Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROJEK PENGHASILAN MURAL

NILAI-NILAI MURNI
TEMPAT

: TANGGA SEKOLAH

MASA

: SELEPAS TAMAT WAKTU SEKOLAH SETIAP HARI

TEMPOH

: 12 APRIL 2015 07 MEI 2015

Saya dan rakan saya Mohamad Suhaimi bin Md. Dan telah bersetuju untuk
menghasilkan sesuatu sebelum meninggalkan sekolah ini. Setelah berbincang,
akhirnya kami berdua bersetuju untuk menghasilkan mural di dinding sekolah dek
kurangnya lukisan mural di dinding sekolah-sekolah ini berdasarkan pemerhatian kami
sepanjang berada di sekolah ini. Kami meminta pandangan dan kebenaran daripada
Tuan Guru Besar dan juga guru-guru Pendidikan Khas. Mereka bersetuju dan memberi
kebenaran kepada kami untuk memulakan projek ini secepat yang mungkin. Kami
memilih kawasan tangga sekolah yang berhampiran dengan tandas murid untuk
melukis mural nilai-nilai murni seperti yang telah kami rancang. Kami memilih kawasan
tersebut kerana ianya agak suram tetapi kawasan tangga itu merupakan laluan utama
murid untuk ke tandas dan juga kantin. Jadi, saya dan Suhaimi bersepakat untuk
menghasilkan projek kami di situ. Justeru, setelah mural nilai-nilai murni ini siap nanti, ia
akan menjadi sesuatu nilai tambah yang baru kepada murid. Sambil-sambil mereka
berjalan menaiki dan menuruni tangga, mereka akan dapat melihat dan membaca nilainilai murni tersebut.
Antara nilai-nilai murni yang dilukis ialah berdikari, kasih-sayang, hormatmenghormati, bersyukur, kebersihan, baik hati, tolong-menolong dan prihatin. Untuk
pengetahuan, kami melukis mural ini setelah tamat waktu persekolahan. Kami
memulakan kerja-kerja melukis mural ini pada jam 2.30 petang selepas solat Zohor di
Surau sekolah pada setiap hari. Rutin kami setiap hari adalah sama dan kami pulang
pada jam 5.00 petang. Kami melukis dan mewarna sediki demi sedikit dan akhirnya
projek kami berjaya disiapkan dengan jayanya. Semoga dengan adanya lukisan mural
nilai-nilai murni ini, bukan sahaja mencantikkan kawasan sekolah, malah memberi dan

mengajak murid-murid semua untuk mengamalkan nilai-nilai murni ini dalam kehidupan
seharian.