Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

JABATAN KELUARGA DAN SAINS KONSUMER

( KPD 3026) PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

KAJIAN
TINDAKA
N
NAMA

: NUR AMIRAH BINTI AZHAR

NO.MATRIK

: D20121058226

TAJUK
Penggunaan Boneka Tangan Dalam Komunikasi Dua Hala Bagi Meningkatkan
Kemahiran Pengajaran Prinsip Memasak Haba Kering

Nur Amirah Azhar

Abstrak
Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan boneka dalam komunikasi
dua hala antara guru pelatih dan pelajar bagi meningkatkan kemahiran pengajaran dalam
proses pengajaran Prinsip Memasak Haba Kering. Sejauh mana keberkesanan penggunaan
boneka dapat meningkatkan kompetensi pelajar subjek Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan
4. Kajian ini telah dijalankan di dalam kuliah kursus Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2,
kod kursus KPD3026. Kajian tindakan dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif dengan
sampel kajian terdiri daripada 23 orang pelajar dalam kalangan guru pelatih dan seorang
pensyarah. Kajian ini menggunakan pendekatan kemahiran pengajaran variasi rangsangan.
Analisis data dilakukan dengan menggunakan kaedah pengiraan gundal.
BAB 1 : PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan

Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan


sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah
merupakan petunjuk terbaik bagi kemajuan masa depan sesebuah negara. Dalam ekonomi
global masa kini, kejayaan sesebuah negara amat bergantung pada ilmu pengetahuan,
kemahiran dan kompetensi yang dimiliki rakyat. Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya
negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan berpeluang menikmati kemajuan
ekonomi yang lebih tinggi. Selain itu, pendidikan juga menjadi asas pembinaan negara
bangsa dan pengukuhan perpaduan. Pendidikan menyediakan peluang kepada individu
meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya dan menyumbang secara
aktif kepada pembangunan negara.
Sejak kebelakangan ini, system pendidikan negara telah menjadi perkara yang
semakin menarik perhatian dan menjadi perbahasan orang ramai. Ibu bapa meletakkan
harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan akan keupayaan system pendidikan
melengkapkan generasi muda dengan persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran
abad ke 21. Menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan adalah kompleks dan rencam,
tempoh yang panjang diperlukan untuk melihat impak transformasi yang dilaksanakan. Oleh
itu, pihak Kementerian perlu mengambil tindakan yang berani dan pantas kerana perubahan
yang dihasratkan adalah penting dan mesti dilaksanakan segera. Hasil daripada penglibatan
masyarakat dan penyelidikan meluas yang dijalan oleh Kementerian, satu Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia telah diwujudkan.
Pelan pembangunan pendidikan Malaysia dibina dengan tiga objektif utama iaitu
memahami prestasi dan cabaran semasa, mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas dan
menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan
penting dalam Kementerian. Pertama, memahami prestasi dan cabaran semasa sistem
pendidikan Malaysia adalah dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan,
meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan
perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem. Kedua,

mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara
keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang. Ketiga, menggariskan transformasi sistem
pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi
memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan
menyokong transformasi perkhidmatan awam.
1.1 Latar belakang kajian
Komunikasi ialah satu proses di mana seseorang menyampaikan sesuatu maksud kepada
orang lain. Komunikasi yang berkesan akan tercapai apabila maksud penyampai diterima
dengan jelas oleh penerima. Sekiranya maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima,
maka timbul konflik antara kedua dua individu itu. Komunikasi juga merupakan suatu
interaksi sosial yang dilakukan melalui mesej. Menurut Highet, komunikasi ialah pemancaran
idea daripada satu pemikiran kepada satu pemikiran yang lain. Elemen komunikasi antara
guru dengan pelajar dalam proses pengajaran adalah amat penting bagi menyampaikan isi
pelajaran.
Menurut Kennenth (2007), tanpa komunikasi, proses pengajaran dan pembelajaran
tidak akan berlaku. Oleh itu, guru-guru yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
akan mewujudkan susasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berjaya untuk pelajar.
Sebaliknya, seseorang yang mempunyai kemahiran komunikasi yang besar mempunyai
potensi untuk mempengaruhi orang lain dan strategi komunikasi yang berkesan akan
membawa kepada kejayaan ( Guerrero & Floyd , 2006 ).
Dalam usaha untuk mengajar yang lebih baik, media yang baik adalah diperlukan.
Media yang digunakan untuk membuat pelajar menikmati pelajaran, membuat pelajaran
menyeronokkan untuk mereka dan tidak bosan. Salah satu media yang boleh digunakan
oleh guru adalah boneka tangan. Kimberly (2009: 24) menyatakan bahawa boneka tangan
adalah anak patung mempunyai badan yang lembut dan kepala serta ia boleh dikawal
dengan mudah dengan tangan.

1.2 Masalah kajian


Satu proses pengajaran mikro telah dijalankan oleh guru pelatih Semester 6, ISMP Ekonomi
Rumah Tangga bagi memenuhi syarat tugasan KPD3026 Pengajaran, Teknologi dan
Penaksiran 2. Di dalam proses pengajaran mikro tersebut, guru pelatih hanya menggunakan
satu kemahiran pengajaran sahaja iaitu kemahiran variasi rangsangan. Pelajar yang terdiri
dalam kalangan guru pelatih menilai semasa proses pengajaran mikro dijalankan.
Berdasarkan analisis laporan komen yang telah diberikan oleh pelajar kepada guru pelatih,
peratus yang banyak adalah dalam skop komunikasi. Justeru itu, intervensi yang akan
digunakan bagi meningkatkan kemahiran komunikasi dua hala antara guru pelatih dan
pelajar adalah dengan menggunakan boneka tangan.
Penggunaan boneka tangan dijangka dapat membantu pelajar dalam mencapai
objektif pembelajaran. Ia berdasarkan beberapa sebab, Greensmith (2012) menyebut tujuan
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan boneka tangan adalah untuk
merangsang imaginasi dan kreativiti pelajar, menggalakkan pelajar yang paling senyap untuk
mula bercakap, mendorong dan menyokong pelajar yang mengalami masalah dalam
komunikasi dan interaksi, membangunkan kemahiran sosial dan motor pelajar dan
menyediakan hubungan penting antara pembelajaran dan permainan yang membuat boneka
alat pengajaran yang menarik untuk di rumah, kelas dan di dalam masyarakat yang lebih
luas.
1.3 Objektif Kajian
Terdapat 3 objektif yang ingin dicapai melalui kajian tindakan ini. Objektif tersebut adalah :

1. Mengenalpasti cara komunikasi yang berkesan dalam proses pengajaran dan


pembelajaran Prinsip Memasak Haba kering.
2. Menganalisis laporan penilaian pengajaran dengan menggunakan kaedah gundal.
3. Meningkatkan kemahiran variasi rangsangan dalam tajuk Prinsip Memasak Haba
kering dengan menggunakan komunikasi melalui boneka tangan.
BAB 2 : SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan
Sorotan kajian merupakan penyataan atau fakta yang menyokong sesuatu objektif.
Sorotan kajian yang juga dikenali sebagai sorotan literatur juga membuktikan bahawa teori
yang digunakan bukanlah hanya rekaan. Di dalam sorotan kajian ini mengandungi
penyataan, kaedah, teori, pendapat, penilaian dan laporan kajian berkenaan tajuk yang
dipilih penyelidik. Sumber sumber kajian boleh diambil daripada artikel, jurnal, tesis atau
kenyataan daripada seseorang pakar.
2.1 Kajian Lepas
Menurut (Mansor et. al 1984), komunikasi adalah satu proses. Seperti yang kita tahu,
sesuatu proses itu tiada permulaan dan tiada pengakhiran tertentu. Ia berjalan terusmenerus tanpa henti. Begitu juga dengan komunikasi yang merupakan satu proses yang
pastinya bermula dan tidak tahu bila pengakhirannya. Setiap hari pasti kita berkomunikasi
samada secara langsung atau tidak langsung, samada sedar ataupun tidak. Komunikasi
boleh berlaku dalam pelbagai cara. Komunikasi bukan hanya melibatkan pertuturan atau
percakapan dengan diri kita semata-mata tetapi kita juga berkomunikasi dengan alam
sekitar.
Menurut Abdul Aziz Yusof (2003), komunikasi melibatkan penyampaian idea dan
perasaan kepada pihak lain. Tanpa berkomunikasi, maklumat tidak dapat disampaikan
daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Kita berkomunikasi kerana kita ingin

mempengaruhi pemahaman, sikap dan tindakan pihak lain sama ada mereka bersetuju atau
tidak ke atas sesuatu isu sebagaimana yang kita kehendaki.
Menurut Zulkifli (2000), terdapat sembilan unsur penting yang perlu diberi perhatian
dalam komunikasi. Ia adalah seperti komunikasi mata, posisi tubuh dan pergerakan badan,
gerak isyarat atau air muka, pakaian dan perawakan, suara dan kepelbagaian, bahasa dan
berhenti sejenak dan mendapat penglibatan pendengar. Dalam konteks sekolah,
berkomunikasi ialah proses cara guru berkongsi pengalaman dengan murid-muridnya dan
begitu juga sebaliknya.
Che Su dan Mohd Foad (1993), pula mengatakan untuk menjadikan pengajaran
yang berkesan, guru mestilah memiliki ciri-ciri positif seperti pertuturan yang jelas, pertuturan
yang bersemangat dan komunikasi dua hala. Komunikasi lisan juga dilihat dapat
mengeratkan sillaturrahim antara manusia dan boleh menjalinkan hubungan peribadi antara
dua manusia. Misalnya untuk mengajar, seseorang guru bukan sahaja perlu membuat
persediaan dari segi rancangan pelajaran dan alat bantu mengajar, malah ia perlu
melakukan dengan baik untuk menarik perhatian pelajar. Jika tidak sesi pengajarannya pasti
membosankan.
Jackman (1977) berpendapat boneka adalah salah satu cara yang menghiburkan dan
dapat menarik minat kanak-kanak ke arah pemikiran kreatif dan imaginatif. Menurutnya lagi,
penggunaan boneka dapat membantu perkembangan kemahiran afektif, kognitif dan fizikal.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, boneka digunakan untiuk menyampaikan cerita
agar penyampaian menjadi lebih menarik dan berupaya menarik perhatian kanak-kanak. Di
samping itu permainan boneka dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, melahirkan
idea kreatif dalam penciptaan cerita, meransang daya imaginasi dan menggalakkan
kerjasama dalam kumpulan.
Nillie Mc Caslin (1984) pula menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai
alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasana yang

lebih menyeronokkan, menarik minat, seterusnya dapat memotivasikan pelajar untuk terus
belajar.
Kesimpulannya, daripada sorotan kajian kajian yang lalu, ia menunjukkan bahawa
penggunaan boneka tangan atau boleh juga dikenali sebagai puppet ini memberi banyak
kelebihan dan manfaat kepada pelajar dan guru. Oleh sebab itu, guru pelatih selaku
penyelidik ingin mengkaji sejauh mana penggunaan boneka tangan ini dapat meningkatkan
kemahiran variasi rangsangan ketika menyampaikan pengajran di dalam kelas.
Beberapa model telah dikenalpasti sebelum melakukan kajian tindakan ini seperti Model
Kemmis dan Mc Taggart (1988) yang telah menggariskan 4 fasa iaitu seperti rajah di bawah :

I.

Peringkat permulaan :

Mengenalpasti permasalahan tajuk, mengumpul maklumat, mengkaji kajian-kajian lepas


yang berkaitan dan membina perancangan perancangan kajian.
II.

Peringkat pelaksanaan :

Melaksanakan perancangan dan mengumpul data dan menganalisis data.


III.

Peringkat pemantauan:

Membuat pemantauan dan pemerhatian terhadap pelaksanaan yang telah dilakukan


berdasarkan perancangan.
IV.

Peringkat refleksi :

Berkongsi mengenai dapatan kajian dan merefleksi keseluruhan proses.

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN


3.0 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan Kajian Tindakan berbentuk inkuiri refleksi melalui tindakan praktik atau
intervensi. Pendekatan kuantitatif merupakan reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini.
Hal ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada
penyelidik semasa proses pengajaran mikro dijalankan. Kajian ini juga dijalankan untuk
menilai sama ada objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai ataupun tidak seterusnya
membuat penambahbaikan terhadap proses pengajaran bagi meningkatkan kemahiran
variasi rangsangan yang digunakan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi
profesionalisme keguruan.
3.1 Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri daripada 23 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan guru pelatih
ISMP Ekonomi Rumah Tangga, Universiti Pendidikan Sultan Idris di bawah kursus KPD 3026
Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2.
3.2 Instrumen Kajian
Instrumen kajian merupakan borang penilaian yang mengandungi beberapa aspek dari segi
persediaan, perkembangan, sikap dan sahsiah. Selain itu, penyelidik memberi lembaran
kerja kepada pelajar (sampel kajian) untuk melihat sejauh mana kefahaman mereka dan

penyelidik melakukan pemerhatian video yang dirakam sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.

3.3 Kaedah Pengumpulan Data


1. Data awalan
Data awal yang diperoleh adalah daripada borang penilaian yang diberikan kepada sampel
kajian. Data yang dirperolehi, dianalisis dan diinterpretasikan dengan menggunakan kaedah
gundal. Selain itu, data awal diperoleh daripada pemerhatian video yang dirakam ketika
pengajaran mikro dijalankan. Berdasarkan daripada data yang diperolehi, penyataan
masalah dikenalpasti dan ia merupakan pencetus kepada kajian tindakan ini.
2. Data semasa tindakan
Data semasa tindakan diperolehi daripada borang penilaiaan yang diberikan kepada sampel
kajian. Hal ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada intervensi yang dilakukan berjaya
ataupun tidak. Selain itu, data juga diperolehi daripada lembaran kerja yang diberikan
kepada guru pelatih yang bertindak sebagai pelajar untuk menilai tahap kefahaman mereka
sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Data yang diperolehi daripada
pemerhatian video yang dirakam ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan juga
digunakan. Data-data yang diperoleh ini diterangkan dan dibincangkan secara deskriptif oleh
penyelidik.
3.4 Pelaksanaan Pengajaran Menggunakan Boneka Tangan

Bagi kajian tindakan ini, penyelidik telah menggunakan model kajian tindakan Kemmis dan
Mc Taggart. Model ini telah mengembangkan konsep dasar Lewin (1946) dengan
menyatukan komponen tindakan dan memerhati dengan alasan langkah tersebut tidak boleh
dipisahkan dan harus dilakukan pada masa yang sama. Berdasarkan daripada model ini, ia
mempunyai empat fasa iaitu tinjauan awal, merancang tindakan, melaksanakan tindakan
dan memerhati dan akhir sekali adalah refleksi. Keempat-empat fasa ini merupakan
sebahagian daripada pusingan atau kitaran yang berterusan. Hal ini menunjukkan bahawa
refleksi pada fasa 1 tinjauan asas kepada kajian tindakan.
Fasa 1 : Tinjauan awal
Penyelidik telah menjalankan pengajaran mikro dan telah mengenal pasti kelemahan utama
yang terdapat dalam pengajaran tersebut. Proses pengajaran mikro ini telah dinilai dalam
bentuk pemerhatian dan borang penilaian yang telah diberikan kepada penilai iaitu 23 orang
guru pelatih yang bertindak sebagai pelajar. Berdasarkan daripada analisis borang penilaian
yang telah dibuat, kelemahan utama yang terdapat dalam pengajaran tersebut adalah dari
aspek komunikasi yang kurang jelas dan lantang. Hal ini kerana penyelidik berasa gementar
untuk mengajar buat kali pertama. Oleh sebab itu juga, pelajar sukar menerima mesej yang
disampaikan guru.
Fasa 2 : Merancang tindakan
Sebagai perancangan awal, penyelidik akan mengkaji mengenai kajian kajian lepas
berkaitan intervensi dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penyelidik mencari
maklumat dan membuat bacaan mengenai teori teori pengajaran serta komunikasi yang
digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Fokus utama kajian adalah untuk
meningkatkan kemahiran variasi rangsangan dengan menggunakan komunikasi dua hala
iaitu penggunaan boneka tangan. Penyelidik akan membuat rancangan pengajaran harian
dengan merangka aktiviti yang menarik dengan menggunakan boneka tangan sepanjang
pengajaran mikro.

Fasa 3 : Melaksanakan tindakan dan memerhati


Bagi fasa ini, penyelidik akan melaksanakan pengajaran mikro berrdasarkan rancangan
pengajaran harian yang telah dibuat. Penyelidik telah menggunakan kaedah boneka tangan
bagi meningkatkan kemahiran variasi rangsangan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Boneka tangan akan digunakan semasa sesi pengajaran bagi meningkatkan
komunikasi dua hala. Semasa intervensi ini dijalankan, borang penilaian akan diedarkan
untuk mengukur keberkesanan intervensi tersebut. Penyelidik akan memerhati, merekod dan
menganalis data yang diperoleh bagi mengenal pasti keberkesanan intervensi yang dipilih
dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Analisis borang penilaian dinilai menggunakan
kaedah gundal. Manakala dari segi pemerhatian, penyelidik mencatat pemerhatian tentang
apa yang berlaku semasa intervensi dijalankan berdasarkan aspek- aspek yang terdapat
dalam borang pemerhatian. Rakaman video juga dilakukan agar penyelidik dapat mengenal
pasti masalah sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Fasa 4 : Mereflek
Penyelidik akan melaksanakan refleksi pengajaran mikro yang dijalankan. Hal ini bertujuan
bagi mengenal pasti masalah yang terdapat di dalam pengajaran tersebut di samping
melihat keberkesanan intervensi yang telah dilakukan secara keseluruhan. Jika intervensi
yang dilakukan kurang berjaya, maka penyelidik akan melakukan intervensi yang lain pula
sehinggalah kemahiran variasi rangsangan dapat ditingkatkan. Akhir sekali, penyelidik akan
berkongsi hasil kajian tindakan yang telah dilakukan bersama pihak lain dengan
menggunakan jurnal. Hal ini bertujuan agar hasil kajian yang dibuat boleh dijadikan rujukan
untuk kajian pada masa akan datang.