Anda di halaman 1dari 7

Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

ANALISIS TITIK PULANG MODAL KAEDAH MARGIN CARUMAN DAN GRAF


Percubaan SPM 2014 Pahang
5. Warisan Dagang bercadang mengeluarkan Sambal Pahang dan ingin memasarkan keluaran
tersebut di sekitar Bandar Kuantan, Pahang.
Maklumat berikut menunjukkan anggaran jumlah kos dan jumlah hasil Warisan Dagang untuk
menghasilkan 500 paket Sambal Pahang.

Jumlah kos
Sewa kilang
Peralatan
Jumlah jualan
Kos tetap diandaikan malar.

RM
3 000
800
200
6 000

Anda dikehendaki:
(a) menghitung
(i) Kos berubah seunit
(ii) Harga jualan seunit
(iii) Titik Pulang Modal (dalam unit)
(iv) Jumlah unit pengeluaran yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan keuntungan
RM3 000
(v) Titik Pulang Modal yang baru jika kos tetap meningkat kepada RM2 600
(b) Berdasarkan jawapan di 5(a), (i) hingga (iv), lakarkan Graf Titik Pulang Modal menggunakan
skala:
Paksi X - 1 cm = 50 unit
Paksi Y - 1 cm = RM200
Berdasarkan graf anda dikehendaki menunjukkan:
(i)
Garisan kos tetap
(ii)
Garisan jumlah kos
(iii)
Garisan jumlah hasil
(iv)
Titik pulang modal dalam unit dan RM

Muat turun dari Blog Cikgu Azlan


Fahami maklumat yang diberikan di dalam soalan.
5. Warisan Dagang bercadang mengeluarkan Sambal Pahang dan ingin memasarkan keluaran
tersebut di sekitar Bandar Kuantan, Pahang.
Maklumat berikut menunjukkan anggaran jumlah kos dan jumlah hasil Warisan Dagang untuk
menghasilkan 500 paket Sambal Pahang.
Jumlah kos bermaksud Kos Tetap + Kos
Ini ialah unit
pengeluaran / unit
jualan untuk
soalan.

Jumlah kos
Sewa kilang
Peralatan
Jumlah jualan
Kos tetap diandaikan malar.

RM
3 000
800
200
6 000

Berubah untuk keseluruhan unit


pengeluaran, dalam soalan ini untuk
500 paket.

Sewa kilang dan peralatan ialah Kos


Tetap
Jumlah jualan bermaksud hasil jualan
untuk keseluruhan unit jualan iaitu
500 paket. Jadi pelajar boleh mengira
harga jualan seunit menggunakan
maklumat ini.

Rumus-rumus asas penting


Rumus Kos

Rumus Hasil

1. Jumlah Kos = Kos Berubah + Kos Tetap

1. Jumlah Jualan = Harga seunit x unit

2. Jumlah Kos berubah = Kos berubah seunit x unit


3. Kos berubah seunit = Jumlah kos berubah
Unit pengeluaran

2. Harga jualan seunit = Jumlah jualan


Unit jualan

4. *Kos berubah seunit, m = y2 y1


x2 x1

3. *Harga jualan seunit, m = y2 y1


x2 x1

Nota: Unit pengeluaran dan unit jualan adalah sama untuk soalan titik pulang modal.
Rumus Titik Pulang Modal
1. Margin caruman seunit = Harga jualan seunit Kos berubah seunit
2. Titik pulang modal (unit) =
Kos Tetap
.
Margin caruman seunit
3. Unit pengeluaran (untung sasaran) = Kos tetap + Untung Sasaran
Margin caruman seunit
4. Mengira untung / rugi* pada tahap jualan tertentu,
i.

Untung / rugi = (Unit jualan - unit TPM) x margin caruman seunit

ii. Untung / rugi = (Unit jualan x margin caruman seunit) Kos Tetap

*jawapan positif
adalah untung,
jawapan negatif
adalah rugi

Muat turun dari Blog Cikgu Azlan


JAWAPAN:
a) i) Kos berubah seunit
Langkah pertama ialah mengira jumlah kos berubah, rumusnya iaitu:
Jumlah Kos = Kos Berubah + Kos Tetap
KT = RM800 + RM200

RM3000 = KB + RM1000
KB = RM3000 RM1000
KB = RM2000

Langkah kedua ialah mengira kos berubah seunit, rumusnya iaitu:


Kos berubah seunit = Jumlah kos berubah
Unit pengeluaran
= RM2000 / 500
= RM4
ATAU Untuk pelajar yang lebih mahir, boleh terus menggunakan rumus berikut:
Kos berubah seunit = Jumlah Kos Kos tetap
Unit pengeluaran
= (RM3000 RM1000) / 500
= RM4
a) ii) Harga jualan seunit
Harga jualan seunit dikira menggunakan rumus berikut:
Harga jualan seunit = Jumlah jualan
Unit jualan
= RM6000 / 500
= RM12
a) iii) Titik pulang modal (dalam unit)
Rumusnya ialah:
Titik pulang modal (unit) =

Kos Tetap
.
Margin caruman seunit
=

RM1000 .
RM12 RM4
=
RM1000 .
RM8
= 125 paket

Margin caruman seunit


= harga seunit kos berubah seunit
= RM12 RM4
= RM8

Muat turun dari Blog Cikgu Azlan


a) iv) Jumlah unit pengeluaran yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan keuntungan RM3 000
Rumus yang perlu pelajar gunakan ialah:
Unit pengeluaran (untung sasaran) = Kos tetap + Untung Sasaran
Margin caruman seunit
= RM1000 + RM3000
RM8
= 500 paket
a) v) Titik Pulang Modal yang baru jika kos tetap meningkat kepada RM2 600
Titik pulang modal (unit) =
Kos Tetap
.
Margin caruman seunit
Nilai Kos tetap baru. Margin
=

RM2600
RM8
= 325 paket

caruman seunit kekal sama.

Analisis Titik Pulang Modal kedah graf.


Jika soalan meminta pelajar melukiskan graf analisis titik pulang modal dengan mengikut skala
tertentu, pelajar boleh mengaplikasikan kaedah Matematik untuk menjawab soalan ini iaitu tajuk
persamaan garis lurus. Pelajar perlu tahu bagaimana membentuk persamaan kos dan persamaan
hasil serta melakukan penggantian x untuk mencari nilai y. Pelajar sedia maklum, bentuk am
persamaan garis lurus ialah y = mx + c. Persamaan kos dan persamaan hasil dibentuk seperti berikut:
Persamaan Kos:

Persamaan Hasil:

y = mx + c
Kos berubah
seunit

y = mx
Kos tetap

Harga jualan
seunit

Paksi y = RM kos / hasil


Paksi x = unit

Merujuk kembali kepada soalan serta jawapan terdahulu, maklumat yang diperlukan adalah seperti
berikut:
Kos berubah seunit = RM4, Kos tetap = RM1000

Harga jualan seunit = RM12

Oleh itu;
Persamaan Kos y = 4x + 1000

Persamaan Hasil y = 12x

Lakukan penggantian nilai x yang bersesuaian. Pelajar boleh menggunakan skala paksi-x soalan
untuk menentukan nilai unit. Untuk soalan ini, skala paksi X - 1 cm = 50 unit dan kebiasaannya
pelajar akan menandakan angka pada paksi graf pada setiap 2 cm, jadi setiap 2 cm ialah 100 unit.
y = 4x + 1000
y = 12x
x
x
0
300
0
300
y
y
1000
2200
0
3600
Contoh pengiraan pada x=300
y = 4(300) + 1000
y = 2200

Contoh pengiraan pada x=300


y = 12(300)
y = 3600

Muat turun dari Blog Cikgu Azlan


Plotkan kedua-dua persamaan pada kertas graf. Perhatikan kesemua label yang ditunjukkan.

RM
Kos / Hasil

4000

3600

3200

2800

2400

2000

1600 RM1500
Titik pulang modal
1200
Kos Tetap
800

400
125 paket
0

100

200

300

400

500

Tamat jawapan soalan asal.

600

700

800

unit

Muat turun dari Blog Cikgu Azlan


LAMPIRAN

Soalan Tambahan: Pada graf yang telah dilukis, tentukan keuntungan atau kerugian pada unit jualan
250 paket.

RM
Kos / Hasil

4000

3600

3200
Hasil = RM3000
Untuk menjawab soalan ini,
lukiskan garis menegak
pada unit jualan 250 unit
sehingga ia memintas
garisan Jumlah Kos dan
Jumlah Hasil. Pada keduadua pintasan tersebut,
lukiskan garis melintang ke
paksi-y dan baca nilai Kos
dan Hasil tersebut. Perbezaan
kedua-dua angka itu ialah
untung atau rugi.

2800

2400

Kos = RM2000

2000

1600 RM1500
Titik pulang modal
1200

Kos Tetap
800

400
125 paket
0

100

200 250 300

400

Jawapan: Pada unit keluaran 250 unit,


Untung / Rugi = Hasil Kos
= RM3000 RM2000
= RM1000 (Untung)
6

500

600

700

800

unit

Muat turun dari Blog Cikgu Azlan


Jawapan soalan yang sama mengikut kaedah Margin Caruman
-

Tentukan keuntungan atau kerugian pada unit jualan 250 paket.


Rumus yang boleh digunakan ialah
Untung / rugi = (Unit jualan - unit TPM) x margin caruman seunit
= (250 125) x RM8
= RM1000 (untung)*
ATAU pelajar juga boleh menggunakan rumus kedua ini;
Untung / rugi = (Unit jualan x margin caruman seunit) Kos Tetap
= (250 x RM8) RM1000
= RM1000 (untung)*
* Untung kerana unit jualan melebihi unit titik pulang modal.

Anda mungkin juga menyukai