Anda di halaman 1dari 2

UJIAN KUASA.

Kuasa adalah kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Kuasa dapat didefinisikan
sebagai suatu kebolehan melakukan sesuatu pergerakan yang pantas dan kuat
dengan menggunakan masa yang paling minimum. Dari aspek fisiologi, kuasa
merupakan hasil keupayaan otot menguncup dalam masa yang singkat. Ianya
melibatkan gabungan antara kekuatan otot dan juga kepantasan kuncupan otot.

PENGENALAN UJIAN KUASA.


Sargent ( 1921 ), telah mencipta satu ujian kuasa untuk mengukur kuasa otot
kaki. Ujian ini dikenali sebagai ujian lompat sargent. Ujian ini telah dimuatkan ke
dalam artikel Sargent yang berjudul The Physical Test Of A Man (petikan
Johnson dan Nelson, 1986).
Pada tahun 1928, Bovard dan Cozens telah menggunakan leap meter untuk
mengukur lompat menegak. Mereka mengendalikan penyelidikan terhadap
kebarangkalian ujian lompat sargent sebagai perbandingan kepada kebolehan
atlet dalam acara olahraga.
Me Cloy ( 1932 ), telah menggunakan ujian lompat sargent untuk mengukur
prestasi atlet dalam acara olahraga. Beliau mendapati ada kolerasi antara ujian
lompat sargent dengan beberapa acara sukan seperti lompat tinggi, lompat jauh,
lari pecut 1(50 ela dan lontar peluru).
Seorang lagi penyelidik bernama Dewson (1945), telah membuktikan bahawa
peningkatan kuasa individu adalah berkadar terus dengan peningkatan umur
dari peringkat awal ke pertengahan umur. Selepas tempoh itu, prestasi kuasa
akan menurun (petikan Johnson dan Nelson, 1986).
Ujian kuasa Margaria oleh Margaria, Aghemo dan Rovelli (1966), telah
memperkenalkan satu ujian untuk mengukur kuasa anaerobik alaktik. Dalam
ujian ini subjek dikehendaki berlari deras menaiki anak tangga yang setiap
satunya setinggi 175 mm (jarak menegak) seberapa pantas yang boleh. Masa
akan diambil antara anak tangga keempat hingga anak tangga kelapan (petikan
Baumgartner dan Jackson, 1991).

OBJEKTIF UJIAN
o

Mengetahui dan dapat menerangkan konsep kuasa dengan jelas terhadap


jenis-jenis ujian kuasa yang telah dijalankan.

Mengeunakan alat pengukuran kuasa dengan kaedah yang betul dan


bersistematik.

Memilih dan melaksanakan ujian kuasa mengikut kesesuaiannya terhadap


bidang sukan yang diceburi.

Mengumpul dan menganalisa data hasil daripada keputusan yang


diperolehi.

Mempraktikkan ujian kuasa dalam pengendalian kelas Pendidikan Jasmani.

Mengendali dan menguruskan ujian-ujian kuasa dengan tersusun, kemas


dan terancang.