Anda di halaman 1dari 2

04062015 16:01

Volume 1

HAKIKAT SEBUAH KEMATIAN


Para ulama pula menyifatkan bahawa sebuah kematian bukan hanya lenyapnya
seseorang dan tidak akan ada lagi kejadian lain selepas itu, akan tetapi kematian adalah apabila
terputus atau terpisahnya hubungan roh dengan badan badan atau terpisahnya suatu keadaan
ke keadaan yang lain ; dari suatu keadaan ke suatu keadaan yang lain.
Namun begitu, menurut para ulama Masih ada lagi perkara lain yang lebih dahsyat
daripada sebuah kematian iaitu lalai dalam mengahadapi sebuah kematian, berpaling dan hanya
sedikit sahaja daripada kita yang ingat akan sebuah kematian lantas meninggalkan amal soleh
yang merupakan paksi kepada bekalan setelah menghadapi kematian. Bahkan pada kematian itu
sendiri terdapat pesanan serta pelajaran bagi orang-orang berfikir.
Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, dia ada berkata bahawa : Rasulullah bersabda bahawa;

Janganlah kamu mahukan terhadap sebuah kematian, kerana keadaan


sebuah kematian itu merupakan sesuatu yang amat dahsyat. Apabila
seseorang hamba diberi umur yang panjang, Allah memberikan
kesempatan kepadanya untuk bertaubat pada Allah yang satu.
( HR. Al- Bazzar )

Berdasarkan petikan hadis di atas maka jelaslah bahawa sebagai hamba tuhan, kita
sentiasa diberikan kesempatan atau peluang bertaubat untuk memohon keredhaan Allah S.W.T
selagi hayat dikandung badan. Sebagai seorang muslim , Al-Istitab itu penting bagi kita sebelum
menghadap sebuah kematian. ,Al-Istitab adalah memohon keredhaan. Keredhaan yang hanya
diperolehi dengan taubat serta tidak mengulanginya dengan perbuatan dosa.

Volume 1

04062015 16:01

Setiap daripada kita bakal menghadapi kematian cuma masa sahaja yang menentukan
lambat atau cepat sebuah kematian itu akan terjadi. Oleh hal yang demikian, kita harus sentiasa
mempersiapkan diri kita dalam menghadapi mati; sesungguhnya kematian itu merupakan
sebuah keadaan yang amat kita takutkan. Jika agama Hindu mempercayai reincarnation
selepas kematian, namun kita mempercayai bahawa wujudnya kehidupan lain selepas mati iaitu
di alam barzakh.
Keadaan kehidupan kita di alam barzakh sebenarnya ditentukan oleh kita sendiri.
Bagaimana cara kita hidup begitu jugalah cara kita bakal mati. Masih ramai daripada kita yang
takut akan mati namun amal solehnya masih lagi secetek air di lopak. Begitu juga syurga, jika
ditanya mengenai syurga mesti semua orang menyatakan keinginan mereka namun berapa
ramai yang berusaha mendekat diri kepada syurga? Tepuk dada, tanya selera. Ke mana selera
yang kita inginkan. Syurga atau neraka; semua kita berhak pilih. Akhirul kalam, semoga kita mati
dalam nikmat Islam . INSHALLAH.

Anda mungkin juga menyukai