Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1.0 PENGENALAN
Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza di antara satu sama lain. Menurut Khairul
Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan
secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Oleh demikian, guru-guru perlu
memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi
pembelajaran di dalam kelas.Selain itu,perbezaan individu adalah satu hakikat yang tidak
boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
jantina supaya kajian yang bakal dijalankan menepati hasil kajian atau laporan yang bakal
saya hasilkan.
Selain itu, berdasarkan kriteria murid yang hendak dilpilih mestilah sekitar 7 hingga
12 tahun iaitu kanak-kanak tahun 1 hingga murid Tahun 6.
dengan kriteria umur yang dikehendaki. Malah, saya memilih mereka selari dan bersesuaian
dengan tahap perkembangan yang saya uji dan laksanakan terhadap mereka. Di samping
itu,semasa saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) di Sekolah
Kebangsaan Seri Puteri ini,saya telah diberi amanah untuk mengganti kelas Tahun 5 Bestari
dari hari pertama(20 Julai 2014) sehinggalah hari kelima(24 Julai 2014) berikutan guru
Bahasa Melayu kelas mereka mengikuti Kursus LINUS di daerah Johor Bahru.Justeru,saya
telah memilih tahun 5 kerana saya lebih mengenali mereka.
Nama:
Tarikh Lahir:
Umur:
Jantina:
Hobi :
Cita-Cita:
Warna Kesukaan:
Makanan Kegemaran:
Minuman Kegemaran:
Bil.Adik Beradik:
Tinggi:
Berat:
Saiz Baju:
Keputusan Peperiksaan
Setengah Tahun:
Jawatan Di Sekolah:
Kegiatan Kokurikulum Di
Sekolah:
Nama:
Tarikh Lahir:
Umur:
Jantina:
Hobi :
Cita-Cita:
Warna Kesukaan:
Makanan Kegemaran:
Minuman Kegemaran:
Bil.Adik Beradik:
Tinggi:
Berat:
Saiz Baju:
Keputusan Peperiksaan
Setengah Tahun:
Jawatan Di Sekolah:
Kegiatan Kokurikulum Di
Sekolah:
dan
sebagainya.Selain
itu,
perkembangan
fizikal
juga
merangkumi
kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, menjadi lebih
kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks yang lain.Pada
peringkat kanak-kanak, kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah
lebih stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini.
Selain itu juga, pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih kepada
bercorakkan penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada.
Pada peringkat umur 6 hingga 8 tahun iaitu ketika pertengahan kanak-kanak, dapat dilihat
beberapa perkembangan fizikal berlaku iaitu ketinggian dan berat badan meningkat secara
perlahan hinggalah keperingkat remaja. Gigi susu juga perlahan-lahan diganti dengan gigi
kekal dan penulisan kanak-kanak ketika ini menjadi lebih kecil dan baik. Pada ketika ini juga,
kanak-kanak mampu menghasilkan lukisan yang diorganisasi secara terperinci dan dalam
permainan pula, mereka akan menambah permainan yang mengikut peraturan dengan
aktiviti-aktiviti yang lebih kasar.
Perkembangan fizikal akhir kanak-kanak pula iaitu ketika berumur 9 hingga 11 tahun
semakin berkembang. Pada ketika ini, kemahiran motor seperti berlari, melompat, melontar,
menyepak, menangkap, menggelecek diuruskan dengan lebih cepat dan dikoordinasi
dengan lebih baik. Selain itu, masa tindak balas bertambah baik dan membantu
perkembangan kemahiran motor. Kemahiran dalam penulisan juga semakin berkembang.
Peralihan akhir kanak-kanak kepada awal remaja adalah didahului oleh individu perempuan
2 tahun lebih awal.
Menurut Rohani Abdullah(2001: 37),ketika umur meningkat kepada 11 hingga 14 tahun iaitu
zaman awal remaja, pertumbuhan paling ketara sekali ialah melibatkan perkembangan
organ seks. Bagi remaja perempuan, pada ketika ini akan berlaku penambahan lemak pada
bahagian tertentu badan dan pada ketika ini, biasanya remaja perempuan akan mengalami
kematangan lebih awal berbanding lelaki. Remaja perempuan mula keluar haid dan
mencapai klimaks kepada pertumbuhan badan. Bagi remaja lelaki, pada ketika inilah
pertumbuhan mula memuncak dan kesedaran orientasi seksual mula wujud.
perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa mencapai umur lingkungan 10 tahun sehingga
12 tahun semasa belajar di sekolah rendah. Contohnya, kanak-kanak perempuan akan
mencapai kematangan lebih cepat dan lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki.
Berdasarkan pemerhatian saya terhadap Muhd Faiz Dinie Bin Azizan atau nama
panggilannya Faiz,saya mendapati bahawa Faiz merupakan kanak-kanak yang sihat.Dia
tidak mempunyai sebarang penyakit yang membahayakan .Faiz juga merupakan seorang
kanak-kanak lelaki yang mempunyai BMI yang normal iaitu 20.7 dengan ketinggian 132 cm
dan berat sebanyak 34 kg.Faiz juga memakai saiz baju M dan mempunyai susuk badan
yang agak sihat tetapi normal dan mempunyai kemahiran jasmani untuk bermain bola
sepak.
Seterusnya, berdasarkan pemerhatian saya terhadap Nur Erina Binti Rosdi pula ialah saya
mendapati bahawa Erina juga kanak-kanak yang sihat. Dia juga tidak mempunyai sebarang
penyakit yang membahayakan .Erina merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang
mempunyai BMI yang normal iaitu 18.5 dengan ketinggian 127 cm dan berat sebanyak 30
kg serta memakai saiz baju S dan mempunyai susuk badan yang kurus tetapi normal dan
mempunyai kemahiran jasmani untuk bermain bola jaring.
2.3 ASPEK KOGNITIF
Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul,
menganalisis serta bakatnya. Murid-murid juga mempunyai aras kognitif yang berlainan.
Mereka mungkin memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada persekitaran
dengan cara-cara yang berlainan.
kemahiran menulis dan memori yang lebih tinggi daripada lelaki. Kajian Santrock (2001)
dapat membuktikan pencapaian murid-murid lelaki lebih baik berbanding murid-murid
perempuan bagai matapelajaran Matematik, Sains dan sukan. Manakala pencapaian muridmurid perempuan adalah baik berbanding murid-murid lelaki dalam matapelajaran yang
melibatkan penulisan.
Berdasarkan pemerhatian saya terhadap Faiz,saya mendapati bahawa Faiz merupakan
kanak-kanak yang pintar dan petah berbicara.Semasa temubual bersamanya,saya
mendapati bahawa Faiz seorang kanak-kanak lelaki yang suka belajar dan memberikan idea
dalam kelas.Keupayaannya untuk berfikir cepat dan sering memberikan idea apabila
diajukan soalan di dalam kelas.Hal ini menunjukkan bahawa Faiz mempunyai daya
pemikiran yang tinggi.Apabila diadakan sesi temubual bersamanya,Faiz mengatakan
bahawa cara pembelajarannya di rumah adalah dipantau oleh keluarganya.Dia sukakan
cara belajar yang santai dan menyeronokkan dengan adanya gambaran berbanding
tulisan.Saya juga mendapati bahawa Faiz suka menggaris buku rujukan yang dibacanya
untuk mencari isi-isi penting.Semasa Peperiksaan Setengah Tahun,Faiz telah berjaya
memperoleh 3A 2B dalam subjek yang penting untuk UPSR bagi tahun hadapan iaitu pada
tahun 2015.Selain itu,Faiz mempunyai bakat dalam bermain bola sepak apabila dia
dikatakan oleh guru PJKnya dan guru kelasnya juga mengatakan bahawa dia pernah
mewakili sekolah untuk persatuan Sains dalam pertandingan reka cipta.Tambahan pula,Faiz
merupakan pengawas sekolah yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Manakala Erina pula,saya mendapati bahawa dia merupakan kanak-kanak perempuan yang
pintar tetapi pemalu.Semasa temubual bersamanya,saya mendapati bahawa Erina seorang
kanak-kanak perempuan yang pemalu namun bijak melontarkan idea.Keupayaannya untuk
berfikir pula memerlukan penerangan yang jelas kemudian barulah Erina akan memberikan
idea apabila ditanya itupun dalam keadaan yang pemalu.Hal ini menunjukkan bahawa Erina
mempunyai daya pemikiran yang tinggi namun perlu diasah lagi keyakinan dirinya. Semasa
Peperiksaan Setengah Tahun pula,Faiz telah berjaya memperoleh 4A 1B dalam subjek yang
penting untuk UPSR bagi tahun hadapan iaitu pada tahun 2015.Apabila diadakan sesi
temubual bersamanya,Erina mengatakan bahawa cara pembelajarannya di rumah adalah
dalam keadaan yang senyap.Dia sukakan cara belajar yang tenang dalam suasana yang
sunyi.Saya juga mendapati bahawa Erina suka melukis dan dia juga adalah seorang
pustakawan.Berdasarkan pemerhatian saya,Erina juga memilih untuk menjadi pustakawan
kerana sukakan tugas itu dan berpendapat boleh mengulangkaji pelajaran di dalam suasana
pusat sumber yang senyap.
2.4 ASPEK EMOSI
Murid-murid juga mempunyai tahap emosi yang berlainan. Hal ini demikian kerana mereka
berasal keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yang
berlainan. Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa. Tahap kecerdasan emosi ini adalah
berbeza. Contoh emosi, ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu, pasif dan sebagainya.
Kanak-kanak lelaki lebih bersifat aktif daripada kanak-kanak perempuan. Guru perlu
mengenalpasti perbezaan emosi murid-murid dan menangani dengan cara yang sesuai
serta mendisiplin mereka. Guru-guru juga perlu merancang pelbagai strategi pengajaran
dan pembelajaran (pdp)
maklumat murid yang ada bersama guru kelas Tahun 5 Bestari.Semasa saya menjalankan
PBS di sekolah SK Seri Puteri ini,apabila saya mengganti kelas ini dan melakukan aktiviti
kuiz di dalam kelas,saya mendapati bahawa Faiz seorang murid yang cekap dan agresif
untuk menjawab soalan kuiz itu.Justeru,Faiz merupakan murid yang petah berbicara dan
ceria.
Berdasarkan pemerhatian terhadap Erina,dia seorang kanak-kanak perempuan yang
pemalu namun dikatakan diam-diam ubi berisi.Emosinya pula pemalu namun sentiasa
senyum.Erina juga berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik
dan pendidikan yang tinggi.Ibu bapanya pula merupakan guru Sekolah Menengah
Dato,Bentara Luar dan Sekolah Rendah Tengku Mariam,Batu Pahat Johor. Maklumat
berkaitan dirinya ini juga saya perolehi daripada rekod maklumat murid yang ada bersama
guru kelas Tahun 5 Bestari.Semasa saya menjalankan PBS di sekolah SK Seri Puteri
ini,apabila saya mengganti kelas ini dan melakukan aktiviti kuiz di dalam kelas,saya
mendapati bahawa Erina seorang murid yang pemalu untuk menjawab soalan namun
akhirnya dia memberanikan diri untuk mengangkat tangannya memberikan idea apabila
jawapan bagi soalan itu diketahuinya.Justeru,Erina merupakan murid yang pemalu namun
bijak dalam idea yang dilontarkan cuma memerlukan dorongan untuk dirinya berkongsi
ideanya.
2.5 TINGKAH LAKU
Tingkah laku juga dikenali sebagai kebolehan khas yang diwarisi tetapi peluang alam sekitar
yang luas juga turut mempengaruhi tingkah laku seseorang. Menurut Rohani Abdullah
(2001: 40), perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan, interaksi dan
aktiviti sosial. Contohnya, terdapat peluang atau galakan yang positif maka akan wujudnya
tingkah laku seseorang itu positif.
perempuan dan cukup matang dalam menguruskan dirinya berbanding Faiz yang masih
keanak-anakan namun petah berbicara.
Semasa aktiviti sosial pula,telah dikatakan bahawa Faiz lebih menyerlah berbanding Erina
dalam menjawab soalan kerana Erina seorang yang pemalu namun Erina bijak dalam
menyelesaikan soalan dan lebih minat melukis berbanding Faiz yang sukakan aktiviti yang
melibatkan pergerakan seperti jawab soalan di hadapan kelas dan Erina pula sukakan
aktiviti yang melibatkan pemikiran dalam pelajaran.Hal ini juga diprngaruhi oleh latar
belakang
keluarga
dan
mempengaruhi
cita-cita
mereka
apabila
dewasa
nanti.Contohnya,Faiz yang aktif minat untuk menjadi polis kerana abangnya seorang polis
dan Erina yang pemalu lebih suka menjadi guru kerana ibu bapanya guru namun perlu
diasah lagi keyakinan diri Erina agar menjadi tinggi dan layak untuk bergelar seorang guru
suatu hari nanti.Insyaallah.
3.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, setiap manusia dicipta dengan unik begitu juga dengan murid-murid
di sekolah.Mereka adalah unik dari segi perbezaan individu dan mempunyai pelbagai
kebolehan. Justeru,peranan guru sebagai pendidik amat penting dalam mengenalpasti
perbezaan individu supaya dapat melaksanakan P&P dengan berkesan dan berfaedah
untuk setiap murid-murid . Namun, guru perlu merancang aktiviti P&P mengikut kebolehan
murid. guru juga perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti
kerja berkumpulan, pengukuhan, pengayaan dan sebagainya supaya dapat memotivasi
murid yang mempunyai perbezaan dari aspek fizikal, intelektual, emosi dan sosial. Sebagai
pendidik yang bertanggungjawab perlu sentiasa mencuba untuk menentukan dan membina
kebijaksanaan dan kebolehan murid-murid berdasarkan perbezaan individu. Semua aspek
yang diambil kira akan mempengaruhi penerimaan serta minat murid untuk terus belajar dan
diaplikasikan dalam kehidupan sebenar untuk memegang tampuk pemerintahan pada masa
akan datang.