Anda di halaman 1dari 29

Konsep Etika

Definisi
Istilah etika berasal dari perkataaan Yunani kuno iaitu ethos yang membawa erti kebiasaan, adat,
akhlak, keperibadian dan watak. Ethos juga membawa maksud adat kebiasaan.[1] Ia juga membawa
maksud karakter. Perkataan ethos juga terdapat dalam kamus bahasa inggeris yang bermaksud sifat
moral dalam sesuatu bangsa.
Dalam bahasa Inggeris, ethic bermaksud akhlak, tatasusila, kesusilaan dan etika. Manakala ethics
bermaksud prinsip akhlak, ketatasusilaan dan ilmu etika. Menurut kamus lain, ethic bermaksud system
of moral and principal rules of conduct yang bermaksud sistem prinsip akhlak; peraturan-peraturan
perilaku. Manakala ethics pula bermaksud sains yang menumpukan perhatian kepada akhlak.
Dalam bahasa Melayu, etika bermaksud kepercayaan ataupun tanggapan terhadap sesuatu perkara
sama ada ianya benar, salah, baik atau buruk.[2] Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula,
etika bermaksud ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu
atau sesuatu kumpulan. Ia juga melibatkan tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau
profesion terhadap masyarakat. Contohnya Etika Perkhidmatan Awam yang melibatkan kakitangan
awam.[3]
Pembahagian Etika
Etika secara umum terbahagi kepada dua jenis iaitu etika berbentuk deskriptif dan normatif. Etika
deskriptif adalah disiplin yang membicarakan sistem moral yang dianuti individu atau golongan dan
berbeza mengikut perbezaan individu, masa, tempat atau keadaan. Ia dibicarakan dalam aspek yang
luas.[4]
Manakala etika normatif pula menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang
ada. Ia juga mencadangkan sistem etika yang standard berpandukan sistem yang sedia ada,
contohnya etika pemimpin dan etika perubatan. [5]
Etika Menurut Islam
Etika dalam Islam adalah akhlak.[6] Ia merujuk kepada nilai akhlak atau prinsip moral yang
berdasarkan al-Quran dan Hadith. Etika Islam juga merujuk kepada nilai-nilai baik dan dengan
melakukannya seseorang akan mendapat ganjaran pahala.[7] Selain itu ia juga dapat ditakrifkan
sebagai ilmu pengetahuan yang mengajarkan mana baik dan mana yang buruk berdasarkan ajaran
Allah dan RasulNya.[8]
Ciri-Ciri Etika Islam
Etika Islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang membezakannya daripada etika menurut
perspektif barat. Ciri-cirinya yang istimewa ini tidak terkandung di dalam etika mengikut falsafah barat.
Antara ciri-cirinya adalah seperti indeks untuk menentukan etika diukur berdasarkan Al-Quran dan As-

Sunnah dan bukannya akal semata-mata.[9]


Etika Islam bersifat universal dan komprehensif serta dapat diterima oleh seluruh manusia di setiap
masa dan tempat termasuk dalam bidang politik dan kepimpinan. Etika Islam berkait rapat dengan
hukum halal dan haram, pahala dan dosa. Termasuk dalam konsep ibadah. Ia tertakluk kepada
konsep matlamat tidak menghalalkan cara.

[1] H.Hamzah Yakub. Dr. (1991), Etika Islam: Pembinaan Akhlaqul Karimah. C.5. Bandung : c.v Diponegoro,
hal.12.
[2] Sharifah Haayati Syed Ismail. Dr. (2000), Budaya dan Etika Kerja Tempatan dan Pengaruhnya Terhadap
Perubahan Hukum, Kertas Kerja Seminar Hukum Islam Semasa III Peringkat Kebangasaan di Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya, 7-8 November 2000, hal.3.
[3] Mohd Tap b. Salleh et.al (1991), Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: Institut
Tadbiran Awam Negara, hal.20-21.
[4] Mohd Nasir Omar (1992), Falsafah Etika Barat dan Islam. C.2. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam,
Jabatan Perdana Menteri, h. 20-21.
[5] Ibid.
[6] Ibid.
[7] Sharifah Hayaati Syed Ismail. Dr., (2000), Op.cit.,h.6.
[8] H. Hamzah Yakub . Dr., (1991),0p.cit.,h.13.
[9] H.Hamzah YaKub. Dr., (1991), Op.cit., h.14

BUDAYA ETIKA DAN INTEGRITI MEMBENTUK


BUDAYA KERJA CEMERLANG

Untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, negara kita harus bijak mengurus kejayaan,
serta dengan tegas dan berkesan mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangannya. Cabaran besar
yang perlu ditanganinya dalam usaha tersebut ialah pemantapan etika dan integriti.
Budaya ethika dan integriti adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk
membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya
mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
Etika:
Adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan
profesion.
Integriti:
Secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan
organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dalam tindakan sehari hari.

Budaya kerja
Merujuk kepada nilai, kepercayaan dan sikap nilai, kepercayaan dan sikap pekerja terhadap pekerjaan.
Integriti Bukan Isu Rasuah sahaja
Isu integriti bukan hanya terfokus kepada isu-isu rasuah sahaja, malah ia merupakan satu konsep yang
lebih besar. Amalan budaya kerja juga menuntut integriti. Integriti dalam ketepatan waktu, integriti dalam
menyampaikan maklumat, integriti dalam memberi perkhidmatan terbaik, integriti dalam berhubung
dengan ketua jabatan, rakan sekerja dan juga kakitangan sokongan.

Budaya Kerja Dalam Organisasi


Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan
perlaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika. Antara objektifnya:
1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha
besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;
2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti
supaya ia menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.
3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong
perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan
integriti;
4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan
kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21
khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

Budaya Kerja Berkualiti


Bagi membentuk budaya kerja yang berkualiti dalam organisasi, beberapa ciri harus diberi perhatian;
i) Orientasi warga kerja haruslah bergerak di atas landasan yang betul sebagai prasyarat bagi
menjayakan budaya kerja cemerlang iaitu mesti ada komitmen, mempunyai kesedaran kualiti, bersedia
menerima perubahan dan tiada batasan masa untuk cemerlang.
ii) Komitmen daripada segala lapisan warga kerja bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi adalah
dituntut.
iii) Kerja yang hendak dilaksanakan perlu dilakukan dengan sepenuh hati atas kehendak organisasi
dengan mengetepikan segala kepentingan lain khususnya kepentingan peribadi.
iv) Sesebuah organisasi mewujudkan 'mind-set' yang berorientasikan kecemerlangan supaya warga kerja
lebih komited kepada matlamat utama jabatan.
v)Sentiasa menggalakkan warga kerja menghayati serta mempraktikkan amalan-amalan pengurusan
yang boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi.

PENUTUP
Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan dan kualiti produktiviti
sesebuah organisasi. Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warga
organisasi mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti yang menyeluruh dan positif.
Sumber : Institut Integriti Malaysia dan Pelan Integriti Nasioanal

EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN


PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN PPPM
1.0 Pengenalan
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki
satu lagi era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai
penyampai ilmu . Berbanding sistem pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan
sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka
dalam melahirkan dan menggunakan situasi situasi pembelajaran secara cekap
dan berkesan . Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih
inovatif , kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan
pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar
sebagai knowledge worker dalam era revolusi maklumat abaf ke 21 .
Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah
kunci kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang dimaksudkan
merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output) .
Dengan ini , sumber manusia ( modal insane ) perlu dibangunkan secara bersepadu
melalui latihan latihan bagi memastikan setiap individu dapat mengembangkan
potensi ke tahap yang optimum . Program program pembangunan professional
sudah tentu dapat mengupayakan guru demi meningkatkan kualiti pendidikan negara
.
Perkataan keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya iaitu guru . Menurut
Kamus Dewan , guru bermaksud pengajar , pendidik atau pengasuh manakala
perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru dan peranan ( tugas dan
kelayakan ) sebagai guru . Sesuatu profesion yang sebenar adalah suatu bidang
yang mempunyai ciri ciri seperti kepentingan kemahiran intelek , latihan iktisas
yang mencukupi , khidmat yang diperlukan oleh masyarakat . Menikmati autonomi
individu dan kumpulan , mementingkan mutu perkhidmatan , mempunyai tatasusila
perkhidmatan atau kod setia dan mempunyai organiasasi tersendiri untuk
menguruskan soal soal yang berkaitan dengan pendidikan
( Lieberman 1956 ) .

Menurut Kamus Dewan profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan
yang khas . Berdasarkan ciri ciri profesion , Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan
secara ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan
dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup
bermutu , bersikap jujur , dedikasi , berakauntabiliti dan bermoral tinggi , mempunyai
autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organiasasinya .

Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju
ke hadapan . Perubahan perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan
bertujuan memenuhi kehendak negara . Merealisasikan sebuah negara maju pada
masa hadapan . Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang
diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion perguruan oleh itu ,
adalah mustahak bagi setiap indidvidu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa
berusaha mempertingkatkan kecekapan , kelebihan prestasi dan keterampilan dari
semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi
pesat . Jika hal ini wujud , barulah tuntutan tuntutan dalam transformasi kurikulum
itu dapat ditangani . Walaubagaimanapun , sejauh mana kita mengiktiraf dan
memartabatkan keguruan sebagai satru profesion bergantung pada tanggapan
masyarakat . Adalah peranan guru semakin hilang kewiwabawaannya kerana
masyarakat telah mengalihkan pandangan pada kerjanya diiktiraf sebagai
professional oleh pihak kerajaan seperti doktor , peguam dan arkitek .
Dalam konteks ini , pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha
dengan bersungguh sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai
profesion yang unggul dan disegani ramai . Hal ini termasuklah dalam teras Pelan
Pembangunan Pendidikan Malysia ( PPPM ) 2013 2025 iaitu memartabatkan
profesion keguruan antara agenda utamanya selain daripada kemenjadian murid .
Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan
aspek profesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu
pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak teras PPPM .

2.0 Isu Guru dan Analisis : ( Peranan Guru Dalam Merealisasikan PPPM ) .
Pada Oktober 2011 , Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula
sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha
membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu . Kerajaan telah
mengambil keputusan melaksanakan kajian semula system pendidikan berdasarkan
standard pendidikan anatarabangsa yang kian meningkat , peningkatan aspirasi
negara dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara
dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke 21 .
Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian , Kementerian telah memperoleh
input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh
pakar pendidikan dari UNESCO , Bank Dunia , OECD , dan enam Institusi Pengajian
Tinggi Awam . Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah , guru , ibu
bapa , orang ramai dan murid di seluruh negara . Dokumen awal Pelan
Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem
pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan
membandingkannya dengan tanda aras anatarabangsa . Pelan ini melakarkan visi
sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa

depan . Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan starategik dan potensi yang perlu
dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan .
Perubahan atau penambaikan sisitem pendidikan dilakukan dari semasa ke
semasa . Pihak yang berkenan berbuat demikian adalah atas alasan bahawa
perubahan tersebut penting untuk rakyat dan negara . Pelancaran Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 2025 oleh Timbalan Perdana
Menteri , Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada bulan September 2013 yang lalu adalah
antara perubahan terkini dalam sistem pendidikan kita .

Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang
mempunyai 6 ciri utama , seperti yang berikut , iaitu :
pengetahuan (murid yang berpengetahuan).
kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) .
kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) .
kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang kurangnya 2 bahasa) .
etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani
yang tinggi) .
identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).
Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6
ciri utama seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah
mencapai hasrat tersebut . Gurulah yang berperanan memastikan muridnya
berpengetahuan , mempunyai kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin ,
menguasai dwibahasa , mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh , serta murid
yang beridentiti nasional . Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan itu sangat
sempurna sifatnya jika generasi yang lahir dalam era PPPM 2013 2025 dapat
dibentuk dan dididik seperti yang dirancang . Oleh hal yang demikian , guru perlulah
melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melhirkan
kesemua hasrat tersebut . Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah
penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti yang dituntut oleh PPPM .
Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan
mengeluarkan banyak dana seperti i Think perlu dimanfaatkan secara serius . Hal
ini demikian kerana , untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga
perlu melakukan anjakan paradigma , sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan
guru serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan .
Sehubungan dengan itu , setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitif termasuk
dapat menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif .

Usaha untuk melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah ,
khususnya melalui P & P . Dalam proses tersbut , murid didedahkan pelbagai jenis
soalan , termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif .
Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang
mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid
dalam semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa .
Menurut Mok Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed Muhammad al Alatas
menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyaburan
serta semangat kepada jiwa manusia . Hal ini menunjukkan ilmu merangkum semua
aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia . Guru sebagai pengamal ilmu perlu
mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca , berfikir , memerhati , berkarya ,
terlibat dalam sumbangan , dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu
(Ragbir Kour 2007 ) . Dalam P & P , guru akan memindahkan ilmu yang baik ,
meninggikan adab murid , serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai
pengamal ilmu .
Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk meastikan
kanak kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu memainkan
peranan . Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran
masing masing untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam
membimbing murid agar menguasai kedua dua kemahiran tersebut . Walaupun
begitu , usaha untuk menggalakkan murid menambahkan pengetahuan dalam
pelbagai bidang agak mencabar .
Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu
menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka . Kegagalan pihak sekolah
dan ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk membimbing
murid agar meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan murid yang
berpengetahuan dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar membaca , masih
kurang memuaskan . Antara puncanya budaya membaca ini tidak diamalkan oleh
orang dewasa terutama sekali ibu bapa di rumah . Bagi guru yang kurang membaca
pula , mereka kurang cenderung untuk menasihati murid agar membaca . Jika guru
yang berkenaan berbuat demikian , keberkesannya tidak seberapa kerana guru
tersebut tidak dapat menghayati kenikmatan membaca .

Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat
membentuk tingkah laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka
membaca kepada tabiat gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang yang
menajdi guru diberi Allah kelebihan berganda . Hadis Nabi Muhammad(SAW)
bermaksud Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan
kepada orang lain dan perkataan mengajar itu amat terpuji . Menurut Al Ghazali
pula dari perspektif Islam , tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan

kemanusiaan . Tingkah laku normal atau tidak normal adalah berdasarkan kepada
kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi .
Sebarang pembentukan tingkah laku murid haruslah diuruskan oleh guru supaya
murid yang dihasilkan mempunyai tingkah laku yang terpuji dan dapat diterima
umum .
Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku adalah sebarang perbuatan
yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara sedar atau separa sedar .
Carl Rogers ( 1999 ) , menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku
mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu mempunyai
konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berintetaksi dan bertindak dengan
lebih yakin .
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan
dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu
bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat
dan produktif .
Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah
laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan
menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius .
Tingkah laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada proses
P & P yang akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot .

Asas penting dalam pembentukkan tingkah laku murid adalah membina


hubungan yang positif anatara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah .
Hubungan yang dibina adalah berlandaskan perasaan guru murid terutama di
dalam pendidikan sekolah rendah . Untuk memupuk hubungan kasih sayang dan
tepat kepada murid murid . Dalam masa yang sama guru juga boleh terima pujian
daripada muridnya . Melalui cara ini tingkah laku murid dapat dibentuk dengan lebih
berkesan .
Jadi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid murid , guru
hendaklah merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti
program memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau
memberikan hadiah buku kepada murid semasa hari lahir mereka . Guru juga harus
menjadi amalan membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan murid dapat
menikmati faedah membaca .
PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak
program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang
dianggap bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik
akan dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai
pengawas pusat sumber , ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan

atau kelab. Perancangan khusus untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin
yang berkualiti sehingga kini masih belum jelas. Program untuk melahirkan pemimpin
yang berkualiti tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program sampingan. Oleh
sebab itulah ibu bapa dan murid beranggapan bahawa program bukan akademik
kurang penting,maka sokongan dan sambutan murid terhadap program sedemikian
kurang menggalakkan.
Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum
dan sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak
keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan
bahawa muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah
atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah
berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa
untuk membimbing murid kea rah kehidupan berkualiti dan sihat.
Guru boleh berperanan sebagai mentor di mana peranannya merupakan
kombinasi malatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang
membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara langsung
dan tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa aktiviti P&P di dalam kelas
atau semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Peranan guru tidak terbatas
sebagai seorang pengajar semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan
skop kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik , guru juga
pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat , positif dan dapat
memberikan sumbangan kepada masyarakat.
PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu
bahasa. Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang
banyak kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam
pelbagai bahasa, golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan
seterusnya meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya
dikuasai oleh murid ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris , iaitu bahasa antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan
peranan untuk mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun
begitu, walaupun sudah 57 tahun Malaysia mencapai kemardekaannya, namun
masih terdapat murid bukan Melayu yang tidak dapat berbicara dalam bahasa
kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan dalam bahasa Melayu.
Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak
memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan
timbul.Bagi sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah
ketika melaksanakan P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan
alasan memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk
menguasai bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang
jarang terdedah pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan
perhatian, sudah pasti ciri pelajar yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat
direalisasikan.

Maka di sinilah peranan guru sebagai pengamal reflektif harus sentiasa


mempersoalkan amalan dirinya dan tidak hanya bertindak atas tabiat atau mengikut
arahan semata-mata. Refleksi membolehkan peramalnya menilai, memahami dan
belajar daripada pengalaman. Guru hendaklah membuat refleksi terhadap sesuatu
yang dikaitkan dengan aktiviti pengajarannya. Sesuatu disini bolehlah dikaitkan
demgam kelemahan murid menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh itu,
guru yang reflektif akan merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran
berasaskan teori dan prinsip P&P. Amalan ini boleh diperkembangkan dengan
bertanyakan diri soalan-soalan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang
dilakukan sebelum, semasa dan selepas mengajar dengan tujuan mempertingkatkan
kemahiran kemahiran dalam profesion keguruan. Mengikut Schon (1987), apabila
peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara
sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa
tindakan. Apabila seseorang merenung kembali tindakannya, membauat analisa
tentang peristiwa lepas dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah
mengamalkan refleksi ke atas tindakan.
Daripada amalan merefleksi, guru dapat membuat penyelidikan untuk
mengatasi masalah yang telah dikenal pasti semasa membuat refleksi. Contoh ,
permasalahan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid. Guru
sebagai penyelidik boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah,
membuat inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan
permasalahan yang dihadapi. Dapatan kajian bolehlah dikongsikan dengan guruguru lain di samping membina hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencari
amalan terbaik P&P.
Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji sesuatu
peristiwa secara saintifik, membuat analisa berdasarkan bukti empirical dan data
yang sahih seterusnya membantu guru membuat keputusan yang bijak dan berkesan
mengikut teori-teori dan prinsip P&P. Oleh itu, guru dan dengan kerjasama rakanrakan sekerja dan panatia, dapat membuat penyelidikan untuk membuat kajian
tindakan terhadap isu masalah penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
dalam kalangan murid-murid. Diharap dengan adanya kajian tindakan yang
dilakukan maka dapatlah sesuatu tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini.
PPPM turut mencatatkan bahawa system pendidikan akan menyediakan
pengalaman kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa
dengan keupayaan menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang
pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan berani melakukan sesuatu yang
betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang penyayang dan dapat
memberikan sumbangan kepada kesejahteraan komuniti dan negara turut diberikan
penekanan. Bagaimanakah golongan guru dapat memainkan peranan bagi
mencapai hasrat tersebut ?

Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah
melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak
langsung. Selain dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut
dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti
yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana penyerapan kasih saying,
keberanian, tanggungjawab, saling membantu, patriotik dan lain-lain sudah dilakukan
sejak dahulu. Walaupun begitu, usaha yang dilakukan guru di sekolah kadangkala
kurang menampakkan kesan positifnya memandangkan masih terdapat pelajar yang
tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan itu. Usaha penyerapan nilai murni ini
tidak harus dilakukan bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan guru-guru
bersemangat patriotik bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja. Tetapi
bila tempoh sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari
Kemerdekaan sahaja. Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran bendera dan
pemakaian baju sahaja malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam jiwa
dan nurani setiap rakyat Malaysia.
Maka guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu
yang mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat
menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami peresaan diri
dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat
empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga
dapat membentuk diri murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan
diri untuk mencapai potensi mereka.

3.0 Rumusan :
Kesimpulannya, kegagalan melahirkan lebih banyak murid yang memenuhi enam ciri
seperti yang dinyatakan dalam artikel ini tidak harus dipertanggungjawabkan kepada
pihak guru semata-mata. Persekitaran tempat tinggal murid-murid tidak kurang
pentingnya dalam mempengaruhi jati diri murid-murid. Murid yang tinggal dalam
keluarga yang mementingkan ilmu, mengamalkan nilai murni dalam aktiviti harian
dan memperlihatkan nilai patriotik secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk
mencontohi ahli keluarga mereka. Demikian juga halnya dengan rakan sebaya dan
masyarakat setempat. Sekiranya murid sering bergaul dengan rakan-rakan yang
biasa berkomunikasi dalam dwibahasa, sudah pasti murid berkenaan akan turut
sama berbahasa dwibahasa.
Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru
adalah berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu
menangani segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap
yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan
yang cukup berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah member cabaran
pada guru bagi meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti kepada
bidang profesionalisme ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat dan

dapat mendukung hasrat negara menaikkan mutu pendidikan negara setaraf


antarabangsa. Tegasnya, peranan guru di sekolah amat penting dalam melahirkan
murid seperti yang dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu, keberkesanannya
juga bergantung pada pihak lain.

CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA

KANDUNGAN
PENDAHULUAN
2
CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA
OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Keberkesanan Kurikulum di
Sekolah

Pengurusan
pendidikan
3
Kesediaan guru dalam menghadapi era
globalisasi

Cabaran dalam menghadapi arus perubahan


dasar
5
Cabaran dalam mengekalkan kestabilan
politik

Cabaran dalam mengekalkan kestabilan


ekonomi

Cabaran dalam menanangi isu


sosial

Cabaran untuk merapatkan jurang pendidikan antara Bandar dan


desa
7

Cabaran untuk mengekalkan perpaduan


kaum

Cabaran dai segi pemantapan


agama

Cabaran alaf
baru
9
a. Pembinaan budaya
ilmu

10

b. Pembudayaan masyarakat
Malaysia

10

PERANAN
PENDIDIK
10
ISU-ISU DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN

A. Sistem sekolah pelbagai


aliran

13

B. Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris


(PPSMI)
15
C. Pengisian kurikulum dank kokurikulum
D. Merealisasi wawasan
2020

16
16

PENUTUP
17

RUJUKAN
19

PENDAHULUAN
Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem
pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman, maka bolehlah
dianggap bangsa atau negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawab
memartabatkan sesuatu bangsa atau negara. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam
pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha
membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang
strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti
yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Selanjutnya
dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang sangat pantas. Kemajuan
dalam teknologi maklumat member kesan secara langsung atau tidak langsung dalam
kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut
membawa bersama isu dan cabaran dalam sistem pendidikan kita.
Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan
politik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan
kita terpinggir dan tersingkir. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi
gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada
pembangunan bangsa dan negara.
Menurut Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad,
dalam ucapan sempena menyambut perayaan Hari Kebangsaan Malaysia ke-40 baru-baru ini,
telah meminta rakyat supaya mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang
ini. Rakyat perlu melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuanyang berasaskan
teknologi tinggi sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa
masing-masing. Jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak
akan mampu bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau mahukan pembangunan negara
mestilah seiringdengan pembangunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapat
memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat medani. Kerap juga Perdana Menteri
dalamu capannya memberi ingatan "kita mahu menjadi negara maju dalam acuan kita
sendiri".
Oleh itu dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, negara kita Malaysia juga tidak
terlepas dengan situasi yang mencabar kewibawaan negara dalam menjadikan sistem
pendidikan negara yang dihormati dan bertaraf dunia.

CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA OLEH


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.

Keberkesanan kurikululum di sekolah


Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran

maklumat, akses yang mudah, keadaan dunia hiburan,layaran mudah bahan-bahan lucah atau porno
melalui Internet, melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat dan juga program tv banyak
menyiarkan filem-filem, drama yang berunsur ganas dan lucah baik di tv percuma mahupun swasta
serta yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini iaitu facebook menyebabkan berlakunya gejala negatif
di masyarakat kini.
Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus akibat fenomena
negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang kurikulum Malaysia terpaksa
menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat
pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan di
Malaysia perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk menyediakan
pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing persekitaran global
yang semakin sengit dan mencabar.

2.

Pengurusan Pendidikan
Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam

perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan
pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia
terutama di peringkat sekolah bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan.
Contohnya adanya aplikasi e-spel, emis dan sebagainya. Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak
pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin seperti:
1. Membantu dan mempermudahkan pentadbir sekolah membuat keputusan.
2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
3. Mengurangkan beban pentadbiran dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.
4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan data seperti
laporan kehadiran pelajar dan sebagainya.
6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar.

7. Penempatan pelajar dalam kelas.


8. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.
9. Pembinaan jadual waktu guru.
10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.
11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan
pentadbir dan guru.

3.

Kesediaan Guru Dalam Menghadapi Globalisasi


Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi
kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan
kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru
untuk melaksanakan perubahan iaitu:
1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai
elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi sekiranya mereka
menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti pertubuhan bukan kerajaan,
kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.
2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang sedia ada
tidak perlu kepada perubahan yang drastik kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah
kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu
menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru
dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru
adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu.
3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna
penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap
pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak
memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti
kerja-kerja pengkeranian, menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di
sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari".
4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan kurikulum di
sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan iaitu dari segi:
a) kewangan
b) motivasi dan dorongan

c) pengiktirafan
d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan
e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.
5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama berkaitan
pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara
berpasukan seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan
mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.

4. Cabaran dalam Menghadapi Arus Perubahan Dasar


Pembagunan pendidikan sesebuah Negara merupakan aspek yang sangat penting
dalam pembentukan Negara bangsa. Untuk menuju kearah status pendidikan Negara maju.
Pemerintah berperanan bagi mencorak masa depan dunia pendidikan Negara. Ini kerana
melalui pendidikanlah sesebuah Negara dapat berkembang maju terutamanya dari segi
pembangunan insan yang telah diwarwarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah
Ahmad Badawi. Melalui pendidikanlah akan lahir warga yang berilmu dan ientelektual bagi
memacu Negara kearah hasrat murni Negara maju menjelanag 2020. Suasana politik Negara
berperanan dalam pembangunan pendidikan Negara. Pemerintah yang memandang bahawa
pendidikan merupakan asas kepada pembangunan Negara perlu di kekalkan. Pemerintah yang
sentiasa berusaha memikirkan cara membangunkan sektor pendidikan dengan meperkenalkan
pelbagai dasar dasar demi pembangunan pendidikan Negara. Hari ini keperluan mengekalkan
pemerintah yang pentingkan soal pendidikan amatlah perlu, adalah menjadi satu cabaran
untuk mengekalkan suasana politik seperti hari ini. Sekarang sedikit sebanyak soal pendidikan
cuba diganggu gugat oleh pihak pihak yang sengaja menangguk di air yang keruh. Mengambil
kesempatan kepada warga pendidik, pelajar pelajar demi kepentingan peribadi.seperti contoh
warga kampus sendiri dipengaruhi oleh pihak tertentu demi kepentingan individu. Mereka
tidak segan sanggup memberontak seperti berdemontrasi tanpa memikirkan baik dan buruk.
Namun apa yang jelas suasana pendidikan Negara terjejas. Andai terganggu gugat sistem
politik sedia ada hasrat pencaturan dasar dasar kerajaan yang telah ditentukan dari saban
tahun yang dikaji dan digubal demi memantantapkan suasana pendidikan Negara akan
terjejas, kerana kita masih kabur tentang bawaan suasana baru sistem politik yang akan
mengantikannya.demi untuk itu isu ini menjadi cabaran yang besar untuk kita berfikir
sebelum membuat sebarang tindakkan yang kita sendiri tidak tahu kesannya.
5.

Cabaran Dalam Mengekalkan Kestabilan Politik

Mengekalkan kestabilan politik juga merupakan cabaran besar kepada dunia pendidikan.
Kestabilan politik memainkan peranan yang besar untk memacu arus kemajuan dunia
pendidikan. Suasana Negara yang aman, dengan penuh hrmoni dan muhibbah, menjadikan
segala perancangan-perancangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa
sebarang gangguan. Sebagai pedoman, kita lihat suasana politik dunia sekarang. Contohnya
Negara negara yang bergolak pada hari ini. Suasana pendidikan tidak dapat berjalan lancar.
Apabila suasana politik tidak stabil, Negara akan menjadi huru-hara, banyak berlakunya
kekacauan, pembunuhan seperti masyarakat dibunuh, guru dibunuh, sekolah dibakar, dari hal
ini apa yang Negara akan dapat. Apa yang pasti kerugian yang terpaksa ditangung.kita lihat
Negara kita hari ini. Sudah ada tanda-tanda negatif kearah itu. Hal ini perlu dibendung dengan
segara demi msasa depan pendidikan Negara.
6.

Cabaran Dalam Mengekalkan Kestabilan Ekonomi


Cabaran seterusnya dunia pendidikan hari ini ialah mengekalkan status quo ekonomi
Negara pada tahap terbaik. Melalui peningkatan kemajuan ekonomi Negara yang pesat dpat
membantu untuk pembangunan sektor pendidikan Negara. Banyak kemudahankemudahan pendidikan dapat dibangunkan seperti insfrastsruktur seperti banguan banguan
yang selesa, dan sebagainya. Dengan tahap ekonomi yang baik program-program boleh
dirancang untuk kepentingn pendidikan. Berdasarkan pengalaman tahun 2007, apabila
berlaku krisis ekonomi, banyak program terutama pembanguanan sektor pendidikan terbantut,
banyak peruntukan perbelanjaan yang selama ini digunakan untuk sektor pendidikan ditarik
balik. Ini akan menganggu kemajuan sektor pendidikan.

7.

Cabaran Menangani Isu Sosial


Dewasa ini, isu sosial menjadi buah mulut warga Negara Malaysia. Kita sering
disajikan dengan pelbagai isu sosial remaja yang rata-rata terdiri dari mereka yang menghuni
institusi pendidikan terutama sekolah. Terlalu banyak isu sosial yang kita dengar hari, antara
kes masalah sosial seperti buang bayi, yang terlibat merupakan pelajar sekolah, isu ponteng
sekolah, merokok, dadah, minuman keras dan sebagainya. Perkara ini menjadi duri dalam
daging kepada sektor pendidikan , yang seterusnya boleh menghalang perkembangan
pendidikan secara positif. Banyak masa, wang dan tenaga digembleng untuk menaganinya.
Dari hari kesehari ia membiak bak kudis buta yang tiada berkesudahan pada
dunia pendidikan. Andai ia tidak ditangani oleh semua pihak dengan bijak , isu ini boleh
menyebabkan keruntuhan sistem pendidikan kita pada hari ini.Selain itu juga, gejala sosial
lain peperti ponteng sekolah, pergaduhan buli , juga manjadi isu hangat disekolah seperti juga
diatas, ia perlu ditangani dengan sebijak mungkin.

8.

Cabaran Untuk Merapatkan Jurang Pendidikan Antara Bandar Dan Desa


.
Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat
melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai
alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji
sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata
Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan.Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini
untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk
mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan.Misalnya orang
Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan
perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat
sukar untuk menyatukan mereka. Sabah dan serawak.masih ada diantara murid murid disana
masih ketinggalan dari segi kemudahan insfrastruktur dan sebagainya. Sehingga kini
jurang pendidikan antara desa dan Bandar masih ketara.

9.

Cabaran Untuk Mengekalkan Perpaduan Kaum


.
Dasar Pendidikan Kebangsaan Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara.
Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat
penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Hari
ini isu perpaduan masih rapuh, kita sering dengar walau ia kes-kes terpencil namun masih
berlakunya kerengangan hubungan antara kaum disekolah-sekolah. Sesuatu perlu
dilaksanakan terutama mengekalkan perpaduan Negara.
Selain itu untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Secara tidak langsung dasar ini dapat
melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang
dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang
bersepadu.sesuatu telah dilaksanakan untuk menjamin perpaduan antaranya penggunaan
bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam
aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan
pelajar.Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan
maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia jugadapat membentuk sahsiah, keperibadian
dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Hasrat membina Negara
Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu,meningkatkan disiplin
pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Penubuhan Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang


berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau
agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar
dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yangsama dan berkongsi kemudahan asas
seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan
sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan
penghubung.Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaranyang memberi
peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi
secara langsung dalam pelbagai aktiviti.Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan Untuk
mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar
belakang. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran untuk
melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi
mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.

10.

Cabaran Dari Segi Pemantapan Agama


Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa: "Pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan pelbagai usaha dilaksanakan untuk
memantapkan potensi diri dari segi keagamaan. Antaranya perlaksanaan Kurikulum ini
berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun1983.
Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan
Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama,
menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling
menghormati sesama manusia. Dengan menanam sifat-sifat mulia serta membentuk
tingkahlaku yang Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
11.

Cabaran Alaf Baru

Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik
itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak
dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan
diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi
baru yang serba canggih. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak,

sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi. Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5,
dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru
ialah ledakan ilmu yang berbentuk global danmasalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi
ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat
Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya
ialah pembudayaan masyarakat.
a. Pembinaan Budaya Ilmu
Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan
kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah
daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa.
Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama
ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan
"Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat
melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan
keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap
individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu
pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai
tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan
individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang
penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu
menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan berupa
masyarakat industeri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa
bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan
maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan
generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat
berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkin, serta berupaya menangani
gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.
b. Pembudayaan Masyarakat Malaysia
Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna
jika tidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan
kebudayaan yang terpelihara. Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks
bebas, samseng sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan
bijaksana. Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang (opptunity)
secara
komited
menggunakan
wadah
pendekatan nilai
merentasi kurikulum
persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan masyarakat.

Peranan Pendidik
Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan
Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti
hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri telah menggariskan
ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:
kaya

maklumat (termasuk sains dan teknologi)

kekuatan

minda (krestif dan proaktif)

nilai-nilai
semangat

luhur dan murni (termasuk penyayang)

jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan

ketrampilan

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan,


maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut
pula:
menguasai
mahir

subjek (kandungan kurikulum)

dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)

memahami

perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka

memahami

psikologi pembelajaran (cognitive psychology)

memiliki

kemahiran kaunseling

menggunakan
dapat
boleh

teknologi terkini

menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir

bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan

memiliki

keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.

Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21,
ialahSekolah Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalam
sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan
pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk
Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru bestariialah guru-guru yang

boleh dan bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan
cabaran semasa. " Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan.
Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih
penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan
tingkat ketahanan anak bangsa,
sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus
memperkukuh asas kewujudan kita." (1997) Merujuk kepada cabaran besar di atas, para
pendidk mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan berikut secara komited dan
ikhlas:

1. Membina Budaya Ilmu


Kemampuan para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu dengan
perkembangan semasa, seperti:
a Teknologi

dan perkomputeran

Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk


melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia
menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan
menjadi mekanisme urusan harian.
b Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif
pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk
melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual
tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga
terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.
c. Kebolehan

menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes

Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain


teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran
secaradevelopmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai
kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan
dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan
kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of Learning iaitu:
@ Learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu)
@ Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran)

@ Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)


@ Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)
d Menerapkan

nilai-nilai murni/moral/akhlak

nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan


dalam
hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha
pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
e. Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri
melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan
Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang
menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsive kepada
perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan
hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik, teknologis dan progresif yang
inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.

f.

Membentuk Masyarakat Madani


Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat
membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nalai murni. Perkembangan dan
kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha
mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri
hi-tech, dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius.
Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu
menyusun dan membentuk masyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini
beberapa perkara mesti diberi perhatian:

oPrinsip

berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kekebasan


perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat

oMendorong

perkembangan indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam


sekitar dan teknologi

oSistem sosial

yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undangundang dan bukan nafsu atau kepentingan individu

oMengamalkan

akhlak terpuji dan boleh diteladani Usaha mewujudkan masyarakat madani


diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan
ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan
yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan
amalan hidup yang cemerlang.

ISU-ISU DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN


A. Sistem persekolahan Pelbagai Aliran
Memasuki tahun 2010 telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring
dengan keperluan semasa kerana masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus
permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan
sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali isu-isu berkenaan dengan
system persekolahan dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya tiada jalan penyelesaian
yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu sistem
persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa,
kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat yang
mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza.
Seringkali setiap keputusan, sama ada yang hendak mahupun yang telah dibuat,
dipengaruhi oleh politik tanah air yang bermula sejak zaman penjajah lagi. Umum mengetahui
bahawa pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan
kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah
yang timbul. Sistem persekolahan Malaysia kini masih tidak banyak berubah dari aspek
perpaduan kaum. Murid-murid dan pelajar-pelajar dapat menjadikan sekolah sebagai asas
permulaan membina hubungan baik sesama mereka di mana di sekolah, mereka dapat
beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling kenalmengenal, dan merapatkan
hubungan silaturahim. Namun begitu, kewujudan sekolah yang pelbagai aliran seperti
sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah menjejaskan
perpaduan kaum di Malaysia. Kini, ianya sudah tidak relevan untuk diguna pakai kerana
sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan semakin
pudar.
Hal demikian kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang
berbilang bangsa bertemu untuk saling mengenal. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Najib Tun Razak, mengatakan bahawa beliau sedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya
satu system sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk
mengikuti satu sistem persekolahan. Dalam melaksanakan dasar baru itu, kerajaan perlu
mengambil kira kehendak rakyat kerana tidak mahu timbul perbalahan dan kesan buruk

kepada rakyat. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju untuk
menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu
menggunakan system sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda
mereka dan menjamin hak-hak mereka.
Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana
melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan sekolah satu
aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum tertentu, malah ia akan terus
menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat
Cina, India, dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka,
walaupun belajar di sekolah yang sama aliran. Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan
Tamil, bilangan murid-murid Melayu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah
kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang yang begitu luas antara murid-murid Melayu,
Cina, dan India. Masalah ini disebabkan oleh penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina,
dan Tamil yang menjadi faktor utama wujud jurang pendidikan antara masyarakat.
Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan; manakala di
sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud
dua keadaan yang berbeza dan masalah ini sering berlanjutan sehingga kini.
B. Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Pada tahun 2003, semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, suatu dasar
baru pendidikan diperkenalkan, iaitu Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI). Tujuan ianya dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan
penguasaan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Malaysia. Namun begitu pada tahun
2009, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan
sepenuhnya pada 2012, disebabkan timbulnya masalah-masalah. Walau bagaimanapun, atas
sebab-sebab tertentu, pelajar yang telah memulakannya boleh meneruskan pembelajaran
dalam bahasa Inggeris.
Isu PPSMI merupakan isu besar dalam pendidikan Malaysia kerana mendapat
tentangan daripada masyarakat Melayu terutamanya. Antara sebab-sebab ia mendapat
bantahan dari banyak pihak ialah kerana: (1) ianya bertentangan dengan Perlembagaan
Perkara 152, iaitu memartabatkan bahasa Melayu; (2) prestasi pelajar-pelajar Melayu
terutamanya merosot dalam subjek Sains dan Matematik; (3) kurangnya guru yang terlatih;
dan (4) tentangan daripada pejuang-pejuang bahasa Melayu, para cendiakawan, tokoh
akademik, ahli politik, dan NGO atau Non Governmental Organization yang
memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Ada sesetangah pihak mempersoalkan
mengapa setelah 7 tahun ia dilaksanakan, kini mendapat tentangan? Mungkin kah ianya
sejajar dengan kehendak masyarakat yang telah merasai kesan daripada pelaksanaan dasar
tersebut kepada pelajaran anak-anak mereka? Sememangnya, murid-murid dan pelajar-pelajar
di luar bandar menunjukkan keputusan yang merosot kerana ternyata sehingga kini mereka

masih lagi ketinggalan, terutama dalam penguasaan bahasa Inggeris. Masyarakat luar bandar
terutamanya masih belum bersedia sepenuhnya menerima PPSMI dilaksanakan kerana
bimbang
dengan masa depan.
C. Pengisian Kurikulum Dan Ko-Kurikulum
Masalah lain yang turut timbul ialah berkenaan dengan pengisian dalam kurikulum
dan aktiviti ko-kurikulum yang menjadi penentu kepada perkembangan murid-murid dan
pelajar-pelajar (Awang Had Salleh, 1980). Hal ini penting kerana ia memberi kesan, sama ada
positif atau negatif kepada masyarakat dalam membentuk jati diri dan disiplin. Sekiranya
pengisian dalam kurikulum dan ko-kurikulum mengikut keperluan rakyat, maka tentu
sebarang masalah tidak timbul. Tetapi oleh kerana wujud kelemahan-kelemahan dalam
pengisian kukirulum dan ko-kurikulum, reaksi yang negatif kelihatan dalam hubungan
masyarakat. Contohnya, sekolah kebangsaan tidak menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan
Tamil sebagai subjek wajib telah menyebabkan ibu bapa daripada Cina dan India tidak mahu
menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.
Bagi mereka, bahasa ibunda ialah identiti yang harus dipelihara. Mukriz Mahathir
(2008) memberi pandangan supaya satu sistem persekolahan sahaja diwujudkan dengan
menerapkan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai subjek yang wajib diambil oleh murid-murid
Cina dan India (kenyataan dalam Utusan Online di http://www.utusan.com.my, 2/12/2008).
Murid-murid Melayu boleh mengambil bahasa Mandarin dan Tamil sebagai salah satu subjek
pilihan. Secara tidak langsung, orang Melayu akan dapat menguasai bahasa Mandarin dan
Tamil yang akhirnya dapat merapatkan jurang pendidikan antara kaum.
Masyarakat perlu memahami bahawa objektif penggubalan dasar dan sistem
pendidikan adalah berlandaskan keperluan pembentukan Negara Malaysia sebagai negara
demokrasi yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa, agama, dan menjadikan Malaysia
maju ke hadapan. KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah) merupakan kurikulum yang diperkenalkan bagi meningkatkan
lagi pendidikan dan perpaduan masyarakat, tetapi keberkesanannya untuk menyatupadukan
rakyat yang berbilang kaum masih memerlukan penambahbaikan (Shahril @ Charil
Marzuki et al., 1995:110-126).
D. Merealisasikan Wawasan 2020
Wawasan 2020 telah dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.
Mahathir Mohamad, pada 28 Febuari 1991 yang akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara perindustrian dan negara maju menjelang tahun 2020. Reformasi yang telah dilakukan
dalam sektor pendidikan adalah langkah konkrit untuk menuju ke arah Wawasan 2020. Bagi
merealisasikan Wawasan 2020, antara sasaran yang mahu dicapai adalah mengenai perpaduan

Negara di mana sektor pendidikan menjadi peneraju utama. Dalam sektor pendidikan, sistem
persekolahan yang sempurna menjadi pendekatan yang digunakan untuk memastikan
perpaduan di kalangan masyarakat. Tema perpaduan dalam sistem persekolahan amat
dititiberatkan kerana hanya melalui perpaduan matlamat mencapai Wawasan 2020 dapat
direalisasikan. Bermula dari sekarang (2010), hanya 10 tahun sahaja masa yang ada untuk
negara Malaysia menjadi
negara maju.
Namun begitu, dengan situasi masyarakat dan negara sekarang timbul persoalan
tentang persediaan untuk menghadapinya. Contohnya, hubungan masyarakat Malaysia kini
masih lagi perlu diperkukuhkan kerana masih wujud tanda-tanda kelemahan dalam hubungan
masyarakat. Sistem persekolahan sepatutnya menjadi medium penggerak kepada masyarakat
supaya mereka dapat disatupadukan melalui peluang pendidikan. Tetapi, masih wujud
permasalahan dalam menentukan sistem persekolahan kerana ada sesetengah pihak mahu
mengekalkan sistem persekolahan yang sedia ada, manakala sesetengah pihak lain mahu
perubahan.
Masalah-masalah dalam sistem pendidikan yang bermatlamatkan perpaduan negara
diringkaskan melalui: (1) Masalah isu berbangkit hak bumiputra dan bukan bumiputra; (2)
Jurang pencapaian pendidikan orang Melayu dan bukan Melayu melalui peluang pekerjaan
dan pendapatan; (3) Masalah keciciran pelajar-pelajar Melayu dan bukan Melayu; (4)
Hubungan yang renggang antara pelajar Melayu dan bukan Melayu; (5) Kurangnya pergaulan
antara pelajar Melayu dan pelajar bukan Melayu, terutama selepas waktu sekolah; dan (6)
Kurangnya pengetahuan dan tidak memahami dengan mendalam mengenai budaya, amalan,
dan adat resam sesuatu kaum.

PENUTUP
Kesimpulannya, pada era globalisasi ini atau dunia tanpa sempadan telah memaksa industri
pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu,
perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa
yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat
pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut
adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam
menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit.
Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah
penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang
pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif.
Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan

mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama
bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

http://ustazyunus75.blogspot.com/2012/11/cabaran-pendidikan-dan-usahausaha.html- 6/7

Anda mungkin juga menyukai