Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacaraan Majlis Khatam Al-Quran 2012

10 Okt 2012.......
. .
Yang berusaha, Puan Hajah Norhayati bt. Saad,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penaga,
Yang dihormati, Puan Hajah Fuziah bt. Karim,
Penolong Kanan Pentadbiran,
Encik Zulkifli b. Mohamed, Penolong Kanan HalEhwal Murid, Puan Juriah bt. Ismail, Penolong
Kanan Ko-Kurikulum,
Rakan-rakan guru seterusnya
Yang dikasihi, anak-anak murid Tahun 6 sekalian..
((Selamat datang dan terima kasih diucapkan
kepada Yang berbahagia
__________________________________________________
_________________atas kesudian menerima
undangan ke Majlis Khatam Al-Quran bagi
tahun 2012..))
....
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan
menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul
Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan
limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan
dalam Majlis Khatam Al-Quran ini. Mudahmudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang

cintakan al-Quran dapat direalisasikan melalui


program-program sebegini.
Zikir Munajat Pembersih jiwa
Doa dipohon menjana taqwa
Bagi memberkati majlis kita pada tengahari ini,
marilah kita sama-sama menadah tangan penuh
kehambaan kepadaNya....,
Untuk itu, majlis mempersilakan adik Mohd
Syazwan bin Roslan untuk memimpin bacaan
doa.....dipersilakan.
#########
Amin..ya rabbal alamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas
pimpinan bacaan doa itu tadi..Semoga majlis kita
mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.
Hadirin sekalian,
Seterusnya majlis mempersilakan Yang
berusaha, Puan Hajah Norhayati bt. Saad, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Penaga,
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.....Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
#########

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih


atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Seterusnya dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd
Fauzi b. Abdullah untuk memimpin Majlis
Khatam Al-Quran kita pada hari ini.. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
#########
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam AlQuran kita pada hari ini.Namun, majlis kita
masih belum selesai.
Acara seterusnya ialah penyampaian sijil
khatam al-Quran bagi murid-murid Tahun 6
yang telah selesai mengkhatam Al-Quran.
Majlis dengan berbesar hati mempersilakan
Yang berusaha Puan Hajah Norhayati bt. Saad,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penaga untuk
menyampaikan sijil tersebut.Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Dipersilakan wakil murid tahun 6 Yakin untuk
menerima sijil.
Dipersilakan wakil murid tahun 6 Jaya untuk
menerima sijil.
Dipersilakan wakil murid tahun 6 Usaha untuk
menerima sijil.
Dipersilakan wakil murid tahun 6 Gigih untuk
menerima sijil.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Maju untuk


menerima sijil
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima
kasih kepada Yang berusaha Puan Hajah
Norhayati bt. Saad atas kesudian
menyempurnakan penyampaian sijil sebentar
tadi.
Sebagai tanda hati ikhlas daripada pihak
majlis, dipersilakan Yang berusaha Puan Hajah
Norhayati bt. Saad menyampaikan tanda hati
kepada Al-fadhil Ustaz Mohd Fauzi b. Abdullah,
Khalifah Majlis Khatam Al-Quran pada hari
ini .Dipersilakan.
#########
Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha
Puan Hajah Norhayati bt. Saad atas kesudian
menyampaikan tanda hati sebentar tadi.
Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di
penghujungnya.Saya mewakili seluruh Ahli
Jawatankuasa Pelaksana Majlis Khatam al-Quran
Program
j-QAF
Tahun
2012,
ingin
mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan majlis kita pada hari ini samada
secara langsung mahupun tidak. Moga kita
semua akan beroleh keberkatan daripadaNya, insya Allah.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.
Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada
hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan
surah al-`Asr.
Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq
walHidayah
wassalamu
`alaikum
wa
Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi
Taala wa ilal liqa, maas salamah.