Anda di halaman 1dari 9
Peranan Psikologi dalam Masvarakat Malaysia Semasa 65 PERANAN IBU BAPA DALAM MENANGANI MASALAH SOSIAL REMAJA SAPORA SIPON* Sekolah Psikologi Dan Kerja Sosial ABSTRAK Kertas kerja ini mengupas isu masalah sosial di kalangan remaja pada hari ini. ta turut membincangkan secara ringkas tentang senario masalah sosial remaja di Malay- sia pada masa kini. Dalam melihat isu ini, penulis membentangkan konflik yang berlaku antara remaja dan ibu bapa serta faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya konflik tersebut. Punca berlakunya konflik ibu bapa dan remaja dilikat dari dua sudut yang berbeza, iaitu faktor yang berpunca daripada ibu bapa dan konflik berpunca daripada remaja. Sikap ibu bapa yang tidak memahami, perbezaan tahap pengetahuan dan harapan ibu bapa terhadap pelajaran anak-anak merupakan faktor yang menyumbang kepada timbulnya konflik remaja dengan ibu bapa. Dari sudut remaja pula ia dikatakan berpunca daripada sikap remaja terhadap keluarga yang agak dingin, memberontak dan mempunyai nilai yang bertentangan dengan nilai keluarga serta penentangan terhadap harapan dan matlamat ibu bapa mereka. Di samping itu, kesan konflik antara remaja dengan ibu bapa ke atas kedua-dua pihak turut diketengahkan dalam kertas kerja ini, antara lain termasuk perubahan sikap remaja yang lebih bersifat memberontak dan berkemungkinan lari dari rumah manakala ibu bapa mengalami tekanan perasaan dan emosi. Sebagai langkah menangani masalah sosial di kalangan remaja, penulis mengemukakan strategi-strategi mengatasi konflik antara remaja dan ibu bapa yang seterusnya dapat mengurangkan risiko berleluasanya masalah sosial. Strategi tersebut termasuklah mencari penyelesaian masalah bersama, memberikan kasih sayang sejati dan layanan mesra kepada anak-anak, memperuntukkan masa yang secukupnya untuk anak-anak dan banyak lagi strategi yang diharapkan dapat membantu menangani masalah sosial di kalangan remaja. PENGENALAN Gejala sosial di kalangan remaja telah begitu banyak sekali diperkatakan. Isu bohjan, bohsia, lumba haram, dadah, dan ponteng sekolah antara lainnya merupakan gejala-gejala sosial yang semakin membimbangkan masyarakat. Boleh dikatakan setiap hari akhbar memaparkan pelbagai kes mengenai gejala sosial yang tidak pernah ketinggalan mendapat perhatian umum. Faktor-faktor yang menyebabkan gejala ini berlaku adalah berbagai. Faktor yang berpunca dari keluarga merupakan diantara faktor terpenting dalam membicarakan gejala sosial di kalangan remaja, * Sapora Sipon ialah Pensyarah dalam Program Psikologi Kaunseling, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, UMS. Peranon Peikologi dalam Masvarakar Malaysia Senasa 66 KELUARGA Keluarga merupakan wadah penting dalam membantu ahli-ahlinya menghadapi berbagai pancaroba dalam Kehidupan. Everts (1994) menyatakan terdapat tiga tugas dan peranan keluarga: 1. Membantu ahli-ahli keluarga dalam memenuhi kehendak-kehendak individu serta perkembangan diri. 2. Membimbing dan mengawasi tingkah laku ahli-ahlinya. 3. Mendidik individu menjadi warganegara yang bertanggungjawab Keluarga perlu menjadi satu unit yang sepadu dan kuat untuk menjayakan sebuah Keluarga yang bahagia. Corak perhubungan keluarga dalam memberi sokongan dan kemesraan kepada setiap abli dalam keluarga adalah penting untuk melahirkan keluarga yang sepadu. Seterusnya Everts mendapati bahawa sebuah rangkaian keluarga besar yang sering terpisah kepada unit-unit yang kecil, kualiti keluarga yang rapat, harmoni dan mesra akan terjejas. Peranan yang dimainkan oleh kedua ibu bapa penting bagi menentukan keberkesanan sesebuah keluarga. Ini jelas sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." Mahatma Gandhi pemnah berkata "tiada sekolah yang setanding rumahtangga yang bahagia dan tiada guru yang setanding dengan ibu bapa yang tulus ikhlas dan berhati mulia", Pendapat di atas jelas membuktikan betapa ibu bapa berperanan penting dalam ‘membentuk sebarang jenis perhubungan tingkah laku dan sahsiah anak. ‘Saedah Ghani (1992) menjelaskan corak peraturan dan norma keluarga dalam sebuah keluarga boleh menjamin sifat harmoni dan hormat di kalangan ahli-ahli keluarga. Scharusnya, dalam sebuah keluarga yang berfungsi, norma dan peraturan yang ada perlulah jelas, positif, adil dan tekal. Sifat hormat dan perasaan kemesraan sukar wujud apabila ahli keluarga kurang jelas mengenai disiplin dan tingkah laku yang diterima. Perkara ini sering membawa kepada kepincangan keluarga, rumahtangga serta berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti penderaan seksual dan fizikal (Chopyak & Abdullah; Wong 1984) maupun kenakalan remaja (Gibson, 1991; McWhirter, 1993). Kajian-kajian mengenai disiplin di kalangan remaja menunjukkan masalah disiplin selalunya berpunca dari rumah (Ibrahim Saad, 1983). Hurlock (1973) berpendapat ibu bapa merupakan asas permulaan dalam pembentukan masyarakat. Ibu bapa dikatakan dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada anak-anak dan masyarakat amnya kalau mereka dapat mewujudkan strasana penerimaaan bagi kanak-kanak di mana mereka ‘mendapat kasih sayang serta galakan. Atan Long (1982) menjelaskan ibu bapa sepatutnya menyediakan satu peraturan dan ukuran serta memberikan rasa perlindungan kepada kanak-kanak agar mereka dapat menjalankan Perauan Peikologi dalam Masyarakat Malaysia Semasa o7 tanggungjawab dan mendapat bimbingan serta pandangan membuat pemilihan dalam pelbagai hal sejak kecil lagi Peranan ibu bapa dalam pendidikan akhlak kaum remaja diperkukuhkan lagi oleh pendapat Hassan Langgulung (1980) yang menjelaskan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting sekali dalam pendidikan akhlak kaum remaja. Keluarga merupakan institusi yang mula-mula sekali bertindak balas dengan kaum remaja. Persona (1964) pernah menjelaskan bahawa rumah diibaratkan kilang yang menghasilkan keperibadian ‘manusia. Anak-anak yang tidak bermoral akan dilahirkan sekiranya ibu bapa gagal “memproses” anak mereka di kilang, Seperti keluarga-keluarga di negara lain, keluarga di negara ini amat perlu menyediakan ahli-ahlinya dengan keperluan hidup dan fizikal seperti makan minum, tempat kediaman, pakaian, keselamatan dan keperluan pendidikan yang cukup. Kekurangan dari segi hidup dan fizikal menyebabkan terjadinya jurang yang luas antara yang kaya dengan yang kurang berada dan ini menimbulkan rasa rendah diri di kalangan anak-anak. KONFLIK ANTARA KAUM REMAJA DENGAN IBU BAPA. Konflik di antara remaja dan ibu bapa wujud apabila dua generasi memandang Kehidupan dari dua sudut yang berbeza (Asmah Bee, 1992). Hal-hal yang dirasakan penting bagi remaja tidak lagi dianggap penting oleh ibu bapa. Garrison (1965) berpendapat ketegangan emosi ibu bapa yang disebabkan oleh anak remaja adalah sesuatu yang nyata, dan kadangkala ketegangan ini disalurkan melalui kawalan yang ketat yang dikenakan kepada remaja walaupun tanpa niat mahu mengongkong anak-anak remaja mereka, Steinbeck (dim. Santrock, 1995) menjelaskan peringkat awal remaja adalah waktu dimana konflik antara remaja dengan ibu bapa mulai tegang. Banyak faktor yang ‘mempengaruhi kewujudan konflik ini. Antaranya ialah faktor biologi, kognitif, sosial, perubahan dalam gaya keibubapaan, jangkaan dan harapan samada dari pihak ibu bapa mahu pun remaja. Asmah Bee memberikan beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya konflik antara ibu bapa dengan remaja FAKTOR-FAKTOR WUJUDNYA KONFLIK REMAJA DENGAN IBU BAPA Dari Sudut Ibu Bapa ‘Sikap ibu bapa Sikap ibu bapa yang berbeza dengan anak remaja boleh mencetuskan konflik diantara dua golongan ini. Diantaranya ialah ibu bapa yang kurang memahami perkembangan anak-anaknya khususnya dari segi pemikiran dan kematangan golongan remaja. [bu bapa perlu berupaya menyelami permasalahan remaja dan tidak lagi menganggap anak remaja mereka masih kecil. Ibu bapa sering melihat perubahan anak mereka dari seorang yang taat dan patuh kepada remaja yang bersifat berlawanan. Dalam Peranan Psitologi dalam Masyarakat Malaysia Semasa 68 keadaan ini, ibu bapa mula meletakkan peraturan-peraturan yang lebih ketat dalam usaha supaya anak remaja patwh kepada peraturan-peraturan yang ditentukan oleh mereka. (Collin, 1990), Tahap pengetahuan ib bapa Biasanya, ibu bapa menganggap mereka berpengalaman dan berpengetahuan berbanding dengan anak remaja. Ibu bapa yang merasakan bahawa mereka serba mengetahui adakalanya sukar menerima buah fikiran yang dikemukakan oleh remaja, Santrock menerangkan ibu bapa sering mahukan remaja menjadi lebih matang daripada waktunya. Ibu bapa yang dapat memahami tahap-tahap perkembangan anak remaja mereka berupaya mengendalikan masalah anak-anak mereka dengan lebih yakin dan tenteram. Harapan ibu bapa dari segi pembelajaran Ramai ibu bapa yang mengharapkan yang terbaik dari anak-anak mereka. Harapan yang terlalu tinggi ini boleh mengakibatkan emosi remaja tertekan. Remaja akan merasa terganggu kerana sering memikirkan risiko yang bakal dihadapi andainya mereka gagal atau lemah dalam pelajaran. Ini boleh menyebabkan anak remaja sering merasa takut serta boleh menimbulkan perasaan benci kepada ibu bapa mereka. Persepsi ibu bapa pada jangka panjang Tou bapa, dalam usaha melihat kejayaan anak-anak mereka sering mengenakan peraturan tertentu kepada anak mereka khususnya anak remaja yang mudah terpengaruh dengan keadaan persekitaran yang mencabar. Peraturan-peraturan ini menyebabkan timbulnya tentangan di pihak remaja di mana mereka inginkan kebebasan. Dari Aspek Remaja Tuntutan untuk kebebasan dan emansipasi Remaja merasakan perlu bagi mereka untuk bebas dari kawalan ibu bapa dan orang dewasa lain. Mereka juga inginkan autoriti terhadap jalan hidup mereka sendiri. Usaha in sering membawa kepada konflik dengan ibu bapa. Hurlocks (1971) berpendapat bahawa keinginan untuk menjadi individu yang tidak bergantung kepada orang lain dan bebas merupakan aspek semulajadi dalam fasa kehidupan remaje. Pertentangan nilai ibu bapa dengan rakan sebaya Remaja cenderung untuk berpisah dari struktur keluarga apabila mereka menjangkau usia remaja. Remaja lebih rapat dengan teman sebaya yang mereka rasakan lebih sesuai dan memahami kehendak-kehendak mereka. Pada tahap ini, nilai-nilai kumpulan rakan sebaya menjadi pengaruh yang kuat tethadap sikap, cara berpakaian, pertuturan dan nilai-nilai yang dipegang oleh keluarga. Kajian Gold (dim. Duke dan Duke, 1975) mendapati bahawa teman sebaya sangat berpengaruh dalam tindak tanduk pelajar yang bermasalah. Kajian ini selari dengan kajian-kajian Knight dan West (dim. Feldhusen, 1978) yang mendapati pengaruh rakan sebaya adalah sebagai pembolehubah sosial yang mungkin meningkatkan lagi kejadian Peranan Psikologi dalam Masyarakat Malaysia Semasa 0 disiplin sekolah. Persahabatan antara remaja adalah kukuh kerana ini membantu serta memberi sokongan emosi dan keselamatan sewaktu remaja itu cuba untuk tidak begitu bergantung kepada ibu bapanya. Remaja bertendensi untuk mencari kawan-kawan yang sama taraf dengan mereka dari segi kebolehan sosio-ekonom cita-cita, kerjaya dan pelajaran. sikap dan pendapat dalam Matlamat ibu bapa Bukanlah satu perkara yang baru apabila ibu bapa menetapkan matlamat terhadap anak-anaknya. Matlamat yang ditentukan oleh ibu bapa ini walaupun baik, tetapi kadangkala tidak sesuai atau terlalu realistilk untuk anak-anak mereka. Akibat dari ini, ada remaja yang merasa begitu tertekan diantara kehendak keluarga dan kehendak diri sendiri, Sikap remaja terhadap keluarga Kaum remaja mula menjadi seorang individu yang kritikal dan kadangkala bermusuh dengan keluarga apabila prestij bersama rakan sebaya atau ‘personal esteem’ mereka dicabar. (Asmah Bee, 1994). Persahabatan yang intim bersama rakan sebaya dan orang-orang dewasa membolehkan remaja membuat perbandingan. Akhimya, remaja ini akan hilang keyakinan terhadap keluarga mereka sendiri sungguhpun pada mulanya mereka menganggap keluarga mereka adalah sebuah keluarga yang ideal. Remaja mula membezakan ibu bapa mereka dengan "ibu bapa yang ideal” dan mulai memberi kecaman terhadap kekurangan-kekurangan yang dirasai dipunyai oleh ibu bapa mereka. KESAN KONFLIK Sullivan & Sullivan (dim. Santrock, 1996) menjelaskan konflik antara remaja dengan ibu bapa mereka akan berkurangan apabila remaja berumur antara 17-20 tahun. Konflik berada pada tahap yang tinggi di awal zaman remaja. Conger dan Galambus (1997) menyatakan walaupun terdapat pertambahan Konflik antara ibu bapa dengan remaja, ia tidak mencapai tahap yang menggemparkan. Konflik biasanya wujud dalam bentuk aktiviti Kehidupan seharian seperti cara berpakaian, kebersihan diri, waktu keluar dan balik rumah dan lain-lain lagi. Sesetengah konflik adalah normal. Bagaimanapun, terdapat konflik yang tinggi yang boleh memberi tekanan kepada ibu bapa dan remaja. Montemayor (1982) mendapati satu dari lima konflik yang berlaku dalam keluarga akan menimbulkan emosi yang kuat dan tidak sihat. Konflik ada juga yang bersifat positif. Walaupun kebanyakan ibu bapa ‘menganggap kebanyakan Konflik dengan anak remaja adalah tidak sihat, darjah konflik yang sedethana dengan ibu bapa merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan, malah ia mempunyai fungsi positif dalam perkembangan remaja. Kesan Konflik Ke Atas Remaja = Perasaan tertekan - _Bersifat suka menentang, - Mengamatkan prinsip hidup yang bertentangan dengan anvalan ibu bapa Peranan Psikologi dalam Massarakat Mataysia Semesa 70 - Mengamalkan tabiat meminum arak. merokok dan menghisap dadah = Melakukan perbuatan anti sosial - Melarikan diri dari rumah, Kesan Konflik Ke Atas [bu Bapa - _ kesan ke atas perasaan ibu bapa - __kesan ke atas tindakan ibu bapa - __kesan ke atas perubahan sikap STRATEGI_ MENGURANGKAN KONFLIK Konflik yang membelenggu remaja dengan ibu bapa boleh dikurangkan melalui strategi-strategi yang mendatangkan kebaikan bagi kedua-dua pihak. Laurence Steinberg (dim, Santrock, 1995) percaya bahawa jalan terbaik bagi mengendalikan Konflik antara remaja dengan ibu bapa ialah penyelesaian masalah secara bersama, Matlamat utama penyelesaian masalah perlulah dapat memenuhi kehendak kedua-dua pihak. Asmah Bee (1994) mengatakan keadaan persekitaran rumah tangga yang tidak terurus, tiada peraturan hubungan suami isteri yang tidak harmoni_ boleh menimbulkan konflik antara ibu bapa dengan anak-anak. Dalam mendi anak-anak, beliau ‘memperturunkan beberapa langkah yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk menjadi ahli psikologi kanak-kanak dalam kaedah mendidik anak-anak yang masih kecil (tahap kanak-kanak bermula dari dua tahun dan berakhir pada sebelas tahun). Langkah-langkah tersebut adalah seperti di bawah. Pemberian Kasih Sayang Sejati Kasih sayang yang ikhlas dan sejati akan melahirkan kanak-kanak yang berperasaan selamat, sentiasa merasai_ dipunyai dan disayangi dan tidak bersifat mengkritik. Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak tersebut akan menjadi teratur dan kanak- kkanak ini akan memasuki tahap remaja dengan baik dan stabil. Dua bentuk kasih sayang yang perlu diperlihatkan oleh ibu bapa. Pertama ialah berterasan (constant) manakala yang keduanya ialah tidak bersyarat. Apa yang dimaksudkan tidak bersyarat ialah kasih sayang perlu diperlihatkan Walaupun kanak-kanak tersebut telah berkelakuan Kurang menyenangkan. Kanak-kanak mempelajari dan memahami bahawa kasih sayang yang diberi perlu diperlihatkan. Contohnya, ibu bapa memeluk dan mencium anak-anaknya di waktu-waktu yang perlu. Peruntukan Masa Bersama-Sama Waktu bersama-sama keluarga adalah waktu yang berharga. Cuba luangkan seberapa banyak masa bersama-sama anak-anak, Masa yang ada ini dapat digunakan untuk aktiviti bermain bersama-sama, bercakap dan berbual-bual serta berkerjasama dalam aktivti di rumah. Peranan Psikologi dalam Masyarakat Malaysia Semasa a Disiplin Yang Kukuh ‘Sebuah keluarga memeriukan disiplin yang kukuh. Apa yang dimaksudkan dengan disiplin ialah satu panduan serta peraturan kepada sesuatu tingkah laku. Apabila wujudnya kasih sayang kepada kanak-kanak, panduan dan bimbingan perlu ada. Menghormati disiplin di rumah adalah penting supaya peraturan-peraturan dapat diikuti apabila mereka sudah dewasa. Asmah Bee berpendapat disiplin yang digunakan harus bersifat positif. Contohnya, ibu bapa harus menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai seperti "Buat macam ini" daripada "Jangan buat begitu". Ganjaran harus diberi apabila kanak-kanak melakukan sesuatu yang baik. Disiplin harus semerta, tekal dan tegas. Kanak-kanak elok diterangkan dengan jelas peraturan yang digunakan. Dalam bertindak, ibu bapa perlu bersifat autoritatif dan bertindak tegas. Kanak- kanak zaman ini merupakan kanak-kanak yang bijak, pintar dan kreatif. Tingkah laku ibu bapa mereka boleh diramal. Sifat-sifat tegas dan autoritatif penting supaya kanak- Kanak boleh menghormati disiplin yang dibentuk di rumah, Saling Menghormati Setiap ahli dalam keluarga perlu saling menghormati. Perlulah ibu bapa mendidik anak-anak supaya belajar untuk menghormati orang yang lebih tua. Satu cara berkesan untuk menanamkan sifat hormat menghormati antara abli keluarga ialah dengan menunjukkan contoh yang baik. Ibu bapa perlu bersifat lemah lembut. Ucapkan terima kasih, Alhamdulillah, Subhanallah dan perkataan-perkataan yang boleh menimbulkan perasaan hormat sesama abli Keluarga. Didikan Perlu Yang Betul Bukan Sebaliknya Amat penting bagi ibu bapa mengajar sesuatu yang baik. Hal-hal yang berkaitan dengan agama, nilai dan moral dalam masyarakat perlu ditanam pada kanak-kanak. Nilai-nilai asas yang positif perlu ditekankan. Cara didikan anak sangat penting dalam pembentukan sesebuah keluarga yang bahagia. Cara didikan ibu bapa yang berbentuk demokratik adalah amat sesuai untuk perkembangan remaja, Cara didikan demokratik adalah yang berdasarkan kepada saling hormat menghormati, mengawasi,_memberi penjelasan kepada peraturan dan memberi peluang melibatkan diri dalam membuat ‘keputusan tertentu. Layanan Yang Mesra Layanan yang mesra antara ahli keluarga terutamanya ibu bapa dengan anak- anak akan menyebabkan setiap orang dalam keluarga merasakan diri mereka bersatu dan saling memerlukan. Erikson (1968) mendapati kegagalan mewujudkan kemesraan. dalam sesebuah keluarga akan menimbulkan sikap yang kurang diingini dalam pembentukan konsep kendiri remaja. Kanak-kanak akan merasakan dirinya tidak ‘mempunyai tempat dalam keluarga jika beliau gagal mendapat kemesraan dalam keluarga. Peranan Psikologi dalam Masyarakat Malaysia Semasa n Gluek dan Gluek (dim. Conger, 1968) mendapati bahawa remaja yang tidak nakal menerima layanan baik daripada ibu bapa mereka berbanding dengan remaja yang nakal. Kajian-kajian oleh Healy dan Boner juga mendapati 92% daripada subjek yang terdiri daripada remaja yang nakal merasakan diri mereka tidak dihargai. Faridah Embong (1989) menjelaskan anak-anak baik diperingkat kanak-kanak atau remaja mengharapkan layanan yang mesra daripada ibu bapa Memberi Peluang Mendengar Pendapat Anak-Anak ‘Adalah baik sekiranya ibu bapa mendengar pendapat anak-anak. Berilah peluang kepada anak-anak untuk melahirkan perasaan hati walaupun keputusan ditangan ibu bapa. Agak menyedihkan, kadangkala anak-anak tidak lagi berupaya_melahirkan perasaan mereka. Bersifat Realistik Serta Galakkan Berdikari Dalam mendidik anak-anak, ibu bapa perlu bersifat realistik dan menggalakkan’ anak-anak berdikari. Asmah Bee (1992) menjelaskan bahawa jangkaan ibu bapa ke atas pencapaian kanak-kanak selaras dengan kebolehan kanak-kanak. Manusia memang tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Oleh itu, kesediaan memaafkan sememangnya diperlukan dari setiap manusia. Tbu bapa juga perlu membantu anak-anak agar berdikari serta menyematkan sifat percayakan diri sendiri dan dapat memperlihatkan bakat-bakat, semula jadi yang dipunyai oleh kanak-kanak. KESIMPULAN Masalah gejala sosial sebenamya adalah masalah bersama, Setiap ahli dalam masyarakat perlu berusaha kuat agar masyarakat negara ini akan lahir sebagai masyarakat penyayang dan cemerlang. Walau bagaimanapun, peranan ibu bapa dalam menangani gejala sosial remaja amatlah penting kerana keluarga merupakan institusi terdekat remaja. Semoga kita sama-sama berusaha melahirkan masyarakat Malaysia yang cemerlang dan berbudaya. RUJUKAN ‘Asmah Bee. (1993). Konflik di antara kaum remaja dengan ibu bapa. Seminar ke arah pembangunan keluarga bahagia. Terengganu, Atan Long. (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Chopyak, D. & Abdullah, R. (1986). The psychological problems of battered women and their families. Implications for the helping profession. Jurnal PERKAMA 2, 59-79. ‘reranan esioogt dalam Masyarakat Mateysta Semasa 2 ree Press. Cohen, A.K. (1995). Deliquent Boys. The culture of gang. {linoi Conger, JJ & Galambus, N.L (1997). Adolescent and youth. (Sth ed). New York: Longman. Duke, D.I & Duke PM. (1978) The prediction of delinquency in girls. Journal of Res earch and Development in Education 11 (2), 20-31 Erikson, E.H. (1968). Identity: Youth and crisis. New York: W.W. Norton Co. Evert, J.F. (1994). Developing Family Services in Malaysia. Jurnal PERKAMA, 5, 242-251. Faridah Embong. (1989). Pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya terhadap perlanggaran disiplin sekolah. Kajian kes di antara sekolah asrama penuh dengan sekolah biasa. Latihan ilmiah. Jabatan Psikologi. UKM. Feldhusen, J.F. (1978). Behavior problems in secondary schools. Journal of Research and Development in Education. 11(4). 17-19. Hassan Langgulung. (1980). Pendidikan Islam di remah. Seminar Pendidikan Islam pada peringkat kanak-kanak. Pulau Pinang. Hurlock, E. (1973). Adolescent development. New York: McGraw Hill, Ibrahim Saad. (1988). Masalah disiplin dari rumah ke sekolah. Widya, April, Bil 8. Kuala Lumpur. Adabi publishing Sdn, Bhd. Montemayor, R. (1982). The relationship between parent-adolescent conflict and the amount of time adolescent spend with parents, peers and alone. Child Develop ment, 53. 1512-1519. Persona, T. (1964). Principal function of the nuclear family. Dim Parsons, T dan Bales, RF (Bds). Family: Socialization and interaction process. New York: Routledge. Santrock, J.W. (1995). Life-Span Development, (Sth ed). Madison: WCB Brown & Benchmark. Saedah Ghani (1995). Gejala Sosial dalam institusi kekeluargaan. Bengkel kaunseling ke 13. UKM.

Anda mungkin juga menyukai