Anda di halaman 1dari 3

LEMBAGA DISIPLIN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


PROGRAM OPS-SIKAP
PENGENALAN
Program ini akan dijalankan untuk tempoh masa sebulan 15
Jun 2015 15 Julai 2015. Lahirnya program ini ekoran
daripada pemantauan Lembaga Disiplin berkenaan sikap
murid-murid. Lembaga Disiplin berharap murid-murid akan
mempunyai perwatakan dan personaliti yang lebih kemas
dan berdisiplin.
SASARAN
Murid-murid Tingkatan Peralihan, 3, 4 dan 5.
OBJEKTIF
1. Memastikan murid-murid beratur di barisan kelas masingmasing semasa
di tapak perhimpunan.
2. Murid-murid tidak merayau-rayau atau keluar dari kelas
tanpa
kebenaran atau sebab dan tidak ponteng kelas.
3. Murid-murid sentiasa berpakaian kemas dan mengikut
peraturan sekolah.
PELAKSANAAN
1. Pada setiap pagi, guru-guru tingkatan mengambil
kehadiran dan
memastikan semua murid beratur di barisan kelas masingmasing. Murid-

murid yang tidak beratur di barisan kelas masing-masing


akan dikenakan
tindakan satu rotan di tapak tangan.

2. Murid-murid yang dikesan merayau-rayau tanpa sebab


dan kebenaran,
tidak berada di kelas masing-masing akan dikenakan rotan
di tapak
tangan untuk murid perempuan dan satu rotan di
punggung untuk murid
lelaki.
3. Murid-murid yamg tidak memasukkan baju ke dalam
seluar akan
dikenakan satu kali rotan di tapak tangan.
4. Murid-murid yang ponteng kelas akan dipindahkan ke
kelas yang lain
untuk satu jangka masa yang akan diputuskan oleh
Lembaga Disiplin dan
mengikut kesesuaian. Kali pertama : tiga hari dan nasihat.
Kali kedua :
seminggu dan sesi kaunseling. Kali ketiga : berjumpa ibu
bapa dan
menandatangani perjanjian. Kali keempat : digantung
persekolahan.
HARAPAN

Lembaga Disiplin berharap dapat mengurangkan kes


ponteng kelas yang sering berlaku di samping meningkatkan
disiplin murid-murid.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.
(