Anda di halaman 1dari 15

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI


TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
TAHUN 4
KSSR
STANDARD PRESTASI
MATEMATIK TAHUN 1

DRAF VERSION 3.0


MAC 2013

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru
menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah
menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.

MATLAMAT KURIKULUM
Matlamat Standard Kurikulum TMK Sekolah Rendah adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 1 hingga
Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan
kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dari peringkat awal umur kanak-kanak yang akan kekal sepanjang hayat.
Di Tahap II pula Standard Kurikulum ini adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Ini
adalah bagi memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran khusus disiplin ilmu TMK yang perlu dipelajari,
menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik.
Mata pelajaran TMK pada Tahap II mempunyai lima modul iaitu Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan
Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data dan Pengaturcaraan. Kelima-lima modul ini akan diterjemahkan kepada domain pengetahuan,
kemahiran dan nilai.

OBJEKTIF KURIKULUM
Standard Kurikulum Sekolah Rendah bagi mata pelajaran TMK Tahap II membolehkan murid:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Memahami tentang perisian dan peranti komputer.


Memahami ukuran data dan keselamatan komputer.
Menggunakan pengetahuan multimedia dan aplikasi khusus untuk membangunkan persembahan multimedia tak linear.
Memahami rangkaian komputer dan fungsi internet.
Memahami data, maklumat dan membangunkan pangkalan data.
Mengenali pengaturcaraan dan memahami algoritma untuk membangun aturcara.
Menjana idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.

TAFSIRAN
o

Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi
tujuan pelaporan individu.

Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik
memberi gambaran holistik tentang individu.

Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam
standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band).
Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul
menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti
boleh ditaksir dan dicapai.

Evidens

bagi

Murid

Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh
buat berdasarkan deskriptor.

Instrumen

Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan
dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian
bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

TAFSIRAN BAND
BAND

PERNYATAAN BAND

TAFSIRAN
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai
keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk
mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang
sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH


BUAT DENGAN BERADAB
MITHALI

TAHU, FAHAM DAN BOLEH


BUAT DENGAN BERADAB
TERPUJI

TAHU, FAHAM DAN BOLEH


BUAT DENGAN BERADAB

TAHU, FAHAM DAN BOLEH


BUAT

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu


kemahiran pada suatu situasi.

TAHU DAN FAHAM

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau


menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

TAHU

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau
memberi respons terhadap perkara yang asas.

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan


mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap
positif.
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu
mengikut prosedur atau secara sistematik.

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Mengetahui tentang penggunaan TMK

Mengetahui dan memahami tentang penggunaan TMK

Mengetahui, memahami dan mengaplikasikan sumber TMK

Mengetahui, memahami dan mengaplikasikan sumber TMK dengan sistematik

Mengetahui, memahami dan mengaplikasikan sumber TMK secara sistematik dan berinisiatif

Mengetahui, memahami dan mengaplikasikan sumber TMK secara kreatif dan inovatif serta menjadi contoh

MODUL 1: DUNIA KOMPUTER


BAND

PERNYATAAN STANDARD

B1
Mengetahui tentang penggunaan
TMK

Tahu

DESKRIPTOR
B1D1
Mengenali komputer, perisian dan
perantinya.

EVIDENS
B1D1E1
Menyenaraikan 5 jenis komputer di pasaran.

B1D1E2
Menyatakan 3 jenis perisian komputer.
B1D1E3
Mengenal pasti Port I/O, Pemacu Cakera Liut,
Pemacu Cakera Padat dan soket bekalan
kuasa pada unit sistem.
B1D1E4
Menyenaraikan 3 contoh :
(i) peranti input
(ii) peranti output dan
(iii) storan.

BAND

2
Tahu dan
Faham

PERNYATAAN STANDARD

B2
Mengetahui dan memahami
tentang penggunaan TMK

DESKRIPTOR

B2D1
Memahami tentang perisian dan
peranti komputer.

EVIDENS

B2D1E1
Menerangkan fungsi 3 jenis perisian komputer
berserta contoh.

B2D1E2
Menjelaskan maksud:
(i)peranti input
(ii)peranti output dan
(iii)storan.

B2D2
Memahami tentang ukuran data.

B2D2E1
Menyusun saiz unit piawai mengikut tertib
(menaik/menurun) bagi:
(i) ukuran data bit
(ii) bait
(iii)kilobait
(iv)megabait dan
(v) gigabait.

BAND

PERNYATAAN STANDARD

B3
Mengetahui, memahami dan
mengaplikasikan sumber
TMK

Tahu, Faham dan


Boleh Buat

DESKRIPTOR

EVIDENS

B3D1
Mengaplikasikan maksud Input, Proses,
Output danstoran.

B3D1E1
Menghubungkaitkan Input, Proses, Output
dan storan pada komputer dengan
menggunakan analogi mudah.

B3D2
Menggunakan unit piawai untuk menukar
ukuran data.

B3D2E1
Menukarkan ukuran data dalam unit piawai
(Kilobait ke Bait, Megabait ke Kilobait,
Gigabait ke Megabait)

B3D3
Melaksanakan penjagaan keselamatan
data dan komputer.

B3D3E1
Mengaplikasikan perisian anti virus untuk
mengimbas komputer.
B3D3E2
Membina dan menggunakan kata laluan untuk
keselamatan data dalam pemprosesan
perkataan, perisian persembahan atau
aplikasi hamparan elektronik.

B3D3E3
Mengaplikasikan defragmentasi terhadap
storan luaran.

BAND

4
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab

PERNYATAAN STANDARD

B4
Mengetahui, memahami dan
mengaplikasikan sumber TMK
dengan sistematik

DESKRIPTOR

B4D1
Menggunakan aplikasi Notepad untuk
membandingkan saiz fail.

EVIDENS

B4D1E1
Membandingkan saiz fail satu perkataan dan
satu ayat dengan menggunakan aplikasi
notepad secara sistematik.

10

BAND

5
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Terpuji

PERNYATAAN STANDARD

B5
Mengetahui, memahami dan
mengaplikasikan sumber TMK
secara sistematik dan berinisiatif

DESKRIPTOR

B5D1
Menggunakan perisian hamparan
elektronik untuk senaraikan
perkakasan dan perisian.

EVIDENS

B5D1E1
Membuat justifikasi pemilihan perkakasan dan
perisian (set komputer) berdasarkan risalah
senarai harga dengan menggunakan aplikasi
hamparan elektronik.

11

BAND

6
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Mithali

PERNYATAAN STANDARD

B6
Mengetahui, memahami dan
mengaplikasikan sumber TMK
secara kreatif dan inovatif serta
menjadi contoh

DESKRIPTOR

B6D1
Menggunakan risalah untuk
menyenaraikan perkakasan dan
perisian komputer.

EVIDENS

B6D1E1
Menghasilkan satu risalah senarai harga secara
kreatif dan inovatif untuk mempromosikan set
komputer.

12

MODUL 2: EKSPLORASI MULTIMEDIA


BAND

PERNYATAAN STANDARD

1
Tahu

B1
Mengetahui tentang penggunaan
TMK

BAND

PERNYATAAN STANDARD

2
Tahu dan
Faham

B2
Mengetahui dan memahami
tentang penggunaan TMK

DESKRIPTOR
B1D1
Mengetahui elemen multimedia.

DESKRIPTOR
B2D1
Mengenal pasti persembahan linear
dan tak linear.

EVIDENS
B1D1E1
Menamakan 5 elemen multimedia.

EVIDENS
B2D1E1
Membezakan persembahan linear dan tak
linear.

13

BAND
3
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat

BAND
4
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab

PERNYATAAN STANDARD
B3
Mengetahui, memahami dan
mengaplikasikan sumber TMK

PERNYATAAN STANDARD
B4
Mengetahui, memahami dan
mengaplikasikan sumber TMK
dengan sistematik

DESKRIPTOR

EVIDENS

B3D1
Menggunakan papan cerita bagi
menyediakan persembahan
multimedia interaktif tak linear.

B3D1E1
Melakar papan cerita persembahan multimedia
interaktif tak linear.

B3D2
Mempakejkan persembahan
multimedia.

B3D2E1
Mengaplikasikan pakej untuk CD persembahan
multimedia.

DESKRIPTOR

EVIDENS

B4D1
Memahami perbandingan saiz format
fail bagi setiap elemen multimedia.

B4D1E1
Membanding beza saiz format fail bagi setiap
elemen multimedia seperti teks, grafik (jpeg,
bmp, tiff), audio (midi, wav, mp3) dan video (avi,
mpeg).

14

BAND
5
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Terpuji

BAND

6
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Mithali

PERNYATAAN STANDARD
B5
Mengetahui, memahami dan
mengaplikasikan sumber TMK
secara sistematik dan berinisiatif

PERNYATAAN STANDARD

B6
Mengetahui, memahami dan
mengaplikasikan sumber TMK
secara kreatif dan inovatif serta
menjadi contoh.

DESKRIPTOR
B5D1
Menggunakan aplikasi penyunting
grafik, audio dan video untuk
menghasilkan imej, sound dan video
dalam format yang bersesuaian.

DESKRIPTOR

B6D1
Membangunkan persembahan
multimedia yang mengandungi tiga
elemen multimedia.

EVIDENS
B5D1E1
Mengaplikasikan penyunting grafik, audio dan
video untuk menyunting imej, audio dan video
yang sedia ada bagi menghasilkan imej, audio
dan video dalam format (*.jpeg, *.wav, *.wma,
*.midi atau *.mp3, *.avi, dan *.wmv atau
*.mpeg).

EVIDENS

B6D1E1
Menghasilkan persembahan multimedia
interaktif tak linear yang mengandungi
sekurang- kurangnya tiga elemen multimedia
dengan idea yang kreatif dan inovatif serta
boleh dijadikan contoh.

15

Anda mungkin juga menyukai