Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN MENENTUKAN ARAH KIBLAT

Terdapat beberapa kaedah bagi menentukan arah kiblat seperti berpandukan kepada
matahari selain daripada menggunakan kompas penunjuk. Panduan ini amat perlu
dipelajari kerana mungkin pada suatu masa kita akan berhadapan dengan situasi yang
terdesak seperti di tengah-tengah hutan belantara, pada malam yang gelap gelita, atau
pada musim cuaca yang tidak menentu maka bagaimanakah kita hendak menentukan arah
kiblat?
Di bawah ini beberapa panduan yang boleh digunakan bagi tujuan menentukan arah
kiblat :
Kaedah 1 :
Pada waktu malam yang gelap maka carilah bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj
Belatik (Badabur Orion). Namun kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.

Kaedah 2 :
Dengan memandang ke arah langit pada malam gelap gelita dan carilah bintang Qutbi
(Polaris) . Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan
bintang ini, arah kiblat boleh dicari tetapi kaedah ini juga memerlukan pada pengetahuan
ilmu bintang.

Kaedah 3 :
Jika pada waktu siang hari bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan
arah ia terbit dan juga terbenam. Arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam
pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya
boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.

Kaedah 4 :
Dengan menggunakan posisi awal matahari di Kaabah. Kaedah ini adalah berpandukan
kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun
kaedah ini hanya boleh berlaku dua kali sahaja dalam setahun dalam pergerakan matahari.
Sekali apabila matahari bergerak menuju titik utara iaitu pada 28 Mei setiap tahun dan
sekali lagi pada 16 Julai apabila matahari kembali ke ekuinok.
Penzawalan matahari dengan Kaabah pada waktu hampir zohor akan menyebabkan
sebarang objek menjadi tegak di seluruh dunia dan ianya bersamaan dengan arah kiblat.
Mengikut hisab waktu berkenaan ialah 16:16 tengahari waktu di makkah dan bersamaan
5:16 petang waktu di Malaysia. Pacakkan sebarang tiang di kawasan yang lapang untuk

menentukan arah kiblat.


Tepat jam 5:16 petang bayang matahari yang jatuh itu adalah bertepatan dengan arah kiblat.
Oleh kerana matahari jatuh di sebelah barat maka bayangnya adalah disebelah timur,jadi
arah kiblat ialah arah yang berlawanan dari arah timur iaitu sebelah barat.