Anda di halaman 1dari 2

(Kump 1)

BAB 5
Sinopsis
Hari pertama Farisha bertugas di Soft Lab disambut oleh Alia. Alia membawa Farisha ke pejabat dan
menerangkan penggunaan alatan di pejabat tersebut. Farisha terlopong mendengar pembentangan Alia yang
sangat lancar, tenang dan fasih tentang IT. Farisha berasa kagum dan hairan kerana dia tidak nampak Alia
mengerdipkan mata sejak tadi. Sewaktu makan tengah hari bersama Shida, mereka bertukar-tukar cerita
tentang pengalaman hari pertama di Soft Lab. Shida ada menimbulkan cerita tentang Alia yang dirasakannya
agak pelik terutamanya kulit muka dan bulu keningnya. Mungkin Alia ada membuat pembedahan plastik.
Farisha menegur mulut celupar Shida.

Latar Masa
Pukul 9 pagi Farisha dan Shida melangkah masuk ke lobi Soft Lab
Pukul 1.00 tangah hari Farisha dan Shida memesan makanan di kedai mamak

Latar Tempat
Soft Lab - Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang semua kod program yang ada dalam Soft Lab

Persoalan
Kecanggihan teknologi pada masa hadapan
Buktinya, kelengkapan serba canggih di tempat kerja Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Farisha di Soft
Lab, Cyberjaya.

Gaya Bahasa
Bahasa Inggeris
Contohnya, kita boleh pancarkan display ke situ?
Dinding ini boleh digunakan sebagai touch screen

Latar Masyarakat
Masyarakat yang maju dalam bidang teknologi maklumat dan robotik. Buktinya, Alia menunjukkan
kod program kepada Farisha melalui dinding dwifungsi yang boleh digunakan sebagai touch screen

Nilai Murni
Bekerjasama Buktinya, Alia akan membantu Farisha untuk mengkaji seni bina sistem Dinara kemudian
Farisha akan melakukan aktiviti menggodam aktiviti tersebut

Watak Perwatakan
Farisha
-Anak kepada Karl dan Merilyn/Medina.
-Anak angkat kepada keluarga Azraai.
-Sahabat karib kepada Shida dan Rosman.
Shida
-Teman serumah Farisha dan merupakan kawan akrab.
-Ditawarkan bekerja dalam arkib yang terletak di Soft Lab dan sering berurusan dengan Khairul Anwar.
-Berjaya mengesan seorang yang bernama Medina bertugas di Soft Lab yang tidak dapat dikesan.

Pengajaran
- Kita hendaklah memupuk sikap bekerjasama dalam kehidupan seharian. Contohnya, Alia membantu
Farisha untuk mengkaji seni bina sistem Dinara

Anda mungkin juga menyukai