Anda di halaman 1dari 9

1.

Sejauh manakah teori-teori Kaunseling Kanak-kanak yang dipelajari di dalam


mata pelajaran Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak dapat membantu guruguru sekolah di Malaysia pada hari ini untuk memperkembangkan potensi muridmurid secara menyeluruh dan bersepadu.
Mengikut Shertzer dan Stone(1968), kaunseling merupakan proses interaksi yang
membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Patterson dan Eisenberg (1983)
menghuraikan kaunseling sebagai proses pertemuan secara bersemuka di antara
seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa perubahan klien pada akhirnya.
Pada pandangan saya, kaunseling merupakan merupakan proses pertemuan antara
seorang kaunselor dengan seorang murid yang menghadapi masalah peribadi atau
akedemik, dengan tujuan membantu murid tersebut menyelesaikan masalah. Teori
merupakan asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu pengetahuan.
(Lee Keok Cheong, 2012). Maka, saya boleh menjelaskan teori kaunseling sebagai
rangka rujukan yang digunakan guru bimbingan dan kaunseling untuk memahami
tingkahlaku

klien,

seterusnya

merancang

tindakan

yang

bersesuaian

untuk

menyelesaikan masalah klien. Dalam penulisan akademik ini, saya hanya tertumpu
kepada tiga teori sahaja iaitu teori Behavioris, Teori Pemusatan Perseorangan dan Teori
Terapi Rasional Emotif.
Menurut kamus dewan edisi keempat, potensi membawa maksud kemampuan
(mencapai,
kesanggupan

menghasilkan,
dan

atau

keupayaan

melakukan

untuk

sesuatu),

berkembang

maju.

kebolehan,
Potensi

kekuatan,
murid-murid

diperkembangkan secara menyeluruh dan bersepadu dapat dilihat melalui Falsafah


Pendidikan Kebangsaan (1988) yang memberi tumpuan serta menitikberatkan kepada
lima aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Unsur jasmani ialah unsur
fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan
fizikal amat penting untuk kecerdsan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang
amat berkait rapat. Unsur emosi pula ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana
memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya. Perkembangan
emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik. Unsur rohani
pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan
penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Unsur intelek
berkaitan dengan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai
masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat. Unsur yang teakhir ialah sosial yang

berkaitan dengan kemahiran berinteraksi. Sosial penting kerana dengan adanya unsur
sosial, murid dapat berkongsi pendapat dan melatih keyakinan diri. Semua unsur-unsur
ini membantu dalam perkembangan potensi individu dan akan membawa kepada
perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu.
Jadi, sejauh manakah teori-teori Kaunseling Kanak-kanak dapat membantu guruguru sekolah di Malaysia pada hari ini untuk memperkembangkan potensi murid-murid
secara menyeluruh dan bersepadu? Teori Humanistik yang diperkenalkan oleh Carl
Rogers (1952-1987) percaya bahawa setiap individu mempunyai sumber bakat untuk
mengurus diri secara berkesan dalam kehidupan serta berupaya menagani pelbagai
masalah yang berlaku. Pada pandangan saya, saya berpendapat bahawa Teori
Humanistik dapat memperkembangkan potensi murid dari segi intelek. Teori yang
diperkenalkan oleh Carl Rogers ini tidak berpusatkan kepada kaunselor malah memberi
sepenuh tumpuan kepada keupayaan klien untuk memikul tanggungjawab membuat
keputusan. Oleh itu, kaunselor tidak menyoal, atau memberi nasihat, atau mentafsir
pemikiran, perasaan dan tingkahlaku klien. Sebaliknya, kaunselor hanya mendengar
secara aktif dan memberi dorongan yang wajar sepanjang sesi kauseling. Sebagai
contoh ada seorang murid tahun 6 sedang mengalami tekanan diri dan konfik dengan
kawan-kawannya. Kaunselor akan mengamalkan penerimaan positif tanpa syarat
terhadap klien. Kaunselor cuba memahami dunia klien, perasaan-perasaan klien perlu
dihayati dan dikomunikasikan kembali kepada klien supaya klien menyedari bahawa ada
orang yang sedang mendengarnya dan memahaminya walaupun murid kelasnya tidak
mendengar kepadanya. Suasana yang selamat dan aman ini akan menggalakan klien
bercerita dengan lebih mendalam dan juga menerokai punca-punca yang meyebabkan
beliau tidak ada ramai kawan dan seterusnya mencari langkah-langkah yang sesuai
untuk mebina perhubungan baru dengan kawan-kawan sedarjah.Jadi, semasa proses
mencari dan memikir langkah-langkah yang sesuai, murid akan memikir langkah
penyelesaian

yang

paling

sesuai.

Ini

secara

tidak

langsung

juga

telah

memperkembangkan intelek murid.


Selain itu, Selain itu, Teori Humanistik juga dapat memperkembangkan potensi
murid-murid dari segi emosi dan sosial. Carl Rogers menjelaskan bahawa manusia
berkebolehan untuk menangani perasaan, pemikiran dan tingkah laku masingmasing.Sifat negatif seperti marah dan benci memang wujud akibat daripada penafian
keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan penerimaan. Sebagai contoh seorang

murid tahun 5 berjumpa dengan kaunselor dan menyatakan masalahnya, guru perlu
mengamalkan penerimaan positif tanpa syarat terhadap klien. Terlebih dahulu guru perlu
memandang serius kepada kebimbangan dan perasaan murid. Selepas itu, kaunselor
perlu mewujudkan suasana yang aman damai dan selesa untuk membolehkan murid
tersebut menenangkan perasaan mereka sebelum sesi kaunseling dimulakan. Dengan
adanya suasana yang selesa, murid dapat menyatakan masalahnya secara terbuka dan
menyuarakan perasaan mereka dengan sepenuhnya tanpa menyimpan apa-apa rahsia
mereka dan guru dapat mencuba untuk memberi cadangan kepada murid tersebut.
Selain itu, kaunselor tidak boleh menghukum muridnya dan perlu mengganggap mereka
sebagai seorang yang berhak diberi layanan yang sepatutnya. Melalui interaksi antara
kaunselor dan murid, murid telah belajar bagainama untuk meluahkan perasaan sendiri
dengan kaedah yang betul. Mereka mengetahui bahawa marah dan nangis bukan
merupakan

cara

penyelesaian

yang

betul.

Ini

secara

tidak

langsung

telah

memperkembangkan potensi murid dari unsur emosi dan sosial.


Bagi Teori Behavioris pula, potensi murid-murid juga dapat diperkembangkan secara
menyeluruh dan bersepadu.

Bagi ahli behavioris, manusia dilahirkan neutral dan

mempunyai potensi yang sama untuk menjadikan baik atau jahat, bersifat rasional atau
tidak rasional. Manusia juga mampu memberi respon terhadap ransangan yang sesuai
dan apa yang telah mereka pelajari sahaja. Teori Pembelajaran Behavioris terbahagi
kepada dua bahagian iaitu Teori Pelaziman Operan dan Teori Pelaziman Klasik. Teori
Pelaziman Operan dipelapori oleh dua orang pengasas iaitu Thorndike dan Skinner
manakala Teori Pelaziman Klasik dipelopori Pavlov dan Watson. Pada pandangan saya,
saya berpendapat bahawa Teori Behavioris dapat memperkembangkan potensi murid
dari segi intelek. Menurut Thorndike (1913), pembelajaran merupakan proses cuba-ralat
atau memilih dan menghubungait. Dalam proses ini, oleh kerana latihan dilakukan
secara berulang-ulang, gerak balas yang salah dihasilkan pada peringkat permulaan
akan semakin berkurangan, perhubungan di antara rangsangan dengan gerak balasnya
akan semakin bertambah kukuh. Sebagai contoh guru mengajar murid bagaimana untuk
membuat soalan matematik yang melibatkan darab. Pada mulanya murid akan banyak
melakukan kesalahan kerana masih belum menguasai kemahiran tersebut. Kaunselor
atau guru perlu banyak memberi aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan
dalam keadaan yang menyeronokkan sehinggalah murid dapat menguasai kemahiran
tersebut. Dalam proses ini, potensi murid akan meningkat secara langsung dari segi
intelek kerana mereka sudah menguasai kemahiran tersebut.

Selain itu, Teori Behavioris juga dapat memperkembangkan potensi murid dari segi
emosi. Menurut J.B Watson (1878-1958) yang terkenal dengan kajian emosi kanakkanak dengan menggunakan Model Pelaziman Klasik,

manusia mewarisi tiga jenis

emosi semula jadi, iaitu takut, marah dan kasih sayang. Emosi manusia atau
perubahannya

dipelajari

melalui

proses

pelaziman.

Oleh

itu,

guru

boleh

memperkembangkan emosi murid dengan memupuk tingkah laku positif dengan


rangsangan yang sesuai. Guru juga hendaklah menggunakan rangsangan yang boleh
momotivasikan murid supaya berminat belajar, dan menggelakkan penggunaan
rangsangan yang membawa kesan negatif. Sebagai contoh sebelum pelaziman, guru
bahasa cina mengajar berpandukan buku sahaja. Murid menunjukkan gerak balas yang
tak terlazim iaitu hanya dapat menunpukan perhatian bagi tempoh masa yang tertentu
sahaja.

Semasa

pelaziman,

guru

mengajar

dengan

cara

menarik

(main

peranan,penggunaan smartboard) untuk manarik perhatian murid. Selepas pelaziman,


murid akan menumpukan perhatian secara automatik semasa kehadiran guru. Di sini
guru telah berjaya memperkembangkan emosi murid supaya minat terhadap
pembelajaran.
Di samping itu, Teori Behavioris juga dapat memperkembangkan potensi murid dari
segi rohani. Skinner (1904-1990) mengatakan bahawa apabila sesuatu gerak balas atau
tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku
operan ini akan bertambah. Tingkah laku operan ini boleh diajar melalui peneguhan.
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan
yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi manakala peneguhan
negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan
selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Semasa peneguhan diberi, potensi murid dari
aspek rohani dapat diperkembangkan kerana nilai-nilai murni telah diberikan semasa
peneguhan positif dan peneguhan negatif. Sebagai contoh, apabila murid membantu
rakannya yang menghadapi masalah pembelajaran, guru akan memuji murid dan
memberi ganjaran berbentuk sticker kepada murid tersebut. Murid-murid lain akan
menunjukkan tindakan yang sama untuk membantu rakan mereka yang bermasalah
untuk mendapat pujian dan ganjaran. Pada ketika itu nilai murni seperti saling
membantu akan diterapkan dalam diri murid. Sebaliknya, guru akan menegur murid
yang tidak membuat kerja rumah dan mengurangkan bilangan sticker murid tersebut.
Dengan berbuat demikian, murid akan membuat kerja rumah setiap hari dan hantar
tepat pada masanya untuk mengelakkan sticker yang mereka kumpul diambil oleh guru.

Semasa guru menegur murid, guru menerapkan nilai kerajinan dan bertanggungjawab
kepada murid. Ini secara langsung juga telah memperkembangkan potensi murid dari
unsur rohani.
Teori Rasional Emotif Tingkahlaku atau REBT dibentuk oleh Albert Ellies (1962)
adalah berdasarkan kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya
membetulkan fikiran yang tidak rasional. Menurut Ellis, manusia rasional dilahirkan ke
dalam dunia yang tidak rasional. Manusia menjadi semakin tidak rasional apabila
menerapkan idea-idea yang tidak rasional ke dalam sistem kepercayaan mereka.
Proses kaunseling Rasional Emotif Tingkahlaku yang pertama ialah membina hubungan
kaunselor-klien dengan teknik mendengar dan membina iklim yang kondusif. Proses
yang kedua ialah kaunselor membimbing klien supaya mendedahkan tingkah laku emotif
dan behavioral di bawah sistem model ABC. Proses yang ketiga ialah kaunselor
membantu klien membezakan percayaan rasional dengan tidak rasional dan
kesannya.Proses yang terakhir ialah menggunakan teknik pertikai dari semasa ke
semasa untuk melatih klien mencabar percayaan tidak rasionalnya. Jadi, pada
pandangan saya, terapi rasional-emotif dapat memperkembangkan potensi murid dari
segi intelek. Sebagai contoh pemikiran Richard tidak rasional. Dia seorang yang benci
pada diri sendiri dan suka melakukan perbuatan yang merosakkan dirinya. Richard juga
benci pada orang lain. Ini telah mengakibatkan reaksi orang lain terhadap Richard juga
bersifat tidak rasional. Kaunselor memainkan peranan dengan membina iklm yang
kondusif supaya kliennya mendedahkan tingkahlakunya di bawah sistem Model ABC.
Pada masa ini, kaunselor membimbing klien untuk membezakan percayaan rasional
dengan tidak rasional. Di sini intelek murid dapat dikembangkan kerana mereka telah
belajar bagaimana untuk membuat perbezaan dan mengetahui kesan negatif jika
percayaan tidak rasional diteruskan.
Selain itu,

Teori Rasional Emotif Tingkahlaku juga dapat memperkembangkan

potensi murid dari segi emosi. Sebagai contoh apabila Timothy gagal dalam UPSR, dia
merasa bahawa dirinya sudah gagal dalam kehidupan. Akan tetapi dengan bantuan
kaunselor yang membimbingnya menstruktur semula pemikirannya, maka Timothy akan
cuba untuk mengatasi perasaan kecewa, dan cuba tumpukan perhatian kepada latihan
dan ulangkaji. Dengan bantuan kaunselor, Timothy berjaya mempertingkatkan
potensinya dalam pengawalan emosi dan mengurus emosi.

Berdasarkan perbincangan di atas, amat jelas bahawa Teori-Teori kaunseling dapat


membantu guru-guru sekolah di Malaysia pada hari ini untuk memperkembangkan
potensi murid-murid secara meyeluruh dan bersepadu. Guru bimbingan dan kaunseling
di sekolah disarankan untuk berpegang kepada teori kaunseling sebagai asas teoretikal
dan rangka rujukan.

2. Jelaskan kepentingan kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang boleh


dilaksanakan di sekolah di Malaysia.
Menurut kamus dewan edisi keempat, kemahiran boleh didefinisikan sebagai
kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Kaunselor yang ingin memberikan
perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta menggaplikasikan beberapa
kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran
ini

sangat

berguna

ketika

berhadapan

dengan

klien

yang

berada

dalam

ketidakseimbangan dalam psikologi. Dalam penulisan akademik ini, saya akan berfokus
dalam menghuraikan kepentingan kemahiran-kemahiran asas kaunseling.
Kemahiran pertama yang sering digunakan di sekolah ialah kemahiran memberi
perhatian. Hasil Mehrabian (1971) mengatakan bahawa komunikasi bukan lisan
menyokong apa yang diucap dan telah dibuktikan bahawa komunikasi bukan lisan
menggambarkan situasi lebih tepat daripada komunikasi lisan. Antara komponenkomponen kemahiran memberi perhatian ialah gaya badan, tentangan mata, ekspresi
muka dan gerak isyarat. Antara kepentingan kemahiran memberi perhatian ialah dapat
menjalin hubungan dengan klien. Apabila seseorang murid mendapati kaunselor boleh
memahaminya, maka dia akan meluahkan masalah dengan mudah. Selain itu, murid
dapat merasakan bahawa kaunselor berminat untuk mendengar, dengan itu barulah
murid akan memberitahu masalahnya kepada kaunselor. Di samping itu, murid juga
boleh berasa selamat untuk meluahkan perasaan kepada kaunselor. Kontak mata
antara kaunselor dengan murid memberi isyarat kepada klien bahawa kaunselor akan
membantunya untuk menyelesaikan masalah. Tambahan pula, kemahiran memberi
perhatian juga penting untuk menyemak permahaman dengan klien. Kaunselor boleh
memerhati gerak isyarat yang ditunjukkan oleh kliennya. Sekiranya klien menunjukkan
gerak isyarat yang negatif, maka guru perlu segera memperbetulkan atau menukar
kaedah bimbingan. Sebagai contoh semasa Ahmad datang menjalankan sesi

kaunseling. Pertama sekali kaunselor perlu menunjukkan muka yang berseri dan
peramah dengan meminta Ahmad untuk duduk di kerusi. Kaunselor duduk condong ke
hadapan dan

membimbing murid untuk menyatakan masalahnya. Semasa Ahmad

menyatakan masalahnya, kaunselor menggunakan kontak mata dengannya, sekiranya


Ahmad berasa malu, maka kaunselor mengelakkan pertembungan mata. Semasa
Ahmad menyatakan masalahnya, kaunselor perlu memerhati gerak isyarat yang
ditunjukkan oleh Ahmad.
Sewaktu situasi kaunseling, masa digunakan untuk mendengar berlaku lebih banyak
daripada berucap dan respons, terutamanya di dalam peringkat awal sesi kaunseling.
Justeru, kita seharusnya belajar kemahiran mendengar dengan berkesan sebelum
bertindak membantu murid menyelesaikan masalahnya. Cara untuk mendengar ialah
mendengar secara aktif dengan memahami perasaan klien dengan mendalam.
Kaunselor seharusnya berusaha untuk merasakan apa yang dirasai oleh klien.
Kaunselor perlu memastikan tiada sebarang gangguan wujud sehinggalah kliennya
habis bercakap. Egan (1975) menyatakan kaunselor perlu mendengar setiap perkataan
yang diberitahu oleh klien supaya memperolehi struktur empati yang tepat. Antara
kepentingan-kepentingan kemahiran mendengar ialah dapat membekalkan lebih banyak
maklumat untuk perbincangan dan tindakan lanjutan. Ini kerana mendengar merupakan
saluran yang paling penting untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang
dihadapi oleh klien. Selain itu, kemahiran mendengar juga mempunyai kesan terapeutik.
Murid akan memberitahu masalah dan perasaannya kepada seorang kaunselor yang
mendengar dengan aktif. Sebagai contoh semasa sesi kaunseling dijalankan, kaunselor
menumpukan sepenuh perhatian untuk mendengar masalah Raju dan menunjukkan
sikap empati terhadapnya,maka Raju pun memberitahu kaunselor bahawa dia sangat
sedih kerana memperolehi keputusan yang tidak memuaskan dalam peperiksaana akhir
tahun. Dia takut akan dimarah oleh ibu bapa dan mengharapkan bantuan daripada
kaunselor untuk membantunya. Di samping itu, kemahiran mendengar juga dapat
merangsang penerokaan diri. Murid akan mula menerokai masalah yang dihadapinya
dengan lebih mendalam setelah kaunselor memberi respons empati. Tambahan pula,
kemahiran mendengar penting supaya kaunselor dapat menganalisis masalah dengan
betul dan seterusnya memilih teori kaunseling yang sesuai untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi murid.

Seterusnya marilah kita membincangkan tentang kemahiran konfrontasi.


Kebanyakan murid suka dipuji daripada dikonfrontasi, terutamanya tentang perkaraperkara seperti tepat masa, kerja rumah dan tingkahlaku seseorang individu. Menurut
Patterson & Welfel (2000), kemahiran konfrantasi merupakan satu kemahiran yang yang
paling kontroversial kerana secara terminologinya ia merujuk kepada konflik atau
serangan terhadap percanggahan yang nyata. Oleh itu, kaunselor perlu berhati-hati
semasa

menggunakan

konfrontasi

supaya

klien

dapat

menerimanya.

Antara

kepentingan-kepentingan menggunakan konfrontasi ialah dapat mempercepatkan


proses kaunseling kerana dapat menimbulkan kesedaran dalam diri murid dengan
cepat. Kaunselor tidak perlu membuat persediaan seperti menyediakan persekitaran
yang kondusif dan sebagainya. Selain itu, anyak murid pada masa kini mempunyai
masalah tingkah laku tidak setimpal dengan kata-kata mereka. Oleh itu, konfrontasi
penting untuk mendorong murid supaya mengubah tingkah laku agar setimpal dengan
kata-katanya. Sebagai contoh guru tersempak dengan Wai Teck dan menyoal Tadi
anda kata anda ingin berjaya, tetapi nampaknya anda langsung tiada persediaan untuk
berjaya. Dengan berkata demikian, maka Wai Teck pun berasa segan lalu balik ke
rumah untuk belajar supaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
yang akan datang.
Kemahiran asas yang keempat ialah kemahiran memberi maklumat. Kemahiran ini
sangat penting dalam proses kaunseling dan komunikasi. Klien bersedia untuk
mendengar dan memahami keberkesanan maklumat yang disampaikan amat penting.
Oleh itu, kaunselor wajar mempelajari kemahiran memberi maklumat supaya maklumat
dapat disampaikan dengan tepat, jelas dan bersesuaian dengan situasi klien. Terdapat
beberapa keadaan yang perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu maklumat itu
disampaikan. Antaranya ialah kelayakan memberi maklumat, bentuk maklumat yang
perlu disampaikan, bila maklumat perlu diberikan dan jumlah maklumat yang perlu
disampaikan. Antara kepentingan kemahiran menyampai maklumat ialah murid yang
lemah dalam kelas lebih berkeyakinan kerana kaunselor banyak memberi mereka
maklumat dan nasihat. Selain itu, kemahiran menyampaikan maklumat penting kerana
murid akan dapat memahami semua maklumat yang diterima. Ini kerana maklumat yang
hendak disampaikan kepada murid akan melalui beberapa pertimbangan seperti
penggunaan bahasa, kesediaan murid dan sebagainya supaya sesuai dengan tahap
murid. Sebagai contoh sebelum kaunselor memberitahu Siti cadangan untuk
menyelesaikan masalah, kaunselor perlu memastikan dia sudah bersedia untuk

menerima maklumat dan tidak menunjukkan ekspresi muka yang tidak selesa.
Sekiranya ada, maka kaunselor perlu mencari masa yang lain untuk menyampaikan
maklumat tersebut.
Kelima ialah kemahiran berempati yang bermaksud kaunselor dapat membayangkan
kebimbingan klien, merasai pengalaman dan perasaan klien tanpa mengalami
pengalaman klien yang sebenarnya (Hogan ,1991; Sepora Sipon 2003). Apabila
seseorang berasa sedih atau tertekan, kita hendaklah cuba berempati dengannya.
Kemahiran ini penting kerana bukan sahaja dapat membantu guru kaunselor memahami
perkara yang dinyatakan oleh klien tetapi dia juga merasai perasaan yang dialaminya.
Selain itu, kaunselor yang menunjukkan empati dapat membina hubungan dengan klien.
Ini kerana apabila murid atau klien mendapati kaunselor berusaha untuk memahaminya,
maka dia akan meluahkan masalahnya dengan mudah. Di samping itu, kemahiran
berempati penting kerana memberi peluang kepada murid untuk meneroka situasi yang
dihadapinya dengan lebih mendalam. Dengan itu, masalah yang dihadapi oleh murid
dapat diselesaikan dengan mudah dan berkesan. Tambahan pula, kemahiran empati
dapat melicinkan komunikasi kerana empati menggalakkan klien berakap dengan lebih
lanjut kerana dia berasa kaunselor telah memahaminya. Selain itu, kemahiran empati
melambatkan kaunselor untuk memberi nasihat terlalu awal, dengan itu klien berpeluang
untuk memikir strategi yang boleh digunakan dalam penyelesaian masalah. Murid bukan
sahaja dapat menyelesaikan masalah dengan kebolehan diri sediri, malah dapat
meningkatkan kemahiran berfikir dan tahap kognitif murid. Sebagai contoh, semasa
Shellien datang untuk berjumpa dengan kaunselor untuk menyatakan bahawa dia dibuli
oleh rakannya, kaunselor menunjukkan empati terhadap keadaannya dan cuba untuk
mamahami dan merasai apa-apa yang dirasai oleh klien. Pada masa ini klien diberi
masa untuk memikir cara penyelesaian. Kaunselor memberi bimbingan yang wajar
supaya masalah klien tersebut dapat diselesaikan dengan kebolehan klien itu sendiri.
Kesimpulannya, agak jelas bahawa sesi kaunseling merupakan satu proses yang
berdasarkan tahap-tahap tertentu. Guru bimbingan dan kaunseling perlu menggunakan
kemahiran-kemahiran asas yang sesuai mengikut dinamika yang berlaku dalam setiap
tahap. Dengan itu maka perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang ditawarkan di
sekolah rendah akan mencapai kecemerlangan sepertimana yang dihasratkan oleh
semua.

Anda mungkin juga menyukai