Anda di halaman 1dari 2

Panduan SOP : Pusaka Kecil

Takrif Harta Pusaka Kecil


Tafsiran yang diberikan dibawah seksyen 3(2) Akta Harta Pusaka Kecil
(Pembahagian)1955 menerangkan harta pusaka kecil sebagai harta peninggalan
simati mengandungi kesemuanya atau sebahagiannya adalah harta tak alih
terletak dimana-mana negeri dan jumlah nilai keseluruhannya tidak melebihi RM
2 juta pada tarikh permohonan dibuat (Mulai 1 September 2009). Tanpa terikat
kepada batasan nilai yang dinyatakan, sebarang harta simati orang-orang bukan
Islam yang mengandungi wasiat dibawah Ordinan Wasiat No. 38 Tahun 1959
bukan lagi ditakrifkan sebagai pusaka kecil. Ia dianggap sebagai pusaka besar
dan menjadi tanggungjawab Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun peruntukan
tersebut tidak boleh dipakai bagi kematian seorang Islam kerana ianya
bertentangan dengan syarat dan peraturan pewasiatan dalam Islam.
Cara Membuat Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil
Setiap permohonan untuk pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dalam
borang khas iaitu borang A. Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:
1.Bukti Kematian
Salinan surat perakuan kematian / permit menguburkan; atau
Surat sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah
dikebumikan ( bagi kematian semasa pendudukan Jepun / sebelumnya);
atau
perintah anggapan kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi
dalam keadaan seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan
Jepun, Tragedi 13 Mei 1969, tragedi Muassem, dan
perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya
kejadian.
2.Salinan Hakmilik
Salinan hakmilik yang diakui sah oleh pejabat tanah atau perakuan carian
rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati, surat perjanjian
jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan
3.Salinan Dokumen Harta-Harta Alih:- Seperti salinan sijil saham, salinan buku
simpanan, salinan penyata kwsp dan sebagainya (jika ada).
Siapakah yang berhak memohon? Di antara mereka yang berhak memohon
adalah seperti berikut:
Waris-waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak laki-laki atau
perempuan, ibu atau bapa, majlis agama Islam (Baitulmal) dan
sebagainya;
Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
Amanah Raya Berhad.
Menghadiri pembicaraan
Semua dokumen asal seperti bukti kematian, hakmilik tanah, kad
pengenalan, surat beranak, surat nikah, bukti-bukti harta alih dan lain
dokumen yang difikirkan perlu hendaklah dibawa semasa pembicaraan
Semua pihak yang diminta hadir adalah dikehendaki hadir di hari
pembicaraan.

Semua keterangan semasa


bersumpah atau berikrar.

pembicaraan

hendaklah

diberi

secara

Anda mungkin juga menyukai