Anda di halaman 1dari 2

MENANGANI IS DIKALANGAN RAKAN ASEAN

BY MEGA USAHAWAN | PUBLISHED FRIDAY, 13 FEBRUARY 2015

Sejak penubuhan ASEAN yang telah dirintis oleh Tunku Abdul Rahman ianya telah banyak
mencetuskan beberapa platform baru di kalangan negara-negara ASEAN dalam menyelesaikan
isu-isu berbangkit antaranya Asean Regional Forum (ARF) dan Perjumpaan tahunan MenteriMenteri Pertahanan Asean. ARF adalah merupakan rakan dialog ASEAN dengan negara-negara
kuasa besar bagi menyelesaikan isu keselamatan dan lain-lain. Pasca 9/11 telah menyaksikan
bahawa kerjasama di kalangan negara-neara ASEAN dalam bertukar-tukar maklumat risikan dan
keselamatan telah menyebabkan beberapa pemimpin JI telah berjaya ditangkap. Contohnya
Hambali di tangkap di Bangkok dalam misi untuk mengebom Persidangan APEC. Kerajan
Singapura melalui Kertas Putih Ancaman Keganasan JI di negara tersebut banyak
mendedahkan bahawa Malaysia, Thailand dan Singapura adalah kawasan laluan pengganas
untuk mereka berjumpa dan merancang keganasan. Singapura adalah target JI kerana negara
tersebut adalah lebih menyokong Amerika Syarikat.
Ideologi IS dan JI adalah sama iaitu untuk memusnahkan kepentingan barat terutamaya Amerika
Syarikat di negara-negara ASEAN. Jika sebelum ini Singapura menjadi target maka IS juga turut
berbuat sedemikian. Namun apabila IS berjaya menubuhkan negara Islam yang berkonsepkan
khalifah maka hasrat tersebut akan diterjemahkan maka konsep Daulah Islamiyyah yang meliputi
Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina akan terus diperjuangkan. Pada logik akal
kita anggap sukar tetapi cuba bayangkan jika IS berjaya mngebom menara berkembar
Petronas ? Ianya bukan menimbulkan suasana panik malahan boleh menjatuhkan ekonomi
negara. Oleh itu langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh kerajaan dan semangat
setiakawan ASEAN seperti mana yang diwar-warkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk
Seri Hishamuddin melalui perjumpaan Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN adalah sesuatu yang
perlu bagi menangani ancaman IS. Sehingga sekarang sudah 5 orang rakyat Malaysia menjadi
pengebom berani mati untuk IS. Adalah tidak mustahil mereka yang pernah berjuang atau
mendapat latihan di IS apabila sekembali nanti di negara ini akan membentuk rangkaian
keganasan kerana mereka ini tabsud kepada ideologi keganasan bagi mencapai matlamat. Saya
ingin nyatakan bahawa ancaman pengganas boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa diduga
kerana kita tidak tahu siapa pengganas tersebut. Katakan suatu hari kita sedang menikmati kopi
di sebuah warung yang terdapat juga bebeapa pelancong asing dan tiba-tiba datang sebuah trak
lalu meletup di hadapan warung kopi tersebut. Kita tertanya-tanya siapa pemandu trak tersebut ?
Itulah gambaran betapa bahawanya pengganas. Mereka akan bertindak tanpa mengira sesiapa
yang ingin diperjuangkan ialah misi balas dendam terhadap barat.
Keganasan dan ancaman IS lebih kompleks dan sukar ditanggani kerana kebanyakkan perjuangperjuang IS sudah ada pengalaman terutama sewaktu mereka dalam JI dan Al-Qaeda. Barubaru ini dalam akhbar tempatan menyiarkan satu kejayaan IS yang berjaya mencipta satu alat
perakam untuk mengelak ianya dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Teknologi yang di tiru
daripada CIA ini andainya berkesan ianya menyukarkan lagi piak berkuasa untuk mengesan
pengerakan pengganas. Justeru itu ancaman kedaulatan negara-negara ASEAN daripada IS
semakin mencabar dan ia memerlukan kerjasama dikalangan negara-negara ASEAN untuk
menangani secara besama. IS akan terus berjuang untuk mencapai misinya kerana mereka

bukan takut mati kerana konsep jihad telah ditanamkan dalam setiap perjuang. Meskipun konsep
jihad itu salah tetapi pada mereka adalah betul.