Anda di halaman 1dari 19

Pembangunan Koswer untuk membantu Proses Pengajaran & Pembelajaran Subjek

Biologi Tingkatan Empat Sistem Penghadaman Bagi Haiwan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Penggunaan teknologi dalam sistem pendidikan pada hari ini adalah selari dengan
pembangunaan Dunia Tanpa Sempadan yang dilihat pada masa kini. Kehadiran teknologi dalam
pendidikan telah membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan dan seterusnya
dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran abab ke-21 atau dengan
kata lain cabaran era teknologi kini. Pada tahun 1992, program pengajaran dan pembelajaran
1

berbantukan komputer telah dilaksanakan sebagai projek perintis di 15 sekolah rendah.


(Rancangan Malaysia ke tujuh)
Mengikut Galbraith (1967), technology is the systematic application of scientific or
other organized knowledge to practical tasks. Selain dari itu, pandangan lain yang berkaitan
dengan teknologi adalah daripada Finn (1960); Heinich, Molenda dan Rusell (1989); dan
Romizowski (1988) yang menyatakan bahawa teknologi sebagai proses dan juga tekonologi
sebagai produk atau bahan.
Sepertimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. ".
Hal ini menunjukkan bahawa pendidikan di negara ini hakikatnya cuba melahirkan
masyarakat yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani dan rohani. Dalam erti kata
yang lain, falsafah pendidikan di negara ini cuba untuk mengetengahkan keseimbangan pada
pendidikan di negara ini selaras dengan kemajuan dan perkembangan dunia pendidikan di
negara-negara lain. Salah satu contoh perkembangan yang jelas kelihatan adalah perkembangan
dari segi pendekatan dan juga kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dalam
menyampaikan isi pengajaran. Di negara-negara luar, perkembangan teknologi yang berlaku
digunakan sepenuhnya dalam pembinaan bahan bantu mengajar oleh guru-guru di sana. Namun,
di Malaysia teknologi mempunyai pengertian yang tersendiri iaitu berkaitan dengan alat

teknologi moden terutama alat elektronik seperti komputer, televisyen, perakam pita video,
projector LCD dan juga telefon bimbit.
Keadaan ini adalah selari dengan kemahuan pelajar-pelajar di negara ini. Bagi pelajar,
bahan bercetak seperti buku teks dan juga buku latihan yang dibekalkan kurang mendapat
perhatian mereka. Ini disebabkan mereka telah biasa menggunakan teknologi dalam kehidupan
mereka yang jauh lebih menarik dan interaktif berbanding bahan-bahn bacaan dan rujukan
seperti buku, majalah dan sebagainya.
Oleh itu, kaedah pengajaran yang menggunakan pendekatan teknologi dilihat mampu
meningkatkan minat para pelajar disamping meningkatkan lagi motivasi para pelajar dari aspek
afektik dan kognitif dalam menjalani proses pembelajaran. Bersandarkan kepada keadaan ini,
kajian ini bibuat bagi melihat sejauh mana penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat
memberi kesan kepada pelajar.
1.2 Pernyataan Masalah
Biologi seperti yang diketahui umum adalah matapelajaran yang kurang diminati oleh para
pelajar kerana bagi mereka Biologi adalah satu matapelajaran yang agak sukar, membosankan
dan memerlukan mereka untuk menghafal dan membaca. Keadaan ini adalah berkait rapat
dengan kaedah pengajaran dan pembelaran yang digunakan oleh para pendidikan dalam
menyempurnakan sesi pembelajaran dan pengajaran.
Keberkesanan sesuatu kaedah pengajaran adalah penting dalam memastikan pencapaian
seseorang pelajar. Mazlan Othman merumuskan bahawa salah satu cara untuk menambahakan
pemahaman pelajar dalam proses pembelajaran adalah dengan mempelbagaikan kaedah
pengajaran di petik dalam (Aida, 2004).

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru bagi memastikan bahan pengajaran
yang digunakan adalah sesuai dan seiring dengan keinginan dan minat pelajar itu sendiri bagi
menambahkan lagi motivasi mereka terhadap pembelajaran.

1.3 Signifikan Kajian


Bagi pengkaji, kajian yang dijalankan ini memepunyai kepentingan dan signifikan yang
tersendiri terutamanya tergadap pelajar, guru dan juga ibu bapa. Antara kepentingan kajian ini
adalah dapat membantu pelajar-pelajar terutama pelajar Sains dalam meningkatkan kefahaman
mereka terhadap sesuatu topik. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan motivasi
pelajar terhadap mata pelajaran Sains disamping membantu mereka lebih memahami topik-topik
yang agak susah difahami dan abstrak.
Selain itu juga, kajian ini adalah bertujuan untuk mambantu guru mengenal pasti kaedah
sesuai yang boleh digunakan oleh guru dalam membantu guru-guru menyediakan bahan bantu
mengajar (BBM) bagi sesi pengjaran mereka. Di samping itu juga, kajian ini dapat memberi
pendedahan kepada guru mengenai kaedah-kaedah alternatif yang dapat menarik minat pelajar
terhadap mata pelajaran Sains dan juga kaedah-kaedah yang lebih efektif dalam menyampaikan
isi pengajaran. Menurut Aida (2004), pengajaran berbantukan komputer dapat juga
mempermudahkan sesuatu pembelajaran kerana pengajaran berbantukan komputer adalah
merupakan pengajaran terancang.
Kajian ini juga bertujuan untuk memberi maklumat kepada ibu bapa mengenai kaedah
yang mempunyai kesan baik dalam pembelajaran anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa akan
membantu anak-anak mereka dengan memberi peluang kepada mereka untuk memilih sendiri
cara pembelajaran yang terbaik untuk diri mereka.
4

Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
mengetahui pendekatan terbaik yang dipilih oleh para pelajar pada masa kini. Diharapkan pihak
kementerian dapat mewujudkan strategi baru dalam melatih guru dalam proses pengajaran
mereka. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan koswer sebagai salah satu bahan bantu
mengajar (BBM) dalam menyampaikan isi pengajaran mereka. Selain daripada Kementerian
Pelajaran Malaysia, kajian ini juga diharap dapat mwmbantu pihak lain seperti Jabatan Pelajaran
Negeri, Pejabat Pendidkan Daerah dan juga pihak sekolah yang diuji itu sendiri. Kajian ini amat
penting bagi menyedarkan pihak-pihak tertentu

mengenai masalah-masalah yang dihadapi

pelajar dalam pembelajaran dan kaedah yang menjadi pilhan mereka dan dapat menarik minat
mereka.

1.4 Objektif Kajian


Antara objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:
a. Mengenal pasti sejauh mana penggunaan bahan bantu mengajar yang berasaskan
teknologi seperti koswer dapat menarik minat pelajar dan membantu pelajar memberi
lebih perhatian terhadap pengajaran guru.
b. Menilai pencapaian pelajar terhadap kaedah pengajaran berbantukan komputer.
c. Mengetahui persepsi pelajar terhadap koswer yang dibangunkan.

1.5 Soalan Kajian


Persoalan kajian ini adalah:
a. Sejauh manakah penggunaan teknologi 5ystem kesan terhadap pembelajaran mata
pelajaran Biologi bagi pelajar-pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Seri Dungun?

b. Adakah penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat meningkatkan pencapaian pelajar


dalam mata pelajaran Biologi di Sekolah Menengah Seri Dungun?
c. Apakah persepsi pelajar terhadap persembahan koswer yang dibangunkan?

1.6 Definisi Literatur


a) Pengajaran Berbantukan Komputer
Pengajaran berbantukan komputer melibatkan system tutorial, permainan dan simulasi
disamping aktiviti latih tubi (PPK, 1993; Jamaluddin, 1989) dipetik dalam Tengku Zawawi
(1997). Manakala menurut H.L The (1997) dipetik daripada Aida (2004) penggunaan
komputer sebagai alat pengajaran dalam penyampaian maklumat tertentu kepada sesuatu
kumpulan sasaran supaya objektif pembelajaran tertentu dapat dicapai.
b) Koswer / Perisian
Perisian ialah komputer program atau atur cara komputer yang dapat digunakan dengan
sistem komputer tertentu (Kamus Dewan, 2002). Dalam konteks kajian ini, koswer yang
dibangunkan adalah bertajuk Sistem Penghadaman Manusia.
c) Pembangunan
Perihal membangun, proses membangun sesuatu dan usaha atau kegiatan membangun
(Kamus Dewan, 2002). Dalam konteks kajian ini adalah membangun koswer.
d) Multimedia
Waterworth (1992) dalam Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir (2000), multimedia ialah
persepaduan bunyi, muzik, animasi, teks, suara, video dan grafik yang dihasilkan oleh
teknologi berasaskan komputer, ia lebih menarik berbanding dengan televisyen atau kaset
video.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan
7

Dalam pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah hari ini telah mengubah peranan
guru daripada sistem instruktor ke fasilitator. Pengajaran berasaskan kaedah eksposisi telah

berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan eksplorasi sama ada secara
individu atau dalam kumpulan kecil. Salah satu daripada strategi yang boleh diguna pakai oleh
guru untuk menghadapi perubahan dari segi model dan amalan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah ialah dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran. (Lai Kim Leong, 2002)
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Wong dan Hong pembangunan pendidikan di
Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama adalah zman British, di
mana sistem pendidikan adalah mengikut sistem pendidikan British. Peringkat kedua, diikuti
dengan zaman kemerdekaan pada tahun 1957. Dalam situasi ini, walaupun sistem pendidikan
telah diubah suai namun ianya masih menyerupai sistem pendidikan British. Pada peringkat
ketiga iaitu pada tahun 1973, Pusat Pembangunan Kurikulum ditubuhkan dan pada waktu ini
sasaran utama adalah untul melakukan tinjauan terhadap kurikulum pendidikan bagi semua
subjek di Malaysia. (Nordin Hussain, 2008)
Sehubungan dengan itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini
sewajarnya mendapat perhatian semua pihak terutama para pemdidik dalam memantapkan tahap
kefahaman murid tentang apa yang diajar. Menurut Musa (2001), wawasan kita ialah
menyediakan perkhidmatan pendidikan terbaik dan berkualiti demi membangunkan generasi
masa depan Malaysia yang dinamis dan progresif. Ini juga turut dikuatkan lagi dengan Piagam
Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu menyediakan system pendidikan terbaik
berasaskan budaya ilmu untuk memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta
memenuhi matlamat perpaduan negara.
2.2
8

Menurut Grimes dan Warschauer (2008), pelajar lebih mudah untuk mengingati dan
menggunakan maklumat yang dipelajari jika teknologi maklumat (IT) digunakan untuk
menyampaikan maklumat kepada pelajar. Terdapat tiga kaedah multimedia yang boleh
digunakan terhadap pelajar iaitu dari segi memberikan arahan, penafsiaran dan juga
pengetahuan. Guru-guru menggunakan multimedia bagi membantu pelajar untuk memahami
konsep-konsep sukar seperti peta diaperolehi melaui laman web, video, simulasi dan audio. Di
United States peningkatan 9ystem pendidikan bermula sejak tahun1980-an dan penggunaan
teknologi dilihat sebagai peningkatan terbesar yang berlaku di sistem itu.
Selain itu, berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Garofalo, Shockey, Harper, &
Drier (1999), terdapat lima garis panduan merupakan refleksi terhadap apa yang dipercayai
sesuai digunakan dalam pengajaran iaitu antaranya adalah memperkenalkan teknologi dalam
konteks, menggunakan faedah pengajaran dengan pedagogi yang sesuai, mengambil faedah dari
teknologi, menghubungkan setiap topik pelajaran dan menyatukan pelbagai

gambaran

(http://www.citejournal.org/vol1/iss1/currentissues/mathematics/article1.htm).
Dalam Rancangan Malaysia ke Tujuh (1996-2000) Bab 14 Teknologi Maklumat,
menyatakan mengenai penggunaan komputer dalam pendidikan. Beberapa program telah
dilancarkan dalam objektif mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas komputer. Turut
dinyatakan, pada tahun 1992, program pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah
dilaksanakan sebagai projek perintis di 15 buah sekolah rendah manakala dalam perenggan 14.16
pula menyatakan, sebagai lanjutan kepada program komputer dalam pendidikan, Jaringan
Pendidikan telah diperkenalkan pada tahun 1995 sebagai satu projek perintis melibatkan 50
sekolah menengah.
Baharudin, Rio dan Manimegalai (2002) dalam Elemaran a/l Davrajoo (2004),
menyenaraikan beberapa kelebihan Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) iaitu:

a. Inetraktif pelajar boleh bertanya dan memasukkan input dan komputer boleh member
jawapan atau maklum balas untuk setip tindakan.
b. Mudah alih PBK boleh dibawa ke mana-mana dalam bentuk CD dan boleh digunakan
bila-bila masa.
c. Maklum balas serta-merta pelajar menerima maklum balas serta merta apabila
melakukan sesuatu atau bertanyakan sesuatu.
d. Menarik dan menyeronokkan gabungan grafik, animasi, bunyi dan video
memberangsangkan dan tidak menjemukan pelajar untuk belajar.
e. Pengajaran individu pelajar berpeluang untuk mengawal kecepatan dan kelambatan
proses pembelajaran mengikut kebolehan masing-masing.
f. Pengajaran berulang kali pelajar berpeluang belajar pada bila-bila masa dan boleh
mengulang isi pelajaran seberapa kali perlu.
g. Melibatkan penggunaan lebih dari satu deria PBK menggunakan beberapa deria iaitu
penglihatan, pendengaran dan sentuhan kerana PBK punyai unsur-unsur audio dan video.
Selain itu, Muhamad Hasan Yeong (2001), dalam Aida (2004), menyarankan bahawa
aplikasi komputer yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai kelebihan
berbanding pendekatan tradisional kerana kandungannya tidak static oleh sebab perisian
komputer berubah dan diadaptasikan bagi memenuhi perkembangan dan keperluan pendidikan
semasa.
Disamping itu juga PBK melalui penggunaan koswer menekankan perkembangan
kognitif pelajar. Perkembangan kognitif pelajar menjana perkembangan intelektual pelajar. Piget
(1970) dalam Yusup Hashim (2004) ada menyatakan bahawa perkembangan intelektual terjadi
berasaskan tiga konsep iaitu skema, asimilasi dan akomodasi. Konsep skema merupakan stuktur
mental yang disusun hasil dari interaksi persekitaran. Konsep asimilasi pula merupakan proses
mengintegrasikan maklumat yang ada dengan skema yang sedia ada manakala konsep
akomodasi adalah proses membina skema hasil dari proses asimilasi supaya dapat disesuaikan.
10

2.3 Kesimpulan
Oleh itu, hasil daripada kajian-kajian yang dilaksanakan, pengkaji dapat menyimpulkan
bahawa penggunaan teknologi adalah amat penting dalam sistem pendidikan pada hari ini. Selain
daripada dapat menarik tumpuan pelajar dan lebih menyeronokkan, penggunaan teknologi juga
adalah salah satu cara pembelajaran yang dinamik yang mampu membantu guru dan juga
memudahkan pelajar dalam memahami isi pengajaran guru.
Keadaan ini dapat dibuktikan berdasar hasil Jurnal Peranan Komputer dalam Pendidikan
Matematik (Tengku Zawawi, 1997) menjelaskan bahawa:
Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting:
1. Pembelajaran tentang perisian komputer, perkakasan dan pengaturcaraan
komputer.
2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data
Memproses data penyelidikan
Memproses perkataan
3. Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran
Pengaturan murid
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)

11

BAB 3

METADOLOGI

3.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan mengenai kaedah yang dijalankan bagi kajian ini. Aspek yang diterangkan
adalah:
a.
b.
c.
d.
3.2

Rekabentuk Kajian
Persampelan
Instrumen Kajian
Pengumpulan Data

Rekabentuk Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah kajian berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah
eksperimental. Kajian yang akan dijalankan perlulah terlebih dahulu memohon kebenaran
daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia. Kebenaran juga perlulah diperoleh daripada Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti
Pendidikan Sultan Idris dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Dalam kajian ini, pelajar-pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Seri Dungun dipilih
sebagai sampel kajian. Pelajar-pelajar ini dipilih seramai 40 orang sahaja. Dalam kajian ini,
sampel kajian akan menjalani ujian pra dan ujian pos. Pada permulaan kajian, ujian pra

12

ditadbirkan kepada kumpulan kajian untuk mengkaji pengetahuan sedia ada pelajar mengenai
topik sistem penghadaman bagi haiwan.
Ujian pos pula ditadbirkan kepada kumpulan kajian selepas proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan koswer dijalankan. Pengkaji telah mengambil kaedah pembelajaran menggunakan
koswer sebagai pembolehubah bersandar manakala hasil pencapaian pelajar terhadap ujian yang
dijalankan sebagai pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah yang dimalarkan adalah
pelajar tingkatan empat.
Keputusan yang diperoleh dinilai mengikut pencapaian pelajar iaitu markah yang mereka
perolehi daripada ujian yang telah ditadbirkan. Kaedah ini adalah bertujuan untuk mengkaji
keberkesanan penggunaan koswer yang telah dihasilkan oleh pengkaji.

13

Rekabentuk Kajian Dalam Kajian Eksperimen


Populasi Eksperimen

Sampel Kajian

Pengetahuan Asas Pelajar

Ujian Pra

Mendedahkan Pelajar terhadap Koswer

Ujian Pos

Analisis Data (Ujian t)

Penilaian Koswer

14

3.3

Persampelan

Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat yang mengambil mata
pelajaran Biologi di Sekolah Menengah Seri Dungun. Seramai 40 orang pelajar tingkatan empat
telah dipilih sebagai sampel kajian. Sampel kajian dipilih secara rawak, maka sampel adalah
heterogenous dari segi tahap kebolehan, jantina, bangsa dan etnik.

3.4 Instrumen Kajian


Koswer yang dibina untuk dipersembahkan kepada pelajar adalah mengikut Sukatan Pelajaran
Biologi Tingkatan Empat. Perisian yang digunakan bagi pembangunan koswer ini adalah
Macromedia Authoware 7.0, Flash MX 2004 dan Adobe Photoshop. Pada akhir proses
pembelajaran, penilaian akan dijalankan bagi mendapat pencapaian sampel dengan mentadbirkan
ujian. Selain itu, pentadbiran ujian pra dan ujian pos adalah bertujuan untuk melihat
keberkesanan penggunaan koswer dalam pembelajaran. Soalan ujian pra dan ujian pos
mengandungi 15 soalan. Soalan-soalan diambil daripada soalan peperiksaan SPM tahun-tahun
lepas.
Satu soal selidik penilaian pelajar dibina oleh pengkaji dan diberikan kepada sampel yang
mengalami proses pembelajaran menggunakan koswer. Ianya adalah bertujuan untuk mendapat
maklumat berkaitan penilaian terhadap koswer yang dibina dari aspek persembahan koswer, kuiz
atau latihan, keberkesanan koswer dan pandangan umum terhadap koswer yang dibangunkan.

15

3.5 Pengumpulan Data


Data yang diperoleh dikumpulkan dan direkodkan. Data yang diperoleh dari soal selidik yang
dijalankan diberi skor menggunakan Skala Likert dan dianalisis secara kuantitatif bagi ahagian
B. Analisis data bagi ujian pra dan ujian pos adalah dengan menggunakan Perisian SPSS
(Statistical Package For Social Sciance) bagi mendapatkan peratus, min dan nilai t serta bagi
menentukan nilai pekali -cronbach.
Menurut Khalid (2003), statistik adalah perangkaan yang merujuk kepada pembentangan
data mentah yang belum dianalisis. Ia merupakan prosedur matematik yang digunakan bagi
merumus dan menganalisis data untuk mengkaji kaitan yang wujud dan menyelidik makna yang
terkandung dalam kumpulan data. Selain itu, menurut Mohd Majid (2000), skor mentah adalah
skor yang belum diperihalkan secara statistik melalui skor mentah ini satu analisis secara statistik
akan dilakukan untuk membuat pentadbiran sifat-sifat populasi dari sampel kajian.
Hasil perolehan dari kaji selidik yang dijalankan dapat membantu pengkaji dalam
menentukan taburan peratus dan min bagi aspek persembahan koswer yang dijalankan iaitu di
Bahagian B, manakala ujian pra dan ujian pos yang ditadbirkan dapat menguji pemahaman
pelajar sebelum dan selepas menggunakan koswer yang dibangunkan. Analisis bagi ujian pra dan
ujian pos adalah menggunakan ujian t.
Soal selidik yang dijalankan terhadap sampel menggunakan skala Likert di mana 4
mewakili sangat tidak setuju, 3 mewakili tidak setuju, 2 mewakili setuju dan 1 mewakili sangat
setuju. Keputusan diperolehi dengan cara menjumlahkan skor sangat setuju (SS), setuju (S),
tidak setuju (TS) dan sangat tidak setuju (STS) respondan kaji bagi 14 item. Markah skor yang
digunakan mempunyai julat 1-4. Min skor juga dikira, sekiranya skor melebihi 3.00 pengkaji
16

menganggap bahawa respondan bersetuju dengan kriteria koswer yang dibangunkan manakala
sekiranya skor kurang daripada 3.00 pengkaji menyimpulkan bahawa respondan tidak bersetuju
dengan kriteria itu.

Pendapat

Skala Likert

Markah skor

Sangat Setuju

Setuju

Tidak Setuju

Sangat Tidak Setuju

Skala Permakahan Soal Selidik

17

References
Aida Bt Mohd Arip. (2004). Keberkesanan Pengajaran Berbantukan Komputer Berbanding
Pembelajaran Koperatif Bagi Tajuk Memahami Sistem VaskularDalam Tumbuhan. Tesis
Ijazah Pertama yang diterbitkan, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Grimes & Warschauer (2008). Learning with Laptop. Journal Computing Research, 38 (305332)
Lai Kim Leong (2002). Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam Pengajaran dan

pembelajaran matematik. Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam


Pendidikan.
Tod Shockey (2000). Promoting Appropriate Uses of Technology in Mathematics Teacher
Preparation. Diperolehi pada 17 Februari 2009 dari
http://www.citejournal.org/vol1/iss1/currentissues/mathematics/article1.htm
Quek Choon Lang, Jarina Peer, Shanti Divaharan, Michael D. William, Angela F.L & Azilawati
Jamaludin (2005). Games and ComputerMediated Communication as a Collaborative
Tool for Facilating StudentStudent Centered Learning in Project-Based Classroom.
Education of Technology, 44(4), 48-51
Yusup Hashim & Razmah Man (2006).Teknologi Instruksional: Teori dan Aplikasi. Tanjung
Malin: Randys Enterprise.

18

19

Anda mungkin juga menyukai