebagainya. Ini akan
ditiru dan digunapakai oleh murid dalam komunikasinya dengan orang lain. Ini dapat
menjana suasana PnP yang lebih dinamik dan cara pembentukan akhlak dan
penerapan kemahiran dapat dilakukan dengan mudah dan berkesan.Guru perlu
memastikan budaya bilik darjah dibentuk bagi menarik minat murid supaya berusaha
untuk mengembangkan potensi diri ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti.
Dorongan dan bimbingan guru dan rakan sebaya perlu bagi mendisiplinkan diri untuk
memberi peluang kepada diri sendiri untuk berusaha.Murid perlu sentiasa untuk
berusaha demi mempertingkatkan keupayaan diri sendiri di samping menjaga
perhubungan dengan murid lain yang mempunyai latar belakang yang berbeza selaras
dengan kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat.

SEKOLAH
Sistem pendidikan Negara mempunyai pelbagai pilihan jenis sekolah yang boleh
diikuti oleh murid. Kepelbagaian sosio-budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri
daripada pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah
jenis Cina dan Tamil. Oleh itu, aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang dengan teliti bagi
mengatasi kepelbagaian sosio-budaya ini.Sekolah merupakan ruang untuk guru
menerapkan keparcayaang dan nilai dalam masyarakat. Oleh itu, murid perlu
diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosio-budaya mereka. Murdi
juga haruslah sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh
sekolah. Selain daripada meningkatkan pengetahuan murid, hubungan di antara setiap
murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.Pihak
berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan tersebut selain
daripada sekolah/ Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu
aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan perpaduan
dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan
sebagainya. Pihak-pihak berwajib boleh menyumbangkan sokongan samada dalam
bentuk moral ataupun material bagi mengembangkan lagi pengetahuan dan perpaduan

di kalangan murid.Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam


kalangan murid disekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing
antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam.
Apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak peringkat
awal persekolahan, sudah tentu masa hadapan akan lahir satu generasi yang hormat
dan bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat perpaduan
dan integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah
karana ia akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat di masa
akan datang.

KURIKULUM TERSIRAT
Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi
objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan. Kurikulum
tersirat pula merujuk kepada norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui
pendidikan formal dan interaksi di sekolah.Kurikulum tersirat memberi penekanan
kepada persekitaran yang wujud di kalangan warga sekolah. Budaya akademik di
sekolah boleh dikatakan sebagai kurikulum tersirat. Kurikulum tersirat juga boleh
dilaksanakan melalaui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia
dan sebagainya.Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga
sekolah sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah.
Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik
guru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di antara warga sekolah
dan sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di
dalam persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat
bermakna terhadap amalan hidup murid. Namun demikian, sesetengah kurikulum
tersirat kadang-kadang mempunyai konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan
mungkin menjurus kepada hal-hal seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid
dibahagikan kelas mengikut tahap kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus
kepada pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu

memainkan peranan dan memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya


supaya bersifat positif ke arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada
kepelbagaian sosio-budaya

Anda mungkin juga menyukai