Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN PENGARAH YANG KE-16, TN HJ ABDULLAH BIN

MOHD YUSOF,SMP DAN PENUTUPAN MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU


TARIKH: 26 JUN 2015
MASA: 8.00AM
TEMPAT: DEWAN DARUL MAKMUR
PENGACARA: 1) SYAHRIN NADZIF
2) NUR LIYANA

Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera


Sidang hadirin yang dimuliakan.
Salam hormat dan selamat datang ke Majlis MAJLIS SAMBUTAN PENGARAH
YANG KE-16, TN HJ ABDULLAH BIN MOHD YUSOF,SMP DAN PENUTUPAN
MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan. Majlis kita akan bermula sebentar lagi iaitu sebaik sahaja
ketibaan Yang Berbahagia, Tn Hj Abdullah B. Mohd Yusof , Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Sehubungan itu, pihak majlis
memohon kerjasama para hadirin agar dapat mematuhi adab majlis seperti berikut:
1) Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan Yang Berbahagia Tn Hj
Abdullah B. Mohd Yusof serta tetamu kehormat lain masuk ke dalam dewan;
2) Mematikan telefon bimbit atau menukarnya kepada mod senyap.
3) Terus berada di dalam majlis sehingga akhir dan hanya keluar setelah tetamu
kehormat meninggalkan majlis
4) Meminimakan sebarang pergerakan sepanjag majlis berlangsung.
5) Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi di bahagian hadapan.
6) Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin sekalian untuk menyanyikan
semua lagu dengan penuh bersemangat
7) Para hadirin diminta untuk tidak menggunakan telefon bimbit semasa majlis
berlangsung.
Sekian sahaja maklumat awal dan semoga mendapat kerjasama daripada Hadirin
sekalian.

VIP Masuk
1. Mengumumkan Ketibaan ,
1) Yang Berbahagia, Tn Hj Abdullah B. Mohd Yusof , Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
diiringi
2) Yang Berusaha, Tuan Hj Mohd Nordin Bin Abdullah, Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
3) Yang berusaha, Tn Hj Wahab Bin Isa, Pengerusi Jawatankuasa Induk
Perhimpunan.
4) Yang Berusaha, Tuan Hj Dzulkarnain Bin Mat, Ketua Jabatan Hal Ehwal
Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
5) Yang Dihormati, Saudara Putra Aidil Fitri Syah Bin Jalil, Yang Di Pertua
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

masuk ke dalam dewan.


Lagu Negaraku
Para hadirin dipersilakan duduk.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring ditepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi restu ilahi.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan
besar nabi Muhammad SAW serta sahabat dan keluarga baginda.
1) Yang Berbahagia Tn Hj Abdullah B. Mohd Yusof , Pengarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
2) Yang Berusaha, Tuan Hj Mohd Nordin Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
3) Yang Berusaha, Tn Hj Wahab Bin Isa, Pengerusi Jawatankuasa Induk
Perhimpunan
4) Yang Berusaha, Tuan Hj Dzulkarnain Bin Mat, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
5) Yang Dihormati, Saudara Putra Aidil Fitri Syah bin Jalil, Yang Di Pertua
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
6) Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, pensyarah-pensyarah kanan, para
pensyarah, staf bukan akademik
7) dan siswa guru sekalian.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Pengarah Yang Ke-16, Tn Hj Abdullah Bin


Mohd Yusuf dan Penutupan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Institut Pendidikan
Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Anugerah dikecap si anak watan,


Mengangkat senjata bidalan suara,
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu untuk semua.

Sebelum memulakan majlis, molek kiranya kita sama-sama mengaminkan bacaan


doa yang akan dipimpin oleh saudara Mohd Shafiq Bin Hj Saini. Majlis
mempersilakan.
Aminya rabbal alamin. Terima kasih saudara Mohd Shafiq Bin Hj Saini atas pimpinan
doa sebentar tadi. Semoga majlis kita diberkati dan sentiasa berada di bawah
lembayung rahmat-Nya, InshaAllah.

Hadirin yang dihormati,


Pada hari ini, kita berkumpul di Dewan Darul Makmur adalah bagi meyaksikan
upacara Majlis Sambutan Pengarah Yang Ke-16, Tn Hj Abdullah Bin Mohd Yusuf
dan Penutupan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan.. Pada tarikh 22 Jun 2015, seramai 153 orang guru
pelatih baharu telah mendaftar di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan
Afzan. Oleh yang demikian, Jawatankuasa perwakilan pelajar telah menjalankan
beberapa aktiviti sepanjang minggu pengurusan pelajar baharu bagi siswa guru ini
berkenaan dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Setelah
seminggu berada dalam minggu pengurusan pelajar baharu, kini tibalah masanya
untuk siswa guru baharu ini berada di penghujungnya dan meneruskan kehidupan
disini sebagai siswa guru.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi meneruskan majlis, kami menjemput saudara Mustakim bin Mustafa, pelajar
PPISMP Sem 1 Pengajian Bahasa Melayu SJKT selaku wakil pelajar baharu bagi
menyampaikan ucapan. Majlis dgn penuh hormatnya mempersilakan.
(ucapan wakil pelajar baharu)
Terima kasih diucapkan kepada saudara Mustakim bin Mustafa atas ucapan itu
sebentar tadi.

Hadirin Yang di hormati,


Majlis seterusnya menjemput Saudara Putra Aidil Fitri Syah bin Jalil, Yang Di
Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2015/2016 bagi menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(ucapan Saudara Putra)
Terima kasih Saudara Putra Aidil Fitri Syah Bin Jalil atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


Majlis diteruskan lagi dengan upacara bacaan Ikrar Siswa Guru Baharu serta
penyerahan Ikrar kepada Yang Berbahagia, Tn Hj Abdullah B. Mohd Yusof,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Majlis
mempersilakan.
Demikian tadi upacara bacaan Ikrar dan penyerahan Ikrar kepada Yang Berbahagia
Pengarah.

Hadirin yang dihormati,


Bagi meneruskan majlis, mari kita sama sama menyaksikan tayangan multimedia
Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Jun 2015. Dipersilakan.
(tayangan multimedia)
Demikian tadi tayangan multimedia yang telah disediakan oleh ahli jawatankuasa
multimedia PISMP Semester 3.

Hadirin Yang Di Hormati,


Majlis diteruskan lagi dengan persembahan yang bakal dipersembahkan oleh siswa
guru baharu. Majlis mempersilakan.
(Persembahan)
Demikian tadi persembahan yang telah disampaikan oleh siswa guru baharu.

Hadirin yang dihormati,


Sebagaimana yang dimaklumkan,warga kampus Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan telah menerima Tn Hj Abdullah B. Mohd Yusof, sebagai
pengarah yang ke -16 minggu ini.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput yang berusaha, Tn Hj Mohd Nordin Bin
Abdullah, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan
Afzan bagi memperkenalkan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku
Ampuan Afzan, Tn Hj Abdullah bin Mohd Yusof. Majlis mempersilakan.
(ucapan timbalan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tn Hj Mohd Nordin
B. Abdullah, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan
Afzan.

Kini,
Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Tn Hj Abdullah bin Mohd
Yusof, Pengarah Institut Pendidikan Kampus Tengku Ampuan Afzan bagi
menyampaikan

ucapan

sulung

seterusnya

merasmikan

penutupan

Minggu

Pengurusan Pelajar baharu PPISMP Ambilan Jun 2015. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
(ucapan pengarah)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tn Hj Abdullah b.
Mohd Yusof, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan atas
ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu negeri Pahang dan Lagu IPGM. Hadirin
diminta berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu tersebut.
Lagu Negeri Pahang
Lagu IPGM
Hadirin yang dihormati,
Dengan berakhirnya nyanyian lagu Negeri Pahang dan Lagu IPGM itu tadi, maka
berakhirah majlis kita pada pagi ini.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Andai tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha, Tuan Hj Mohd Nordin Bin Abdullah,
Yang Berusaha Tn Hj Wahab Bin Isa dan Yang Berusaha, Tuan Hj Dzulkarnain Bin
Mat bagi mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Abdullah bin Mohd Yusof bagi
meninggalkan dewan.
Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah. Asslamulaikum wbt.

Perhatian Kepada semua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Jawatankuasa Upacara


Khas Institut dan Jawatankuasa perhimpunan pada hari ini , sila berada di lobi
pejabat pentadbiran untuk sesi fotografi.