Anda di halaman 1dari 23

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE3103
KRAF TRADISIONAL
SEPTEMBER 2014

NAMA

NOMBOR MATRIK

DAMBAK ANAK UBAM


:

671219135186001

NOMBOR KAD
PENGENALAN

671219-13-5186

NOMBOR TELEFON :

014-8978445

ALAMAT E-MEL

dseaubam@gmail.com

TUTOR

LEARNING CENTER
CENTER

Isi Kandungan

SIBU LEARNING

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

1.0

2.0

3.0

Pengenalan
1.1

Maksud Kraf Tradisional

1.2

Kepentingan Kraf Tradisional

1.3

Sejarah Kraf Tradisional

1.4

Jenis-Jenis Kraf Tradisional

Motif Ragam Hias


2.1

Maksud Motif Ragam Hias

2.2

Motif Ragam Hias Pada Kraf Tradisional


Motif Ragam Hias Kraf Tradisional Batik

2.2.2

Motif Ragam Hias Tembikar

2.2.3

Motif Ragam Hias Gasing

2.2.4

Motif Ragam Hias Tekat

Analisis Motif Ragam Hias Yang Dipengaruhi Oleh Alam Sekitar


3.1

4.0

2.2.1

Fungsi-Fungsi Motif Ragam Hias Yang Dipengaruhi Oleh Alam Sekitar

Fungsi Motif Ragam Hias Kepada Budaya


4.1

Fungsi Pertama Perlambangan Agama

4.2

Fungsi Kedua Sebagai Identiti Sesebuah Bangsa

4.3

Fungsi Ketiga Perlambangan Kehidupan Masyarakat

5.0

Perkaitan Motif Ragam Hias Dengan Aktiviti Masyarakat Tradisional

6.0

Kesimpulan

7.0

Rujukan

1.0

Pengenalan
DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu
masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional begitu kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini
jelas digambarkan melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya. Terdapat pelbagai
jenis kraf tradisional dan setiap kraf tradisional mempunyai motif ragam hias yang tersendiri
yang dipengaruhi oleh alam sekitar dan mempunyai fungsinya yang tertentu. Motif ragam
hias yang dihasilkan mempunyai fungsi kepada budaya tradisional dan ianya juga
mempunyai kaitan dengan aktiviti masyarakat tradsional ketika itu. Oleh itu, setiap
penghasilan motif ragam hias pada sesebuah kraf tradisional mempunyai penjelasannya yang
tersendiri dan yang pastinya penjelasan itu kebanyakkannya dipengaruhi oleh unsur budaya,
agama, dan gaya hidup masyarakat pada ketika itu.
1.1

Maksud Kraf Tradisional

Kraf tradisional adalah satu perusahaan seni yang melibatkan kemahiran tangan yang
memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun (Kirhmuru, 2012). Kraf
tradisional berasal daripada dua perkataan yang digabungkan iaitu kraf dan tradisional.
Menurut Amman (2013), seperti yang dinyatakan dalam Akta 222-Akta Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979 mendefinisikan

kraf sebagai barangan yang

dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa


menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara persendirian atau tidak
langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf. Manakala tradisional ialah merupakan tradisi
yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
Oleh itu kraf tradisional boleh diertikan sebagai hasil kerja seni yang melibatkan
hasil kerja tangan yang memerlukan daya ciptaan dan kreativiti oleh masyarakat yang
dihasikan oleh masyarakat dan diwarisi secara turun-temurun seperti membuat tembikar,
batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan sebagainya. Ianya
merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil
ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui
bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan warnanya.

1.2

Kepentingan Kraf Tradisional


DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional mempunyai kepentingan yang begitu besar kepada sesebuah masyarakat.
Antara kepentingannya adalah kepada penyumbangan sumber ekonomi melalui pembuatan
dan penjualan hasil kraf tradisional melalui industri desa. Selain itu, penghasilan kraf
tradisional dapat menanam nilai-nilai murni yang tinggi dalam masyarakat, terutamanya
kepada anak-anak muda dalam sesebuah masyarakat kerana merekalah yang menjadi pewaris
warisan sesebuah bangsa. Antara nilai-nilai murni itu adalah seperti menghargai, merasa
bangga, dan menyedari akan perlunya mempelajari kraf tradisionl. Selain itu, penghasilan
kraf tradisional juga membolehkan penghargaan terhadap nilai-nilai estetika yang ada pada
sesebuah kraf tradisional. Melalui penghargaan ini, akan wujudnya kesedaran dalam
menghasilkan sesebuah kraf tradisional yang mempunyai nilai estetika seni yang begitu
tinggi dan unik. Keadaan ini membolehkan kesinambungan pembuatan kraf tradisional dari
zaman ke zaman yang tidak luput ditelan zaman.

1.3

Sejarah Kraf Tradisional

Kraf tradisional yang wujud pada masa kini merupakan warisan nenek moyang kita dari
zaman berzaman lamanya. Ianya diperturunkan oleh nenek moyang kita dari satu generasi ke
satu generasi dan penghasilan kraf tradisional ini dipengaruhi iklim, lokasi, bahan keperluan,
pekerjaan, kepercayaan, dan kemudahan, yang berfungsi dalam kehidupan seharian. Kraf
tradisional pada zaman dahulu berfungsi sebagai alat mempertahankan diri, alat untuk
bekerja, alat untuk kegunaan seharian, alat untuk upacara dan istiadat, alat untuk rekreasi, alat
pada rumah, istana, masjid, alat pada pengangkutan dan akhir sekali adalah alat perhiasan
diri. Dalam setiap kraf tradisional yang dihasilkan, terdapat motif-motif ataupun reka corak
yang dihasilkan sendiri oleh tukang pandai menggunakan daya kreativiti yang memenuhi cita
rasa tempatan.

1.4

Jenis-Jenis Kraf Tradisional

Terdapat pelbagai jenis kraf tradisional yang telah dijadikan warisan sejak zaman-berzaman
lamanya. Keaslian yang terdapat pada kraf tradisional juga dipelihara agar warisan nenek
moyang kita terjaga dan kekal selamanya. Antara kraf tradisional yang masih dikekalkan
sehingga kini adalah seperti ukiran, batik, tenunan, tembikar, anyaman, tekat, perhiasan diri,
alat pertahanan diri, alat permainan dan alat domestik.
DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Jenis-Jenis
Kraf
Tradisional

Ukiran

Tekat

Batik

Anyaman

Perhiasan
diri

Alat
Domestik

Tenunan

Alat
Pertahanan
Diri

Tembikar

Alat
permainan

Rajah 1: Jenis-Jenis Kraf Tradisional


2.0

Motif Ragam Hias

Setiap jenis kraf tradisional mempunyai motif ragam hias yang pelbagai dan tersendiri. Motif
ragam hias yang dihasilkan, biasanya dipengaruhi oleh alam semula jadi, persekitaran,
budaya dan aktiviti sesebuah masyarakat. Motif ragam hias yang dihasilkan dalam sesebuah
kraf tradisional mempunyai makna tersurat dan tersirat yang tersendiri bergantung kepada
latar belakang masyarakat yang menghasilkannnya.
2.1

Maksud Motif Ragam Hias

Menurut Abd.Rasid (2012) dalam kajiannya, motif boleh ditakrifkan sebagai unsur-unsur
visual atau imej dalam sesebuah kerja seni. Motif juga adalah suatu lakaran yang diulangulang untuk menghasilkan corak gubahan yang lengkap dan yang paling menonjol dalam
sesebuah karya. Di mana ianya merupakan unsur yang penting kerana menjadi unsur visual
yang utama dan menjadi imej yang dihasilkan bagi mengindahkan sesuatu hasil kraftangan
yang mempunyai makna yang tersendiri. Motif juga menyerlahkan konsep dan tema dalam
menghasilkan sesuatu karya (Ocvirk, et. al, 2002). Manakala ragam hias adalah corak yang
dihasilkan pada sesuatu karya seni. Oleh itu motif ragam hias boleh ditakrifkan sebagai
unsur-unsur visual atau imej yang terdiri daripada corak yang pelbagai yang dihasilkan pada
sesebuah karya seni seperti kraf tradisional sebagai tujuan untuk menghiasi kraf tersebut bagi
menaikkan nilai seni dan astetika pada kraf berkenaan.

2.2

Motif Ragam Hias Pada Kraf Tradisional


DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Terdapat pelbagai jenis motif ragam hias yang dihasilkan pada kraf tradisional. Motif ragam
hias yang dihasilkan biasanya terdiri daripada motif kosmos iaitu unsur alam sekitar, motif
geometri dan juga flora dan fauna. Ia disusun dengan berbagai rupa dan gaya persembahan
yang tertentu bagi menarik minat masyarakat terhadap kesenian kraf tradisional. Biasanya,
motif ragam hias yang dihasilkan pada kraf tradisional dipengaruhi oleh budaya dan aktiviti
masyarakat yang menghasilkan kraf berkenaan. Kesenian dan keaslian kraf tradisional juga
biasanya dikekalkan bagi membolehkan warisan nenek moyang terus terpelihara sepanjang
zaman. Dalam tugasan kali ini, motif ragam hias bagi empat jenis kraf tradisional yang dipilih
akan dijelaskan dengan lebih terperinci. Kraf tradisional itu ialah batik, tembikar, gasing dan
juga tekat.

Kraf
Tradision
al
Batik

Tembikar

Gasing

Tekat

Rajah 2: Empat Kraf Tradisional Yang Dipilih


2.2.1

Motif Ragam Hias Kraf Tradisional Batik

Batik merupakan salah satu kraf tradisional yang menjadi warisan sehingga kini. Perkataan
batik berasal dari Indonesia dan ianya bermaksud rintik-rintik putih yang ada pada kain
yang berwarna atau bercorak. Batik juga bermaksud titik dan dalam Bahasa Jawa batik
bermaksud setitik lilin. Batik mula wujud sejak 2000 tahun dahulu di Parsi dan juga Mesir
dan ianya mula digunakan di Jepun dan China pada abad ke 7. Di Malaysia, negeri Kelantan
dan Terengganu merupakan perintis kepada perusahaan kraf tradisional batik dan bermula di
Kota Baharu, Kelantan pada tahun 1914. Di mana Haji Che Su Bin Ishak merupakan pencipta
kain batik Malaysia.
Terdapat empat jenis batik di Malaysia iaitu batik blok, batik skrin, batik tulis dan
batik pelangi. Batik blok adalah batik yang dihasilkan menggunakan blok kayu yang
digantikan dengan blok tembaga untuk menghasilkan corak. Batik skrin pula merupakan
batik yang dihasilkan menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui leker. Batik
tulis pula adalah batik canting yang menggunakan alat canting dan melilinkan bahagian untuk
dibuat corak. Manakala batik pelangi pula dihasilkan tanpa menggunakan lilin.
DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

JenisJenis
Batik
Batik
Blok

Batik
Skrin

Batik
Tulis

Batik
Pelangi.

Rajah 3: Jenis Jenis Batik


Motif ragam hias yang terdapat pada kraf tradisional batik biasanya dipengaruhi oleh alam
sekitar. Motif-motif ini dihasilkan melalui kepekaan masyarakat tradisional terhadap
persekitaran yang mana bagi mereka apa sahaja yang menarik dan mengandungi falsafah
sendiri boleh dijadikan corak. Terdapat lima jenis motif alam sekeliling yang telah digubah
untuk menjadi corak atau ragam, hias yang menarik. Antaranya adalah unsur flora, unsur
fauna, unsur geometri, unsur benda buatan manusia, dan unsur motif isen.
Jenis Motif Batik
Unsur Flora

Motif Ragam Hias Batik


Motif ragam hias pada kain batik ela bunga,
kudup, putik, daun, ranting dan pucuk yang

digunakan secara tunggal atau bertabur.


Motif ragam hias batik sarung bunga, kuntum,
putik, ranting dan pucuk yang disusun menjalar

datar dengan bentuk lembut.


Motif ragam hias pada bahagian kepala kain
(gunung) kebiasaannya menggunakan pucuk
rebung yang digubah secara realisitik dengan

Unsur Fauna

campuran gaya organik dan geometri.


Menggunakan motif ragam hias rama-rama,
kumbang, burung, ayam, rusa, bangau, ikan,

Unsur Geometri

kijang, burung merak dan sebagainya.


Motif ragam hias pada kaki kain batik susunan
garis-garis halus, parang rosak, banji, swastika dan

Unsur Benda Buatan Manusia

pinggir awan digunakan.


Motif ragam hias batik panjang motif kawung

dalam susunan tempat bentuk bujur.


Motif ragam hias batik ela abor, jaring ikan,
kampong, dan wau.
DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Unsur Motif Isen

Motif isen ialah motif pengisi untuk memenuhi


kain batik tradisional atau sebagai latar belakang

kepala sesuatu pola corak.


Contoh motif ragam hias isen ialah atap, sirapan,
berangan, cacah gari, cecek-cecek, galangan,
grinsing, mata dara, penutup, poleng, sisik dan

sebagainya.
Jadual 1: Motif Ragam Hias Batik
Motif-motif ragam hias ini biasanya disusun secara berjalur catur atau dam, kisi-kisi
melintang dan menyeluruh, serong, tompolk-tompok bertaburan, ulang bersilang, ulang batubata dan sebagainya.

Gambar 1: Motif Ragam Hias Yang Terdapat Pada Batik


2.2.2

Motif Ragam Hias Tembikar

Tembikar merupakan kraf tradisional yang mempunyai kesenian yang asli. Ianya telah wujud
di negara ini sejak beribu tahun dahulu. Motif ragam hias dan ragam bentuk yang terdapat
pada seni tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai. Tembikar terdiri
daripada pelbagai bentuk dan jenis dan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Di mana ianya
dibezakan antara satu sama melalui reka corak, reka bentuk, atau warnanya kerana setiap
DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersendiri serta dipengaruhi oleh budaya dan
latar belakang pembuat tembikar.
Terdapat beberapa jenis tembikar di Malaysia. Antaranya ialah Labu Sayong,
Tembikar Mambong, dan Pasu Sarawak. Tembikar-tembikar ini mempunyai fungsi yang
tersendiri mengikut budaya di tempat yang berbeza, contohnya seperti tempat penyimpanan
air, tempat perembunan, perasapan kemanyan, juga sebagai hadiah perkahwinan, kelahiran
dan juga kematian.
Motif ragam hias yang terdapat pada tembikar, biasanya agak ringkas dan berunsur
flora. Motif ragam hias yang terdapar pada tembikar boleh dilihat seperti dalam jadual di
bawah:
Tembikar

Labu Sayong

Motif Ragam Hias

Bunga Tanjung, Bunga Padi, Bunga Keduduk, Bunga


Cengkih, Bunga Lawang, Bunga Pecah, Pucuk Rebung.

Tembikar Mambong

Bentuk Bulan Sabit, Bentuk Tulang Ikan, Bentuk Huruf V,


Bentuk Pucuk Rebung.
DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Pasu Sarawak

Bunga Terung, Juring, Janggut Udang, Dilah Kemumbu,


Gelung Bekaul, Buah Semunjing, Gelung Kelidu, Gelung

Demam, Dll.
Jadual 2: Motif Ragam Hias Tembikar
2.2.3

Motif Ragam Hias Gasing

Gasing berasal daripada suku kata ka yang berasal dari singkatan kayu dan sing berasal
dari suku kata pusing. Kraf tradisional gasing merupakan sejenis permainan yang telah
dimainkan sejak daripada zaman kesultanan Melayu Melaka.

Musim bagi pertandingan

gasing ialah selepas musim menuai atau musim buah-buahan. Bentuk, cara pembuatan dan
peraturan permainan gasing adalah berbeza mengikut kawasan. Ianya dimainkan oleh kaum
lelaki sahaja.
DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Terdapat beberapa jenis gasing iaitu Gasing Pahang, Gasing Pari, Gasing Paying,
Gasing Puyuh, Gasing Loceng, Gasing Berembang, Gasing Bugis, Gasing Bunut, Gasing
Cina, Gasing Denak, Gasing Jantung dan sebagainya. Gasing mempunyai fungsi yang
pelbagai. Antara fungsi gasing adalah seperti perhiasan dan juga permainan. Gasing perhiasan
dibuat hanya untuk dijadikan hiasan. Pereka gasing hiasan tidak memilih memilih kayu dan
tidak mementingkan fungsi berpusingnya. Manakala gasing permainan pula, digunakan untuk
permainan dalam pertandingan dan bukan bertujuan untuk kecantikan. Bahagian-bahagian
tubuh gasing terdiri daripada paksi, patak, labu, kelapa, leher, bahu, pemotek dan turap.
Motif ragam hias yang terdapat pada gasing adalag sangat ringkas dan bermotifkan
geometri seperti garis-garis halus yang dihasilkan menggunakan pemahat. Kayu yang
digunakan untuk menghasilkan gasing juga terdiri daripada kayu yang keras yang tidak
mudah pecah seperti kayu Koran, kayu bakau ban, kayu ciku, kayu petai, kayu kerada dan
juga kayu johol. Untuk menampakkan gasing lebih menarik, warna hitam, coklat tua dan
muda digunakan untuk mewarnakan gasing.

Gambar 2: Motif Ragam Hias Yang Terdapat Pada Gasing

2.2.4

Motif Ragam Hias Tekat

Tekat digolongkan dalam seni sulaman tekstil iaitu proses menyulam benang emas ke atas
kain dasar iaitu baldu. Ianya dibentuk dengan kertas sederhana tebal dan disalit dengan
benang emas di atas lain atau baldu yang lazimya berwarna tua. Biasanya tekat menyerupai
bentuk ukiran kayu tebukan tembus dan timbul. Terdapat 2 jenis tekatan iaitu tekatan
DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

1
0

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

kelingkan dan tekatan tebukan. Tekatan kelingkan menggunakan pita kelingkan yang berkilat,
manakala tekatan tebukan perada pula sejenis tekatan yang menggunakan tampalan kerras
perada di atas kain berwarna. Seni yang terdapat pada tekat merupakan seni rupa yang
bersifat dua dimensi, di mana seni ini digunakan untuk hiasan barang-barang tiga dimensi
seperti tudung saji, tepak sirih dan kasut.
Tekat berasal dari India dan Negara China yang kemudiannya dipengaruhi dengan
motif pilihan yang diubahsuai dari sumber alam oleh tukang-tukang tempatan. Oleh itu, motif
ragam hias yang terdapat pada tekat berasaskan corak awan larat dan tumbuh-tumbuhan
seperti yang terdapat pada ukiran kayu. Motif yang sering digunakan ialah pucuk rebung,
daun paku, daun keladi, daun bunga padi, dan daun peria. Motif bunganya pula adalah seperti
bunga cengkih, bunga pecah lima, bunga kekwa, bunga lawang, bunga raya, bunga cempaka
dan bunga lalang.

Gambar 3: Motif Ragam Hias Yang Terdapat Pada Tekat


Tekat biasanya digunakan dalam istiadat dan upacara tertentu seperti dalam kelengkapan
perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan dan berkhatam Quran.

3.0

Analisis Motif Ragam Hias Yang Dipengaruhi Oleh Alam Sekitar

Motif ragam hias yang terdapat pada kraf tradisional banyak dipengaruhi oleh alam sekitar
dan motif-motif yang dihasilkan ini juga mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri. Antara
motif ragam hias yang dipengaruhi oleh alam sekitar adalah seperti motif flora, motif fauna,
motif awan larat, motif kosmo dan juga motif geometri.

DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

1
1

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Motif
Flora
Dan
Fauna
Motif
Kosmo
Motif
Awan
Larat

Motif
Geomet
ri

Rajah 4: Motif Ragam Hias Yang Dipengaruhi Oleh Alam Sekitar


Menurut Suraya (2014), proses penggarapan motif dalam seni kraf tradisional banyak
dipengaruhi oleh unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup masyarakat. Penghasil kraf
tradisional banyak dipengaruhi dengan adat resam, agama, kepercayaan, iklim dan
persekitaran. Motif ragam hias yang dipengaruhi oleh alam sekitar boleh dijelaskan dengan
lebih ringkas dan terperinci seperti dalam jadual di bawah:
Motif
Motif Flora

Penerangan
Amnya, kraf tradisional yang dihasilkan
menggunakan unsur flora yang menunjukkan motif

hiasan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan.


Contoh unsur flora ialah seperti sulur, daun, motif
daun keladi, bunga melur, bunga lawang, bunga

Motif Fauna

cengkih, pucuk rebung,


Merupakan adaptasi daripada haiwan yang membawa
maksud kegagahan, keberanian, kekuatan dan

kepahlawanan.
Contoh motif fauna yang biasanya terdapat pada kraf
tradisional adalah seperti itik pulang petang, kepala

Motif Geometri

ciciak, kepala ayam berlaga dan sebagainya.


Motif yang dihasilkan diambil daripada kehidupan

haiwan tersebut.
Amnya, kraf tradisional yang dihasilkan
menggunakan motif geometri di mana corak yang
DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

1
2

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

berulang-ulang dihasilkan berdasarkan bentuk

geometri.
Bentuk geometri yang biasa digunakan ialah bulatan,
segiempat, segitiga dan poligon. Contohnya asas

Motif Kosmo

segitiga menjadi asas kepada motif pucuk rebung.


Kraf tradisional juga menggunakan motif kosmologi
di mana motif ragam hias yang dihasilkan padanya
juga mempamerkan alam sekitar seperti matahari,

Motif Awan Larat

bulan, bintang dan awan.


Motif awan larat juga biasanya digunakan dalam

penghasilan kraf tradisional.


Halim (1986) menyatakan bahawa awan larat sebagai
satu bentuk motif yang dihasilkan berlingkar-lingkar,

meleret-leret dan berpiuh-piuh seperti awan berarak.


Ianya menjadi tanda kehalusan budi pekerti
kehidupan masyarakat Melayu yang penuh beradat

dan bersopan.
Jadual 3: Analisis Motif Ragam HiasYang Dipengaruhi Oleh Alam Sekitar
Oleh itu, motif ragam hias yang dihasilkan pada kraf tradisional kebanyakkannya dipengaruhi
oleh alam sekitar. Contohnya seperti dalam pembuatan kraf tradisional songket, Kirhmuru
(2012) menyatakan bahawa motif songket yang diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan ialah
pucuk rebung, bunga lawi ayam, bunga baling, tapak kecupu, bunga tanjung, bunga cermai,
bunga setelop, tampuk kesemak, tampuk manggis, dan buah delima. Manakala corak-corak
songket yang abstrak dinamakan kasap, pecah lapan, tapak kacip, potong wajik, bunga tiga
dara, bunga logam, bunga kerongsang, dan jong sarat. Motif yang diilhamkan daripada alam
sekitar pula dinamakan bintang buta, air molek, awan larat, dan teluk berantai. Yang
diilhamkan daripada haiwan ialah bunga lawi ayam, unduk-unduk, bunga hati, dan sisik
kelah.

3.1

Fungsi-Fungsi Motif Ragam Hias Yang Dipengaruhi Oleh Alam Sekitar

DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

1
3

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Kebanyakan kraf tradisional yang dihasilkan mempunyai motif ragam hias yang dipengaruhi
oleh alam sekitar. Motif-motif ragam hias yang dihasilkan ini sudah semestinya mempunyai
fungsi-fungsinya yang tersendiri. Fungsi motif ragam hias yang dipengaruhi oleh alam sekitar
ini boleh dijelaskan dengan lebih ringkas seperti dalam jadual di bawah:
Motif Ragam Hias
Motif Flora

Fungsi Motif Ragam Hias


Contoh kraf tradisional ukiran kayu
Suraya (2014) menyatakan bahawa motif sulur daun
yang jatuh melempai, pada kesenian Islam dalam
ukiran kayu berfungsi untuk menunjukkan ketaatan

dan kepatuhan kepada printah yang satu.


Manakala motif bunga yang harum dan wangi seperti
corak bunga setaman berfungsi untuk
menggambarkan sebagai kehalusan budi dan
keakraban budaya dalam sesebuah masyarakat yang

Motif Fauna

menghasilkan kraf tradisional itu.


Motif ragam hias fauna pada kraf tradisional pula
adalah berfungsi untuk membawa maksud kekuatan

Motif Geometri

dan kepahlawanan.
Selain itu, ia juga membawa maksud seperti

kehidupan rumahtangga dan keluarga yang harmoni.


Contoh Motif Burung Balam
Motif geometri yang terdapat pada kraf tradisional
seperti songket, batik dan tengkolok pula berfungsi

Motif Awan Larat

untuk menunjukkan herarki pangkat seseorang.


Motif seperti awan larat yang diolah daripada motif
flora dan fauna pada kraf tradisional seperti keris dan
sarungnya pula berfungsi untuk menunjukkan
kekuatan pada pemilik keris.

4.0

Fungsi Motif Ragam Hias Kepada Budaya

Motif ragam hias yang dihasilkan pada kebanyakan kraf tradisional sebenarnya mempunyai
fungsi kepada budaya masyarakat yang menghasilkan kraf tradisional berkenaan. Antara

DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

1
4

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

fungsi motif ragam hias kepada budaya adalah sebagai perlambangan agama, identiti
sesebuah bangsa, dan juga sebagai perlambangan kehidupan sesebuah masyarakat.

Perlambangan
Agama

Perlambangan
Kehidupan
Masyarakat

Identiti
Sesebuah
Bangsa

Rajah 5: Fungsi Motif Ragam Hias Kepada Budaya


4.1

Fungsi Pertama Perlambangan Agama

Kebanyakan kraf tradisional yang dihasilkan menggunakan motif flora, fauna, Arabes, motif
kosmo, motif geometri dan seni kaligrafi yang menggunakan huruf Arab. Contohnya dalam
kraf tradisional seperti ukiran kayu yang terdapat pada surau dan masjid. Menurut
Marshizawati (2012), terdapat pelbagai motif yang dipilih untuk menghasilkan ukiran ialah
terdiri daripada motif flora, motif fauna, Arabes, motif angkasa atau kosmos, motif geometri
dan motif seni khat atau kaligrafi yang menggunakan huruf Arab. Motif-motif ragam hias ini
berfungsi sebagai perlambangan agama Islam. Motif-motif yang dihasilkan mempunyai unsur
budaya seperti budaya Melayu dan digarap lagi dengan seni kaligrafi yang menggunakan
huruf Arab iaitu tulisan ayat Al Quran. Ini melambangkan budaya Melayu itu sendiri yang
bernaungkan agama Islam.
Contoh yang boleh dilihat adalah seperti diikebanyakan rumah Melayu, ciri-ciri Islam
agak terserlah dengan ukiran khat pada ambang pintu rumah, tingkap, bingkai cermin,
bingkai jam serta alat keagamaan seperti rehal. Di masjid atau surau juga sering kita dapati
ayat-ayat Al Quran di ukir di kayu dan diletakkan di dinding serta ukiran motif pelbagai
diukir pada mimbar masjid atau surau. Ukiran ini bertujuan untuk menambat hati dan
perasaan manusia.
4.2

Fungsi Kedua Sebagai Identiti Sesebuah Bangsa

DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

1
5

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Menurut Dr. Norwani Md. Nawawi, seorang pakar oordinator Batik International Research
Design Access (Birda), International Institute of Design Excellence, Fakulti Seni Lukis dan
Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), seperti yang dinyatakan oleh Marshizawati
(2012), corak dan motif pada khususnya pada kraf tradisional seperti kain songket jelas
memaparkan ciri-ciri unik mengenai identiti bangsa Melayu.
Di mana identiti bangsa Melayu ini boleh dilihat sebagaimana Dr. Norwani Md.
Nawawi (2012) menyatakan bahawa penenun-penenun tradisional biasanya tinggal di
persekitaran suasana kampung yang dikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok buahbuahan atau berdekatan dengan laut dan sering mengalami musim tengkujuh. Mereka sangat
kreatif dan mempunyai pemerhatian yang tajam dan daya imaginasi yang kuat. Hasilnya
kebanyakan motif songket adalah nama-nama daripada pokok, bunga, burung dan ada juga
daripada kuih-kuih Melayu yang menjadi kesukaan raja-raja seperti seri kaya, wajik dan
tepung talam. Sesungguhya tidak pernah terfikir oleh kita bahawa nenek moyang kita dahulu
telah memahami dan menghayati seni yang dihasilkan oleh mereka adalah sebenarnya
terhasil dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan.
Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilham daripada alam semula jadi
ciptaan Tuhan yang menjadi hasil seni yang kreatif dan hebat.
4.3

Fungsi Ketiga Perlambangan Kehidupan Masyarakat

Fungsi motif ragam hias kepada budaya yang ketiga pula adalah sebagai perlambangan
kepada kehidupan masyarakat yang menghasilkan kraf tradisional itu sendiri. Contohnya,
masyarakat yang tinggal berdekatan dengan laut dan bekerja sebagai nelayan menghasilkan
corak-corak iaitu motif ragam hias pada kraf tradisional seperti batik dan wau yang
berunsurkan kehidupan di tepi pantai dan pekerjaan sebagai nelayan. Motif ragam hias yang
boleh dilihat adalah seperti pokok kelapa, ikan, kepulan awan, pemandangan matahari
terbenam di pamtai dan sebagainya.
Contoh lain yang boleh dilihat adalah seperti motif songket di mana kebanyakannya
adalah daripada nama-nama daripada pokok, bunga, burung dan ada juga daripada kuih-kuih
Melayu yang menjadi kesukaan raja-raja seperti seri kaya, wajik dan tepung talam. Motifmotif yang dihasilkan ini merupakan sebahagian daripada kehidupan sekeliling masyarakat
Melayu yang digarap menjadi seni dalam kraf tradisional sebagai tujuan unutk
melambangkan kehidupan sebenar masyarakat pada ketika itu.
DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

1
6

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

5.0

Perkaitan Motif Ragam Hias Dengan Aktiviti Masyarakat Tradisional

Seperti yang kita ketahui, aktiviti masyarakat tradisional sebenarnya banyak mempengaruhi
penghasilan motif ragam hias yang terdapat pada sesebuah kraf tradisional itu sendiri.
Daripada aktiviti di rumah sehinggalah aktiviti yang melibatkan pekerjaan, aktiviti-aktiviti ini
mempengaruhi penghasilan motif ragam hias pada kraf tradisional. Perkaitan motif ragam
hias dengan aktiviti masyarakat tradisional boleh dilihat dengan lebih terperinci seperti dalam
jadual di bawah:

Aktiviti Masyarakat
Aktiviti Pemakaian

Penerangan
Motif ragam hias yang dihasilkan pada kraf
tradisional seperti songket merupakan salah satu
contoh releven tentang aktiviti masyarakat
tradisional.

Pada zaman dahulu, motif dan warna yang


terdapat pada songket melambangkan kedudukan
seseorang. Sebagai contoh songket yang ditenun
menggunakan benang sutera halus dan benang
emas dipakai oleh kerabat raja dan golongan
bangsawan.

Namun kini, songket ditenun dengan


menggunakan benang kapas dan mula dipakai
oleh golongan rakyat biasa dalam majlis-majlis
tertentu.

Aktiviti keagamaan

Budaya Melayu seringkali bernaungkan kesenian


agama Islam. Contohnya dalam penghasilan kraf
tradisional iaitu ukiran tulisan kaligrafi atau khat.

Motif ragam hias yang dihasilkan pada ukiran


bermotifkan Arabes seperti ukiran tebuk tembus
yang diletakkan pada dinding surau bertujuan
untuk memberi kesan keindahan seni untuk

Aktiviti Keraian

mendekatkan diri manusia kepada penciptanya


Masyarakat tradisional yang menghadiri aktiviti
DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

1
7

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

keramaian seperti kenduri dan majlis


perkahwinan akan mengenakan alat perhiasan
tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Bagi kaum perempuan, alat perhiasan yang


digunakan adalah seperti rantai emas, subang
emas dan sebagainya. Bagi kaum lelaki pula, alat
perhiasan yang digunakan adalah seperti
tengkolok.

Motif ragam hias yang dihasilkan pada alat-alat


perhiasan ini melambangkan herarki pangkat
seseorang dan menunjukkan juga seseorang itu
merupakan golongan bangsawan.

Aktiviti Mempertahankan Diri

Motif ragam hias yang dihasilkan pada kraf


tradisional seperti Keris merupakan salah satu
contoh releven tentang aktiviti masyarakat
tradisional.

Keris merupakan alat yang digunakan dalam


aktiviti mempertahankan diri daripada musuh
oleh masyarakat zaman dahulu.

Motif ragam hias yang dihasilkan pada keris


adalah seperti motif flora dan fauna yang banyak
terdapat pada hulu keris.

Keris sering digunakan oleh pahlawan pada


zaman dahulu yang digunakan untuk
mempertahankan diri. Ukiran yang terdapat hulu
keris dan sarungnya memberi banyak makna
antaranya kekuatan pada yang empunya keris.

Aktiviti Rekreasi

Motif ragam hias yang dihasilkan pada kraf


tradisional seperti Wau Bulan merupakan salah
satu contoh releven tentang aktiviti masyarakat
DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

1
8

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

tradisional dalam kegiatan rekreasi mereka.

Motif ragam hias yang dihasilkan pada sesebuah


wau melambangkan kemahiran, kebolehan dan
kebanggaan individu yang menghasilkannya
dalam masyarakat.

6.0

Kesimpulan

Kraf tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu
masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional begitu kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini
jelas digambarkan melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya. Terdapat pelbagai
jenis kraf tradisional dan setiap kraf tradisional mempunyai motif ragam hias yang tersendiri
yang dipengaruhi oleh alam sekitar dan mempunyai fungsinya yang tertentu. Motif ragam
hias yang dihasilkan mempunyai fungsi kepada budaya tradisional dan ianya juga
mempunyai kaitan dengan aktiviti masyarakat tradsional ketika itu. Oleh itu, setiap
penghasilan motif ragam hias pada sesebuah kraf tradisional mempunyai penjelasannya yang
tersendiri dan yang pastinya penjelasan itu kebanyakkannya dipengaruhi oleh unsur budaya,
agama, dan gaya hidup masyarakat pada ketika itu.
Kraf tradisional boleh diertikan sebagai hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja
tangan yang memerlukan daya ciptaan dan kreativiti oleh masyarakat yang dihasikan oleh
masyarakat dan diwarisi secara turun-temurun seperti membuat tembikar, batik, ukiran,
tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan sebagainya. Ianya merupakan
warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf
tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya,
sifat, garis, gerak, dan warnanya. Kraf tradisional mempunyai kepentingan yang begitu besar
kepada sesebuah masyarakat. Antara kepentingannya adalah kepada penyumbangan sumber
ekonomi melalui pembuatan dan penjualan hasil kraf tradisional melalui industri desa. Selain
itu, penghasilan kraf tradisional dapat menanam nilai-nilai murni yang tinggi dalam
masyarakat, terutamanya kepada anak-anak muda dalam sesebuah masyarakat kerana
merekalah yang menjadi pewaris warisan sesebuah bangsa.
Terdapat pelbagai jenis kraf tradisional yang telah dijadikan warisan sejak zamanberzaman lamanya. Keaslian yang terdapat pada kraf tradisional juga dipelihara agar warisan
DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

1
9

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

nenek moyang kita terjaga dan kekal selamanya. Antara kraf tradisional yang masih
dikekalkan sehingga kini adalah seperti ukiran, batik, tenunan, tembikar, anyaman, tekat,
perhiasan diri, alat pertahanan diri, alat permainan dan alat domestik. Setiap jenis kraf
tradisional mempunyai motif ragam hias yang pelbagai dan tersendiri. Motif ragam hias yang
dihasilkan, biasanya dipengaruhi oleh alam semula jadi, persekitaran, budaya dan aktiviti
sesebuah masyarakat. Motif ragam hias yang dihasilkan dalam sesebuah kraf tradisional
mempunyai makna tersurat dan tersirat yang tersendiri bergantung kepada latar belakang
masyarakat yang menghasilkannnya. Terdapat pelbagai jenis motif ragam hias yang
dihasilkan pada kraf tradisional. Motif ragam hias yang dihasilkan biasanya terdiri daripada
motif kosmos iaitu unsur alam sekitar, motif geometri dan juga flora dan fauna. Ia disusun
dengan berbagai rupa dan gaya persembahan yang tertentu bagi menarik minat masyarakat
terhadap kesenian kraf tradisional. Biasanya, motif ragam hias yang dihasilkan pada kraf
tradisional dipengaruhi oleh budaya dan aktiviti masyarakat yang menghasilkan kraf
berkenaan. Kesenian dan keaslian kraf tradisional juga biasanya dikekalkan bagi
membolehkan warisan nenek moyang terus terpelihara sepanjang zaman.
Motif ragam hias yang terdapat pada kraf tradisional banyak dipengaruhi oleh alam
sekitar dan motif-motif yang dihasilkan ini juga mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri.
Antara motif ragam hias yang dipengaruhi oleh alam sekitar adalah seperti motif flora, motif
fauna, motif awan larat, motif kosmo dan juga motif geometri. Kebanyakan kraf tradisional
yang dihasilkan mempunyai motif ragam hias yang dipengaruhi oleh alam sekitar. Motifmotif ragam hias yang dihasilkan ini sudah semestinya mempunyai fungsi-fungsinya yang
tersendiri. Fungsi motif ragam hias yang dipengaruhi oleh alam sekitar ini adalah sebagai
pembawa maksud tersirat seperti keharmonian, keakraban, ketaatan, kepatuhan, kekuatan dan
kepahlawanan dalam sesebuah masyarakat yang menghasilkan kraf tradisional berkenaan.
Motif ragam hias yang dihasilkan pada kebanyakan kraf tradisional sebenarnya
mempunyai fungsi kepada budaya masyarakat yang menghasilkan kraf tradisional berkenaan.
Antara fungsi motif ragam hias kepada budaya adalah sebagai perlambangan agama, identiti
sesebuah bangsa, dan juga sebagai perlambangan kehidupan sesebuah masyarakat. Sebagai
contoh, di mana bagi perlambangan agama, menurut Marshizawati (2012), terdapat pelbagai
motif yang dipilih untuk menghasilkan ukiran ialah terdiri daripada motif flora, motif fauna,
Arabes, motif angkasa atau kosmos, motif geometri dan motif seni khat atau kaligrafi yang
menggunakan huruf Arab. Motif-motif ragam hias ini berfungsi sebagai perlambangan agama
DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

2
0

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Islam. Motif-motif yang dihasilkan mempunyai unsur budaya seperti budaya Melayu dan
digarap lagi dengan seni kaligrafi yang menggunakan huruf Arab iaitu tulisan ayat Al Quran.
Ini melambangkan budaya Melayu itu sendiri yang bernaungkan agama Islam.
Akhir sekali, aktiviti masyarakat tradisional sebenarnya banyak mempengaruhi
penghasilan motif ragam hias yang terdapat pada sesebuah kraf tradisional itu sendiri.
Daripada aktiviti di rumah sehinggalah aktiviti yang melibatkan pekerjaan, aktiviti-aktiviti ini
mempengaruhi penghasilan motif ragam hias pada kraf tradisional. Perkaitan motif ragam
hias dengan aktiviti masyarakat tradisional boleh dilihat melalui aktiviti keraian, aktiviti
pemakaian, aktiviti rekreasi, aktiviti mempertahankan diri dan aktiviti keagamaan yang
dijalankan oleh sesebuah masyarakat dalam kawasan di mana kraf tradisional dihasilkan.

4,406 Patah Perkataan

7.0

Rujukan

http://myxsement.blogspot.com/2013/07/hbae-3103-kraf-tradisional.html
http://ikinzolkifli.wordpress.com/jenis-jenis-warisan/kraf-tangan/
DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

2
1

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

http://amelan2013.blogspot.com/2013/06/mengenal-kraf-tradisional.html
http://artzskill.blogspot.com/p/bidang-mengenal-kraf-tradisional.html
http://www.slideshare.net/fairuzdavinci/mengenal-kraftangan-tradisional

DAMBAK ANAK UBAM (SEPT 2014)

2
2

Anda mungkin juga menyukai