Anda di halaman 1dari 1

Sidang dewan yang segak lagi manis,

Kesantunan pemaikaian seorang guru merupakan isi pembukaan saya pada hari ini.
Sesungguhnya penampilan dapat menceritakan seribu satu kisah tentang seseorang. Amatlah
penting sebagai seorang guru untuk membawa penampilan yang positif. Bagaimanakah
pemakaiaan seorang guru? Pertama sekali, seorang guru haruslah memperagakan pakaian
yang tidak mencolok mata kepada mereka di sekeliling, terutamanya pelajar-pelajar yang
diamanahkan. Hal ini demikian kerana para pelajar mempunyai sifat senang untuk mencontohi
sifat-sifat atau tingkah laku guru-guru sama ada yang baik mahupun buruk. Di samping itu,
seorang guru seharusnya mempunyai etika pemakaian yang utuh supaya dapat memastikan
pakaian yang dipakai adalah sesuai dan profesional. Kegagalan dalam menjaga kesantunan
pemakainan boleh memberi impak jangka panjang kepada generasi masa kini. Perkara ini
boleh membawa peningkatan dalam gejala-gejala sosial sebagai contoh pegaulan antara
remaja-remaja belaianan jantina yang telalu bebas atas sebab pemakaian seseorang
merupakan benteng pertama dalam memelihara maruah diri. Menjadi tanggungjawab seorang
guru untuk membentuk generasi yang berbudi bahasa sekaligus tidak terus hanyut dengan
gejala-gejala yang buruk di zaman sekarang. Namun begitu, harus diingatkan bahawa
tanggungjawab ini bukanlah hanya sekadar percakapkan tetapi harus disertakan dengan
perlakuan. Guru tidak boleh hanya ibarat ketam mengajar anaknya berjalan. Semua nasihat
dan teguran haruslah mempunyai contoh yang baik.
Hadirin yang budiman sekalian,
Isi saya yang seterusnya akan menceritakan tentang kesantunan tingkah laku seorang
guru dan bagaimana aspek ini mempunyai peranan yang penting dalam membentuk generasi
yang berbudi bahasa.`

Anda mungkin juga menyukai