Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI TUGASAN EDU BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyelesaikan tugasan ini.
Melalui tugasan ini, saya diminta untuk membuat penulisan akademik tentang implikasi
kepelbagaian sosiobudaya dalam bilk darjah dan juga perlu menyediakan sebuah Rancangan
Pengajaran Harian (RPH).
Saya amat gembira kerana tugasan yang diberikan dapat disiapkan dalam jangka waktu
yang ditetapkan. Namun begitu, terdapat beberapa masalah dalam melaksanakan tugasan ini
antaranya ialah kekangan masa dan pelbagai komitmen lain yang perlu juga dipenuhi dalam
masa yang sama. Masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah pabila pensyarah pembimbing
memberi masa tambahan dan saya membuat perancangan tugasan dahulu sebelum
memulakan tugasan. Selain itu, saya juga telah mengahadapi beberapa masalah lain seperti
kurang memahami kehendak soalan dan kurang sumber rujukan. Namun taklimat tugasan
daripada guru pembimbing dan maklumat tambahan daripada rakan-rakan banyak membantu
saya. Kekurangan bahan rujukan juga dapat diatasi apabila rakan-rakan sekelas terutamanya
berbesar hati berkongsi bahan rujukan yang mereka peroleh.
Melalui tugasan ini, saya telah dapat mempelajari pelbagai perkara antaranya ialah
cara-cara untuk membuat penulisan ilmiah dengan isi-isi penting menjadi ayat-ayat yang lebih
gramatis dan berilmiah. Melalui tugasan ini, saya mula menyedari tentang kepentingan
memahami dan saling menerima budaya orang lain. Hal ini demikian kerana sebagai seorang
guru, saya perlu memahami budaya dan pemikiran anak-anak murid saya supaya saya dapat
pastikan mereka dapat menerima gaya pengajaran saya.
Selain daripada itu, saya juga dapat mengetahui tentang situasi di sekolah yang mana
tidak semua murid itu sama. Setiap murid mempunyai personaliti yang berbeza dan pendekatan
seorang guru terhadap mereka juga tidak sama. Melalui tugasan ini, saya dapat menyelami
cabaran yang bakal saya hadapai sebagai seorang guru kelak. Melalui tugasan ini juga, saya
dapat mengetahui jenis-jenis masalah sosiobudaya yang kebiasaanya terdapat di sekolahsekolah. Hal ini menyebabkan saya berfikir tentang punca-punca masalah itu berlaku dan
apakah pendekatan yang paling sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Berdasarkan
pembacaan sumber rujukan juga telah membantu saya menjana idea dalam mencari cara
bagaimana untuk mengahadapi pelbagai kerenah pelajar di sekolah kelak.

Akhir sekali, saya berasa sangat gembira kerana dapat menyelesaikan tugasan ini tepat
pada masanya. Saya amat yakin tentang ilmu-ilmu yang saya peroleh daripada tugasan ini
boleh saya praktikkan di sekolah kelak. Saya juga berasa sangat lega kerana satu
tanggunjawab yang telah diamanahkan kepda saya telah dapat saya selesaikan. Sekian, terima
kasih.