Anda di halaman 1dari 9

10 PENGENALAN

Sejarah permulaan acara lompat jauh dikesan pada awal tahun 708 s.m. iaitu
semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan, lompatan pertama
yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh Chionis iaitu seorang atlit dari
Sparta. Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan adalah berbeza daripada
lompatan yang dilakukan pada masa kini. Berdasarkan bukti-bukti yang
didapati daripada lukisan yang terdapat pada tembikar pada zaman dahulu,
lompatan di buat secara berkali- kali sama ada dalam bentuk multiple,
double triple atau quintriple. Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada
tahun 1896, lompat jauh telah dikategorikan dalam acara olahraga dan
bermula daripada itu ia telah diterima dalam kebanyakkan kejohanan yang
diadakan di pelbagai peringkat dunia. Peraturan dan teknik lompatan
diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga kepada bentuk lompatan yang
digunakan pada masa kini. Lompat jauh dianggap acara yang mudah untuk
dipelajari berbanding acara lompatan yang lain tetapi jika teknik dan
peraturan lompatan tidak dipelajari dengan baik ia boleh membawa kepada
risiko kecederaan.
PERALATAN DAN KELENGKAPAN
i.
Pita pengukur
Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan. Jarak lompatan
diukur dari hujung yang terdekat dengan papan pelepas ke hujung
terdekat tempat pendaratan dalam kawasan pendaratan. Dalam
kejohanan dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat
pengukur elektronik dan menjadikan pengukuran lebih mudah serta
cepat dilakukan.
ii.

Kasut berpaku (spike)


Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan sebagai
perlindungan. Kasut yang berpaku dan bertumit plastik sesuai
digunakan dalam lompat jauh.

iii.

Bendera isyarat
Bendera yang digunakan oleh pengadil adalah untuk mengawasi
lompatan. Terdapat dua jenis bendera iaitu bendera putih dan
merah. Bendera putih untuk lompatan yang sah dan bendera merah
untuk lompatan yang batal.

Rajah 1.1: Ruang dan kelengkapan acara lompat jauh


TEKNIK LOMPATAN
Terdapat empat aspek penting yang harus ditekankan dalam lompat jauh
iaitu kelajuan larian, pelepasan lompatan, lompatan di udara dan
pendaratan.
i.

Kelajuan larian
Kelajuan lompatan adalah penting untuk menghasilkan daya
lompatan yang kuat dan jauh. Kelajuan larian secara mendatar yang
stabil akan membantu pergerakan menegak yang kuat semasa
lompatan di lakukan. Dalam menghasilkan larian mendatar dan
menegak, konsentrasi dan ketepatan adalah penting. Kebiasaannya,
pelompat melakukan larian yang mempunyai 18 hingga 22 langkah
atau jarak di antara 25 hingga 40 meter. Bagi mendapatkan
ketepatan, check mark dilakukan sebelum membuat lompatan bagi
memudahkan pelompat untuk membuat larian mula dengan papan
pelepas. Terdapat dua kaedah untuk melakukan check mark iaitu
kaedah pertama pelompat perlu mencari konsentrasi melalui larian
yang berulang-ulang dan menandakan titik yang paling sesuai.
Manakala kaedah kedua ialah mencari konsentrasi melalui larian
dari papan pelepas tetapi ia kurang sesuai jika tiupan angin yang
terlalu kuat

Rajah 1.2: Teknik membuat check mark


Pelepasan lompatan
Ia penting dalam menentukan pencapaian momentum menegak maksimum
dan dalam melakukan lompatan yang berkesan. Kelajuan larian dan daya
konsistensi yang sesuai dapat membantu menghasilkan pelepasan yang baik
dalam lompatan. Dianggarkan pelompat hanya berada selama 0.11 saat
pada tahap pelepasan lompatan ini tetapi ia penting dalam menentukan
daya lompatan yang baik atau lompatan yang batal. Melalui pemerhatian
corak dan teknik yang dilakukan oleh jaguh-jaguh peringkat antarabangsa,
teknik pelepasan lompatan berikut adalah disarankan iaitu:
Pelompat perlu ada konsentrasi yang tinggi pada tahap pelepasan
lompatan.
1

Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan


dari atas ke bawah dan pada kaki sudut hentian perlu diubah.

Bahu dan dada di angkat keatas untuk membantu dalam membuat


pelepasan.

Rajah 1.3: Membuat pelepasan lompatan


i. Lompatan di udara
Semasa

pelepasan

mengambil

tempat

lompatan
pada

dilakukan,

pelompat.

momentum

Daya

menegak

pergerakan

mula

menegak

ini

dikurangkan akibat daripada sudut hentian yang berlaku di awal pelepasan.


Pergerakan menegak ini juga dikurangkan oleh daya graviti iaitu pusat
graviti semasa di udara adalah pada badan pelompat. Terdapat tiga jenis
pergerakan yang boleh dilakukan oleh pelompat semasa berada di udara,
iaitu:

Pergerakan berlayar
Rajah 1.4: Pergerakan berlayar

Pergerakan mengayuh
Rajah 1.5: Pergerakan mengayuh 112 kali di udara

Pergerakan ayunan punggung


Rajah 1.6: Pergerakan ayunan punggung
Daripada ketiga-tiga jenis pergerakan ini pergerakan mengayuh adalah
paling licin dan banyak digunakan dalam lompat jauh pada peringkat
antarabangsa.

1
i.
Pendaratan
Dalam menentukan jarak pencapaian yang maksimum, aspek pendaratan
memainkan peranan penting. Pergerakan yang sesuai mampu menghasilkan
jarak yang maksimum dan dapat mengelakkan gangguan pada momentum
menegak. Teknik pendaratan yang sesuai digunakan adalahjack-knifing.
Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan
yang dilakukan. Ia dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke
bahagian hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan
pelompat akan dipindahkan ke bahagian kaki dan tangan.
Rajah 1.7: Mendarat
Teknik-teknik dalam lompat jauh adalah,
i.
Fasa larian
Larian pantas dan terkawal menuju ke papan lonjak (papan pelepasan).
ii.
Fasa lonjakan

Lakukan lonjakan yang kuat dengan lutut kaki diangkat tinggi semasa
melonjak. Kedua-dua belah tangan hendaklah diayunkan ke atas bertujuan
untuk membantu lonjakan.
iii. Fasa layangan
1
Semasa fasa layangan, mata memandang tepat ke hadapan. Kedua-dua
belah kaki dilunjurkan ke hadapan badan semasa dalam kedudukan bersedia
untuk mendarat.
iv.
Fasa mendarat
Gerakkan badan ke hadapan supaya pelompat tidak terjatuh ke belakang
iaitu dengan mengayunkan tangan ke hadapan dan kedua-dua belah kaki
dibengkokkan semasa tumit mula mencecah pasir.
10 PRINSIP-PRINSIP ASAS
Tujuan utama dalam lompat jauh adalah untuk mencapai jarak lompatan
maksimum mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Jarak ini dapat dicapai
dengan melalukan larian pantas serta lonjakan yang kuat dan tinggi. Selain
itu, kelenturan badan serta daya koordinasi yang baik perlu untuk
menghasilkan lompatan yang baik dan berkesan.
Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat dapat mempengaruhi jangka
masa pelompat semasa berada di udara. Kedua-dua fasa lompatan ini dapat
mengakibatkan pelompat bergerak mengikut ketentuan lompatan yang
dikehendaki.

Gaya

badan

semasa

di

fasa

layangan

adalah

untuk

mengimbangi badan serta membolehkan pelompat membuat persediaan


untuk mendarat dengan baik. Bagi yang baru mempelajari lompat jauh, gaya
layar adalah sesuai digunakan untuk melakukan jarak lompatan yang dekat

dan fasa layangan yang singkat. Gaya layar adalah mudah dipelajari tetapi
lompatan gaya ini tidak mampu menghasilkan lompatan yang jauh.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ASAS


i. Setiap peserta hanya dibenarkan melakukan tiga atau enam lompatan
sahaja berdasarkan keputusan yang telah dibuat. Biasanya, jika bilangan
peserta yang ramai, hanya tiga lompatan perlu di buat.
ii. Lompatan yang terbaik iaitu lompatan yang paling jauh akan dikira
sebagai pencapaian terbaik dan pemenang
iii. Peserta perlu membuat lompatan pada papan pelepas yang disediakan
dan peserta tidak dibenarkan membuat lonjakan sebelum kaki sampai ke
papan pelepasan.
iv. Lompatan dikira batak jika peserta melakukan perkara-perkara seperti
berikut;
Memijak atau menyentuh kawasan hadapan papan pelepasan melepasi
tanda yang dibenarkan.
Semasa mendarat, seluruh badan peserta berada di luar kawasan
mendarat.
v. Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan dan kebiasaannya
jarak yang digunakan adalah antara 15 hingga 40 meter.
vi. Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di kawasan
mendarat. Ukuran dilakukan antara dari hujung papan pelepasan dengan
hujung kawasan mendarat iaitu pada sudut tegak daripada tempat paling
hampir yang disentuh oleh peserta.
vii. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan dalah dilarang.
viii. Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau pengadil diperlukan untuk
mengawasi
lompatan iaitu mengawasi papan pelepasan, tempat
mendarat dan sebagai pencatat.

Anda mungkin juga menyukai