Anda di halaman 1dari 8

UPSR 2005

Pada cuti persekolahan yang lepas, kami


sekeluarga telah pergi berkelah. Kami
berkelah di tepi pantai. Kami berkelah di
Pantai Batu Buruk. Kami pergi ke sana dengan
menaiki kereta.
Pada jam 7.30 pagi, saya menolong ibu
menyediakan bekalan. Pada jam 8.15 pagi,
kami bertolak dari rumah. Kami tiba di sana
pada jam 10.00 pagi. Setibanya di sana, ayah
mencari tempat letak kereta yang sesuai dan
teduh.
Selepas mencari tempat yang sesuai untuk
berkelah, aktiviti pertama yang saya dan adik
lakukan ialah bermandi-manda. Kami berasa
sungguh seronok. Antara aktiviti-aktiviti lain
yang kami lakukan ialah membina istana
pasir, berenang dan sebagainya.
Pada jam 1.00 tengahari, kami dipanggil
oleh ibu untuk makan bersama-sama. Kami
makan dengan penuh selera. Kami makan
sambil berbual-bual. Selepas selesai menjamu

selera, saya dan adik menolong ibu


mengemas apa yang patut. Setelah
memastikan tempat kami sudah bersih, kami
berehat sebentar sambil menikmati
keindahan alam.
Pada jam 5.00 petang, kami bersiap-sedia
untuk pulang. Sebelum pulang, kami singgah
sebentar di kedai cenderamata. Saya
membeli beberapa rantai kunci untuk
dijadikan kenangan dan juga untuk
dihadiahkan kepada kawan-kawan.
Setelah selesai membeli hadiah, kami pun
pulang. Saya berasa sungguh gembira. Saya
berharap agar dapat bercuti ke tempat yang
menarik lagi pada cuti sekolah yang akan
datang.

UPSR 2006
Merokok amat berbahaya kepada
kesihatan kita. Namun demikian, walaupun

orang ramai sudah mengetahui keburukan


merokok, mereka tetap juga merokok.
Antara keburukan merokok ialah remajaremaja yang masih bersekolah akan
ketagihan dan menyebabkan penumpuan
terhadap pelajaran akan terabai. Ini akan
menyebabkan keputusan peperiksaan
bertambah merosot. Oleh itu, kita perlulah
memilih rakan yang sesuai supaya tidak
terlibat dengan gejala merokok.
Di samping itu, merokok juga boleh
menyebabkan semangat belajar berkurangan.
Apabila semangat belajar berkurangan, maka
perkara-perkara lain akan timbul contohnya
ponteng sekolah. Selain itu, apabila semangat
belajar kita berkurangan, kita akan melepak
di tempat-tempat yang tidak berfaedah.
Selain itu, merokok juga akan
menyebabkan pembaziran wang. Wang yang
diberi oleh ibu bapa kita untuk membeli buku
kita gunakannya untuk membeli rokok.

Merokok juga boleh menyebabkan kita


mengahidapi penyakit seperti kanser paruparu, strok. Ia juga meyebabkan kurang
selera makan. Ini akan menyebabkan badan
kita menjadi kurus dan tidak bermaya.
Sesungguhnya kehidupan kita akan menjadi
sia-sia jika hidup dengan pelbagai penyakit.
Jelaslah merokok banyak keburukannya.
Justeru, elakkanlah tabiat merokok daripada
kecil. Bak kata pepatah, melentur buluh
biarlah dari rebungnya.

UPSR 2007
Tuisyen menurut Kamus Dewan ialah
bimbingan tambahan yang diberikan kepada
pelajar bagi mata pelajaran tertentu.
Menghadiri pusat tuisyen banyak
kelebihannya.
Antara kebaikan menghadiri pusat tuisyen
ialah dapat memahami pelajaran dengan
lebih mendalam. Menghadiri tuisyen amat

penting kepada calon peperiksaan lebih-lebih


lagi yang ingin menduduki peperiksaan UPSR,
PT3 dan SPM. Melalui ini juga, kita dapat
mengulang kaji pelajaran secara
berkumpulan dan mengetahui kelemahan
kita.
Belajar di pusat tuisyen juga dapat
memudahkan kita berinteraksi dengan guru
lebih mudah. Kita dapat bertanya guru
dengan lebih mudah berbanding belajar di
dalam kelas. Ini kerana bilangan murid di
dalam sebuah kelas tuisyen lebih sedikit
berbanding bilangan murid di kelas di
sekolah.
Di pusat tuisyen juga, kita boleh membuat
latihan yang lebih mendalam mengenai
kefahaman. Dengan ini, kita akan lebih faham
sesuatu tajuk atau topik pembelajaran jika
menghadiri kelas tuisyen.
Di pusat tuisyen juga, guru-guru di pusat
tuisyen akan memberikan latihan berorientasi
peperiksaan sebenar. Dengan ini, apabila tiba
waktu peperiksaan, kita tidak akan berasa

gelisah. Kita dapat menjawab soalan-soalan


tersebut dengan lebih mudah.
Jelaslah, kelas tuisyen amat diperlukan
kepada murid-murid. Justeru, janganlah
merungut apabila kita terpaksa menghadiri
kelas tuisyen. Bak kata pepatah, hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih.

UPSR 2008
Pada zaman sekarang, ramai yang
membela haiwan peliharaan di rumah
mereka. Aku juga membela seekor kucing di
rumahku.
Kucingku diberi nama Angela. Dia
merupakan seekor anak kucing yang comel.
Bulunya tidak tebal dan berwarna oren putih.
Ekornya pendek.
Dia merupakan seekor anak kucing yang
manja. Dia selalu menunggu kepulanganku di
depan pintu supaya memberinya makan. Dia
juga selalu menggeselkan badannya di
kakiku.

Aku menjaganya dengan penuh kasih


sayang. Setiap dua bulan sekali, aku akan
memandikannya. Aku juga menyediakan
tempat tinggal yang selesa kepadanya. Aku
juga sering memberinya makan dengan
makanan yang berkhasiat.
Seusai pulang dari sekolah, aku sering
bermain dengannya. Hatiku berasa terhibur
apabila bermain dengannya. Dia juga sering
menggigit tanganku apabila aku cuba
menyentuh badannya.
Aku berharap agar Angela dapat hidup
dengan lebih lama dan menjadi seekor kucing
yang cantik. Aku juga berazam untuk menjaga
kucing itu dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai