Anda di halaman 1dari 20

ISU PENYALAHGUNAAN MASA DI KALANGAN GURU

Nama : Tan Ying Guan


Pada era globalisasi ini, terdapat pelbagai
perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek
telah berlaku di sekeliling kita sama ada kita sedar atau
tidak. Perkembangan dan pembangunan yang kita lihat
hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat
terutamanya golongan professional. Antara bidang
professional
yang
terlibat
adalah
keguruan,
perubatan,kejuruteraan, perundangan dan lain-lain lagi.
Apa yang dimaksudkan dengan professional?
Menurut Ornstein dan Levine ( 1993 ), konsep
professional merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam
kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri-ciri yang telah
dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan
yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya
kod etika yang mengawal tingkah laku ahli. Jadi, guru
merupakan seseorang yang professional. Ini juga
bermakna guru adalah segolongan yang telah mendapat
latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar
dalam bidang yang diceburi serta mempunyai kod etika
yang tersendiri.
Namun, terdapat pelbagai isu yang timbul dan
melanggar etika profesion perguruan. Merujuk kepada ciriciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini
dilihat semakin goyah kerana terdapat segelintir guru yang
sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia
termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu

mengenai salah laku guru tersiar di internet ataupun dadadada akhbar. Ini sudah tentu akan menganggu gugat
martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion
yang mulia dan suci.
Di sini, saya memilih untuk membincangkan
Masalah Penyalahgunaan Masa sebagai isu yang
melanggar etika profesion perguruan kerana masalah ini
kerap terjadi di kalangan guru. Di Malaysia, waktu bagi
satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30
pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak
termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang.
Sepanjang tempoh ini, murid-murid dan guru terlibat
secara langsung dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan
ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di
sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang
tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus
kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting
bagi kita untuk membendung isu ini daripada terus
menular.
Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah
adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru
tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguhsungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran
yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak
menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan
masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak
berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari
facebook

, berchatting, bergosip, melepak di kantin, guru


melakukan kerja sambilan di malam hari ( misalnya
mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam, mengajar
dance,
membuat
persembahan
tarian)
hingga
menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di
siang hari dan banyak lagi. Walaupun saya tidak
menjalankan kajian penyelidikan tentang masalah ini
tetapi melalui pengamatan saya, adalah wajar masalah ini
diberi perhatian. Masalah penyalahgunaan masa mugkin
tidak terlalu serius tetapi jika dibiarkan berlanjutan,
masalah ini dapat menjejaskan kredibiliti para guru dan
merugikan murid. Ramai guru masih tidak menyedari
hakikat ini. Jadi, saya berharap agar saya dapat
menangani isu ini dalam diri saya agar tugas saya sebagai
bakal guru boleh menyumbang satu kebaikan kepada
murid-murid saya.
Sebelum saya menyentuh isu penyalahgunaan masa
di kalangan guru dalam tempoh bertugas, saya ingin
merujuk kepada peraturan-peraturan yang perlu di patuhi
guru ketika berada dalam perkhidmatan. Mengikut Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September
1981, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,
kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada
di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum
sekolah bermula. Surat ini juga memberi penekanan
terhadap tanggungjawab guru untuk mengamalkan
ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah,
semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki
bilik darjah untuk mengajar dan semasa menjalankan
sesuatu kegiatan di luar bilik darjah seperti kegiatan

kokurikulum. Maksud ketepatan masa juga merangkumi


keperluan guru untuk mengikut jadual pengajaran dan
tidak dibenarkan meninggalkan kelas ataupun kawasan
sekolah semasa tempoh persekolahan.
Di samping itu, terdapat beberapa perkara yang perlu
diambil perhatian oleh guru berkaitan pematuhan waktu
dan masa. Semua guru dikehendaki menandatangani
buku kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan
mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan
tandatangan. Pada zaman yang teknologi kini, ada
sekolah yang menggunakan punch card atau
menggunakan perisian komputer yang menggunakan
pengesanan corak ibu jari sebagai bukti kehadiran. Guru
Besar pula diberi kuasa mengizinkan guru meninggalkan
kawasan sekolah sekiranya ada hal-hal tertentu dan
mereka perlu mengisi buku catatan meninggalkan
sekolah. Begitu juga jika terdapat hal yang memerlukan
guru meninggalkan bilik darjah, kegiatan dan upacara
rasmi sekolah dan aktiviti kokurikulum, guru perlu
mendapat kebenaran dari Guru Besar.
Selain itu, pada masa senggang iaitu ketika guru
tidak menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas, guru perlu melaksanakan beberapa perkara
seperti memeriksa buku latihan dan kerja rumah murid
dengan teliti, menulis buku ringkasan mengajar,
menyediakan alatan dan bahan bantu mengajar,
menguruskan hal ehwal kelas, menguruskan yuran murid,
hal-hal kokurikulum dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang
dilakukan oleh guru pada waktu ini mestilah aktiviti yang
memberikan faedah kepada murid-murid. Selain itu, guru

juga diberi tanggungjawab untuk menggantikan guru lain


untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
Di bawah ini, saya akan menyatakan perkara yang
membawa kepada penyalahgunaan masa yang sering
dilakukan oleh guru sama ada secara disedari atau tidak
disedari. Yang paling utama adalah guru lewat masuk ke
dalam kelas. Guru yang mematuhi ketetapan masa tidak
menunggu loceng berbunyi untuk berjalan dari sesuatu
tempat untuk ke kelas mereka. Mereka akan bergerak
awal ke kelas dan kadangkala sanggup pula menunggu
waktu guru lain habis di luar kelas. Sekiranya waktu
pengajaran adalah berturutan, guru ini tergesa-gesa pergi
bergerak dari satu kelas ke kelas berikutnya dengan
penuh semangat. Maka, fenomena guru yang lewat
masuk ke kelas akan menimbulkan isu penyalahgunaan
masa. Bukan itu sahaja, sekiranya berlaku sebarang
kemalangan di dalam kelas, guru tersebut harus
dipersalahkan. Mencuri masa adalah perbuatan yang
tidak wajar bagi seorang guru.
Menurut laporan artikel yang saya membaca, guru
yang suka lewat masuk kelas biasanya akan memberikan
pelbagai alasan seperti terlupa jadual waktu atau tidak
ingat. Ada di kalangan guru yang memberikan alasan
terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan. Malahan
kadangkala memberikan alasan kononnya dipanggil guru
besar atau pengetua. Awal-awal tahun, ada guru buat-buat
sibuk menyiapkan pelbagai borang dan data sehingga
meninggalkan kelas. Sekiranya mereka terpaksa
menyiapkan tugasan yang amat penting, ini bolehlah
dimaafkan. Murid-murid yang datang ke sekolah saban

hari
mengharapkan
ilmu
pengetahuan
daripada
guru.Sejak awal pagi mereka telah bangun meredah
kesejukan pagi dengan satu niat yang maha suci untuk
belajar. Tetapi apalah malangnya nasib mereka apabila
ada segelintir guru yang mengabaikan tugas untuk
mencurahkan ilmu. Sebenarnya pelbagai perkara yang
tidak diingini boleh berlaku apabila ketiadaan guru di
dalam kelas. Pelbagai gejala negatif akan timbul jika tiada
kawalan guru.Secara peribadi, penulis laporan artikel ini
berpendapat seharusnya gejala lewat masuk kelas dan
langsung tidak masuk kelas kerana alasan-alasan yang
remeh-temeh sudah tidak boleh diterima lagi.
Mengikut pemerhatian saya semasa praktikal dan
internship di sekolah, saya juga ternampak fenomena
negatif yang sama berlaku dengan apa yang ditulis dalam
laporan artikel tersebut. Pada permulaannya, saya tidak
berapa mengambil berat tentang masalah ini. Namun ada
satu kali murid-murid kelas saya memberitahu bahawa
guru kelas mereka setiap kali akan lewat masuk ke kelas.
Setiap kali loceng sudah berbunyi dan saya hendak keluar
ke kelas, mereka akan meminta saya jangan keluar dulu
dan meneruskan pengajaran dan pembelajaran saya lagi.
Saya berasa amat aneh, dan tidak berapa percaya
dengan apa yang mereka kata. Mereka panggil saya
membuat satu eksperimen, tengok berapa lama guru
kelas itu masuk ke kelas. Memang, guru itu telah pun
datang selepas 20minit kemudian dengan langkah
perlahan-lahan. Apabila dia nampak saya masih dalam
kelas, dia berterima kasih kepada saya kerana
membantunya mengawal kelas. Ada satu kali lagi, dia

memesan saya mencari dia di kelas pada waktu akhir


untuk mengambil barang dengannya di bilik seni. Saya
sudah lewat 10minit pergi mencari dia di kelas itu, tetapi
apabila saya sampai sana, kelas itu tiada guru, muridmurid membuat bising, jalan sana sini. Selepas itu, rakan
sejawat saya memberitahu saya bahawa guru ini ada di
kantin. Saya pun mencari dia di kantin. Apabila saya
nampak dia, dia sedang melengan-lengan serta berbualbual dengan penolong pengetua sambil memilih lauk pauk
di sana. Saya kemudian menanyakannya kenapa puan
tidak ada di kelas, bukannya puan pesan saya cari puan?
Dia hanya senyum sahaja dan kemudian kami berdua
mencari bahan hiasan di bilik seni. Dia pun mencari
bersama-sama dengan saya sehingga loceng berbunyi
dan waktunya pun sudah habis. Akhirnya, dia tidak masuk
ke kelas. Ini sudah bukan lewat ke kelas, ini panggil tidak
masuk ke kelas kerana perkara yang remeh temeh. Selain
itu, Penolong kanan pengetua, ketua kurikulum ataupun
guru akan sering memesan kami untuk menggantikan
kelas mereka . Kadang-kala alasan mereka adalah bagi
kami membuat kajian tindakan dan sebenarnya kami
juga perlu waktu yang extra bagi membuat kajian
tindakan dengan murid-murid. Jadi, ini merupakan satu
situasi dipanggil win win. Bukan ini sahaja, guru yang
tidak masuk kelas kerana terdapat pelbagai kertas kerja
kena buat, bermesyuarat, berkhusus, pergi hospital
memeriksa badan kerana ada appointment dengan
doctor dan sebagainya. Masalah ini perlu dititikberatkan
sebelum ia menjadi parah.

Kegagalan guru mematuhi ketetapan masa akan


menimbulkan beberapa kesan. Perkara yang ingin
dibincangkan di sini ialah bukan hanya melihat kesan
kepada guru tetapi juga kesan kepada murid itu sendiri
memandangkan isu penyalahgunaan masa ini sebenarnya
lebih banyak merugikan mereka. Beberapa kesan yang
dapat dilihat ialah:
a)
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
tidak maksimum akibat kurangnya kualiti dan produktiviti.
Apakah yang dimaksudkan oleh kualiti dan
produktiviti? MS ISO 9000 mendefinisikan kualiti sebagai
keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti iaitu produk dan
perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan
yang dinyatakan dan tersirat. Dalam perkhidmatan
pendidikan, guru hendaklah menyediakan perkhidmatan
yang dapat memenuhi kehendak pelanggan iaitu murid
dan ibu bapa. MS ISO 9000 mula digunapakai seperti
yang tercatat di dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran
Awam Bil. 2/1996 : Garis Panduan Bagi Melaksanakan
MS ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam. Selain itu,
kakitangan awam juga boleh merujuk kepada Surat
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Bil 2/2002 : Garis
Panduan bagi Melaksanakan MS ISO 9000:2000 Dalam
Perkhidmatan Awam. Kualiti menyentuh tentang
kefahaman kehendak dan pengharapan pelanggan. Ini
menghendaki guru menunjukkan kemampuan mereka
dalam merekabentuk perkhidmatan seperti yang
diperlukan dan diharapkan murid dan ibu bapa.
Apakah pula yang dimaksudkan oleh produktiviti?
Merujuk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Bilangan 6 Tahun 1991 : Panduan Mengenai Peningkatan


Produktiviti dalam Perkhidmatan Awam, produktiviti boleh
didefinisikan sebagai nilai atau kuantiti output yang dapat
dihasilkan oleh satu unit input. Maka, output merujuk
kepada keluaran atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh
sesebuah organisasi. Dalam konteks sekolah sebagai
organisasi, input perujuk kepada ilmu dan kemahiran yang
diberikan kepada murid manakala output merujuk kepada
tingkahlaku dan pengadaptasian ilmu dan kemahiran oleh
murid itu sendiri. Mengapa pula kualiti dan produktiviti
adalah berkaitan dengan penyalahgunaan masa? Jika kita
merujuk kepada Pekeliling tadi, Kerajaan Malaysia ada
menggariskan beberapa panduan untuk meningkatkan
produktiviti. Salah satu cara untuk meningkatkan kualiti
ialah pihak pentadbiran sekolah mengambil langkahlangkah
bagi
mengukuhkan
faktor-faktor
yang
mempengaruhi produktiviti. Faktor-faktor tersebut ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Tenaga manusia (guru-guru)


Sistem dan prosedur
Struktur organisas
Gaya pengurusan
Persekitaran kerja
Teknologi
Bahan-bahan
Kelengkapan modal
Kesemua faktor di atas menyumbang kepada
produktiviti Negara. Maka tidak syak lagi jika
penyalahgunaan masa guru akan menyebabkan
kurangnya produktiviti kerana guru tidak bersikap positif,
berada dalam persekitaran yang kurang kondusif, tidak

menyediakan atau menggunakan teknologi dalam


pengajaran, tidak menyediakan bahan dan alatan yang
bersesuaian dan tidak melakukan refleksi pengajaran
untukmengenalpasti dan menyelesaikan masalah murid.
Penyalahgunaan masa menyebabkan guru tidak membuat
persediaan rapi dalam menentukan dan melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran.
b) Kepimpinan Melalui Teladan tidak diaplikasikan.
Guru adalah role model murid. Maka, guru perlu
menghayati slogan kepimpinan melalui teladan. Ini
disebabkan oleh murid suka meniru perlakuan, memek
muka,
pakaian
malah
personaliti
guru
tersebut. Kepimpinan Melalui Teladan merupakan slogan
yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
pada 19 Mac 1983. Slogan ini diwujudkan bagi menanam
dan memupuk sifat kepimpinan yang berkesan bagi
dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan
masyarakat. Selain itu, ia juga dapat menerap nilai
kebertanggungjawab dan etika murni di kalangan
kakitangan awam. Guru merupakan antara orang yang
paling kerap mendampingi murid selain ibu, bapa dan ahli
keluarga mereka. Malah, kebanyakan murid sering
mendengar kata guru berbanding dengan ibu dan bapa
mereka sendiri. Malah, mereka juga kerap bercerita
kepada ibu bapa tentang kehebatan guru. Tetapi sekiranya
guru mereka sering menghabiskan waktunya dengan
perkara yang tidak berfaedah, apakah pula pandangan
dan cerita yang akan didengari oleh ibu bapa mereka?
Tentunya ini akan menimbulkan pandangan yang negatif

dari pihak ibu bapa dan mengundang tanggapan yang


negatif dari murid-murid juga.
c)
Penambahbaikan dalam kaedah dan strategi
pengajaran tidak berlaku.
Sekiranya guru tidak menggunakan masa terluang
kita untuk membuat kajian tindakan, guru tidak dapat
membuat penambahbaikan terhadap teknik pengajaran
mereka. Kajian tindakan ialah kajian yang dibuat
berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnos sesuatu
masalah dan cuba mengatasi dalam konteks itu. Ada
baiknya jika guru terus menulis refleksi pengajaran
selepas sesi pembelajaran dilaksanakan atau selepas
sesuatu tajuk diajar. Selepas itu, guru tersebut hendaklah
membuat kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah
tersebut. Guru boleh menggunakan masa senggang di
antara waktu pengajaran atau sewaktu sesi persekolahan
untuk mencari jalan penyelesaian. Guru boleh merujuk
artikel akademik seperti jurnal pendidikan, bertanya
kepada guru lain, merujuk kepada guru cemerlang dan
jurulatih utama ataupun merujuk kepada kajian
penyelidikan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Menurut Stenhouse (1975), penyelidikan tindakan
bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan
pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan
pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain. Maka,
jika penyelidikan tindakan dijalankan, guru boleh
berkongsi
maklumat
dengan
guru
lain
untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Semua perkara ini boleh

dilakukan pada waktu persekolahan sekiranya guru tidak


berhasrat untuk menyalahgunakan masa.
d) Tidak maju akibat tidak positif dan tiada
matlamat hidup.
Terdapat segelintir guru yang tidak mempunyai
matlamat hidup. Mereka tiada fokus tertentu dalam
kerjaya mereka. Maka, mereka tidak tahu untuk
memenuhi masa di sekolah mereka. Sebagai guru,
seharusnya mereka menetapkan satu atau lebih matlamat
untuk dicapai. Contohnya, Cikgu Hadi mempunyai
matlamat untuk menjadi guru cemerlang Matematik dalam
tempoh 2 hingga 3 tahun lagi. Untuk mencapai
matlamatnya,
Cikgu
Hadi
merancang
untuk
mendokumentasikan
aktiviti
pengajaran
dan
pembelajarannya sebelum memohon jawatan tersebut.
Oleh itu, Cikgu Hadi akan menggunakan masa senggang
di
sekolah
untuk
menyediakan
dokumentasi
tersebut. Guru juga hendaklah lebih positif dalam
menentukan hala tujunya dalam kerjaya. Sebagai guru
yang positif, mereka sentiasa berfikir untuk memenuhi
keperluan murid. Jadi, masa terluang tersebut akan
digunakan untuk memikirkan sesuatu yang dapat
meningkatkan motivasi intrinsik agar dapat melakukan
tugasnya dengan lebih ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Terdapat beberapa ciri guru yang berfikiran positif iaitu
optimis, bersemangat, keberanian, keyakinan, keazaman,
kesabaran, ketenangan dan fokus. Sekiranya seorang
guru itu mempunyai matlamat kerjaya dan bersikap positif,
maka isu penyalahgunaan masa ini dapat dikurangkan.

Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan,


terdapat dua punca utama kenapa masalah ini boleh
berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, individu
dalam konteks ini iaitu guru mempunyai sikap malas dan
tidak ambil peduli, kurang komitmen dalam kerja, kurang
nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah.
Apabila sikap ini wujud, maka individu tersebut mengambil
ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggalah tiada
lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh
dalam mendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi
mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap
bulan.
Punca seterusnya adalah daripada pihak
pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya
pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada
berlakunya permasalahan ini. Apabila tiada pemantauan
dan penguatkuasaan juga lemah, maka guru-guru menjadi
lebih berani untuk menyalahgunakan masa kerana
mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan
mereka.
Masalah ini jika tidak dibendung akan
mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak
pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli professional
dan murid-murid. Antara kesan yang boleh dilihat daripada
permasalahn ini adalah merosotnya prestasi kerja guru
dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan
memandang sinis akan profesion keguruan dan tidak
yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak-anak
mereka.

Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika


permasalahan ini tidak dibendung, maka semua pihak
termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan individu itu
sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan
permasalahn ini tidak terus menular dan menjari semakin
parah dan teruk.
Isu penyalahgunaan masa di kalangan guru-guru
dapat diselesaikan menggunakan Teori Pilihan dan Terapi
Realiti. Namun, persoalan utama yang perlu dilalui oleh
guru ialah adakah mereka mahu mengubah tingkahlaku
mereka kepada sikap yang lebih baik? Teori Pilihan
membincangkan bagaimana individu itu bertingkahlaku
dan mengapa mereka bertingkahlaku berdasarkan
perspektif kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman,
dunia kualiti, keperluan masa, dunia pengertian, dunia
sebenar, nilai dan pengetahuan, skala perimbangan,
tingkahlaku keseluruhan, sistem tingkahlaku, identiti
berjaya dan identiti gagal.
Merujuk kepada teori ini, guru seharusnya mengkaji
semula tingkahlaku mereka bagi mengenalpasti mengapa
mereka menyalahgunakan masa mereka berdasarkan
kepada faktor-faktor yang dinyatakan tadi. Guru
hendaklah menetapkan kehendak kualiti yang ingin
dicapai. Dalam kes ini, kehendak kualiti tersebut ialah
mengisi masa senggang mereka di sekolah bagi
mengelakkan masalah penyalahgunaan masa. Bagi
memenuhi identiti berjaya pula, mereka akan mengalami
rasa cinta terhadap kerjaya mereka, rasa dihargai dan
keperluan-keperluan psikologikalnya yang lain. Namun
begitu, kadangkala guru perlu melawan identiti gagal

mereka seperti personaliti tidak seimbang, kurang


keyakinan diri dan cepat putus asa. Sebagai seorang guru
juga, mereka bertanggungjawab dalam memilih keputusan
dalam hidup mereka. Setiap pilihan yang mereka buat
adalah berdasarkan kepada keperluan asas mereka.
Namun harus diingatkan, bahawa setiap pilihan itu
mempunyai beberapa risiko tertentu. Maka guru
seharusnya memilih tingkahlaku yang efektif sahaja agar
dapat membentuk identiti berjaya.
Terapi realiti pula adalah bagaimana kita dapat
membantu diri kita dan orang lain. Terdapat empat proses
dalam melaksanakan Terapi Realiti ini iaitu W(wants),
D(directions),
E(evaluation) dan P(planning).
Proses menyelesaikan isu penyalahgunaan masa
ini dapat dilakukan seperti di bawah:
a)
Wants ( keperluan, kehendak dan persepsi )
Dibawah proses ini, guru hendaklah menentukan
matlamat mereka dalam kehidupan. Matlamat utama
mereka ialah menyelesaikan masalah penyalahgunaan
masa. Masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih
kecil. Maka guru hendaklah menggariskan beberapa
matlamat yang lebih kecil. Matlamat-matlamat tersebut
ialah, menentukan aktiviti pada masa senggang, menepati
masa apabila masuk ke dalam kelas, mendahulukan
perkara yang lebih penting dan menentukan kaedah
pengajaran terbaik yang perlu dilaksanakan di dalam
kelas. Semua matlamat ini hendaklah ditulis dengan jelas
di atas satu kertas yang mudah menjadi rujukan guru
tersebut.

b) Directions ( terarah dan lakukan )


Dalam proses ini pula, pengalaman masa lampau perlu
dilihat untuk membentuk masa hadapan. Beberapa
perkara perlu dilihat semasa proses ini berlaku. Dari segi
perasaan, guru hendaklah benar-benar cuba untuk
memfokuskan diri mereka untuk mencapai matlamat
tersebut. Ini bermakna mereka perlu menyediakan diri
mereka dari segi emosi agar matlamat tersebut dapat
dicapai. Dari segi emosi pula, sokongan keluarga tidak
kurang pentingnya. Selain itu, guru juga hendaklah
mempunyai pemikiran yang positif dan sentiasa yakin
bahawa matlamat mereka akan tercapai.
c)
Evaluation ( penilaian )
Guru hendaklah memikirkan bahawa adakah matlamat
mereka akan tercapai ataupun tidak tercapai. Oleh sebab
itu, guru hendaklah memikirkan beberapa halangan yang
akan dihadapi oleh mereka untuk mencapai matlamat
yang diingini. Halangan yang paling besar adalah
datangnya dari diri mereka sendiri. Dalam kes ini, motivasi
intrinsik memainkan peranan yang paling penting untuk
menyelesaikan masalah mereka. Maka guru perlu
memikirkan langkah yang terbaik untuk meningkatkan
motivasi intrinsik mereka. Halangan yang seterusnya
datang dari keluarga guru itu sendiri. Perkara yang baik
perlu mendapat sokongan dari keluarga sama ada
pasangan, anak-anak mahupun ibu bapa. Sokongan dari
pentadbir dan rakan sejawat tidak kurang pentingnya.
d)

Plan (perancangan)

Setelah membuat penilaian dan menyenaraikan matlamat,


guru perlulah membuat perancangan tindakan yang ingin
dilakukan. Senarai yang dibuat perlulah mendahulukan
perkara yang lebih penting dulu. Pada masa yang sama,
guru perlulah sentiasa menanamkan azam yang kuat
untuk melakukan aktiviti tersebut demi mengatasi masalah
penyalahgunaan masa. Guru hendaklah melakukan
muhasabah diri agar dapat memikirkan perkara yang
dilakukan adalah adalah kea rah kebaikan. Antara aktiviti
yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah:
a.
Masuk ke kelas awal dan keluar tepat pada
masanya.
b.
Melakukan reflesi pengajaran dan pembelajaran.
c.
Berbincang dengan Ketua Panitia dan rakan-rakan
sejawat mengenai hal-hal pengajaran dan pembelajaran.
d.
Meneroka maklumat baru dari internet atau jurnaljurnal pendidikan.
e.
Menjalankan penyelidikan tindakan.
f.
Memberikan latihan yang mencukupi dan memenuhi
standard kecukupan.
Selain itu, pihak pentadbir perlulah sentiasa
membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap
prestasi kerja guru-guru di sekolah. Dengan adanya
pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk
menyalahgunakan masa di sekolah adalah terbatas.
Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu berusaha
mengenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat
kepada guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak
mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut kepada
kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil

tindakan tegas dengan memberikan amaran dan


mengenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat
jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang.
Dengan cara ini, guru-guru akan sedar kesilapan diri dan
tidak akan mengulanginya lagi.
Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan
dalam menangani masalah ini. Rakan sejawat perlulah
menjadi teladan kepada rakan-rakan yang bermasalah
memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang
terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah
dirinya. Selain itu, individu yang terlibat juga perlu
memainkan peranan dalam usaha untuk berubah menjadi
lebih baik. Antara cara yang boleh dilakukan adalah
dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang
telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan
kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan
menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih
baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan
yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah
untuk mencontohi sifat-sifat yang ideal sebagai seorang
guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti
supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang
dan tiada pembaziran masa.
Masa adalah sangat berharga kepada manusia. Di
dalam al-Quran, Surah Al-Asr, Allah menerangkan
kepada manusia tentang kepentingan masa. Demi masa,
sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali mereka yang
beriman dan beramal soleh. Mereka menyeru kepada
kebenaran dan menyeru kepada kesabaran. Maka, di
dalam Islam itu sendiri telah menyatakan bahawa manusia

yang tidak menggunakan masa dengan betul adalah


orang-orang yang kerugian. Tugas guru adalah sebagai
penyampai ilmu pengetahuan. Sekiranya kita tidak cuba
menerapkan kepentingan masa kepada murid, maka, kita
sebagai guru boleh dikatakan tidak berjaya memberi satu
ilmu yang amat berguna. Pepatah Arab ada menyebut
bahawa masa adalah ibarat pedang. Jika kita tidak
menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita.
Pepatah Cina pula menyebut bahawa semua bunga yang
bakal berkembang pada hari esok adalah benih pada hari
ini. Sebagai guru, kita hendaklah menghargai masa yang
diberikan kepada kita terutamanya dalam waktu
persekolahan. Ada juga yang mengatakan bahawa
bertangguh itu pencuri masa. Orang yang tidak tahu
menggunakan masa pula dikatakan orang yang mati.
Kesemua kata-kata hikmat di atas menunjukkan
kepentingan masa yang perlu dihayati insan bernama
guru.
Secara keseluruhannya, guru perlu memahami
bahawa penyalahgunaan masa adalah melanggar etika
profession perguruan. Bukan itu sahaja, penyalahgunaan
masa juga melibatkan hokum agama yang mengundang
kepada rezeki yang halal. Sebagai guru, seharusnya kita
menggunakan masa yang diperuntukkan kepada kita
dengan perkara-perkara yang dapat member faedah yang
berguna untuk pelajar-pelajar kita. Sebagai guru,
kesedaran terhadap penyalahgunaan masa sangat
penting dan perlu diberi perhatian. Justeru seluruh warga
pendidik perlu memberikan komitmen yang tinggi untuk

membentuk murid-murid ini menjadi warganegara yang


berguna, berilmu, berdisiplin dan berketrampilan.
ARTIKEL :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2001&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&
pg=pe_06.htm