Anda di halaman 1dari 10

PENGHARGAAN

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM
Bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurniaNya dapat kami menyiapkan tugasan ini
dalam masa yang telah ditetapkan. Tugasan ini merupakan projek berkaitan dengan subjek
BBV 30103 Kawalan Motor Elektrik yang telah diajar oleh pensyarah iaitu Puan Rosnee Binti
Ahad. Skop tugasan ini merangkumi mini projek elektrik berkaitan kawalan motor elektrik.
Kami telah memilih litar penghidup bintang-delta mara-sonsang (star-delta forward-reverse)
untuk projek ini. Tujuan utama tugasan ini adalah untuk pemarkahan projek akhir subjek ini di
samping meningkatkan ilmu pengetahuan kami dalam mengadaptasi litar ini di masa yang
akan datang. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah dan pembantu juruteknik
Makmal Elektronik kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar serta nasihat. Terima kasih juga
kami ucapkan kepada rakan-rakan atas sokongan dan semangat dalam menjayakan tugasan ini
atas kerjasama dan maklumat yang telah dikongsikan bersama.

PENDAHULUAN
Kawalan motor adalah satu sistem yang terdiri daripada gabungan beberapa peralatan yang
bertujuan untuk mengawal pergerakan motor sama ada 1 fasa atau 3 fasa.
Antara fungsi kawalan motor ialah :
1. Menghidup dan mematikan sesebuah motor elektrik sama ada 1 fasaatau 3 fasa.
2. Mengelakkan motor hidup dengan sendiri setelah berlaku keputusan bekalan (No-volt coil
atau No-volt release).
3. Meminimakan arus mula bagi sesebuah motor elektrik seperti Penghidup Bintang- Delta,
Penghidup Alatubah-Auto dan Penghidup Rotor Berperintang.
4. Mengelakkan motor daripada terbakar atau rosak dengan adanya komponen dalam sistem
yang mengawalnya.
5. Menghidupkan motor secara berperingkat.
6. Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat dan secara kawalan jauh.

JENIS JENIS PENGHIDUP MOTOR :


1. Penghidup Talian Terus ( Direct On line starter )
2. Penghidup Bintang Delta ( Star- Delta starter )
3. Penghidup Alatubah-Auto ( Auto-transformer starter )
4. Penghidup Rintangan Rotor ( Rotor Resistance starter )
5. Penghidup Mara Songsang ( Forward-Reverse starter)
6. Penghidup Litar Turutan

KEBAIKAN MENGURANGKAN ARUS MULA :


Kurang tindakan daya mekanikal keatas gelung.
Kurang kejutan mekanikal keatas bingkai motor, aci (shaft) dan penghantaran
dalam motor.

Menyebabkan motor berpusing secara berperingkat peringkat dengan beban.


Mengurangkan susutan voltan talian.
Mengurangkan gangguan terhadap sistem bekalan.

KEBURUKAN MENGURANGKAN ARUS MULA :

Mengurangkan daya kilas.


Kos meningkat dalam menyediakan alat alat bagi sistem penghidup.
Keperluan penyelenggaraan meningkat.
Alat alat terlalu rumit.

JENIS-JENIS PERLINDUNGAN
Ketika sesuatu motor hendak bermula atau dalam kendalian , motor tersebut perlu
dilindungi daripada keadaan beban lampau, litar pintas dan hidup dengan tersendiri.

BIL
1

JENIS
PERLINDUNGAN
Tanpa Voltan

KETERANGAN
Mengelakkan motor hidup

PERANTI
Gegelung Penyentuh

dengan sendiri setelah


2

Beban Lampau

Litar Pintas

berlaku kegagalan bekalan.


Penggunaan beban yang

Geganti Beban

berlebihan daripada kadar

Lampau

yang sebenar.
Memberikan perlindungan

Fius atau Pemutus

daripada kesan litar pintas

Litar

apabila berlaku sentuhan di


antara talian positif dengan
negative

JENIS-JENIS KAWALAN
Kawalan elektrik boleh dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu kawalan secara insani,
separuh automatik dan automatik.
PERBANDINGAN JENIS-JENIS KAWALAN

BIL
1

JENIS
KAWALAN
Insani

Separuh
Automatik

CIRI-CIRI
Kawalan secara
terus dengan
tangan/kaki

Sebahagian
kawalan insani dan
sebahagian
kawalan magnet.

KEBAIKAN

Automatik

Kawalan
sepenuhnya oleh
magnet atau
elektronik dengan
menggunakan
kawalan pandu.

AKSESORI KAWALAN MOTOR


1) Penyentuh (Contactor)

KEBURUKAN

Mudah
Murah
Cepat
Tidak mudah
rosak

Selamat
Mudah
mengendali
Boleh mengawal
banyak litar.
Tidak perlu
pekerja mahir.

Tidak perlukan
bantuan manusia
Boleh mengawal
berterusan.
Menjimatkan
masa

Pekerja perlu mahir


Tidak dapat
mengawal banyak
litar serentak.
Tidak sesuai untuk
kawalan litar
berterusan dan
berpanjangan.
Mahal
Perlu bantuan
manusia untuk
memulakannya.
Kerosakan sukar
dibaiki.
Perlukan
penyentuh.
Mahal
Sukar dibaiki
Litarnya rumit dan
sukar dipasang.
Perlu
penyelenggaraan
khas.

Fungsi penyentuh ialah sejenis suis yang dikendalikan oleh satu elektromagnet yang
mana ia mempunyai satu gegelung yang akan melengkapkan litar dengan
menggunakan punat tekan.
Boleh berfungsi pada 240V atau 415V.
Penyentuh mempunyai sesentuh utama ,sesentuh tambahan dan gegelung penyentuh.
Fungsi sesentuh utama ialah untuk mengalirkan arus atau memberhentikan arus
kepada motor.
Fungsi sesentuh tambahan pula ialah untuk mengalirkan arus atau memberhentikan
arus kepada gegelung penyentuh dan alat pandu yang lain.
Terdapat sesentuh utama dan sesentuh tambahan yang lazim tertutup atau terbuka.
2) Geganti Beban Lampau (T.O.R)

Fungsi GBL ialah untuk membuka litar kawalan dan memberhentikan motor ketika
berlaku beban lampau.
Tiga jenis GBL ialah jenis terma, magnet dan elektronik.
3) Punat Tekan (Push Button)

Fungsi Punat tekan ialah melengkapkan dan membuka litar kawalan apabila ditekan.
Terdapat berbagai jenis punat tekan iaitu punat tekan hidup (on) , punat tekan mati
(off) dan juga punat tekan jog.
Tiga jenis rangka ialah jenis bulat ,empat segi dan jenis kepala cendawan.
4) Pemasa (Timer)

Fungsi pemasa adalah untuk melengkapkan dan membuka litar kawalan dalam masa
yang tertentu.Masa tersebut boleh disetkan.
Pemasa juga mempunyai sesentuh tambahan yang lazim tertutup atau terbuka.
Tiga jenis pemasa yang biasa digunakan ialah jenis motor ,jenis pneumatik dan jenis
elektronik.

5) Miniature Circuit Breaker (MCB)

Sejenis pemutus litar yang akan berfungsi apabila berlaku lebihan arus daripada jenis
terma,magnetik atau terma hidraulik.
Mempunyai peranti pelantikan terma bagi arus beban lampau dan magnetik untuk
litar pintas.
6) Lampu Pandu (Pilot Lamp)

Fungsinya sebagai isyarat visual untuk menunjukkan sesuatu peringkat operasi.


Pelbagai warna merah ,kuning, hijau, biru.
Terdapat jenis lampu voltan rendah lengkap dengan perintang siri yang boleh
disambungkan kepada voltan lebih tinggi.

LITAR PROJEK STAR-DELTA FORWARD REVERSE STARTER


1. Litar Kawalan

2. Litar Utama

3. Litar Pendawaian

PENGOPERASIAN LITAR STAR-DELTA FORWARD REVERSE STARTER

Anda mungkin juga menyukai