Anda di halaman 1dari 2

3.

0 Langkah-langkah menyelesaikan masalah pelajar tidak berminat mata


pelajaran sejarah

Seperti yang dinyata diatas, pelajar mempunyai tanggapan negatif


terhadap mata pelajaran Sejarah. Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk mencari
langkah penyelesaianya. Pertamanya, guru haruslah memain peranan untuk
memastikan cara pelaksanaan PdP sejarah yang menarik. Hal ini demikian
kerana pelajar kurang minat terhadap mata pelajaran ini disebabkan oleh cara
pdp yang bosan dan hanya melalui mencerita atau menghafal fakta sahaja.
Namun, guru harus sentiasa berkreatif dalam pelaksanaan PdP mata pelajaran
sejarah untuk menarik perhatian murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran
sejarah dapat membantu murid belajar mata pelajaran sejarah seperti tayangan
video yang berkaitan dengan peristiwa sejarah
Seterusnya, sebagai cara menarik minat pelajar juga, guru perlu
menjelaskan kepentingan sejarah dan tujuan mereka belajar sejarah ke dalam
jiwa pelajar. Sesetengah pelajar tidak berminat terhadap sejarah kerana mereka
menganggap sejarah adalah satu mata pelajaran yang tidak berguna kepada
masa depan mereka. Sebenarnya, sejarah merupakan satu pengajaran kepada
kehidupan manusia sepertimana manusia dapat mendapat pengajaran daripada
peristiwa sejarah yang telah berlaku
Bukan sahaja guru perlu memain peranan dalam menyelesaikan masalah
ini, tetapi kementerian pelajaran sebagai penggubal dasar pendidikan juga
berperanan dalam masalah ini. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
menjalankan perubahan terhadap dasar menekankan kepentingan sains dan
matematik

dalam

perkembangan

pendidikan

di

Malaysia.

KPM

mula

menekankan kepentingan mata pelajaran sejarah dengan cara memastikan para


pelajar tingkatan lima lulus sejarah dalam mata pelajaran sejarah. Mata pelajaran

sejarah di peringkat sekolah rendah juga diperkenalkan dan dilaksanakan mulai


tahun 2014.
Langkah seterusnya adalah pelajar diajar teknik untuk hafal fakta sejarah
kerana mata pelajaran ini memang melibatkan hafalan fakta yang banyak.
Kebanyakkan pelajar tidak minat sejarah kerana mereka tidak mahir dalam
mengingat fakta-fakta dalam sejarah. Guru perlu mengajar teknik-teknik
menghafal supaya murid yakin untuk mengambil peperiksaan dalam mata
pelajaran ini. Sebagai contoh teknik menghafal fakta sejarah adalah memahami
kronologi, meneroka bukti, membuat interprestasi, membuat imaginasi, membuat
rasionalisasi
Seterusnya, lawatan pembelajaran di luar bilik darjah juga adalah salah
satu langkah penyelesaian selaras dengan pendekatan Learning is fun yang
diterapkan dalam Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah. Pelajar tidak minat
sejarah mungkin disebabkan oleh mereka tidak dapat merasai situasi yang
ternyata dalam peristiwa sejarah. Guru boleh mengadakan lawatan ke muzium
semasa mengajar tentang tajuk kesultanan melayu Melaka. Pelajar dapat
melihat keistimewaan kesultanan Melayu Melaka pada masa itu dan mereka
akan lebih berminat untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang tajuk itu

Anda mungkin juga menyukai