Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN BINA INSAN GURU

FASA 5 / 2015
BENGKEL PENGURUSAN PENDIDIKAN

Pada 1 Mac 2015 bertempat di Dewan Dato Haji Mohd Khairuddin Ashari, para pelatih
guru 5PISMP Ambilan Januari 2013 dibawah kelolaan Unit Gerko telah menganjurkan sebuah
program ilmiah iaitu Bengkel Pengurusan Pendidikan. Bengkel Pengurusan Pendidikan ini
dianjurkan sebagai salah satu tuntutan kursus untuk Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 tahun 2015
dan disamping itu, ianya adalah untuk memberi pendedahan dan berkongsi maklumat yang
berguna lagi bermanfaat kepada semua pelatih guru yang bakal bergelar guru. Program ini
disertai oleh kesemua pelatih guru 5PISMP Ambilan Januari 2013 seramai 123 orang. Puan
Irene Kalaimathy George, pensyarah Jabatan Bahasa merangkap mentor 5 PISMP TESL 4
turut menghadiri program ini.
Sebelum bermulanya bengkel ini, semua pelatih guru telah diagihkan makanan tengah
hari mengikut kelas. Tepat pada jam 2.00 petang, kesemua para guru pelatih mula memenuhi
Dewan Dato Haji Mohd Khairuddin Ashari untuk sesi pendaftaran dan mula mengambil tempat
mengikut kelas. Penceramah jemputan, Encik Suhaimi Bin Omar, Pegawai Unit Perkhidmatan
dan Perjawatan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor tiba tepat pada jam 2.20 petang. Tuan
penceramah jemputan telah disambut mesra oleh Pengerusi Program, saudara Muhammad
Sholihin Bin Kamari. Program ini dimulakan dengan rasminya tepat pada jam 2.30 petang.
Bengkel ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan nyanyian lagu
Bangsa Johor dan nyanyian lagu Semaian Subur. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan
lagi dengan bacaan doa oleh saudara Syarafuddin Bin Sazali dari 5 PISMP TESL 2. Majlis
kemudiannya diteruskan oleh saudari Nur Ashikin Binti Norizan dari 5 PISMP TESL 1 selaku
pengerusi majlis dengan menjemput Pengerusi Program, Muhammad Sholihin Bin Kamari untuk
menyampaikan sepatah dua kata ucapan. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan
menjemput, tuan penceramah, Encik Suhaimi Bin Omar untuk menyampaikan ceramahnya.
Sepanjang ceramah yang disampaikan oleh tuan penceramah, Encik Suhaimi Bin Omar,
beliau telah berkongsi maklumat dan memberikan pendedahan yang terperinci mengenai
segala persediaan yang perlu dilakukan oleh bakal guru sebelum dan semasa temu duga olah
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Maklumat ini amat berguna untuk dijadikan

panduan kepada semua bakal guru dalam menghadapi sesi temu duga. Selain itu, para pelatih
guru didedahkan dengan kaedah pengambilan guru yang terkini. Realiti yang disampaikan ini
benar-benar membuka minda semua pelatih guru untuk tidak lagi terlalu yakin akan
ditempatkan sebagai guru secara automatik. Semua perlu bersaing untuk mendapat tempat dan
berusaha bersungguh- sungguh dan serius mulai sekarang. Para pelatih guru turut didedahkan
dengan etika berpakaian dan tatatsusila semasa ditemu duga, persediaan yang perlu dilakukan
sebelum sesi temu duga seperti dokumen dan sijil- sijil penting, dan persediaan diri dengan
pengetahuan am dan isu- isu semasa.
Selain itu juga, beliau juga telah berkongsi maklumat akan perkara- perkara yang perlu
dilakukan dan dielakkan selepas disahkan jawatan sebagai guru seperti meminda cuti sakit dan
mengemukakan sijil cuti sakit palsu. Para pelatih guru juga didedahkan dengan maklumat
penting seperti hal- hal yang berkaitan dengan cuti yang dibenarkan seperti cuti sakit, cuti rehat
khas, dan cuti yang melayakkan seperti cuti bersalin dan cuti tanpa rekod (cuti kematian).
Beliau turut berkongsi pengalaman beliau berhadapan dengan guru-guru yang bermasalah dan
memberikan nasihat kepada semua bakal guru untuk menjadi lebih amanah, hormati orang lain
dan tidak sesekali memandang rendah atau memperkecilkan orang lain. Majlis diteruskan lagi
dengan sesi soal jawab antara para pelatih guru dan tuan penceramah. Para pelatih guru telah
mengajukan beberapa soalan berkaitan dengan topik yang telah dibincangkan sebentar tadi.
Setelah selesai sesi soal jawab, majlis diteruskan dengan sesi refleksi oleh wakil pelajar dari
setiap kelas.
Majlis diakhiri dengan ucapan dari Puan Irene Kalaimathy George selaku wakil mentor.
Beliau berpesan agar semua pelatih guru dapat mengambil maklumat yang disampaikan oleh
tuan penceramah sebagai panduan pada masa akan datang dan mengucapkan ribuan terima
kasih kepada tuan penceramah atas ceramah yang disampaikan. Majlis kemudiannya
diteruskan dengan acara penyampaian cenderamata kepada tuan penceramah , Encik Suhaimi
Bin Omar oleh Puan Irene Kalaimathy George diiringi oleh saudara Muhammad Sholihin Bin
Kamari. Majlis diakhiri dengan nyayian lagu rasmi Institut Pendidikan Guru IPG Malaysia.
Akhir kata, Program Bengkel Pengurusan Pendidikan Bina Insan Guru Fasa 5 tahun
2015 berjaya dilangsungkan dengan jayanya tanpa sebarang kesulitan. Semua guru pelatih
mula bersurai sebaik sahaja tamat majlis secara rasminya pada jam 6.00 petang.

Anda mungkin juga menyukai