Anda di halaman 1dari 3

BIAR PUTIH TULANG...

SYNOPSIS-GLOBAL
BY MAIZURA MOHD EDERIS DATE : 22 OCT 2009

BIAR PUTIH TULANG...


Isa dan Musa adalah sahabat baik sejak di tingkatan satu. Mereka
jarang berpisah dan sentiasa kelihatan melakukan pelbagai aktiviti
bersama. Isa datang dari keluarga susah - bapanya pemetik kelapa.
Sementara Musa datang dari keluarga agak senang - bapanya kerani
pejabat tanah. Biarpun akrab, perwatakan mereka jauh berbeza. Isa
pendiam, pemalu, penyabar, gigih berusaha dan berfikir panjang dalam
tindak tanduknya. Sebaliknya, Musa periang, peramah dan pandai
bergaul. Namun, dia mudah panas baran dan kerap kelihatan bergaduh
dengan pelajar lain. Musa kurang berusaha berbanding Isa tetapi Musa
sentiasa bernasib baik.

Mereka rapat kerana minat yang sama – badminton. Mereka bermain


sebagai pasangan beregu dan sentiasa menjadi harapan sekolah mereka –
BATU PAHAT HIGH SCHOOL (BPHS) - untuk menjulang tropi di setiap
kejohanan. Kejayaan pasangan beregu negara, Razif dan Jailani Sidek di
kejohanan All England pada tahun 1982 memberi inspirasi kepada Isa dan
Musa. Mereka berlatih bersungguh-sungguh sehingga akhirnya memenangi
kejuaran peringkat daerah dan negeri Johor. Mereka kemudiannya
terpilih untuk menyertai pasukan badminton remaja kebangsaan. Namun,
Isa menarik diri kerana terpaksa membantu keluarga mencari nafkah
hidup disamping untuk belajar bersungguh-sungguh menghadapi
peperiksaan. Hanya Musa yang menyertainya.

Selepas tamat SPM, Isa berjaya memiliki gadis idamannya, Noraini,


gadis paling cantik di sekolah mereka. Kemudian, Isa dan Musa
ditawarkan ke Maktab Perguruan. Malang sekali, Isa ditawarkan ke
maktab di Petaling Jaya, Selangor sedangkan Musa ditawarkan ke Air
Hitam, Johor. Isa bimbang hendak meninggalkan Noraini kerana Noraini
sentiasa menjadi buruan pemuda-pemuda lain yang lebih hebat
daripadanya. Musa meredakan kebimbangan Isa itu dengan berjanji akan
sentiasa menjaga Noraini dari gangguan peminat-peminatnya. Salah
seorang, Sazali, yang tidak jemu merayu Noraini walaupun tidak

1
BIAR PUTIH TULANG... SYNOPSIS-GLOBAL
BY MAIZURA MOHD EDERIS DATE : 22 OCT 2009
dilayan. Musa berjanji kepada Isa akan menjaga Noraini seperti adiknya
sendiri. (Musa mempunyai seorang adik perempuan)

Semasa berjauhan, Sazali telah membuat onar sehingga Noraini menyangka


Isa berubah hati terhadapnya. Pada masa yang sama Isa pula menyangka
Noraini berubah hati. Musa cuba mencari punca sebenar tetapi gagal.
Lama kelaman Noraini tertarik kepada Musa yang begitu mengambilberat
terhadapnya. Musa juga jatuh hati pada Noraini. Bagaimanapun, salah
faham ini berjaya dijelaskan dengan kepulangan Isa. Baru lah mereka
sedar situasi ini angkara Sazali. Isa merayu Musa agar mengembalikan
Noraini kepadanya. Alangkah terkejutnya Isa bila Musa menjawab,
“tidak.” Manakala Noraini berada dalam dilema – wajarkah dia kembali
kepada Isa? Atau meneruskan hubungan dengan Musa?

Tiga tahun kemudian, Isa dan Musa tamat pengajian di maktab. Musa kini
mendapat kelebihan berbanding Isa. Dia berjaya memiliki Noraini
sebagai isterinya yang sah. Dan berjaya mendapat tempat mengajar di
sekolah lama mereka - Batu Pahat High School - sebuah sekolah dalam
bandar yang berprestij dan cemerlang dari segala segi. Manakala Isa
masih bersendirian meratap kekecewaan ditinggalkan Noraini. Dan
mendapat tempat mengajar di sekolah kampung yang jauh ketinggalan –
Sekolah Menengah Munshi Abdullah (SMMA). Hubungan mereka terputus
begitu sahaja. Mereka tidak lagi bertegur sapa sekiranya berselisih.

Isa yang menjadi guru kelab badminton SMMA berazam untuk menumpaskan
pasukan BPHS. Dia menanamkan semangat juang yang tinggi kepada anak
didiknya terutama Johan, Ganesh dan Wong Kai Fatt. Malah berkawan
rapat dengan ibu bapa mereka juga – Pak Aziz, Halimah, Eng Tong,
Angie, Ramachandaran, Kamala dan lain-lain. Guru-guru SMMA turut
menyokong misi Isa. Cikgu Faridah yang pada mulanya menganggap impian
Isa itu mustahil, lama kelamaan menjadi penyokong setia Isa. Itu pun
setelah Cikgu Faridah mengetahui kisah silam Isa. Baru lah dia tahu
kenapa Isa bermati-matian ingin menewaskan pasukan BPHS yang terkenal
dengan kekuatan mereka. BPHS menjadi juara enam tahun berturut-turut
dalam sukan badminton, ragbi, bolasepak dan olahraga.

2
BIAR PUTIH TULANG... SYNOPSIS-GLOBAL
BY MAIZURA MOHD EDERIS DATE : 22 OCT 2009
Sementara itu, seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita kemenangan
pasukan Malaysia menentang musuh tradisi yang lebih kuat, Indonesia
pada separuh akhir Kejohanan Thomas Cup 1988. Sedangkan pasukan
Malaysia diramalkan sebagai tidak mampu memberi tentangan kepada
Indonesia. Kemenangan itu benar-benar memberi inspirasi kepada Isa dan
pasukan SMMA. Mereka berlatih bersungguh-sungguh. Tiba harinya, SMMA
memberi tentangan yang cukup hebat kepada psaukan lawan. Pasukan BPHS
terpinga-pinga pada mulanya. Mujur lah mereka cepat tersedar lalu
bertindak mempertahankan kejuaraan mereka. BPHS menang lagi dan SMMA
tewas dengan mata yang tipis sahaja.

Kemenangan ini memberi semangat kepada SMMA untuk terus berusaha


mengalahkan BPHS. Kini tiada apa yang mustahil. Mereka memperbanyakkan
latihan dan strategi. Semangat tidak mahu mengaku kalah juga semakin
tertanam kukuh di jiwa masing-masing.

Masa berlalu. Thomas Cup muncul lagi. Tahun ini tahun 1992. Malaysia
benar-benar menyaksikan kejayaan pasukan negara menjulang Piala Thomas
setelah berjaya mengalahkan pasukan Indonesia yang nyata lebih kuat.
SMMA mendapat inspirasi dan semangat dari kejayaan ini. Kali ini
seluruh penduduk kampung menyokong SMMA. Di hari perlawanan, mereka
turun ke gelanggang memberi sokongan. Berkat kegigihan Isa mendidik
pasukannya, SMMA akhirnya menang. Musa terpaksa akur bahawa Isa kini
sudah berjaya mengalahkannya. Malah Isa lebih baik darinya dari segala
segi.

Saat ini, Norani dalam proses hendak meninggalkan Musa kerana


perkahwinan mereka tidak bahagia. Gara-gara sikap Musa yang boros,
gemar berbelanja mewah, panas baran dan kurang bertanggungjawab.
Manakala Isa sudah menemui isteri yang jauh lebih baik daripada
Noraini. Wanita hebat itu adalah Cikgu Faridah yang sentiasa memahami
dan menyokong Isa dalam apa jua perkara.

TAMAT