Anda di halaman 1dari 7

Kod Kertas

E 030 4 / M09/ KP02

Muka surat : 1 drp 6 - 1 -Page


-1-

KERTAS PENERANGAN
KURSUS

E-030-4 PEMBANTU JURUTERA ELEKTRONIK INDUSTRI PERALATAN

TAHAP

EMPAT (4 )

NO DAN TAJUK
MODUL
TUGASAN

OBJEKTIF
PENCAPAIAN PIAWAI

TAJUK :

09 : ADMINISTRATION AND MANAGEMENT FUNCTION


09.02 : CONDUCT SUBORDINATE PERFORMANCE APPRAISAL
01.02 : CARRY OUT ENVIROMENTAL HEALTH AND SAFETY AUDIT
01.03 : PREPARE ACTIVITY REPORT

Perform administration and management function using job


description, personal file, performance standard procedure/appraisal
form, checklist, osha act and daily communication media so that
company performance appraise standard is obtain, subordinate job
description is checked, subordinate performance appraisal is
evaluated, auditing activities is arranged, department performance is
evaluated and recommendations to relevant parties is proposed in
accordance with departments requirement.
JOB DESCRIPTION
Kertas penerangan ini menerangkan:
1. Kepentingan penilaian prestasi kepada pekerja

TUJUAN

2. Sumber-sumber penilaian prestasi

PENERANGAN:
PENILAIAN PRESTASI

`
Modul 01-Kertas Penerangan

Cawangan Pembangunan Kurikulum

2010(versi 1)

Kod Kertas

E 030 4 / M09/ KP02

Muka surat : 1 drp 6 - 2 -Page


-2-

Penilaian kerja amat penting bagi sesuatu organisasi. Melalui penilaian kerja, organisasi
dapat memilih dan menenpatkan orang yang tepat untuk menduduki suatu jabatan
tertentu secara objektif. Pentingnya penilaian kerja dapat dilihat dari kacamata
pendidikan dan perkembangan pekerja. Ia sebagai alat untuk menentukan apakah
pekerja menggunakan kemahiran atau tidak, apakah keterampilan yang dimilikinya
masih mengikuti perkembangan organisasi yang sedia ada. Ia adalah kunci utama
kepada pengurusan itu sendiri. Penilaian amat penting kepada pengurusan kerana jika
kekuatan dan kelemahan tidak diketahui, sukarlah untuk menentukan samada usahausaha pembangunan ditujukan kepada sasaran yang tepat.Penilaian prestasi ialah
proses menilai prestasi kerja seseorang pekerja. Ia suatu sistem yang formal yang
membolehkan satu ulangkaji dan penilaian dibuat ke atas prestasi kerja. Seseorang
pekerja akan diperhati, dinilai, dicatat, dilapor dan dibincangkan serta disusuli dengan
tujuan tertentu. Penilaian boleh bertindak untuk tujuan pentadbiran (seperti penetapan
gaji, kenaikan pangkat atau keputusan lay-off) dan untuk tujuan pembangunan seperti
mendiagnosis keperluan latihan dan perancangan kerja.
1.0 Syarat untuk mencapai objektif
Bagi mencapai sasarannya, sistem penilaian yang dilaksanakan mestilah mempunyai
objektif, telus dan adil. Bagi individu yang dipertanggungjawabkan untuk menilai,
haruslah mempunyai perilaku yang akan mempengaruhi keberkesanan pekerja dalam
menjalankan sesuatu pekerjaan.Pengurus juga perlu didedahkan tentang kepentingan
sistem ini dan kaedah yang terbaik untuk melaksanakannya. Berdasarkan kepada
penilaian yang dibuat, impaknya amatlah penting kepada organisasi, pengurus dan
pekerja itu sendiri.Tujuan penilaian prestasi dibuat adalah untuk meningkatkan kualiti
atau kuantiti kerja yang dilakukan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membangun,
menentukan ganjaran serta mencungkil potensi dan motivasi yang ada pada pekerja.Ia
mempengaruhi penentuan pergerakan gaji, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat dan
pemangkuan, penetapan samada secara pinjaman atau pertukaran sementara,
kelayakan dan kesuaian penganugerahan khidmat cemerlang, mengenalpasti dan
merancang keperluan latihan.

`
Modul 01-Kertas Penerangan

Cawangan Pembangunan Kurikulum

2010(versi 1)

Kod Kertas

E 030 4 / M09/ KP02

Muka surat : 1 drp 6 - 3 -Page


-3-

2.0 Faktor-faktor prestasi


Terbahagi kepada tiga kategori;
i.

Penilaian ciri (trait appraisals) ia melibatkan pengadilan subjektif mengenai


prestasi kerja. Ia merangkumi dimensi-dimensi seperti inisiatif, kepimpinan
dan sikap.

ii.

Penilaian perlakuan (behaviour appraisal) memberi tumpuan ke atas aspekaspek prestasi yang diperhatikan. Ia dibentuk dari penilaian ciri.

iii.

Penilaian keputusan (result appraisal) lebih cenderung kepada objektif dan


memberi tumpuan ke atas pengeluaran data seperti jumlah jualan, bilangan
yang dihasilkan serta keuntungan yang diperolehi.

2.1

Prestasi pekerja dapat ditafsirkan melalui;

Memperhatikan pekerja secara langsung.

Pangkat (rank) dan membuat perbandingan pekerja dalam berbagai-bagai


unit terhadap rakan sebaya/setaraf mereka.

Ujian rasmi/peperiksaan.

Pencapaian sasaran tugas yang diamanahkan.

Kebolehan dan kualiti kepimpinan.

Kebolehan komunikasi.

2.2

Tujuan penilaian prestasi.


Untuk memberikan pengetahuan kepada kakitangan tentang pencapaian
atau prestasi mereka dalam menjalankan tugas.

Untuk menentukan keperluan latihan kakitangan bagi meningkatkan prestasi


mereka.

Penilaian dibuat untuk kenaikan pangkat dan gaji kepada kakitangan yang
menunjukan prestasi yang tinggi serta memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan.

Untuk mendedahkan halangan dan masalah yang wujud atau timbul yang

`
Modul 01-Kertas Penerangan

Cawangan Pembangunan Kurikulum

2010(versi 1)

Kod Kertas

E 030 4 / M09/ KP02

Muka surat : 1 drp 6 - 4 -Page


-4-

menghalang pencapaian yang baik.

Membincangkan cara atau kaedah penyelenggaraan tugas yang efisien dan


berkesan. Perbincangan ini dilakukan secara terus antara majikan dengan
kakitangan.

3.0 Kesan kepada organisasi dan pekerja.


Ia membantu pengurus untuk meningkatkan keyakinan diri agar lebih bersedia,
lebih peka dan lebih sensitif terhadap permasalahan yang berbangkit semasa dan
selepas penilaian yang dilakukan. Selain itu, ia dapat menyedarkan pengurus
bahawa peranan mereka dalam melakukan penilaian prestasi bukan hanya sebagai
penilai yang menetukan betul atau salah, tetapi sebaliknya berperanan sebagai
pembimbing, pemangkin dan pemudahcara kepada pekerja yang melaksanakan
pekerjaan. Kemahiran pengurus melakukan penilaian prestasi dengan berkesan
akan menjamin organisasi, pengurus dan pekerja mendapat manfaat hasil daripada
perlaksanaan.
Seseorang pegawai yang dipertanggungjawab untuk membuat penilaian harus
mengetahui dan mengenali tugas sebagai pegawai penilai. Semasa membuat
penilaian, pegawai penilain yang dilantik seharusnya mempunyai;
a.

Berfikiran tenang

b.

Menilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam borang penilaian prestasi


sahaja

c.

Memperuntukan masa secukupnya untuk membuat penilaian

d.

Tidak membuat penilaian secara tergesa-gesa

e.

Tiada unsur prasangka, prejudis dan pilih kasih

f.

Tidak mengamalkan pilih kasih

Jika pekerja tidak dilayan sewajarnya, semangat dan prestasi mereka akan

`
Modul 01-Kertas Penerangan

Cawangan Pembangunan Kurikulum

2010(versi 1)

Kod Kertas

E 030 4 / M09/ KP02

Muka surat : 1 drp 6 - 5 -Page


-5-

menurun. Penilaian yang dilakukan merupakan impak hasil dari penilaian ketua
mereka terhadap nilai-nilai pekerja tersebut. Rancangan penilaian syarikat yang
menggariskan dasar peraturan untuk menyediakan prestasi penilaian, terdiri
daripada suatu prinsip moral kontrak dengan pekerja, oleh kerana ia adalah suatu
perjanjian.

4.0 Memilih sumber untuk penilaian prestasi


Apa juga pendekatan pengurusan prestasi yang digunakan, adalah perlu untuk
memilih siapa yang digunakan sebagai sumber ukuran prestas. Ia amat penting
dalam menentukan ketepatan sesuatu penilaian. Selalunya penilaian prestasi
dilakukan oleh ketuaatau penyelia. Selain penyelia, pihak lain juga terbabit secara
tidak langsung seperti teman sekerja, sesebuah jawatankuasa dan pekerja itu
sendiri.
4.1 Penyelia
Penyelia adalah individu terdekat yang boleh melakukan penilaian prestasi.
Terdapat tiga alasan mengapa penyelia patut melakukan penilaian prestasi
terhadap pekerja mereka ialah;
i.

dalam kebanyakan struktur organisasi formal, telah disahkan hak penyelia


melakukan penilaian. Malah, ia merupakan salah satu tanggungjawabnya.

ii.

penyelia bertanggungjawab dalam mengawal sistem ganjaran dan dendaan


bagi pekerja-pekerjanya.

iii.

kedudukan penyelia adalah lebih baik dari segi membuat pemerhatian


terhadap tingkah laku pekerja bawahannya.

`
Modul 01-Kertas Penerangan

Cawangan Pembangunan Kurikulum

2010(versi 1)

Kod Kertas

E 030 4 / M09/ KP02

Muka surat : 1 drp 6 - 6 -Page


-6-

4.2 Jawatankuasa
Jawatankuasa ini mungkin terdiri daripada penyelia pekerja terdekat, dua atau tiga
orang penyelia lain. Sebaik-baiknya, penyelia itu hendaklah terdiri daripada
individu-individu yang pakar dalam bidang tertentu seperti personaliti dan motivasi.
Kebaikan menggunakan kaedah ini ialah;
i.

penggabungan

tenaga

dapat

membantu

mengatasi

masalah-masalah

pincang kesan luaran.


ii.

dapat menghindarkan ketegangan yang mungkin timbul antara penyelia


dengan pekerja-pekerjanya.

Soalan:
1. Berikan faktor-faktor penilaian pekerja dapat ditafsirkan.
2. Nyatakan tujuan penilaian prestasi dijalankan.
3. Nyatakan kesan kepada organisasi apabila sesuatu penilaian dijalankan.

`
Modul 01-Kertas Penerangan

Cawangan Pembangunan Kurikulum

2010(versi 1)

Kod Kertas

E 030 4 / M09/ KP02

Muka surat : 1 drp 6 - 7 -Page


-7-

Rujukan:
Ariffin Haji Zainal. Pekerja dan Pekerjaan (Pendekatan Psikologi Personel).
Siri pengurusan Fajar Bakti

`
Modul 01-Kertas Penerangan

Cawangan Pembangunan Kurikulum

2010(versi 1)

Anda mungkin juga menyukai