Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pengenalan
Semua ibu bapa mahu melihat anak-anak sihat dengan memastikan mereka mendapat
makanan yang cukup serta berkhasiat. Meskipun begitu, ada di antara ibu bapa terlalu
memanjakan anak-anak sehingga gagal mengawal pemakanan mereka. Pengambilan
makanan yang berlebihan serta tidak sesuai menyebabkan anak-anak mengalami obesiti.
Meskipun masalah tersebut adalah biasa dalam kalangan kanak-kanak, namun ia sukar
dirawat. Obesiti atau masalah kegemukan merupakan salah satu penyakit berbahaya yang
melanda negara kita secara tidak langsung. Pengumpulan tisu-tisu lemak berlebihan pada
badan seseorang boleh menganggu dan mencederakan organ-organ badan dan
mendatangkan masalah kesihatan yang serius.
Acapkali mendengar bahawa obesiti seringkali terjadi kepada golongan dewasa sahaja
namun berdasarkan kelima-lima artikel yang dirujuk, menunjukkan wabak obesiti kini
semakin menular dalam kalangan kanak-kanak. Isu ini kelihatan renyah tetapi sebenarnya
mengundang impak negatif terhadap tumbesan kanak-kanak tersebut tanpa kita sedari.
Pelbagai faktor menyebabkan mereka mengalami masalah ini iaitu pemakanan yang tidak
seimbang, tidak melakukan aktiviti riadah, faktor keturunan, serta budaya pemakanan itu
sendiri.
Golongan kanak-kanak ini perlu dibendung daripada terus digasak dengan pelbagai
makanan yang sebenarnya tidak memberi nutrient terhadap tumbesaran mereka. Obesiti
yang berterusan daripada kecil berpotensi besar untuk kekal dalam golongan obes apabila
meningkat remaja dan dewasa sekiranya tiada panduan daripada ibu bapa sebagai ahli
yang paling rapat dengan mereka.
Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu
mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan
susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Lelaki
dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25% (5).
Manakala wanita pula di katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%. Obesiti
boleh di ukur menggunakan penggiraan Body Mass Index-BMI (Indeks Jisim Badan).
BMI adalah indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian.
2.0 Punca Obesiti Kanak-Kanak

Kanak-kanak lebih cenderung mengalami berat badan berlebihan jika ibu dan bapa
mereka juga berhadapan dengan masalah obesiti. Jika seorang ibu atau bapa mengalami
berat badan berlebihan, kebarangkalian anak mereka berhadapan dengan masalah sama
adalah 50 peratus. Namun, jika kedua-duanya juga berhadapan dengan masalah obesiti
maka ada kemungkinan sebanyak 80 peratus anak mereka juga akan menjadi individu
yang memiliki berat badan berlebihan. Namun demikian faktor genetik dianggap kurang
berkaitan dengan masalah ini kerana faktor berat badan berlebihan lebih tertumpu kepada
ahli keluarga yang memiliki tabiat pemakanan yang sama. Peranan faktor genetik atau
keturunan dalam mempengaruhi status berat telah menjadi satu penemuan penting dalam
kajian

obesiti.

Faktor

keturunan

juga

mempengaruhi

rupa

bentuk

badan

seseorang.Penyelidikan yang dibuat di Amerika Syarikat membuktikan bahawa anak-anak


dari keturunan ibu bapa yang bertubuh normal mempunyai 10% peluang menjadi gemuk.
Peluang itu akan bertambah menjadi 40-50% jika salah seorang daripada ibu bapa
mengalami masalah berat badan dan akan meningkat menjadi 70-80% sekiranya keduaduanya menghidap obesiti.
Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, beberapa kes kecacatan genetik di kenal pasti
sebagai punca 'hyperphagia' (makan berlebihan) dan obesiti yang bermula dari usia
kanak-kanak. Kecacatan genetik merangkumi sindrom obesiti seperti sindrom Lawrence
Moon Biedl, sindrom Prader Willi, sindrom trisomi 21, sindrom Wiedemann Beckwith
dan lain-lain. Faktor kecacatan genetik yang menyebabkan obesiti biasanya disebabkan
perubahan atau mutasi kepada beberapa gen seperti gen leptin dan perubahan pada
keronsong gen leptin. Kesan genetik kepada kejadian obesiti umumnya lebih banyak
dipengaruhi oleh faktor bukan genetik seperti amalan pemakanan dan kurang aktiviti
fizikal. Faktor keturunan ini, walau bagaimanapun sering dijadikan alasan kepada
kejadian obesiti dan alasan untuk tidak melakukan sebarang tindakan untuk mengatasinya
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah disebabkan
juga gaya hidup mereka yang tidak sihat termasuk pengambilan makanan tidak seimbang
dan juga kekurangan aktiviti fizikal. Malah, dengan gaya hidup kini, lebih mudah untuk
kanak-kanak mengalami masalah obesiti terutama dengan sumber makanan berkalori
tinggi seperti makanan segera dan gula-gula yang banyak dipromosikan khusus untuk
kanak-kanak.

Satu lagi gaya hidup yang tidak sihat ialah kanak-kanak sekarang juga amat
cenderung untuk mengambil makanan segera yang kurang zatnya tetapi tinggi kandungan
gula dan pengawet serta MSG. Tabiat pemakanan ini boleh membawa kepada masalah
obesiti jika tidak dipantau. Amalan makan makanan yang mengandungi lebih tenaga
berbanding yang digunakan merupakan antara faktor utama obesiti. Berat badan akan
bertambah apabila seseorang makan dengan kuantiti yang banyak iaitu lebih daripada apa
yang boleh dibakar oleh badan. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak. Berat
badan berlebihan dan kegemukan akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan
tidak akan berlaku dalam tempoh beberapa hari atau minggu. Kebiasaannya ia akan
terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.
Faktor obesiti dalam kalangan kanak-kanak juga berpunca daripada aktiviti statik.
Senaman dan bermain bukan lagi menjadi aktiviti harian kanak-kanak sehingga ada yang
yang tidak pernah berjalan kaki ataupun berbasikal ke sekolah. Apa yang dilakukan
mereka kini hanyalah menghabiskan kebanyakkan waktu di hadapan televisyen dan juga
komputer. Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana hanya duduk dan tidak
sedikit pun melakukan gerakan atau senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan.
Kanak- kanak dan remaja yang cenderung dalam pemakanan dan aktiviti yang tidak sihat
mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obes. Ini tentu sahaja boleh
mendatangkan masalah kegemukan dan seterusnya membawa kepada masalah obesiti jika
tidak dikawal dari awal. Kebanyakan populasi dunia termasuk di Malaysia mengamalkan
cara hidup yang sedentari berpunca daripada pembangunan yang pesat dan peningkatan
penggunaan peralatan yang mengehadkan penggunaan tenaga manusia. Kurang aktiviti
fizikal atau cara hidup sedentari boleh didefinisikan sebagai pergerakan anggota badan
yang minima yang bersamaan dengan kadar metabolisme rehat.
Tingkah laku seperti duduk dan tidur dengan lama, menggunakan lif berbanding
tangga, memandu berbanding berjalan kaki menyumbang kepada penggunaan tenaga
yang minimum dan menyumbang kepada masalah obesiti. Disamping itu, teknologi masa
kini menyebabkan pergerakan yang minimum diperlukan untuk melakukan sesuatu kerja
dan meminimumkan penggunaan tenaga. Persekitaran masa kini yang semakin sibuk
menyebabkan kekangan masa untuk bersukan dan kenaikan kos hidup menyebabkan
persekitaran dan kemudahan yang tidak mencukupi untuk bersukan atau berekreasi dan
seterusnya

menggalakkan

kehidupan

sedentari.

Kanak-kanak

mesti

dipaksakan

membebaskan diri mereka daripada teknologi multimedia dan dipaksa turun beriadah.

3.0 Kesan Obesiti Dalam Kalangan Kanak-Kanak


Kegemukan dan obesiti mempunyai kaitan dengan cara pemakanan. Berdasarkan
artikel yang dikaji menunjukkan bahawa seorang daripada 4 orang kanak-kanak di negara
ini adalah gemuk ataupun obesiti. Manakala seorang daripada 3 orang remaja adalah berat
badan yang berlebihan, dan seorang daripada 6 orang ialah obes. Kajian tersebut
dijalankan pada tahun 2002 dan tahun 2008. Penemuan kajian tersebut menunjukkan
peningkatan yang ketara dalam bilangan kegemukan dan obesiti dalam kalangan pelajar
sekolah. Kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun juga menunjukkan peratus kegemukan
dan obesiti.
Statistik yang membimbangkan ini, jika dibiarkan, akan menyebabkan negara ini
mengeluarkan produktiviti yang pasif dan menuju ke arah negara gemuk. Kegemukan dan
obesiti ialah penyebab utama kepada penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit
jantung, penyakit darah tinggi dan sebagainya. Memiliki berat badan berlebihan di
kalangan kanak-kanak juga boleh menyebabkan tekanan psikologi. Usikan mengenai
penampilan diri mereka sedikit sebanyak mempengaruhi keyakinan diri kanak-kanak
berkenaan dan ia boleh membawa kepada pengasingan diri daripada rakan sebaya serta
masalah kemurungan. Kesihatan mental yang disebutkan lebih kepada kesan emosi
individu yang mempunyai berat badan berlebihan apabila terlibat dalam interaksi sosial.
Boleh dikatakan di mana sahaja seseorang yang besar badannya bersekolah, pasti ada
yang mendiskriminasi atau mengejek. Hal ini menyebabkan tahap keyakinan dirinya
semakin rendah. Kesan diskriminasi pada usia muda ini pula akan dibawa sehingga
mereka dewasa dan mungkin membawa kepada masalah hidup yang menjejaskan tahap
kepuasan hidup individu yang berbadan besar.
Berdasarkan artikel yang dikaji, kanak-kanak yang berusisa seawal lapan tahun
berkemungkinan menghidap diabetes mellitus jenis 2 sekiranya telah mengalami obesiti.
Golongan jenis ini terdiri daripada pelbagai kegagalan yang terhasil dari gabungan
penentangan terhadap tindakan insulin dan insulin yang tidak mencukupi. Ia adalah
gangguan yang dicirikan oleh hiperglisemia dan dikaitkan dengan mikrovaskular (iaitu,
retina, buah pinggang, mungkin neuropathic), macrovascular (iaitu, koronari, vaskular
periferal), dan neuropathic (iaitu, autonomi, periferal) komplikasi.

Kajian lain menunjukkan lebihan berat badan dan obesiti adalah faktor risiko pada
penyakit kardiovaskular. Lebihan berat badan dan obesiti merupakan faktor primer bagi
penyakit koronari jantung dan bersama faktor risiko lain yang telah dibuktikan seperti
diabetes, hiperkolesterolemia atau kekurangan tahap lipoprotein kepadatan tinggi.
Hipertensi yang di alami oleh kanak-kanak yang obes adalah signifikan lebih tinggi jika
dibanding dengan yang tidak obes. Peningkatan tekanan darah juga berlaku pada bacaan
sistolik dan diastolik. Lebihan berat badan dan obesiti juga mempunyai hubungan dengan
penyakit diabetes. Kajian telah menunjukkan bahawa walaupun terdapat peningkatan
pengeluaran insulin oleh pankreas antara 100-200% dalam keadaan obes tetapi masih
wujud tanda-tanda klinikal kekurangan hormon tersebut. Ini menjelaskan terdapat
kekurangan tapak reseptor, penurunan kadar sensitiviti reseptor atau kedua-duanya.
Penurunan berat badan mengakibatkan tapak reseptor kembali kepada asal dari segi
jumlah serta sensitiviti dan ini akan mengawal paras glukosa darah.
Selain itu, masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak mengakibatkan kesan
langsung sleep apne iaitu kekurangan oksigen semasa tidur disebabkan rongga pernafasan
yang tersekat (Obstructive sleep apnea). Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini
mempunyai tidur yang tidak sempurna dan seringkali mengalami gangguan pernafasan
yang berulang-ulang sepanjang waktu tidur. Mereka juga sering berdengkur semasa tidur.
Keadaan ini boleh menyebabkan kematian sekiranya tahap kekurangan oksigen semakin
merosot. Sleep apnea adalah komplikasi biasa kurang berat badan berlebihan bagi kanakkanak dan remaja. Sleep apnea merupakan gangguan pernafasan berkaitan tidur yang
ditakrifkan sebagai pemberhentian pernafasan semasa tidur yang berlangsung selama
sekurang-kurangnya 10 saat dengan berdengkur kuat dan labored pernafasan. Semasa
berlaku sleep apnea, tahap-tahap oksigen dalam darah boleh jatuh dengan mendadak.
Asma adalah penyakit paru-paru di mana saluran pernafasan disekat atau telah
menurun menyebabkan kesukaran bernafas. Kajian telah mengenal pasti perkaitan antara
kanak-kanak yang berlebihan berat badan dan asma. Asma merupakan penyakit alahan yang
mengganggu saluran udara (bronkus). Semasa berlaku tindak balas alahan, bronkus menjadi
sempit dan dipenuhi lendir. Ini menyebabkan kesesakan nafas. Serangan asma boleh
menakutkan anak kerana perasaan lemas akan menyebabkan anak berasa panik dan ini
membuat pernafasannya semakin sukar. Punca awal yang menyebabkan alahan, iaitu alergen
seperti debunga atau habuk rumah, yang biasanya dibawa oleh angin. Bagi anak yang

menghidap asma, tekanan emosi dan senaman boleh menyebabkan serangan. Namun
demikian masalah kegemukan kanak-kanak juga menyebabkan faktor kesukaran bernafas ini
terjadi.
Kanak-kanak dan remaja obes berisiko tinggi menghidap penyakit kardiovaskular
seperti tinggi kolestrol dan tekanan darah tinggi. Kajian menunjukkan 70% individu berumur
5-17 tahun mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko. Obesiti kanak-kanak dan
remaja telah didapati mempunyai faktor risiko bagi penyakit kardiovaskular (CVD), termasuk
paras kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan toleransi glukosa yang tidak normal. Dalam
populasi berdasarkan kajian, diantara kanak-kanak berusia 17-tahun, hampir 60% daripada
kanak-kanak berlebihan berat badan telah sekurang-kurangnya satu faktor risiko CVD
(Cardiovascular disease) manakala 25 peratus kanak-kanak berlebihan berat badan
mempunyai dua atau lebih faktor risiko CVD. Lemak yang terlalu tebal boleh menyebabkan
saluran darah tersumbat dalam organ tubuh kita dan menyebabkan tubuh badan kita tidak
mendapat oksigen yang mencukupi Mereka yang mengalami obes iaitu pada ukuran BMI
dalam lingkungan 25 ke atas terdedah dan menyebabkan penyakit seperti serangan jantung,
mati mengejut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidak normal
Selain itu, kanak-kanak yang obes juga berisiko mendapat pre-diabetis atau prakencing manis. Ianya merupakan keadaan di mana tahap gula darah menunjukkan risiko
mendapat kencing manis. Obesiti mempunyai kaitan rapat dengan diabetes. Pengambilan gula
yang berlebihan dan mempunyai tabiat malas bersenam akan menyebabkan seseorang
individu tersebut mudah terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan. Misalnya, gula boleh
menjejaskan platlet darah yang mungkin menjadi punca kepada masalah jantung. Malah,
gula turut menjadi antara penyebab penyakit kencing manis jenis dua, tulang rapuh, masalah
ginjal, hati, kemurungan serta dikaitkan dengan tumor darah

4.0 Kesimpulan
Kanak-kanak yang obes akan cenderung menjadi obes apabila dewasa kelak ataupun
mengalami berat badan berlebihan sepanjang hayat mereka jika tidak dirawat dan
dipantau. Di samping pelan pemakanan yang sihat, kanak- kanak juga perlu diterapkan
latihan fizikal yang mantap. Bukan sekadar menghabiskan masa terluang di hadapan
televisyen atau komputer. Ibu bapa yang memiliki anak-anak obes perlu tahu bahawa
mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul adalah satu perkara
yang sukar. Justeru, ia memerlukan kefahaman yang mantap tentang permasalahan ini dan
menekankan tabiat pemakanan yang sihat. Bukan setakat diterapkan kepada anak-anak
malah perlu dilakukan bermula daripada diri sendiri. Barulah ia mempunyai semangat
yang cukup kuat dalam menyediakan kanak-kanak yang sihat dan generasi tidak obes
pada masa akan datang.
Isu ini perlu diatasi sementelah masih muda bagi mengelakkan atau mengurangkan
komplikasi obesiti yang tidak diingini. Keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak
berubah kepada gaya hidup lebih sihat. Bermula daripada pemilihan pemakanan
sehinggalah aktiviti yang dilakukan. Perubahan dilaksanakan secara berperingkat bagi
mengelakkan kanak- kanak berasa tertekan. Masalah obesiti perlu diatasi dengan segera
agar golongan remaja khususnya dapat berfungsi dengan lebih baik ke arah pembentukan
masyarakat yang seimbang dan dinamik ke arah pencapaian semua matlamat wawasan
2020.
Program-program intervensi perlu dibentuk dengan mengambil kira semua faktor
yang berkaitan supaya wabak obesiti dapat dikurangkan atau dibendung seperti amalan
pemakanan yang baik, gaya hidup yang sihat serta sikap dan tingkahlaku yang positif.
Pemantauan berterusan ke atas golongan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai
masalah obesiti perlu diteruskan supaya berat badan ideal dapat dikekalkan dan
tingkahlaku yang sihat dapat dikekalkan. Sokongan daripada semua pihak amat
diperlukan supaya hasrat untuk mengurangkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak
sekolah.
2,217 pp
Rujukan
Cunningham, A.S., Kramer, R.M., Narayan, V. (2014). Incidence Of Childhood Obesity
In The United States. Vol.370 No.5

International Journal Of Obesity . (1992). Risks And Consequences Of Childhood And


Adolescents Obesity.
Kosti, L,R,. Panagiotakos, B.D,.(2006). The Epidemis Of Obesity In Children And
Adolescents In The World. 14(4): 151-159.
Moreno, G., Shelton, J.D., Boles, S. (2013). Prevalance And Prediction Of Overweight
And Obesity Among Elementary School Students. Vol.83. No.3
Wang, Y., Monteiro, C., Popkin. M.B,. (2002). Trends Of Obesity And Underweight In
Older Children And Adolescents In Theunited States, Brazil, China And
Russia. 75; 971-7