Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PINANGKAU

BELURAN, SABAH

KERTAS KERJA

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH,


PENGAWAS PUSAT SUMBER , PENGAWAS SPBT , KETUA
KELAS & PENOLONG KETUA KELAS

TAHUN 2015

1. PENDAHULUAN
Keadaan sekolah yang kurang menghadapi masalah disiplin memang diharapkan akan
dapat menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid. Murid-murid
sentiasa diharapkan akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah yang telah ditetapkan.
Peranan pengawas, ketua dan penolong kelas amat penting dalam membantu pihak
sekolah mengawal disiplin para pelajar. Justeru, pihak sekolah telah melantik pengawas,
pengawas pusat sumber, pengawas SPBT serta ketua dan penolong kelas yang diharapkan
akan dapat menjadi mata dan telinga kepada para guru. Dengan itu, pelantikan mereka
secara rasmi dengan diberikan watikah diharapkan akan menyedarkan mereka bahawa
tugas mereka amat penting dalam membantu pihak sekolah mengawal disiplin pelajar.
2. OBJEKTIF
Pelantikan ini diharapkan akan dapat:
i.

Menaikkan semangat para pengawas untuk bertugas dengan bersungguhsungguh bagi membantu pihak sekolah mengawal disiplin pelajar.

ii.

Memaklumkan kepada pelajar bahawa pengawas turut memainkan peranan


membantu guru mengawal disiplin sekolah.

iii.

Menimbulkan rasa hormat dalam kalangan pelajar terhadap tugas para


pengawas.

3. KUMPULAN SASARAN
i)
Pengawas Sekolah 2015 seramai 7 orang
ii)
Pengawas Pusat Sumber 2015 seramai 4 orang
iii)
Pengawas SPBT 2015 seramai 4 orang
iv) Ketua dan Penolong Kelas 2015 seramai 12 orang.
4. PELAKSANAAN PROGRAM
Majlis penyampaian watikah akan diadakan pada 23 Februari 2015 ( Isnin) 2011 jam 7.00
pagi dengan dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pinangkau, Encik
Palumen Bin Pajemin.
5. PERSONALIA
* AJK Unit Disiplin
* Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Kelas

6. PERBELANJAAN KEWANGAN
-

Tiada kos

7. PENUTUP
Diharapkan majlis watikah pengawas, pengawas pusat sumber, pengawas SPBT serta
ketua dan penolong kelas tahun 2015 ini akan menjadi perangsang dan semangat kepada
mereka untuk bertugas dengan penuh komited dan dedikasi. Peranan mereka memang
amat diharapkan oleh pihak sekolah dalam membantu perjalanan disiplin yang lebih licin.
Semoga dengan komitmen yang diberikan oleh mereka akan dapat melahirkan pelajar SK
Pinangkau yang cemerlang, gemilang dan terbilang. InsyaAllah.

Disediakan oleh,

(MUHAMMAD MUKHTAR BIN HUSSIN)


Ketua Penyelaras Disiplin,
Sekolah Kebangsaan Pinangkau,
Beluran, Sabah.

Disahkan oleh,
.
(NORAINA BINTI LOJUMIN)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Pinangkau,
Beluran, Sabah.

Anda mungkin juga menyukai