supaya tidak menjatuhkan nama IPG. Selain itu, pihak IPG juga berharap saya
dapat mengharumkan nama IPG dengan mengajar dengan baik dan bersungguhsungguh. Akhirnya, IPG berharap agar saya supaya dapat melepasi praktikum fasa
1 dengan cemerlang dan dapat menjalinkan hubungan professional dengan guruguru dan kakitangan sekolah.
Akhirnya bagi pihak KPM pula, pihak berkenaan berharap agar saya dapat
melaksanakan praktikum fasa 1 dengan cemerlang untuk menunjukkan bahawa
guru pelatih dari IPG adalah mempunyai mutu yang berkualiti tinggi, baik serta
terjamin. Pihak KPM juga berharap agar saya selaku guru pelatih dapat
menunjukkan commitment yang baik semasa mengajar dalam kelas supaya dapat
memberi satu teladan yang baik kepada murid-murid.
Akhir kata, diharapkan seluruh warga SK Tobobon dapat menerima kehadiran
saya di sekolah dengan menimba banyak perkara berguna di situ sebagai
persediaan untuk bergelar guru.