Anda di halaman 1dari 9

VISI DAN MISI KPM YANG BARU

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang


diadakan pada 27 September 2013 telah membuat
pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) yang baru.
Visi dan misi KPM yang baru adalah seperti berikut:-

VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara
Sejahtera

MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara

MATLAMAT
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu
padu.Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia,
berilmu, berketerampilan dan sejahtera.Menyediakan
sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan
negara.Memberi peluang-peluang pendidikan kepada
semua warganegara Malaysia

IMBASAN SEJARAH

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran


1957 Zaman Pengukuhan

Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan

Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi


bahasa pengantar utama

Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam


sekeliling Malaysia

Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi


semua

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran


1961 Zaman Kemaskini

Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca,


menulis dan mengira

Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang


kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini

Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan,


akademik dan vokasional

Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke


11 tahun

Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran


meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979

Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca,


menulis dan mengira

Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang


kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini

Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan,


akademik dan vokasional

Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke


11 tahun

Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran


meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Rang Undang Undang Pendidikan 1995

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk


menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi
kualiti untuk mencapai aspirasi negara

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan


kepada dasar pendidikan kebangsaan

Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun

Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada


sistem pendidikan kebangsaan

Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan

Peruntukan diadakan bagi mengawal selia


pendidikan swasta

Berikut disenaraikan Dasar-dasar


Pendidikan Baru oleh KPM :

1MURID 1SUKAN [1M1S]

MEMARTABAT BAHASA MELAYU & MEMPERKUKUH


BAHASA INGGERIS [ MBMMBI]

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH [PBS]

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH [KSSR]

BIDANG KEBERHASILAN EKONOMI NEGARA [NKEA]

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA [NKRA]

TRASNFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL

Melindungi Masa Instruksional


Apa itu MMI Melindungin Masa Instruksional
1. Apakah yang dimaksudkan dengan MMI?
MMI ialah singkatan daripada tiga rangkai kata, iaitu
Melindungi Masa Instruksional. Masa Intruksional ialah
masa sebenar yang digunakan untuk pelaksanaan PdP
yang berkesan tanpa sebarang gangguan.
2. Adakah MMI satu dasar baharu?
MMI bukan dasar tetapi merupakan amalan dalam
kepimpinan instruksional.
MMI bukan satu dasar baharu KPM. MMI sememangnya
telah menjadi amalan warga pendidik sejak sistem
pendidikan negara dibangunkan, iaitu penekanan konsep
guru mengajar dan murid belajar. Oleh yang demikian,
MMI diberikan jenama baharu dan diberikan penekanan
semula oleh pihak KPM.
3. Apakah perlu MMI di sekolah?

MMI sangat perlu dilaksanakan di sekolah bagi


memastikan peningkatan keberkesanan pembelajaran
murid berteras konsep Guru Mengajar dan Murid
Belajar.
4. Siapakah yang berperanan untuk melaksanakan MMI?
Semua Bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat
Pelajaran Daerah dan sekolah terlibat dalam pelaksanaan
MMI.
5. Apakah faedah MMI kepada murid?
Murid akan mendapat masa pembelajaran yang
maksimum jika MMI dilaksanakan dengan berkesan di
sekolah. Manakala guru yang menghayati MMI akan
berupaya meningkatkan keberkesanan pembelajaran
murid.
6. Siapakah urus setia MMI?
Peringkat sekolah GPK Pentadbiran
Peringkat PPD Pegawai Meja yang dilantik
Peringkat JPN Pegawai Meja yang dilantik

Peringkat KPM Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM


Pimpinan sekolah
7. Perlukah JK ditubuhkan bagi melaksanakan MMI?
JK baharu tidak perlu ditubuhkan, MMI boleh dibincangkan
dalam JK Kurikulum.
8. Betulkah guru-guru tidak boleh keluar mengiringi murid
untuk menyertai sebarang aktiviti dan program yang
diadakan di luar sekolah?
MMI tidak menghalang guru untuk terlibat dalam aktiviti
kokurikulum dan aktiviti lain selepas mendapat
kebenaran daripada pemimpin sekolah.
9. Saya merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah
yang aktif. Saya telah menerima tawaran untuk
melakukan aktiviti sukarelawan membantu mangsa yang
cedera semasa negara ditimpa bencana. Adakah pihak
pemimpin sekolah akan memberikan kebenaran kepada
saya untuk menyertai aktiviti tersebut?
Pemimpin sekolah sepatutnya membuat pertimbangan
berdasarkan keperluan dan keutamaan peranan guru

berkenaan. Sekiranya tiada halangan guru berkenaan


boleh menyertai aktiviti tersebut. Walau bagaimanapun,
guru perlu menyediakan bahan PdP untuk murid-murid
sepanjang ketiadaannya di sekolah.
10. Adakah MMI akan membebankan pihak sekolah dan
guru kerana perlu menyediakan pelbagai bentuk laporan?
MMI tidak akan membebankan pihak sekolah dan guru.
Ini kerana KPM sentiasa berusaha melaksanakan
penambahbaikan pelaksanaan MMI agar tidak
membebankan mana-mana pihak. Oleh itu, garis
panduan berkaitan pelaksanaan MMI disediakan oleh KPM
bagi membantu semua pihak melaksanakan MMI dengan
berkesan.
11. KPM amat menggalakkan perkongsian dengan pihak
luar. Sekiranya agensi tersebut ingin melaksanakan
program dan aktiviti pada waktu persekolahan apakah
tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah?
Pemimpin sekolah perlu mengadakan perbincangan
dengan mana-mana agensi yang berhasrat mengadakan
program dan aktiviti pada waktu persekolahan dan
menjelaskan tentang pelaksanaan MMI. Pihak sekolah

perlu menghubungi Unit Perhubungan JPN bagi


mendapatkan kebenaran untuk melaksanakan aktiviti
berkenaan.
12. Adakah saya perlu menghadiri mesyuarat, bengkel,
seminar, kursus atau aktiviti luar jika menerima surat
arahan daripada KPM, JPN dan PPD?
Pengetua dan Guru Besar perlu memberi pertimbangan
atas kewajaran guru- guru ini terlibat dalam aktiiviti dan
program yang diarahkan. Sekiranya guru menghadiri
aktiviti di atas maka guru perlu menyediakan bahan PdP
yang sesuai selama ketiadaannya di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai