Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah prosedur di lapangan

1. Satu kawasan di sekitar IPG dipilih sebagai lokasi pengumpulan sampel.


2. Satu bulatan dibuat di atas tanah dengan menggunakan benang berukuran 1m.
Daun-daun diasingkan sekiranya kawasan pilihan diliputi dengan daun-daun
kering.
3. Makrofauna yang ditemui disebalik daun-daun kering yang diasingkan tadi
direkodkan.
4. Saru sampel tanah (tidak melebihi 3cm) dikumpulkan ke dalam bikar sebanyak
1L.
5. Sampel dimasukkan ke dalam plastic, diikat dan dilabelkan.
6. Maklumat sebagaimana yang diminta di dalam jadual direkodkan sebelum
kembali ke makmal.
Langkah-langkah prosedur di dalam makmal:
A. Penentuan pH tanah
1. Kira-kira 2 gram tanah diambil dan dimasukkan ke dalam piring petri.
2. Tanah dibasahkan dengan penunjuk universal.
3. Perubahan warna penunjuk dibandingkan dengan carta warna pada botol
penunujuk supaya nilai pH tersebut ditentukan dan direkodkan.

B. Mengeluarkan organisma-organisma tanah


Mikrofauna
1. Taburkan sedikit sampel tanah (1spatula) secara nipis di atas agar-agar yang
telah disediakan di dalam piring perti.
2. Piring petri ditutup dan dibiarkan tanpa diganggu selama beberapa jam.
3. Mikrofauna yang mungkin hadir diperhatikan menerusi mikroskop.
Mikroflora
1. 2ml air suling diisikan ke dalam bikar.
2. 1 spatula tanah dimasukkan ke dalam bikar dan dilarutkan.
3. Larutan dituangkan ke dalam piring petri yang telah disteril dengan
menggunakan penitis.
4. Piring petri dipenuhkan dengan medium cair agar-agar.
5. Piring petri ditutup dan dieramkan selama 2 hari.
6. Mikroflora yang tumbuh diperhatikan dengan menggunakan kanta tangan
selepas 2 hari.

Makrofauna
1. Tanah dalam plastik dituangkan ke atas dulang/kertas.
2. Makrofauna yang ditemui dikumpulkan dalam tanah dengan menggunakan
tangan.
3. Tanah tersebut ditapis dan makrofauna yang ditemui direkodkan.
4. Corong tulgren dan bikar mengandungi formalin di bawah hujung corong
disediakan.
5. Sampel tanah diletakkan ke atas jaring dawai corong tulgren.
6. Lampu dihidupkan dan dibiarkan selama 2 hari.
7. Selepas 2 hari, kandungan formalin diperiksa.